Sunday, October 6, 2013

Review novel: Perempuan Lindungan Kaabah.


Assalamualaikum

               Lepas aku dah start tulis review novel Eksperimen Cinta tu, seronok pulak rasanya nak tulis lagi. Ye lah, last review novel masa zaman SPM dululah. Itu pun novel Julia yang nipis ya amat tu. Alang-alang dah baca tu apa kata aku review je semua novel-novel yang aku dah baca. Tapi karang blog ni memang jadi tempat review novel je lah ye. Nak tulis benda lain tak de idea.

                 Kali ni aku nak review pasal satu lagi novel tebal dan berinformasi, Perempuan Lindungan Kaabah. Eceh, macam mc bagi intro pulak. Macam yang aku dah bagitau sebelum ni, taste aku memang novel yang tebal, cinta halal, dan sarat dengan ilmu. Ye la, even aku macam buang masa dok menelaah novel tebal  dari baca lecture notes, sekurang-kurangnya ada ilmu yang menusuk jiwa aku ni. Tak adalah lagha sangat jadinya.

                 Novel ni dah lama dah ada dalam rumah aku ni, kawan aku si Syuhadah yang punya. Tapi aku tak pernah terfikir nak baca sebab cover macam bosan. Lagi pun novel ni dah release bulan Mac dulu. Memang agak lamalah jugak. Konon sekarang dah up to date kan, novel bulan Mac pun kata dah lama. Padahal dulu masa sekolah tak peduli pun novel lama ke baru, main baca je. Novel yang kertas kuning tu pon aku baca tau.  Tapi sebab malam semalam (baca: minggu lepas) aku malas nak belajar,aku capai lah novel ni. Ok, tak menyesal.

                 Novel ni macam dalam synopsis, pasal perkahwinan yang terpaksa demi menyelamatkan akidah seorang muslim yang dah jauh dari landasan Islam yang sebenar. Banyak yang aku boleh belajar dari novel ni. Bukan setakat gatal nak bercinta je. Contohnya, heroin novel ni, Hanan, tak semestinya dia tutup aurat sepenuhnya, jaga maruah dia, dia terlepas dari berbuat khilaf, tak. Tapi cepat-cepat je dia istighfar, tanda dia sedar silap dia. Memang novel ni macam dongeng je, macam mana anak orang gaji boleh jadi anak angkat orang kaya gila nak mati macam Datin Zaleha tu. Lepas tu ramai pulak lelaki nak dekat dia, tapi logic jugak, kalau dah dia jaga akhlak dia, penampilan dia, maruah dia, siapa tak nak?

                  Lagi satu, novel ni jugak menekankan macam mana nak jaga aurat dengan betul, ingat, kalau abang angkat ke, sepupu ke, selagi bukan mahram kita, jangan sesedap hati sesedap rasa bukak aurat, freehair, pegang sana-sini, sebab mereka masih sah bernikah dengan kita. Eh, aku ni memang review stail SPM ni, siap ada pengajaran dengan nilai-nilai murni lagi.

               Alhamdulillah, sekarang memang dah banyak novel macam ni, macam dalam Eksperimen Cinta, Suamiku Ustaz, Tautan Hati, banyak elemen dakwah yang diterapkan oleh penulis dalam novel-novel ni. Baguslah, tak de lah hobi istimewa orang perempuan ni jadi sesuatu yang lagha. Ke orang lelaki pun ada baca novel ni jugak?

               mmm… kalau novel yang ni, aku tak kisah nak dijadikan drama atau filem. Ye la, boleh jadi pengajaran. Lepas tu novel ni tak banyak part sensored, yang tak sesuai dilakonkan dikhalayak ramai. Kalau ada pun boleh potong lagi. Cumanya, janganlah rosakkan nilai murni novel ni dengan ambik pelakon yang tak de ikatan untuk scene-scene yang boleh membawa kepada maksiat. Entahlah, aku pun tak tau macam mana nak buat. macam sangat susah untuk buat filem yang fully islamik dekat Malaysia ni. Sebab tu aku lagi selesa baca novel je tanpa tengok drama atau filem. 

