Saturday, April 2, 2011

entry edisi makanan: topping- takoyaki

ingat tak entry aku pasal takoyaki dulu? kalau tak ingat, tekan sini.
mentang-mentang la aku yang introduce kan takoyaki kepada orang ramai, semua la pakat nak tanya aku resepi la, inti dia apa la, bahan-bahan nak beli dekat mana la, topping dia diperbuat dari apa la...
diingatkan kepada semua orang, aku introduce bukan bermakna aku pandai masak benda ni. aku tau makan je. serius, soalan-soalan yang korang tanya yang aku boleh jawab ni pon semua aku google je. tapi detail sket la.

ok, satu soalan ni aku nak jawab.
ape benda yang macam plastik yang macam dancing atas takoyaki time panas tu?

ini jawapan aku.
nama english benda tu, fish flakes. nama jepunnye hanakatsuo.
kalau dah nama fish flake mesti dibuat dari ikan kan? yes... it is made from ikan skipjack tuna yang dikeringkan dan di fermented dan di smoked kan. memang digunakan untuk buat hanakatsuo ni...

google image
kalau korang perasan, benda ni akan bergerak-gerak kalau kita tengok dia atas takoyaki atau okonomiyaki time tengah panas-panas tu. sebab? mesti semua orang dah tau kan... yes, sebab effect steam tu, hanakatsuo ni jugak dikenali sebagai dancing fish flakes. mana aku tau benda ni namanya fish flakes?
semalam, aku beli okonomiyaki dekat mines, lalu aku tanya mak cik yang buat benda ni... entah apa mak cik tu sebut aku pon tak clear. mak cik-mak cik tu siap berlatih sebut lagi lepas aku tanya, bila aku ingat balik mak cik tu cakap apa, aku pon matching-matching  la dengan bahan nak buat takoyaki... ooo... fish flakes rupanya...

patutnya kan, pak cik owner kedai takoyaki dekat mines tu kena ambik aku jadi duta tau.. dah berapa kali aku promote kedai dia. tu yang bertambah-tambah customer dia tu. *riak gile aku*

ni lagi satu, sebut betul-betul ye, TAKOYAKI. bukan torayaki, atau dorayaki, atau teppanyaki. itu semua benda lain-lain. word torayaki tu mungkin akibat pengaruh mainan tora datang lagi dengan dorayaki makanan kegemaran doraemon. *sorry kepada sesiapa yang terasa*

ok, sampai disini sahaja tutorial mengenai makanan jepun kegemaran saya, semoga bertemu lagi pada hari yang lain dan waktu yang lain!

1 analisis anda:

Nava Kishnan said...

surely knowledge for me reading your article.

klik jika anda berminat

Related Posts with Thumbnails