Monday, November 18, 2013

kenapa perlu basuh telur sebelum masak??

Kes telur tak bersih ni bukan la rare sangat pun dekat Malaysia. Biasa sangat dah. 

Memang sesetengah peniaga claim dorang dah basuh telur, siap letak signboard telur dibasuh besar-besar depan kedai.
Tapi masalahnya sekarang, kenapa letak balik telur yang dah basuh tadi dalam tray dia balik??? Kan ke sama je dengan telur yang tak basuh macam tu?

Tak faham kenapa aku cakap macam tu?

Photo: Now you understand why??? #basuhtelursebelummasak #halalanthoyyiban #animalsc

Ok, tengok gambar dekat atas ni. Agak-agak telur tu keluar dekat mana? Kalau tengok betul-betul, saluran tempat telur tu keluar adalah sama dengan saluran urine dah tahi ayam. sebab tu kalau kita beli telur selalu nampak ada tahi ayam sikit-sikit dekat telur tu.

Lepas tu kita beli telur, tak basuh, makan. Yummy..
Tak pun, basuh, letak balik dalam tray yang sama sebelum basuh, makan. Yummy...

Normal, dalam tahi mesti ada banyak bacteria yang boleh bahayakan kesihatan, tapi kita selamba je buat rilek makan telur tu. 
Kalau nak beli murtabak ke roti telur ke roti john ke, make sure penjual tu basuh telur dan tak letak semula telur dalam tray kelabu tu. sebab bacteria dari telur yang ada sebelum telur dibasuh masih ada disitu. Kalau masih berlaku, elakkan.

kata nak makanan Halalan Thoyyiban... Halalan apa kalau dah makan kita bercampur dengan benda haram.
Penjual-penjual kadang-kadang bukan tak tau, tapi saja buat tak tahu sebab kita tak ambil kisah. Cuba demand sikit, lama-lama penjual sedar la, dia kena ikut apa yang kita demand. Ni buat tak kisah je memang la dia buat rilek je. Bukan dia yang makan, pelanggan...


Kesimpulannya, basuh telur sebelum masak kalau tak nak makan tahi ayam fresh dari ladang.

p/s: aku baru lepas test layer (ayam penelur) production, tiba-tiba teringat pasal ni. Dah, aku mengantuk. Genaits!

Sunday, October 6, 2013

Sabar

Assalamualaikum

Anything bad happened recently??? Then just remember, patience is a virtue.






Review novel: Perempuan Lindungan Kaabah.


Assalamualaikum

               Lepas aku dah start tulis review novel Eksperimen Cinta tu, seronok pulak rasanya nak tulis lagi. Ye lah, last review novel masa zaman SPM dululah. Itu pun novel Julia yang nipis ya amat tu. Alang-alang dah baca tu apa kata aku review je semua novel-novel yang aku dah baca. Tapi karang blog ni memang jadi tempat review novel je lah ye. Nak tulis benda lain tak de idea.

                 Kali ni aku nak review pasal satu lagi novel tebal dan berinformasi, Perempuan Lindungan Kaabah. Eceh, macam mc bagi intro pulak. Macam yang aku dah bagitau sebelum ni, taste aku memang novel yang tebal, cinta halal, dan sarat dengan ilmu. Ye la, even aku macam buang masa dok menelaah novel tebal  dari baca lecture notes, sekurang-kurangnya ada ilmu yang menusuk jiwa aku ni. Tak adalah lagha sangat jadinya.

                 Novel ni dah lama dah ada dalam rumah aku ni, kawan aku si Syuhadah yang punya. Tapi aku tak pernah terfikir nak baca sebab cover macam bosan. Lagi pun novel ni dah release bulan Mac dulu. Memang agak lamalah jugak. Konon sekarang dah up to date kan, novel bulan Mac pun kata dah lama. Padahal dulu masa sekolah tak peduli pun novel lama ke baru, main baca je. Novel yang kertas kuning tu pon aku baca tau.  Tapi sebab malam semalam (baca: minggu lepas) aku malas nak belajar,aku capai lah novel ni. Ok, tak menyesal.

                 Novel ni macam dalam synopsis, pasal perkahwinan yang terpaksa demi menyelamatkan akidah seorang muslim yang dah jauh dari landasan Islam yang sebenar. Banyak yang aku boleh belajar dari novel ni. Bukan setakat gatal nak bercinta je. Contohnya, heroin novel ni, Hanan, tak semestinya dia tutup aurat sepenuhnya, jaga maruah dia, dia terlepas dari berbuat khilaf, tak. Tapi cepat-cepat je dia istighfar, tanda dia sedar silap dia. Memang novel ni macam dongeng je, macam mana anak orang gaji boleh jadi anak angkat orang kaya gila nak mati macam Datin Zaleha tu. Lepas tu ramai pulak lelaki nak dekat dia, tapi logic jugak, kalau dah dia jaga akhlak dia, penampilan dia, maruah dia, siapa tak nak?

                  Lagi satu, novel ni jugak menekankan macam mana nak jaga aurat dengan betul, ingat, kalau abang angkat ke, sepupu ke, selagi bukan mahram kita, jangan sesedap hati sesedap rasa bukak aurat, freehair, pegang sana-sini, sebab mereka masih sah bernikah dengan kita. Eh, aku ni memang review stail SPM ni, siap ada pengajaran dengan nilai-nilai murni lagi.

               Alhamdulillah, sekarang memang dah banyak novel macam ni, macam dalam Eksperimen Cinta, Suamiku Ustaz, Tautan Hati, banyak elemen dakwah yang diterapkan oleh penulis dalam novel-novel ni. Baguslah, tak de lah hobi istimewa orang perempuan ni jadi sesuatu yang lagha. Ke orang lelaki pun ada baca novel ni jugak?

               mmm… kalau novel yang ni, aku tak kisah nak dijadikan drama atau filem. Ye la, boleh jadi pengajaran. Lepas tu novel ni tak banyak part sensored, yang tak sesuai dilakonkan dikhalayak ramai. Kalau ada pun boleh potong lagi. Cumanya, janganlah rosakkan nilai murni novel ni dengan ambik pelakon yang tak de ikatan untuk scene-scene yang boleh membawa kepada maksiat. Entahlah, aku pun tak tau macam mana nak buat. macam sangat susah untuk buat filem yang fully islamik dekat Malaysia ni. Sebab tu aku lagi selesa baca novel je tanpa tengok drama atau filem. 

            Akhir kata, cewah, recommended kalau nak cari novel yang Islamik lagi tebal. Belilah kalau ada duit lebih, kalau tak de, boleh baca separuh dekat  www.penulisan2u.my. jangan jadi macam aku, sanggup tak beli makanan sebab nak beli novel hahaha. sebab aku dah gemuk. hewhewhew. ok, selamat membaca. 


