Thursday, December 27, 2012

terima kasih daun keladi.

sempena hari ke 21 tahun aku hidup di dunia ini, aku nak ucapkan terima kasih kepada sesiapa yang wish dekat aku dari malam tadi sampai malam ni. tak kiralah di facebook, di twitter, di SMP, di blog, di instagram, di whats app, di sms, di talifon, di mana sahajalah. terima kasih semua. even mostly tau hari ni birthday aku sebab ada notification, tak pe, aku tetap hargai. yang mana berjanji nak bagi hadiah sila tunaikan, yang mana tak berjanji optional nak bagi ke tak. what so ever, doakan yang terbaik untuk aku sepanjang aku menjadi 21 dan seterusnya.

Wednesday, December 26, 2012

last day of being 20.

esok, kalau mengikut kalendar masihi yang Malaysia pakai, berakhirlah tahun ke 20 aku dilahirkan ke dunia dan secara officialnya aku akan jadi 21 macam kawan-kawan aku yang lain.

selama ni aku kata aku 21 tapi ikut tahun la. mungkin kalau ikut kalendar hijrah dah lama dah kot aku 21. entahla.

kalau nak ikutkan, sepanjang aku menjadi 20, banyak benda aku dah buat, banyak decision yang aku dah buat. macam-macam aku dah buat.

and insyaallah, hopefully there will never be any regret for those decisions.

decision paling berat aku pernah buat sepanjang aku menjadi 20, ialah bila aku buat keputusan untuk tinggalkan Malaysia for four months eventhough there will be so much risk awaiting me when i came back to Malaysia.

tapi aku anggap keputusan aku pergi Indonesia tu lah yang bagi so much precious moments and experiences. experiences yang tambah pengajaran dalam hidup aku yang kata don't do these, don't do that. do like this, do like that.

umur 20 ni jugak la umur yang paling banyak kali membuatkan aku muhasabah diri aku yang dah jauh melencong sebab berlagak sangat masa sempat jadi orang kaya masa kat Indonesia hari tu.

dugaan yang aku rasa masa umur aku 20 ni la yang berjaya mengubah aku sekarang walaupun sikit je sebenarnya perubahan tu. but at least i've changed. more towards the good. Alhamdulillah.

sebenarnya aku sayang umur 20 aku ni. sayang nak jadi paling muda dalam kelas, sayang nak jadi orang yang tak boleh mengundi, sayang nak lepas umur remaja. sayanglah.

tapi kalau dah nak mentua tu mentua jugakla. goodbye 20, ahlan wa sahlan 21. i love you 20, i'm sorry i couldn't protect you. aisy, dah macam berpisah dengan kekasih pulak.


anyway, I have to promise to myself to do better while I'm reaching 21. I'll be more confident, try harder for everything and never be afraid to try another new thing. better late than never kan. semoga tahun ke 21 aku tidak sia-sia.

so, 21 aku datang.  sambut aku dengan perkara baik-baik. jauhkan aku dari segala perkara yang membawa kepada kemungkaran. amin...

ya 20, aku pergi.

Tuesday, December 18, 2012

hai wanita



Assalamualaikum.

entri hari ni khusus untuk wanita.
yang tak wanita juga bisa baca.
lepas tu boleh berpesan-pesan pada yang tak membaca.

hai wanita,
kau rasa bahagia ada teman lelaki temankan kau?
24 jam sedari subuh, tengah hari, petang malam, sampai ke tidur.
telefon, SMS, Skype, what's app, facebook.
semuanya medium perhubungan kau.
mesti kau seronokkan malam kau tak sunyi macam malam aku.

aku selalu bincang dengan kawan aku.
couple yang pegang-pegang, peluk-peluk ni memang tak tahu itu dosakah?
atau sengaja buat-buat tak tahu?
tak kan tak tahu, tak pergi sekolah agamakah?

mak bapak couple yang bahagia ni,
anda tak risaukah anak dara anda bersendiri dengan lelaki yang belum tentu jadi suami?
kalau-kalau pulang tidak suci lagi?
mesti wanita bangga ada mak bapak yang cool macam ni.
boleh bawak balik teman lelaki lagi sekali.

hai wanita,
kau pulang ke rumah,
bangga cerita,
malam tadi kau dan teman lelaki tertidur dalam kereta.
gara-gara berbincang hal masa depan.
kau lupakah?
apa yang kau buat itu menghampiri zina.

aku dan kawan-kawan aku masih single.
masih jomblo bukan kerana tak laku.
tapi kami tak nak sia-siakan perasaan kami dekat orang yang belum tentu jadi suami.
janji lelaki, bukan tak bagi percaya.
sedangkan janji wanita pun belum tentu boleh percaya.

hai wanita,
sudah-sudahlah.
buat teh cair pun kau tak reti,
apatah lagi nak menyapu pasir selambak dalam rumah.
ada hati nak kahwin.
belajarlah dulu apa yang patut.
jangan malukan diri kau lepas kahwin nanti.

facebook ada, instagram ada.
bukan untuk kau tunjuk kisah cinta kau dengan teman lelaki.
kau ingat orang suka nak tengok?
kau peluk, sandar pada teman lelaki.
loya tekak tahu.

bukan dengki, bukan jealous.
tapi risau, apa nak jadi dengan wanita zaman kini.
mudah sangat serah diri.
memang belum tahap serah body,
tapi bolehlah nak kata menghampiri.

hai wanita.
jangan kau bangga ada teman lelaki.
selagi dia belum sah jadi suami.

Dulu, sekarang...

