Monday, August 27, 2012

kimbap malaysia.

update: detail secara bergambar boleh di baca dekat http://sishannaryotoma.blogspot.com/2013/03/kimbap-malaysia-2.html

assalamualaikum dan salam sejahtera tuan- tuan  dan puan- puan sekalian. hari ini saya, chef hanani akan menyediakan resepi terbaru saya iaitu kimbap versi malaysia. ya tuan dan puan sekalian. tu pon kalau tuan puan nak feeling- feeling kpop la. kalau nak feeling jpop nak panggil sushi pon boleh lah ye tuan dan puan.

tuan puan yang saya hormati sekalian, saya dah malas nak merapu.

***********


resepi ni aku belajar waktu aku study kat indonesia dulu. ceeeee study...

thanks la dekat akak-akak jakarta yang selalu ziarah aku dekat bogor dulu aku rajin nak buat benda benda macam ni.

aku ni bukanlah selalu sangat nak masak macam-macam dekat rumah. tapi makanan merepek-repek aku rajin la nak buat. kimbap ni ke, spaghetti ke, asalkan bukan makanan ruji rumah aku ni, aku rajin la.

selalu adik aku yang minat sangat sushi/kimbap roll ni. pantang nampak dekat tesco tu mesti nak beli. ni aku dah buat sendiri memang laju je la dorang telan sebijik- sebijik yang aku dah buat.

ok, now apa yang penting kalau nak buat benda ni.

firstly, nasi. tak perlu lah nasi dari jepun atau yang susah nak cari. kalau dah orang Malaysia tu, pakai je nasi biasa. kalau guna yang leftover lagi bagus. tak membazior kata perakman.

seterusnya, seaweed. seaweed ni aku jumpa dekat tesco. murah je. aku tak ingat jenama dia sebab plastik nya dah selamat berada dalam tong sampah. tapi yang aku ingat seaweed yang aku pakai tu ada tanda halalan thoiyiban la.

next, olive oil atau sesame oil ke mana-mana sukahati. yang lain aku tak sure. yang pasti jangan pakai minyak kelapa sawit sudah. aku tak nak bertanggung jawab kalau ada yang kembang tekak nanti.

garam. ini juga sangat penting. kalau tak de, tak tau apa akan jadi tapi sangat tak pro kalau tak letak garam dalam masakan. even resepi ni tak payah skill memasak langsung. tapi tak pe. salt is still compulsory.

***

baiklah, sekarang kita beralih pula kepada bahan yang tak berapa penting dan optional tapi sangat berpengaruh dalam menentukan tarikan resepi kita kali ini. 

ada setengah orang, dia akan guna inti tuna dengan salad dalam kimbap dia. ada jugak yang pakai telur sahaja. ada jugak yang nak letak sayur-sayuran. suka hati. kalau agak-agak nak buat kimbap tu dari nasi lemak, boleh pakai sambal tumis. tapi untuk better tak menyusahkan diri, pakai je apa yang ada dekat dapur rumah kita. senang. 

disebabkan aku nak bagi adik-adik aku makan, sudah pastilah aku akan pilih inti kimbap tu mengikut selera adik-adik aku. jadi aku gunakan bahan yang menarik lagi enak lagi simple untuk kimbap ni.




waktu kakak-kakak jakarta buatkan kimbap dorang dulu, rasanya dorang pakai nugget. tapi sebab aku pakai apa je dalam peti ais, ni yang aku jumpa. goreng lah berapa banyak pon. kalau ada extra, boleh masuk mulut.



kemudian telur. aku pakai dua bijik je. estimate sendiri lah nak berapa bijik. yang aku dadar ni memang cukup-cukup je untuk seaweed yang ada. bentuk telur dadar tu tak perfect pon tak pe. tak payah semangat sangat nak flip telur tu dalam kuali beria-ria.

lagi satu benda yang optional, timun. yang tak suka sayur tu tak payah la letak. tapi aku suka bunyi kruk-kruk waktu aku makan jadi aku letak timun. actually better pakai timun jepun sebab dia lagi rangup. tapi koleksi timun jepun dekat rumah aku dah licin dibedal oleh keluarga aku sebab dorang buat ulam. timun biasa pon tak mengapa lah. yang penting bahagian bijik tu, buang.

ok sekarang, cara memasak pula. oh, bukan memasak.

first and foremost, kita sediakan nasi dulu. sambil-sambil tu bolehlah nak goreng jejari ke nugget ke telur ke... nasi ni aku tak tau nak bagi tau banyak mana. agak-agak je la. tapi nasi yang aku guna dalam sederhana besar punya mangkuk.

then gaul-gaul nasik tu, sampai dia jadi seroi. you know seroi? ala... yang jadi seketul-seketul tu. sambil tu campur sesudu garam, dengan sesudu olive oil. olive oil ni pon aku tak tau nak explain jenis yang mana. aku pakai apa yang ada je. jenama Filippo Berio. nak pakai Bertolli pon boleh. suka hati.

kalau siapa yang suka bijan boleh campur dengan bijan yang hitam tu sekali. tapi aku tak suka so aku tak letak.

secondly, hiris segala bahan yang kita dah sediakan tadi, jejari/nugget, telur, timun. knife skill is very important for this step. semoga tak terhiris jari sendiri masa nak tunjuk skill ya.


hiris halus-halus macam ni. 