            Akhir kata, cewah, recommended kalau nak cari novel yang Islamik lagi tebal. Belilah kalau ada duit lebih, kalau tak de, boleh baca separuh dekat  www.penulisan2u.my. jangan jadi macam aku, sanggup tak beli makanan sebab nak beli novel hahaha. sebab aku dah gemuk. hewhewhew. ok, selamat membaca. 


Friday, September 20, 2013

Review novel: Eksperimen Cinta

assalamualaikum

      Dulu kan, masa form five, masa nak SPM, aku berazam dekat diri aku, tak nak dah leka baca novel. sebabnya, aku, bila dah start membaca, memang aku hanyut tak sedar apa. kecuali kalau baca buku sekolah hehehe. kononnya kalau aku tinggalkan novel, aku boleh hidup secara realiti. tak de la dok leka bergolek-golek dengan buku tebal ratus-ratus muka surat tu. tapi itu pon lepas aku dah puas baca beratus-ratus novel yang aku dah start baca dari darjah empat lagi. amboi. lagi pon masa aku form five tu tak ramai penulis berbakat yang buat cerita ikut taste aku.

     Zaman berlalu, wujudnya sistem download drama korea jepun dekat internet. masa aku mula-mula involve dulu, semangat aku download episod demi episod. sanggup aku habiskan duit elaun KPT buat beli harddisk baru. tapi tu dulu. masa aku tak peduli nak beli makanan, so banyak la duit extra aku. kalau aku tak download pon, semangat pergi blok sebelah nak copy cerita dari kawan-kawan. lepas tu balik rumah, internet laju, download lagi.

       Sampailah sekarang time aku dah tak mampu lagi nak beli harddisk baru, kuota internet pon asyik habis je. dapat pulak baucher buku dari kerajaan tersayang, oh aku dah sedar, baik aku beli novel. jimat elektrik. jimat kuota. walaupun kena keluar duit sikit beli novel, tak pe lah. lagi pun kalau nak compare dengan drama dekat tv3 tiap-tiap hari tu, kadang-kadang aku tak sanggup nak tengok habis pun. geli-geleman. baik aku membaca. jalan jugak otak.

           Tapi semenjak dah besar sikit ni, taste aku dah macam strict sikit. kalau dulu mana jumpa novel semua aku bedal baca. novel tebal gila zaman bila tah dekat library maktab dulu pon aku habis baca. sekarang aku just akan baca novel yang tebal, and cerita pasal orang dah kawen. bukan aku gatal sangat nak kawen, tapi kalau aku baca cerita pasal cinta orang tak kawen ni, menyampah pulak rasa. rasa macam aku involve dalam maksiat dorang pulak. oh ya, dan novel yang ada unsur Islamik sikit. boleh jugak tambah ilmu. tak de nak menggatal je kerja aku. 

         So sekarang, aku dah start dah penuhkan balik rak buku dekat rumah aku dengan novel-novel tebal yang hits-hits sampai semua orang nak buat drama sekarang. baca buku lagi best. tak larat aku nak menengok pelakon tak de ikatan dok main peluk-peluk.

Eh panjangnya mukadimah. kang reviewnya sikit je. ha ni nak bagi tau, most of the novel yang aku ada, memang dari Karya Seni. aku baru je discover publisher ni. tak sangka pulak best-best novel dia. Penulisan2u pun best jugak cuma koleksi aku still sikit lagi. ke sama je dua company ni. entah. yang penting, novel dari Karya Seni banyak yang ikut taste aku. even writer dia kebanyakannya memang baru dalam arena penulisan ni.


Sebenarnya kawan aku suruh buat review untuk dia. tapi alang-alang aku nak review ke dia, baik aku taip je dekat sini. senang.