Friday, September 20, 2013

Review novel: Eksperimen Cinta

assalamualaikum

      Dulu kan, masa form five, masa nak SPM, aku berazam dekat diri aku, tak nak dah leka baca novel. sebabnya, aku, bila dah start membaca, memang aku hanyut tak sedar apa. kecuali kalau baca buku sekolah hehehe. kononnya kalau aku tinggalkan novel, aku boleh hidup secara realiti. tak de la dok leka bergolek-golek dengan buku tebal ratus-ratus muka surat tu. tapi itu pon lepas aku dah puas baca beratus-ratus novel yang aku dah start baca dari darjah empat lagi. amboi. lagi pon masa aku form five tu tak ramai penulis berbakat yang buat cerita ikut taste aku.

     Zaman berlalu, wujudnya sistem download drama korea jepun dekat internet. masa aku mula-mula involve dulu, semangat aku download episod demi episod. sanggup aku habiskan duit elaun KPT buat beli harddisk baru. tapi tu dulu. masa aku tak peduli nak beli makanan, so banyak la duit extra aku. kalau aku tak download pon, semangat pergi blok sebelah nak copy cerita dari kawan-kawan. lepas tu balik rumah, internet laju, download lagi.

       Sampailah sekarang time aku dah tak mampu lagi nak beli harddisk baru, kuota internet pon asyik habis je. dapat pulak baucher buku dari kerajaan tersayang, oh aku dah sedar, baik aku beli novel. jimat elektrik. jimat kuota. walaupun kena keluar duit sikit beli novel, tak pe lah. lagi pun kalau nak compare dengan drama dekat tv3 tiap-tiap hari tu, kadang-kadang aku tak sanggup nak tengok habis pun. geli-geleman. baik aku membaca. jalan jugak otak.

           Tapi semenjak dah besar sikit ni, taste aku dah macam strict sikit. kalau dulu mana jumpa novel semua aku bedal baca. novel tebal gila zaman bila tah dekat library maktab dulu pon aku habis baca. sekarang aku just akan baca novel yang tebal, and cerita pasal orang dah kawen. bukan aku gatal sangat nak kawen, tapi kalau aku baca cerita pasal cinta orang tak kawen ni, menyampah pulak rasa. rasa macam aku involve dalam maksiat dorang pulak. oh ya, dan novel yang ada unsur Islamik sikit. boleh jugak tambah ilmu. tak de nak menggatal je kerja aku. 

         So sekarang, aku dah start dah penuhkan balik rak buku dekat rumah aku dengan novel-novel tebal yang hits-hits sampai semua orang nak buat drama sekarang. baca buku lagi best. tak larat aku nak menengok pelakon tak de ikatan dok main peluk-peluk.

Eh panjangnya mukadimah. kang reviewnya sikit je. ha ni nak bagi tau, most of the novel yang aku ada, memang dari Karya Seni. aku baru je discover publisher ni. tak sangka pulak best-best novel dia. Penulisan2u pun best jugak cuma koleksi aku still sikit lagi. ke sama je dua company ni. entah. yang penting, novel dari Karya Seni banyak yang ikut taste aku. even writer dia kebanyakannya memang baru dalam arena penulisan ni.


Sebenarnya kawan aku suruh buat review untuk dia. tapi alang-alang aku nak review ke dia, baik aku taip je dekat sini. senang.

Sinopsis Eksperimen Cinta

Kali pertama mereka bertentang mata. Masing-masing dah ada pandangan sendiri. Dan tak sangka pula Tengku Aaron ini memang gila orangnya. Sangat-sangat tak terduga sikapnya. Kalau tak gila, apa perkataan paling sesuai nak digambarkan kepada orang yang tiba-tiba ajak kahwin padahal kenal tak sampai dua jam?
Demi syarikatnya, Damia buat keputusan gila juga! Tak ada jalan keluar melainkan cakap, “saya setuju!” Damialetakkan syarat dengan harapan Tengku Aaron batalkan niatnya.
“Awak jangan menyesal pula kahwin dengan saya. Sebab saya ni pisau cukur...”
“Oh, ya?! Kalau cap Gillete Mach3 Turbo, aku lagi suka. Kikislah banyak mana harta aku. Aku tak kisah. Harta aku bertimbun-timbun…”
Gagal dan gagal. Akhirnya bersatu juga! Bagi Tengku Aaron semuanya tak lebih daripada sebuah eksperimen saja. Dan bagi Damia, selagi belum lafaz talak terucap, selagi itulah maruah Tengku Aaron akan dijaga. Berjayakah Tengku Aaron Shah meneruskan eksperimen cintanya? 

 Review: 

Novel ni memang best. jalan cerita dia tak melalut. konflik tak mendera jiwa sangat. bak kata aku, memang bestlah. Lagipon novel ni macam rare gila kau tiba-tiba nak kena kawen dengan orang kaya gila nak mati. tapi lantaklah. kalau tak rare baik tak payah buat novelkan.

Based on apa yang aku dah baca, aku suka watak Damia. jaga aurat, batas-batas pergaulan, tak benarkan lelaki bukan muhrim pegang-pegang dia, tak senang-senang keluar dengan lelaki lain. yang penting, dia taat dekat suami dia even dia tak suka suami dia sendiri. macam ni la bagus. menunjukkan writer ni tak de wild imagination. maknanya writer dia kerja suka definisikan cinta watak dia dengan maksiat. macam dalam novel 'Meh Sandar Pada Aku', Dr Syed tu sangat jaga pergaulan dia. tak de la menyampah aku nak baca novel macam tu. Damia ni perangai dia macam perempuan normal, walaupun cantik, tapi tak de la lemah lembut sangat. dia tau macam mana nak defend diri dia kalau orang kenakan dia. Beauty with brain.

Tengku Aaron pulak, ok, mula-mula ego tinggi tapi lepas tu runtuh habis ego. biasalah kan? nama pun novel. Tapi kadang-kadang rasa macam tak logik bila kasanova solat penuh lima waktu, boleh jadi imam, ye la mane la aku tau lelaki. tapi dia ni, dalam tak suka-tak suka si Damia tu, tetap jaga isteri dia baik-baik. ok lah tu kan.

Watak lain is ok, semua handsome, semua pon cantik, semua pon tinggi semua pon romantis. Penat jugak melayan imaginasi penulis ni. tapi kat mana lagi nak jumpa pakatan lelaki handsome kaya tinggi lagi beriman kalau bukan dalam novel. dalam drama pon tak boleh buat macam tu sebab nanti bajet lari nak bayar pelakon.walaupun nampak sangat writer novel ni peminat cerita korea tapi dimaafkanlah. since novel ni banyak pengajarannya.