Assalamualaikum...

dulu kan, waktu aku kat maktab, aku ni nak kata pandai, tak de la pandai. kalau time exam tu ada je subjek yang tak perform, tapi adalah jugak dua tiga subjek yang aku selalu dapat high score. dari form 1 sampai form 3, aku selalu score subjek geografi, bahasa melayu, agama, english, sains adalah sekali. yang lain tu ada time ok, ada time kena panggil dengan cikgu.


naik form 4, aku masih lagi score subjek bahasa melayu, agama dengan english, lepas tu fizik dua tiga semester, matematik moden, sejarah pon tetiba aku nak score kan dulu. dulu lah. bangga hei dapat markah tinggi. selalu cikgu announce highest score dalam kelas, kembang kuncup hidung aku bila dengar nama hanani kena sebut. hihi.


tapi bukanlah semua result aku ok. aku kalau aku suka subjek tu memang aku usaha betul-betul sampai kalau boleh aku nak nama aku atas sekali. tapi subjek yang aku lemah tu serius memang menjatuhkan pointer aku. markah tu nak rendah, memang rendah betoi. berapa kali jugak aku pernah fail kimia, tapi cover balik waktu final. add maths, dah cukup bersyukur kalau aku dapat markah lebih 40. yang tu pon cover balik waktu final.


untuk aku dapatkan highest marks dalam kelas tu, dengan untuk aku cover balik subjek-subjek yang aku problem masa sekolah dulu, aku tak tau la macam mana kuatnya aku usaha. nota, buku teks, buku latihan, merata aku usung. time prep malam, merata kelas, staff room aku pergi, nak tanya soalan. cikgu, ustazah yang ajar aku semua kenal aku. habis prep malam, berterabur latihan cikgu bagi dekat atas katil, nak siapkan. sabtu ahad, time orang tidur aku sanggup pergi kelas nak study. betapa dedikasinya aku demi nak dapatkan apa yang aku dapat masa SPM dengan PMR dulu. even aku selalu melepak dekat bilik TV, meronggeng dekat gerai jualan kengkawan PUM, tu je la masa aku nak relax nya pon. waktu lain ada kelas tambahan, seminar semua.


ni aku dok cerita ni bukan nak riak ke bangga diri ke apa. tu semua cerita dulu. dah tak de maknanya aku nak bangga. point aku sekarang, aku nak cerita aku yang sekarang.


aku yang sekarang, sangat pathetic. macam tak pernah sekolah. pemalasnya ya amat. esok nak exam, hari ni baru nak buat nota. lepas tu dok risau kenapa markah aku dok tang tu je. come on la, bukan aku tak tau kenapa markah aku tak macam dulu. dah masuk degree ni, tak pernah sekali pon aku dapat highest mark. see, how much I've changed during these time. aku macam dah tak de semangat.


 bukan susah mana pon sebenarnya exam, notes lecturer bagi, siap ada extra notes lagi, soalan keluar sebijik dalam notes. apa lagi nak... memang aku kena mengaku, aku sangat leka semenjak aku masuk degree ni. tu pasal CGPA aku lebih kurang je tiap-tiap sem. average. tak tinggi, tak rendah. tapi puas ke aku, dapat result macam tu. sekali sekala aku nak jugak anugerah dekan, canselor.


satu masalah aku, laptop. susah betul aku nak berenggang dengan benda tak bernyawa ni. lepas tu aku tengok kawan relax, aku pon relax. tapi dorang score, aku tak. paham tak betapa down nya kau bila kawan kau yang kuat tidur, tapi result lagi power dari kau yang sangat jarang nak tidur kalau bukan malam. tapi aku tak de pulak inisiatif nak berubah. tu lagi satu masalah. sepatutnya banyak masa aku boleh luang untuk belajar, sebab aku tak suka tidur siang. malam pulak selagi tak pukul dua belas tak mungkin aku tidur. tapi aku yang leka lagi lagha ni sedap je mengulang movie yang dah berapa ratus kali tengok sebab hero hensem. mengulang baca Quran tak nak pulak.


dulu kalau pergi staff room, sebab aku dah belajar dekat maktab aku tu dari form 1, ramai jugaklah cikgu yang kenal aku, sekarang. dua tiga orang je kenal aku. Academic advisor aku sendiri tak kenal aku tau. mana lecturer nak kenal kalau dalam kelas mulut macam kena zip. waktu sekolah dulu, kemain, siap boleh argue lagi dengan cikgu. sekarang, oh my, santunnya aku dalam kelas.


lagi satu, aku rasa macam iman aku dah tak kuat sangat. aku tau, siapalah aku nak kata iman tu kuat ke tak. tapi memang amalan aku sangat kurang kalau nak compare dengan aku masa sekolah dulu. waktu sekolah dulu, pukul 4-5 pagi aku mesti bangun, qiamullail, lepas tu study sikit-sikit. sekarang boleh dikira berapa kali je aku bangun malam dalam sebulan. serius lagha. dulu, rajin solat jemaah. sekarang, huh. my bad. selalu tak sempat nak kejar jemaah dekat fakulti. bukan tak sempat pon. kadang-kadang aku sengaja lambat-lambat pergi surau. Ya Allah...


thats why, aku kena disiplin balik diri aku. kalau dulu, dekat maktab, dekat PLKN, ada peraturan nak disiplinkan aku. sekarang, aku kena ada peraturan sendiri. disiplin sendiri. tak payah nak lagha macam orang lain. aku tak macam orang lain yang bertuah belajar last minit pon dia still perform, aku kena usaha. usaha macam waktu aku dekat maktab dulu.



doa rabitah

Allah, penuhkanlah hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap ya Allah...

klik jika anda berminat

Related Posts with Thumbnails