ok, i have to admit, i got a very good knife skill. *puji diri sendiri*



then telur yang dah dadar tadi. gulung-gulungkan and hiris macam ni. 

now, we will talk about how to make a very nice roll of kimbap. 

untuk jadikan kimbap yang tergulung dengan cantik, kita perlu ada sushi mat.siapa yang selalu tengok drama korea atau jepun mesti tau pasal sushi mat ni. tapi aku malas nak pergi beli sushi mat, jadi aku yang kreatif ni jadikan alas pasu hiasan mak aku yang belum guna lagi jadi sushi mat, sama je hasilnya. tapi aku lupa nak snap gambarnya. pandai-pandai, la korang kreatifkan diri fikir macam mana nak gulung kimbap tu.

pic courtesy: google

untuk siapa-siapa yang pakai sushi mat atau alas pasu macam aku, mula-mula bukak sushi mat tu, bentangkan. then letakkan sekeping seaweed dekat atas mat tu. melintang. yang kasar ke dalam. lepas tu, susun semua bahan-bahan yang nak letak dalam kimbap tu dekat bahagian paling hujung seaweed. after that, ratakan nasi dekat atas seaweed tu tapi jangan sampai hujung. sebab nanti tak melekat pulak seaweed tu kalau nak potong. then, roll... masa tengah roll tu, tekan betul-betul supaya nasik tu jadi padat dalam seaweed.


ni hasil tangan amatur macam aku. berterabur nasi. panjang pendek kimbap tu pon tak sama. asal aku siap je gulung, ada je tangan gatal nak potong. nak rasa lah kononnya.


ni pulak kimbap yang dah siap potong. nak potong, pakai pisau yang tajam kalau tak nak nasi tu berterabur keluar.


kimbap ni akan jadi best kalau kita angkut waktu nak picnic ke berjalan ke... sebabnya, dalam kimbap ni semua dah ada. kalau orang korea jepun cicah kimbap/sushi dekat dalam wasabi atau kicap manis, aku orang malaysia cicah sos. mmmm... enak sekali.



adik bongsu aku memang gedik jadi dia makan kimbap tu dengan chopstick sebab nak feeling-feeling oversea sikit.



bapak aku lepas makan seketul beliau berkata, " kalau dah tak de makanan langsung barulah bapak akan makan benda ni..."

ok foineee.... janji adik-adik aku suka. licin ok.


Friday, August 10, 2012

syukur


Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai;  dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku.  Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadaMu).
(Al -Ahqaf [46] : 15)







basah mata aku bila tengok iklan ni tadi. yeah, i know, semua orang dah tengok lama dah. tapi aku asyik lupa je nak tengok. lepas tengok iklan Bernas tadi baru teringat.

forget about the handsome Erman or better known Redza Minhat in the commercial. ye la, siapa tak tertawan tengok Erman yang struggling dalam iklan tu? atau aku je yang tertawan? eh.

no no no... i got teary eyes not because of him but really because of the meaning behind the commercial. seriously. i've had experienced it before.

aku tahu, bukan aku je yang pernah belajar oversea berbulan-bulan. orang lain bertahun-tahun tak kecoh pon. ye dak? but it's not the problem. the thing is, aku sangat bersyukur sebab aku ikut exchange program ke Indonesia last 4 month. banyak yang aku belajar dekat sana. maybe post-post aku sebelum ni tak tunjuk sangat apa yang aku belajar, tapi seriously, sangat tak sia-sia aku pergi sana even there's so much consequences I will face someday. i mean now.

pergi Indonesia, negara yang totally different dengan Malaysia. aku tak kata Indonesia tu negara miskin macam dalam iklan ni. tak... tapi dengan total penduduk hampir 300juta, imagine macam mana rakyat dia survive dekat negara yang bagi aku tak semaju Malaysia.

aku syukur, masa aku pergi sana, aku nampak betapa selesanya hidup rakyat Malaysia kalau nak compare to rakyat Indonesia. bila first time aku naik angkot, the famous public transport dekat sana, jumpa pengamen merata-rata, peminta sedekah also everywhere, dekat kelas tak de air-cond, kipas pon sikit gila, bayangkan macam mana semangat cintakan negara aku menerjah-nerjah dalam otak, jiwa raga aku.

but still, I'm gratefull for going there. what if they sent me somewhere to Europe or Korea or Japan. mesti berlagak sombong bila balik. mesti dalam otak fikir, oh apa kelas Malaysia...

and because of that, I started to appreciate everything I got here, in Malaysia. aku tak menangis langsung bila kali terakhir aku jumpa dengan classmates aku yang dah banyak tolong aku dekat sana. mungkin feel tu tak datang lagi kot. tapi bila bas yang aku naik tu tinggalkan je asrama yang aku duduk 4 bulan tu, air mata aku tumpah. sebanyak-banyaknya. syukur, aku rasa jugak semua ni. terima kasih dekat semua yang bagi aku peluang rasa pengalaman berharga macam ni.








thanks to them, I really had fun while I experince so much thing in my life, at once...


bila balik Malaysia, bila aku jumpa semua benda yang aku rindu sepanjang aku dekat Indonesia, aku senyum sendiri, syukur, aku masih ada peluang untuk rasa semua ni. so Malaysian, learn to be grateful for everything you got but don't afraid to try something that will challenge you. and don't forget to thank everyone who stay with you during the journey...

klik jika anda berminat

Related Posts with Thumbnails