Serius aku cakap, masa baca novel ni, bergolek-golek aku gembira baca sebab ayat dia menarik. macam kita cakap hari-hari. tak de la awkward sangatkan nak baca. 

Kalau ikut sinopsis novel ni semua dah boleh agak dahkan last novel ni jadi macam mana. tak penting pon yang tu. yang penting tengah-tengah dia. nak tau silalah beli sekarang. nak pinjam dari aku memang sorry sebab nanti aku nak hantar balik dah novel ni. kalau tak asyik nak menyelak novel je la kerja aku nanti. FYP dah start ni kang kerja dok berangan lagi. 

Yang penting tolonglah writer ni jangan bagi kalau ada producer datang nak mintak jadikan novel ni drama ke filem ke. meluat aku tengok nanti. faham-faham je la kisah cinta orang dah kawen macam mana. cukuplah sekadar ayat, jangan diterjemah dalam tv. tak menarik dah nanti.


Tuesday, August 13, 2013

Salam aidilfitri


Selamat Hari Raya everibadeh!!!

oh serius raya ni memang hectic gila. from the moment aku sampai rumah dari serdang, sampai la hari ni, kemain busy aku kat rumah...

malam raya dah busy siap untuk tahlil. lepas tu first raya dari pagi sampai petang aku pakai baju kolej dgn seluar tidur. pastu dok kat dapur. gambar raya jangan tanye la, memang seketui pon tak de. sampai la malam nak gerak pegi kampung lagi satu, sempat la aku pakai baju raya dalam dua jam gitu. lepas tu nak peluh mencurah-curah terpaksa sarung jubah indon aku. sampai cramp la jugak kaki aku masa raya pertama hari tu. 

ye la, adatlah anak dara dok busy kat dapur kalau ada tetamu. aku pon tak de la nak merungut ke apa. tapi macam terkilan sket sebab aku tak sempat raya ke mana pon tahun ni. kawan yang dah bertahun tak jumpa pon semua aku tak sempat jumpa. ni raya ke enam pon ramai lagi tetamu. boleh kira berapa rumah je yang aku dah raya. tu pon semua sedara mara dekat je.

second raya dah ada dekat kampung lagi satu, pon kemain aku busy jugak. tak sempat nak pegi rumah ex roommate aku masa kat maktab dulu. sedih. tapi kesedihan aku aku ubati dengan terjun kat sungai bil. hehe. syok oih berendam. walaupun aku terjun dengan jubah indon aku tapi aku tak peduli. asal aku boleh berenang dua tiga round jadi la. hilang semua penat..

amek kau, dengan jubah-jubah aku terjun sungai. nasib tak rabak je ni.

baju hijau tu bukan baju raya pertama pon. tapi masa ni je yang sempat nak tangkap gambar. baju raya pertama dah lunyai malas aku nak pakai dah. ni pon masa raya ketiga. baru sempat nak lawa-lawa. sobs.

eceh, konon lawa la buat muka cenggitu. padehal muka tembam tak ingat. 

tapi masalah sekarang, setiap kali tetamu datang, setiap kali tu la aku makan. bapak la bahaya... dah la setiap kali bapak aku rajin nak barbeku ke bakar-bakar ikan ke masa tu la tetamu nak datang. untung betoi siapa datang rumah aku.. tapi memang setiap kali tetamu makan aku makan, dorang balik karang aku makan lagi. lepas tu lagi dua minggu member aku nak kawen. tak kan aku nak jumpa kawan-kawan dengan muka tembam ni. tak nak tak nak tak nak!!!

esok, aku dah kena balik serdang. ya, final exam sedang menanti aku khamis ni. serious buang duit aku sebab kena balik sana semata-mata untuk exam dua jam. tapi aku redho. dah la study mende pon belom. terpaksa la aku balik awal pagi esok sebab nak study sungguh-sungguh kat sana. study kat rumah tak jalan. sia-sia. tambah ada wifi ni. pandang pulak aku ke lecture note ye.

doakan aku dapat jawab final khamis ni. dan, selamat hari raya lagi sekali.

p/s: makin ramai kenalan bertunang dengan kawin dalam masa terdekat ni. aku bila pulak? ahaks!

Saturday, August 3, 2013

Short Semester

Assalamualaikum,

            Disaat orang ramai tengah update status home sweet home, seronoknya dah sampai rumah, bosannya duduk rumah, aku masih lagi stuck dekat fakulti dari pagi sampai petang.

           Ah, aku tak bagitau lagi ya, aku tengah ambik short semester. benda paling aku elak lepas berat aku naik bom bom kebabom masa short sem dua tahun lepas. lepas tu macam fobia tak nak ambik short sem dah. ceh, padahal lepas balik dari indon hari tu lagi kemain berat aku membuak-buak dia naik. tu la, yakin sangat lagi. mementang dah dapat berat asal masa kat indon, balik malaysia, makan macam 15 tahun tak makan makanan malaysia. padahal empat bulan je pon.

            Nasib baik short sem kali ni waktu bulan puasa. so tak de la berat aku naik. tapi masalahnya sekarang, tak pulak dia turun. hisy mengada betul. entah muat ke tak baju raya aku ni.

            Eh apa aku ni. post aku ni bukan nak cerita pasal berat badan aku yang masalah ni. ni ha pasal short sem ni.
terima kasih la dekat dua lecturer yang baik hati ya amat ni. weolls 3 orang berjaya mengharungi short sem dengan jayanya. weolls ambik dua subjek, sains tanah dengan pertanian, persekitaran dan makanan. sains tanah dengan Dr. Samsuri, lagi satu subjek dengan Prof Khanif.

         Million thanks to both lecturers yang sanggup ajar kitorang walaupun jumlah students amat sikit ya amat. bayangkan kelas sains tanah student tiga orang je. memang bertubi-tubi la aku kena serang dengan soalan dari Dr. dah la muka tiga-tiga blur. malas nak fikir pulak tu. asyik bagi jawapan tak logik je. tapi Dr tetap ajar kitorang dengan penuh semangat sampai kitorang faham.
         Lepas tu next class bila tanya balik, tak ingat. haha. sorry la dokter dapat pelajar bermasalah macam kitorang ni. walaupun macam lawak sebab dalam lab student tiga orang tukang ajar empat orang. terima kasih dokter, terima kasih. jasamu akan dikenang sepanjang hayat aku. insyaallah.

        Tapi serius la, semua rumour yang aku dengar before masuk kelas Dr dulu sekarang aku rasa dusta belaka. dokter best ok. kalau kau buat hal dia marah la, tapi kalau tak, rilek je dia. tak garang langsung even kadang-kadang je scary skek. hehe. peace dokter peace...