Sinopsis Eksperimen Cinta

Kali pertama mereka bertentang mata. Masing-masing dah ada pandangan sendiri. Dan tak sangka pula Tengku Aaron ini memang gila orangnya. Sangat-sangat tak terduga sikapnya. Kalau tak gila, apa perkataan paling sesuai nak digambarkan kepada orang yang tiba-tiba ajak kahwin padahal kenal tak sampai dua jam?
Demi syarikatnya, Damia buat keputusan gila juga! Tak ada jalan keluar melainkan cakap, “saya setuju!” Damialetakkan syarat dengan harapan Tengku Aaron batalkan niatnya.
“Awak jangan menyesal pula kahwin dengan saya. Sebab saya ni pisau cukur...”
“Oh, ya?! Kalau cap Gillete Mach3 Turbo, aku lagi suka. Kikislah banyak mana harta aku. Aku tak kisah. Harta aku bertimbun-timbun…”
Gagal dan gagal. Akhirnya bersatu juga! Bagi Tengku Aaron semuanya tak lebih daripada sebuah eksperimen saja. Dan bagi Damia, selagi belum lafaz talak terucap, selagi itulah maruah Tengku Aaron akan dijaga. Berjayakah Tengku Aaron Shah meneruskan eksperimen cintanya? 

 Review: 

Novel ni memang best. jalan cerita dia tak melalut. konflik tak mendera jiwa sangat. bak kata aku, memang bestlah. Lagipon novel ni macam rare gila kau tiba-tiba nak kena kawen dengan orang kaya gila nak mati. tapi lantaklah. kalau tak rare baik tak payah buat novelkan.

Based on apa yang aku dah baca, aku suka watak Damia. jaga aurat, batas-batas pergaulan, tak benarkan lelaki bukan muhrim pegang-pegang dia, tak senang-senang keluar dengan lelaki lain. yang penting, dia taat dekat suami dia even dia tak suka suami dia sendiri. macam ni la bagus. menunjukkan writer ni tak de wild imagination. maknanya writer dia kerja suka definisikan cinta watak dia dengan maksiat. macam dalam novel 'Meh Sandar Pada Aku', Dr Syed tu sangat jaga pergaulan dia. tak de la menyampah aku nak baca novel macam tu. Damia ni perangai dia macam perempuan normal, walaupun cantik, tapi tak de la lemah lembut sangat. dia tau macam mana nak defend diri dia kalau orang kenakan dia. Beauty with brain.

Tengku Aaron pulak, ok, mula-mula ego tinggi tapi lepas tu runtuh habis ego. biasalah kan? nama pun novel. Tapi kadang-kadang rasa macam tak logik bila kasanova solat penuh lima waktu, boleh jadi imam, ye la mane la aku tau lelaki. tapi dia ni, dalam tak suka-tak suka si Damia tu, tetap jaga isteri dia baik-baik. ok lah tu kan.

Watak lain is ok, semua handsome, semua pon cantik, semua pon tinggi semua pon romantis. Penat jugak melayan imaginasi penulis ni. tapi kat mana lagi nak jumpa pakatan lelaki handsome kaya tinggi lagi beriman kalau bukan dalam novel. dalam drama pon tak boleh buat macam tu sebab nanti bajet lari nak bayar pelakon.walaupun nampak sangat writer novel ni peminat cerita korea tapi dimaafkanlah. since novel ni banyak pengajarannya.

Serius aku cakap, masa baca novel ni, bergolek-golek aku gembira baca sebab ayat dia menarik. macam kita cakap hari-hari. tak de la awkward sangatkan nak baca. 

Kalau ikut sinopsis novel ni semua dah boleh agak dahkan last novel ni jadi macam mana. tak penting pon yang tu. yang penting tengah-tengah dia. nak tau silalah beli sekarang. nak pinjam dari aku memang sorry sebab nanti aku nak hantar balik dah novel ni. kalau tak asyik nak menyelak novel je la kerja aku nanti. FYP dah start ni kang kerja dok berangan lagi. 

Yang penting tolonglah writer ni jangan bagi kalau ada producer datang nak mintak jadikan novel ni drama ke filem ke. meluat aku tengok nanti. faham-faham je la kisah cinta orang dah kawen macam mana. cukuplah sekadar ayat, jangan diterjemah dalam tv. tak menarik dah nanti.


klik jika anda berminat

Related Posts with Thumbnails