          Sorang lagi, prof, pon semangat mengajar jugak. Tapi yang ni lima orang. Campur jebat dan nabila. malangnya aku tak tahu apa masalah aku, prof bukak je pintu nak masuk kelas, aku menguap buat kali pertama. Beberapa saat lepas tu, aku menguap lagi, dan berterusan dengan beberapa siri menguap lagi. serius teruk gila perangai aku dalam kelas. nasib baik prof tak kata pape. kalau tak malu la teman.

       Tapi dalam kelas Dr tak de pulak aku nak menguap-menguap. tak pernah-pernah dalam hidup aku jadi student UPM aku berani tidur depan lecturer. dah la duduk depan sekali. depan prof je aku pejam-pejam mata. serius aku tak tahan mengantuk aku. kadang-kadang tengah dengar lecture, tiba aku sedar aku dah tertidur. mak aih... =.=

mintak maaf la prof, saya pon tak tahu apa masalah saya asyik nak tidur dalam kelas prof. mohon jangan tolak markah saya sebab saya tidur. harap prof nampak usaha saya yang struggle nak bukak mata demi nak dengar lecture dari prof.

jangan perangai ni terbawak ke sem depan sudah.

        Masa short sem ni memang tahap survival aku memang power lah bagi aku. dengan tak de duit belanja nya. semua dari bank pa ma. tapi banyak mana je lah pon kalau nak mintak dekat bapak aku nya. tapi hidup jugak la aku. aku sendiri tak percaya sebenarnya aku boleh survive sampai hari ni.

           Isnin ni dah final untuk sains tanah. akhirnya. dapat la aku balik cuti sebulan. cukupla. lama sangat karang kerja aku melawan cakap mak je. lagi satu exam lepas raya.

         Syukur, habis akhirnya aku subjek wajib aku. oh, komputer ambik next sem. tapi settle la dah kiranya kitorang bebudak mobility batch first ni melangsaikan subjek yang kitorang tinggalkan masa pergi indon. Alhamdulillah.

semua mangsa short sem bersama kakak-kakak indon tersayang.

Tuesday, June 18, 2013

change before its too late



orang selalu kata, jangan sekali-kali bersangka tidak baik kepada orang yang tidak menutup aurat atau jahil dalam agamanya, kerana suatu hari nanti mungkin dia menjadi lebih baik dari kamu.

well then, its true. seriously. I've seen it. daripada pakai tudung pendek gila, kadang-kadang free hair, pakai skinny, sekarang tudung dia lagi labuh dari tudung aku, pakaian dia lagi bagus dari aku.

Hidayah is just everywhere, if you want to change, just do it. tak pe lah slow-slow, asalkan perubahan tu ada. and I'm doing it. pray for me, to never repeat any of my dark past.

but still, yang buatkan aku malu, family aku semua tudung labuh, tapi aku still tak mampu nak berubah sehabis mungkin. macam dia. sedangkan yang dulu terserlah jahil, sekarang lagi alim dari aku.

Death can come in any moment and we know people around us who have died unexpectedly.

DEATH, is the only appointment you can't ever reschedule! Make sure you're prepared for it...! 
-muslim speakers- 
 lately, banyak kematian keliling aku. semunya totally unexpected. tapi ye la, what can we expect from death.
macam mana kalau kita yang sibuk dengan urusan dunia ni tak sempat berubah? paling takut kalau kita mati bukan dalam husnul khatimah. mati dalam keadaan yang tidak mengingat nama Allah. nauzubillah...

lets change. together with me. I know its not easy, but just keep changing and help others change as well. insyaAllah Allah will make it easier for you. 






Monday, June 17, 2013

ciptaan tuhan paling indah

tadi ciptaan tuhan paling indah jaga exam. susah hati aku dibuatnya...

dah la waktu aku mintak extra kertas dia menghampiri dengan wajah suci... *bahagia sambil menari-nari*

aku sangka sudah tiada ciptaan tuhan seindah itu yang berbangsa melayu, rupanya wujud lagi. ah...

semoga ciptaan tuhan yg indah itu belum kawin lagi, boleh aku masuk meminang. ahaks!

sesungguhnya ciptaan tuhan itu bukanlah indah pada pandangan pertama sahaja, rupanya pandangan kedua dan ketiga masih indah juga...

harapnya pandangan keempat kelima dan keenam juga masih indah begitu...

maaflah bakal suami, ciptaan ini terlalu indah untuk tidak dipuji... *sambil menyanyi lagu hanya memuji*



p/s: meroyan. lagi dua paper! way to go!!!!
p/s: test akaun aku dapat A!!! alhamdulillah!!! terima kasih lecturer dengan tutor both of you are the best!!!

Sunday, June 16, 2013

selamat hari bapak

happy father's day to my dearest father Mr Abd Latif bin Mat Noor, the greatest man I've ever known, the only one whom always be positive even when bad things happened, the one who always hug and kiss me with love, the one who share the same dream with me and the one who will be the father in law to my husband to be. muahahaah... I love you and always do...


may Allah grant you happiness here until Jannah. amin...


kepada calon suami, meet him if you wanna have me. tapi calon mestilah menepati syarat yang ditetapkan baru boleh jumpa beliau untuk convince bahawa anda adalah calon terbaik. hahahaah

Monday, May 20, 2013

Persediaan untuk masuk ke program bacelor pertanian (sains ternakan) UPM

Assalamualaikum buat bakal-bakal junior sekalian yang bakal mendaftar tak lama lagi....


akak rasa, eceh akak~~~ ye la, ni kan first batch yang semua studentnya akan lagi muda dari aku termasuklah yang dari diploma. akak la kan... muahahaha

ok ok, tak nak lah berakak-akak, rasa tua pula aku yang muda remaja ni.
sebenarnya, tajuk aku ni kalau include sekali untuk bacelor sains pertanian dengan akuakultur pon boleh. cumanya nak lebih spesifik, sebagai student animal science macam aku ni, of course lah aku bagi tips ikut pengalaman aku.

buat sesiapa yang bakal/dah berjaya dapat tawaran IPTA lepas cek UPU, tahniah aku ucapkan. yang mana tak dapat tu, buatlah rayuan. usaha lebih sikit. insyaAllah berjaya.

yang penting ni, untuk bakal-bakal students animal science ni. untuk pengetahuan adik-adik yang tak tahu ni, bacelor animal science ni bukan veterinar ya. dan fakulti pon bukan fakulti veteriner walaupun suatu masa dahulu bacelor ni memang dalam fakulti veterinar. but no more, sekarang dekat fakulti pertanian.

aku cerita ni bukan sebab nak kata benda ni susah ke, complicated ke tak...

cumanya, aku tahu, ada setengah yang apply course ni tapi blur sebenarnya tak tahu course ni macam mana lepas tu ingat sama macam veterinar.

sedialah nak jenguk small creatures ni setiap pagi dan petang.

tak pe tak pe. anyway, tahniah lagi sekali pada yang bakal/dah dapat tawaran course ni sebabnya, course ni antara course yang paling lama ada dekat UPM sejak ditubuhkan.

kalau dah lama tu maknanya paham-paham lah. lecturer mostly memang berpengalaman gila dan semuanya serius hebat dalam bidang masing-masing. serius, cuba korang google nama sorang lecturer dari jabatan sains haiwan. mesti korang akan rasa lecturer kat sini power gila. and since bacelor ni antara pioneer dalam bidang sains haiwan dekat Malaysia ni, so janganlah sia-siakan peluang yang ada.

ok, semua info-info dekat atas ni kalau google banyak je. yang susah nak cari ni ha apebende yang korang kena get ready sebelum ambik course ni.

first sekali. buat semua fashionista sekalian yang dapat bacelor ni, harap-harap dapat moderate kan lah bergaya tu. bukan tak boleh. boleh. waktu first year time korang tengah habiskan subjek universiti tu bolehlah nak make up tebal dengan tudung 3-4 layer pon.

tapinya, penatlah akak-akak ni nak tunggu adik-adik ni duduk depan cermin lepas solat dekat surau belit-belit tudung sampai dua-tiga jam. kitorang ni tak de lah nak marah adik-adik pakai cantik-cantik, tapi cantik-cantik korang tu tak kemananya... yang penting, sopan. tu je. kalau masuk second third semester tu, cantik-cantik korang karang kene pegang karkas kambing lagi, nak belek-belek organ lagi, karang dah masuk fourth semester, nak jolok rectum lembu lagi. sem lima karang nak perah susu lembu lagi, nak sembelih-sembelih lagi.
memang ada labcoat dengan coverall cumanya kalau dah namanya petani tu, bersederhanalah ye adik-adik. penat akak-akak tengok korang berusaha sangat nak lawa. relaks relaks... luar fakulti nak pakai tudung 8 lapis pon tak pe lah. nak pakai make up macam pengantin pon suka hatilah.

second, discipline tu please lah bina lebih sikit dalam diri korang tu. sedih aku tengok student ada setengah yang suka datang lambat, ada yang tak datang langsung. hormatlah sikit dengan lecturer pagi-pagi dah datang tapi kelas kosong lagi. lecturer dah la ada yang dah veteran tu ingat dorang tak penat ke nak jalan jauh dari jabatan ke bilik kuliah. please... be considerate. kalau memang jenis tak boleh bangun pagi tu cubalah jugak. kalau tak boleh nak datang lambat jugak, berenti je lah belajar. kalau belajar pon tak boleh bangun awal macam mana nanti time kerja. buat busuk nama UPM je nanti.

third, kalau dah nama bacelor sains haiwan tu, get ready lah nak peluk cium haiwan-haiwan domestik kat Malaysia ni. janganlah karang time praktikal suruh pegang kambing dah lari keliling ladang... tapi aku rasa yang ni tak de masalah kot. time isi borang tu mesti dah fikir dah kan yang ni...

ok lah, fourth, dah ambik bacelor ni sedia lah jugak untuk mengelilingi UPM dalam masa satu hari. FYI, fakulti pertanian UPM berada luar dari kawasan main campus, dan ladang-ladang bagi sesi pengajaran ada dekat serata UPM ni unless makmal ladang dekat ladang 16 nanti dah siap. kadang-kadang pagi praktikal ayam dekat ladang dua dekat celah-celah main campus, petang karang ada kelas pulak dekat fakulti nun jauh disana. jangan risau, bas ada. tapi jangan merungut banyak sangatlah. you should know since you are taking this course. okay?

next, antara perkara paling penting kalau korang betul-betul nak belajar untuk bacelor sains haiwan ni. ENGLISH. aku faham, bukan semua orang boleh berbahasa Inggeris dengan lancar. aku pon mula-mula dulu tak de lah power sangat english aku. tapi berkat aku jadi student asasi dekat UPM tak de lah susah sangat aku nak converse dalam bahasa inggeris.
macam mana pon, memang semua subjek akan diajar dalam bahasa inggeris. unless lecturer baik nak ajar dalam bahasa melayu. memang ada lecturer cool nak ajar dalam bahasa melayu, tapi bukan semua. dan most of the term used untuk subjects bagi course ni memang dalam bahasa inggeris. buku rujukan dalam bahasa melayu sangat sikit kalau nak compare yang bahasa inggeris. dan kalau ada transfer student dari oversea takkan kita nak cakap melayu jugak. so, learn and don't ever hesitate to try. kalau lecturer tanya dalam bahasa inggeris, jawablah dalam bahasa inggeris. jangan mengada kata tak reti. cuba.

lepas tu, belajar cara nak buat assignment especially presentation dengan betul. jangan nak buat malu sendiri sebab present tahpape. sebab tu aku kata english penting. yang jenis tak reti converse dalam english ni masalah time presentation nanti. cari lah tips mana-mana macam mana nak present bagi nampak cemerlang sikit.

last but not least, yang aku teringat, prepare lah fizikal dan mental kalau nak ambik course ni. penat memang penat. nama pon petani, penternak. bukannya perakaunan, kesetiausahaan. kena berjemur bawah matahari tu biasalah. tak nak hitam, pakai sunblock. bukan susah. kene bangun pagi-pagi untuk praktikal tu biasalah. ada yang praktikal pukul 6.30 pagi kene pergi perah susu lembu, pagi petang kena bagi makan ayam, itu semua normal. just get ready. jangan nanti sebab tu badan semua jadi lembik sampai tidur-tidur dalam kelas pulak. sebab tu aku kata ready. tak de yang senang dalam dunia ni. ada opportunity, grab it. jangan lepaskan macam tu je. rugi.

sekian, tu je yang aku ingat setakat ni, ada idea lagi nanti aku update. memang banyak benda korang kena ready untuk ambik course ni. tapi kalau betul-betul minat, don't worry. it worth every single sweat yang korang lelehkan untuk course ni. *ewww*

ok sekarang boleh cuba berkenalan dengan haiwan-haiwan domestik berdekatan dengan anda.

Tuesday, April 9, 2013

Awkward seorang loner

*amaran: ini kisah semasa sedar dalam ketapi tadi.*

Kejadah entah aku nak letak amaran tu. Lantak lah.

Awkward gila naik train tadi hoi hoi. Aku dapat kerusi tengah-tengah pastu ada meja lepas tu dekat side aku,  aku sorang je duduk. Lagi satu side ada dua couple duduk face to face sambil bercinta.

Awkward gila bagi seorang loner macam aku. Tsk.

Sebenarnya couple-couple ni pon awkward sesama sendiri. Ye la, duduk mengadap cenggitu. Dah la tak kenal. Tapi dorang masing-masing ada laki. Apa dorang peduli. Syok la dalam ketapi boleh main sandar-sandar. Aku ni sandar la dekat dinding tak pun atas meja yang bergoncang dari ketapi gerak sampai la tiba.

Dah la abam couple yang depan aku ni hemsem. Ei, tak beragak betol nak menengok laki orang. Tapi ye la dah dia depan aku tak kan tak pandang kot.

Tapi tadi nak tambah lagi awkward bila sorang uncle cina duduk depan aku sebab nak baca surat khabar. Dah la mulut dia tak reti diam nak ajak sembang. Meja aku nak letak kepala pulak dia conquer dengan paper dia. Tapi sebab ke-awkward-an aku dengan couple-couple tadi aku dah tak de mood nak layan sesape. Nak tidur je aku pikir.

Lastnya aku sarung kepala aku dengan cardigan lepas tu buat-buat tidur. Hehem. Aku dengar abam hemsem tu terpaksa layan uncle tu bersembang ah lantak korang aku tak peduli.

Dah lepas berapa stesen baru ada orang dok depan dengan sebelah aku. Tapi aku dah lelap gila tak sedar waktu tu. Terus hilang awkward.

Sekarang dah ada dekat rumah. Mengantuk dan aku nak tidur. Genait...

Sunday, March 24, 2013

kimbap malaysia #2

assalamualaikum...

sebelum aku dah post dah pasal kimbap ni. tapi tak detail. sebab aku kemas cepat sangat lupa nak snap gambar material dengan apparatus secara terperinci. amboi terperinci.

nah ambik ni, siapa tak clear lagi, boleh google yang selebihnya. 

kimbap ni aku dah buat lama dah. ni ha la baru nak cerita. lagi satu, kalau korang nak rasa flavoury sket kimbap ni, boleh la nak season memana bahan isi kimbap ni sebab kalau tak tambah apa-apa rasa dia plain sangat. bosan hoihoi.

main ingredient. nak detail pergi bukak post lama. yang tengah tu timun, jadi putih cenggitu sebab aku julienned je. malas dah nak hiris-hiris.

ni la yang aku kata sushi mat tu. aku rasa dekat daiso ada kot. cuma yang ni aku bersikap kreatif sebab pakai lapik pasu mak aku yang tak guna lagi sebab malas nak beli sushi mat baru.

ha.... ni la seaweednya... jenama yoroshii. dkat tesco je aku pernah jumpa. tempat lain tak sure sebab aku memang selalu shopping barang dapur dekat situ. dan, jenama ni je aku yakin halal. yang lain aku tak yakin jadi aku tak beli. kalau korang yakin belilah, kalau tak jangan... 

seaweed ni bentaang je terus. jangan pegi rebus pulak. tak perlu. nak buat kerja ni lapiklah surat khabar dulu ye, baru kemas sikit...

macam ni susunnya... inti tu nak letak banyak pon tak pe. kalau letak sikit sangat kang rasa nasik je kimbapnya.

yang ni baru kelihatan macam kerja tangan anak dara, post aku yang sebelum ni kemain berterabur nasiknya. almaklumlah, amatur. compactkan tau nasik-nasik tu.

lepas potong dengan pisau tajam, susun lawa-lawa macam ni lepas tu tangkap gambar, post kat instagram. cenggitu...


hohoi, sedapnya bawak pegi picnic...

adik aku suruh aku tangkap gambat tangan dia secara paksa. ye lah ye lah.

si avatar ni mula-mula dia dok sebok kacau aku nak potong-potong. tapi aku tak layan. last nya dia merajuk lari pergi tido bawah meja. gedik sungguh kucing sekor ni.

dah. jemput makan semua. bahan-bahan semua bolh didapati di tesco. sebab tu nama kimbap ni kimbap malaysia. semua bahan made in malaysia kecuali seaweed. dari taiwan.


Friday, March 22, 2013

dokumentari ayam terbang #1

assalamualaikum.

Secara rasminya semester ni aku akan kembali memelihara ayam dengan penuh semangat waja yang membara dijiwa bla bla bla…

Actually I’m supposed to take care of all of the ayam last year. Tapi aku dah gatal ke Bogor, terpaksalah ambik subjek poultry semester ni. Jadinya bermulalah dokumentari ayam-ayam aku dari minggu ni sampailah beberapa minggu akan datang.seterusnya tengok je lah gambar-gambar kerja-kerja pembersihan ni dulu sebab ayam tak sampai lagi. next week ayam sampai aku letak gambar banyak-banyak ye.

oh ya, nama group aku ayam terbang. idea hang jebat secara spontaneous.
kalau sebelum ni aku bela sampai 300 ratus, this time cuma 100 je. so, stay tuned. banyak kisah menarik menanti anda. Samalah, macam yang aku buat dulu. Yang diari anak ayam tu. Bezanya dulu aku bela ayam kampung kacukan, sekarang ayam daging. Adatlah, bakal penternak negara. Semua jenis ayam kena cuba bela.







klik gambar untuk tumbesaran

Tuesday, March 19, 2013

aniaya



assalamualaikum

tadi aku call mak aku.
berejam-rejam sembang perihal kes-kes penganiayaan yang selalu jadi di sekeliling.

manusia sekarang memang selalu tak sedar mereka sedang menganiaya orang lain kan?
mereka selalu fikir merekalah orang yang paling mulia sampai lupa kebajikan orang lain.
sampai lupa sebenarnya ada yang sedang menderita sebab kata-kata dia, fikiran dia.

keluarga aku contohnya,
mak bapak aku memang aktif dalam politik,
usaha mak bapak aku untuk bagi islam kekal menang dekat kawasan kami memang membuatkan aku sangat bangga.
bila mak aku siapkan kertas kerja itu ini untuk macam-macam program dan bila bapak aku sibuk mesyuarat sana sini jadi mc sana sini semata-mata untuk make sure apa yang mereka buat boleh tegakkan islam yang mula bengkok.
ingat senang nak habiskan masa pergi sana-sini sedangkan waktu tu boleh peruntukkan untuk rehat lepas penat bekerja?

aku tak pernah nampak salahnya mak bapak aku nak aktif dalam politik.
kalau orang lain boleh kenapa mak bapak aku tak boleh?

tapi kenapa, orang selalu perlekehkan usaha mak bapak aku.
bukan mak bapak aku mintak duit orang.
bukan mak bapak aku pergi merompak.
bukan aku tak nampak, mata-mata orang yang pandang rendah mak bapak aku.
bukan aku pekak tak dengar kata-kata orang,
bukan aku tak reti baca tulisan orang yang selalu mengutuk mengata mak bapak aku depan-depan.

kami sekeluarga sabar.
peduli apa kami dekat orang macam tu.
niat mak bapak aku sangatlah murni.
tapi orang tetap nak mengata. perli sana-sini.
adik beradik aku tak pernah merungut tapi kenapa orang sibuk bersungut?

sabar kami ada tahapnya.
kadang-kadang rasa nak hadiahkan sejuta lempangan dekat orang macam tu.
macam-macam kata nista orang lemparkan dekat kami anak-beranak.
orang macam tu tak pernah fikirkah apa yang kami rasa?
seronok agaknya aniaya hati dan perasaan orang.

semoga Allah limpahkan segala nikmat berkat kesabaran mak bapak aku.

cukup perihal keluarga aku.

pic courtesy: google

contoh lain,

suami orang yang tambah koleksi isteri.

aku tak pernah salahkan lelaki yang nak beristeri lebih dari satu.
tapi berpada-padalah.
kalau tak mampu, usaha lebih dari selalu.

jangan pernah terfikir nak aniaya orang lain semata-semata untuk bagi kesenangan dekat isteri kedua.
kalau betul nak bina masjid lagi satu,
jujurlah.
terus-terang dengan isteri pertama.
aku paling kesian bila isteri pertama ditipu bertahun-tahun yang sebenarnya dia bermadu.

yang suami, tak rasa bersalahkah,
tipu isteri pertama, aniaya dia, bila mengaku tak balik rumah sebab sibuk bekerja.
padahal kerja yang ada pon tergendala.

bila orang tanya kenapa nak beristeri dua,
mula cari salah isteri pertama.

tak sabar nak masuk neraka agaknya suami macam ni.

banyak sebenarnya contoh penganiayaan yang aku dan mak aku bincangkan.
tapi tak mampu aku nak tulis.
takut ada yang sakit hati.
sedangkan azam aku untuk jaga lidah aku dari menyakitkan hati orang.

tapi sebab semua penganiaya ni,
hati aku jadi susah nak memaafkan orang.
hati aku senang membenci bila aku terkena.
walaupun zahirnya aku tersenyum, jangan tanya apa yang aku rasa bila sekali aku teraniaya.

aku tak berdoa,
tapi semoga anda penganiaya rasa apa yang kami pernah rasa.
supaya anda tidak fikir lagi yang anda begitu mulia.

Saturday, March 16, 2013

surau 2


Assalamualaikum.


Hari ini Rokiah telah mendapat gajinya yang pertama. Rokiah berasa sangat gembira lalu beliau merancang untuk ke shopping mall untuk membeli sedikit barang keperluan beliau serta menambah koleksi pakaiannya yang semakin tidak muat kerana tubuhnya semakin membesar hari demi hari. Lalu selepas menghabiskan tugasnya di pejabat, kereta Rokiah terus meluncur laju menuju ke pasaraya XXX untuk melaksanakan rancangannya.

Kebetulan ketika Rokiah sampai, azan Maghrib pon berkumandang. Lalu Rokiah terus menuju ke surau yang berada di pasaraya tersebut untuk menunaikan solat. Malangnya keadaan surau sangat penuh sehingga ramai pengunjung pasaraya tersebut terpaksa bertatur panjang untuk berwudhuk. Keadaan ini sangat menyukarkan Rokiah tetapi dengan sabar, Rokiah turut serta beratur dan kemudian Rokiah terpaksa pula menunggu gilirannnya untuk bersolat kerana terlampau ramai di dalam surau tersebut.

Mujurlah Rokiah membawa telekungnya kemana sahaja beliau pergi, jika tidak Rokiah terpaksa menggunakan telekung yang sudah berbau akibat digunakan dalam keadaan basah oleh beratus-ratus pengunjung pasaraya tersebut. Walau bagaimanapun, keadaan tadi telah membuatkan mood Rokiah untuk membeli belah terganggu dek kerana kepenatan di pejabat yang masih belum hilang dicampur dengan dengan kepenatan bergelumang dalam keadaan surau yang bagaikan haru-biru setiap kali waktu solat masuk.
Akhirnya Rokiah pulang tanpa membeli apa-apa hari itu…

******
Have you ever been in this kind of situation? Bila korang nak solat tapi surau gila penuh and you just kuatkan iman untuk tunggu jugak sebab there’s no other place yang korang boleh solat. Ye lah, sebenarnya ada je, macam dekat kawasan tersorok ke, mana-mana je lah. Tapi apa gunanya surau kalau kita perlu solat dalam keadaan macam tu.

Kalau kita perhatikan, surau selalunya bukanlah satu priority bila sesebuah bangunan tu dibina. Contoh dekat pejabat mak cik aku, staff-staff perempuan solat dalam bilik server je. bukan tak de surau tu, cumanya surau tu dia jadi inconvenience sebab saiz dia selalunya kecil dan tak cukup untuk menampung jumlah orang yang ramai.

Contoh dekat fakulti, contoh ye ni. Asal masuk je waktu solat, surau akan jadi pack gila dan semua orang akan kelam kabut nak solat sebab lepas tu ada kelas lagi. Kadang-kadang aku perhati, solat tu jadi macam ekspress gila sebab takut tak sempat masuk kelas. Doa pon kadang-kadang tak sempat.

Tu ke budaya yang kita nak terap dalam diri pelajar? Utamakan kelas daripada ibadat. Aku pon kadang-kadang, berlari nak ke surau, waktu zohor selalunya. Niat tak nak kelam kabut sebab nak solatkan, apa yang salahnya kalau lambat sikit. Tapi bila tengok orang kat belakang dah berhimpun tunggu turn nak solat, kita nak doa panjang sikit pon jadi serba salah. Lastnya, sambung je doa masa tengah lipat telekung. Kalau surau tu luas sikit, tak jadi macam tu. Tapi kalau orang tu dah jenis solatnya ekspress nak kata apa kan. So this example cannot be applied to her lah.

Lepas tu bila nak rehat-rehat sementara tunggu kelas, untuk orang perempuan, suraulah tempat paling selesa sebab boleh tanggal tudung. Boleh golek-golek sekejap. Tapi kalau dah surau tu pack, nak golek apanya. Nak kene pijak adalah. Kesian tau student kadang-kadang. Especially perempuanlah. Sebab selalunya perempuan ni kalau nak solat proses dia renyah sikit. Nak tanggal tudung dulu, ambil wudhu, pakai telekung, karang nak lipat pulak, pakai tudung lagi. Nak bergolek celah-celah orang ramai ni? No…

Contoh lain, paling selalu sekali, macam cerita Rokiah tu. Surau dekat mall kat area KL Selangor ni selalunya besar, selesa tapi still tak dapat tampung jumlah pengunjung yang ramai gila setiap kali waktu zohor, asar dengan maghrib. Isyak tu selalunya orang dah redha dah. Solat kat rumah je lah. Tak larat nak berhimpit lagi dah. Kadang-kadang surau ok dah besar, ada pulak masalah lain. Tempat wudhu sikit, telekung sejadah tak cukup, surau berbau. Macam-macamlah. Sampaikan orang perempuan nak tunggu time uzurlah baru seronok sikit nak berjalan merata-rata. Waktu lain, seronok jugak tapi still stressful sebab surau tu mesti ada.

Aku tak tahulah macam mana selalunya arkitek or engineer bangunan-bangunan macam ni boleh tak terfikir untuk bagi satu ruang yang besar untuk bagi peluang kepada orang ramai untuk jalankan ibadah dengan selesa. Ke semua engineer dengan arkitek orang putih aku tak taulah pulak. Nasib baik sangat kebanyakan orang Malaysia ni masih kuat imannya. Kalau jenis lemah iman tu dia tak solat terus dah. Tapi jenis tu lah kita nak elak. Kalau surau pon selesa, ada air cond, cermin besar semua, siapa pon seronok nak beribadah dekat situ.

Aku berharap sangat yang satu masa nanti, surau ni dijadikan proriti bila sesebuah bangunan didirikan. Walaupun bukan 24 jam surau tu penuh, fikirkan waktu beberapa jam yang sangat penting especially waktu zohor, asar, maghrib. Baru bangunan tu ada berkatnya. Jangan design surau je cantik tapi sebenarnya tak selesa. kecik sempit busuk bla bla bla...

Surau



Assalamualaikum…
Aku rasa makin lama makin malas aku nak update blog ni. Hari tu kemain berlambak idea tapi dah keyboard ni jahanam pulak. Mula-mula tak boleh pakai tanda soal dengan titik bertindih je, lepas beberapa ketika, tamat terus riwayat keyboard laptop aku ni.  Sekarang pon aku survive pakai usb keyboard je. Tapi alangkah peliknya pakai laptop tapi ada usb keyboard. Ah banyaknya tapi.

Tak pe lah aku redha dengan ketentuan ini. Nak beli baru, aku tak mampu. Nak mintak dekat mak dengan bapak lagilah no no. mintak laptop yang nip on aku dah cukup rasa bersalah ni kan nak mintak yang baru. Even dah tiga tahun aku pakai laptop usang ni.

Tapi dah elok-elok ada usb keyboard dah broadband pulak kene potong. Just nice. Kalau dah tak reti-reti nak bayar tu memang solely salah aku lah. Siapa lagi. Haih.

*********

Ni lah kalau aku start balik lepas lama tak update betul-betul. Beria explain, lepas tu karang tinggal lagi blog ni. Walaupun aku sedar pembaca setia blog ni tinggal dua tiga orang je. tapi kalau aku tinggalkan blog ni macam mana aku nak teruskan impian aku ni jadi penulis.... Walau bagaimanapun, terima kasih banyak-banyak kepada yang setia tekan link blog aku, yang setia baca dengan yang setia komen.

Point aku sebenar hari ni nak cakap pasal surau sebenarnya. Tapi next entry lah. Macam dah panjang sangat mukadimah aku ni. Nak sambung lagi korangla yang tak larat baca. Aku rajin je nak sambung menaip lagi.

Friday, March 1, 2013

happy anniversary begerian


thanks for all those wonderful days while representing Malaysia especially UPM. haha. sangat merindui zaman kurus... 4 bulan yang mengasyikkan walau semua tau ada derita menanti..

semoga kita dapat praktikal pulak dekat europe sama-sama lagi...

Monday, February 25, 2013

perihal bersyukur dan mengenang budi.


ni status aku kat facebook tadi.


selalu aku dengar, "orang bagi dia ambik, tapi dok mengumpat mengata orang yang bagi tu. tak reti bersyukur betui". aduhai cliche sungguh ayat itu.
i know what are you guys referring to... cuba sebut je, kerajaan bagi br1m, sk1ma, bb1m bla bla bla tu ambik, tapi dok mengumpat mengata bn, umno bla bla bla.... kan senang.
think logically, duit siapa yang kerajaan dok bagi tu sebenarnya? ada kerajaan spesifikkan ke penerima semua voucher, skim semua tu?

dah orang nak bagi, ambik je la. semua yang ambik tu just nak ambik balik hak dia. salah ke? tak de pulak kerajaan cakap hanya pengundi current government je boleh ambik. kalau ada, nampak sangat tak ikhlasnya.

lepas tu siapa kata orang yang ambik tu tak bersyukur? syukur je. tapi dah kalau kerajaan sekarang ada berlaku zalim dekat dorang, suka hati dorang la nak mengumpat mengata ke apa ke? yang korang gelabah nak marah dia kenapa?

“Allah tidak menyukai ucapan buruk (yang diucapkan) dengan terus terang kecuali oleh orang yang dianiaya. Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (QS. An-Nisa’ : 148).

dorang rasa dianiaya, lantak dorang la nak mengata tak nak bagi orang lain kena sekali. tu pon salah??? pelik...

aku tak maksudkan sesiapa, tapi bosan la wei. cari modal lain kalau nak bercakap boleh?

dah kerajaan nak bagi, untuk semua rakyat dia yang layak, ambiklah. undi suka hatilah nak bagi dekat siapa pon. nak jadi firaun ke bagi duit sebab nak balasan... jangan nak ulang ayat cliche satu malaysia tu, aku dah bosan tahu, bosan.

.

I never meant to effend anyone with those words. maybe cause it sounds harsh because there was one or two people seems to be offended with my status.

I don't know bout them, but for me, this is all reality. most of us are already tired with people saying that we should be thankful with those things given by our dear government and we can't even say anything if we want to get all those things given. 

sometimes, when i read people status saying that kind of thing, I was like, what the hell? of course we are thankful. but are we supposed to be thankful to the government? hell no!! I'm no pro government nor opposition because I don't even vote for anybody yet. but the one you should be thankful for is Allah. bear that in mind. the government is just doing their duty. FYI, the money came from the taxpayer not solely from the government money. and we could still vote for anybody as we wish. 


I don't care all the vote things. the only thing that is really annoying is when they keep repeating the same things again and again. aren't they bored doing that???


but then why we can't criticize something if it is clearly wrong just because we want to receive those voucher, rebate etc etc.... aren't we democratic country???


lame sangat ok. siapa yang dok post status cenggitu dekat facebook, twitter, blog jadah semua.




klik jika anda berminat

Related Posts with Thumbnails