Monday, April 2, 2012

Bogor days - series 8 *Jakarta Mari*

lama sangat tak update sampai aku tak tau nak cerita macam mana bila tengok gambar-gambar ni. mulanya nak cerita pasal aku pergi jakarta, tapi macam dah ingat tak ingat je. so aku campur-campur je la dengan cerita lain tanpa ikut susunan. tapi AWAS, entri ni banyak gila gambar. kalau tak larat nak scroll, tak yah le baca...



yang ni aku tak mula lagi pasal Jakarta,tapi nak kenalkan anjing yang menghantui hidup aku bila aku makan dekat sini. anjing ni manja wei, dan menakutkan. buatnya dia jilat-jilat kaki aku kang, mana aku nak cari air tanah buat samak. jadinya, memang aku lari siap-siap la kalau jumpa anjing ni. dekat sini macam terbalik sikit. anjing kemain manja, kucing terbiar macam tu je. nasib baik tak comel, tak de la aku sedih sangat tengok kucing tu...

********

ok, masuk bab Jakarta. macam mana nak mula ni. point penting dia, kitorang pergi Jakarta dengan menaiki bas yang paling menyeramkan sepanjang hidup kitorang naik bas ekspress. tak tau la nak explain seram yang macam mana, tapi dengan kerusi satu baris lima orang lepas tu tegak gila, dengan pengamen yang lagi menakutkan dari pengamen dekat Bogor. oh ye, pengamen tu orang yang akan naik mana-mana public transport, tak kira la angkot ke, bas ke, then dorang akan nyanyi-nyanyi and mintak duit lepas tu. lebih kurang pemintak sedekah la dorang ni, tapi up sikit.

kalau dekat Bogor, pengamen tu akan duduk dekat tepi pintu, nyanyi lepas tu hulur bekas untuk letak duit. kadang-kadang kalau dorang nyanyi sedap, syok la sikit nak bagi kan. tapi tak nak bagi pon tak pe. suka hati. tapi yang dekat jakarta ni, dah la tak nyanyi, lepas tu bersajak entah apa tah dia sebut, lepas tu paksa orang bagi duit. kalau tak bagi dia maki pulak.

amboi, service pon entah pape, nak mintak lebih-lebih. memang aku buat-buat tidur je la sepanjang jalan tu. lagi satu, tak rasa ke dia tengah merosakkan imej negara dia sendiri. eih, sabar je la...


dah sampai Jakarta, ada kakak Malaysia yang memang student dekat sini jemput kitorang. so kitorang stay dekat rumah dirang je la. Banglo wei, cantik rumah dia... seriously comfortable. terima kasih akak!

esoknya, semua bergerak pergi Tanah Abang. apalah maknanya bagi anak-anak dara kalau pergi Jakarta tapi tak pergi Tanah Abang... memang kitorang duduk situ dari bukak sampai tutup semua kedai dekat situ. dah berplastik-plastik barang, itu pon tak puas hati lagi. nak jugak pandang-pandang asal ada baju lawa sikit.

oh ye, dekat sini, memang travel semua pakai teksi je. kalau tak, mau putus jari jemari mengangkot semua beg plastik tu...

bangunan hijau besar ni la Tanah Abang. 13 tingkat. sila list dulu nak beli apa kalau nak datang sini. kalau tak, memang selori la barang nak bawak balik...

muka puas hati lepas berminggu-minggu teringin nak naik kereta. asyik naik angkot je kan. akhirnya, teksi pon jadi la.... tapi jangan memain dengan teksi kat sini, Vios oi. kemain ye...

oh, ini bajai. syok oi naik ni. kenapalah dekat Bogor tak de bajai ni... kalau ada memang pergi balik kelas aku naik benda ni.

hasil rompakan tanpa senjata dari Tanah Abang


wajah gembira sebelum memulakan penjelajahan di Jakarta

ni la bas yang aku cakap tadi

waktu balik, kereta penuh dengan plastik je...

oh nasik lemak, i'll miss you...

lagi satu yang menterujakan dekat sini, nak masuk shopping complex macam nak naik kapal terbang. beria nak scan bagai....

yang ni memang saat paling menggembirakan masa kitorang pergi Jakarta, sehari sebelum balik, kitorang pergi rumah akak yang lain pulak. dan disana, nasik lemak menanti. hohoi. heaven!!! memang licinlah dulang tu.

balik terpaksa naik teksi sebab dah exhausted sangat dah semua. semua pakat berlagak macam orang kaya. padahal...

**********

yang bawah ni gambar random je. aku interpret sikit-sikit je la...

aku pon tak paham situasi dorang ni. tapi masa orang tengah sibuk praktikal dengan lembu la dorang nak bukak pusat urut pulak kat sini...

gambar my sepes ni bukan nak tunjuk aku sebenarnya. tapi nak tunjuk vanila latte yang tak mungkin aku dapat minum tiap-tiap hari kat Malaysia. kat sini harga dia dalam rp3000 je, atau kat Malaysia, dalam seringgit oi. dah la sedap. tu yang feeling setarbak terlebih tu.

cuba zoom gambar ni dekat tulisan tu. 

tak boleh, meh aku zoom kan.
aku pon tak tahu kenapa nama Lee Min Ho ada kat sini, tapi aku syak peminat fanatik Gu Jun Pyo bagi nama lembu tu kat dia. kesian Lee Min Ho, bawak bersabar la ye...

next...
kembali ke Kota Bogor...
ini adalah terminal tas yang kata kawan aku, kalau mak dia datang boleh terkena strok dekat situ. agak la... dekat sini memang banyak betul jual beg-beg yang boleh menstrokkan orang yang gila bershopping macam kitorang ni. aku yang tak cadang nak beli pon boleh terbeli satu.

ini pula di KFC, mintak mahap siap-siap ye. aku nak komen ni. sos kome ni apekehal masin bebeno????
masaknya tak de la sesedap dekat Malaysia, tapi dimaafkan la, mungkin tak kene dengan lidah aku kot. tapi sos dia ya rabbi, masin gila!!! aku pon tak tau kenapa, tapi serasanya, semua makanan kat sini memang boleh menyebabkan darah tinggi. garam murah ke kat sini?


kan aku kata gambar yang bawah-bawah ni random. so, aku lompat je la terus dekat gambar pasal rusa.

syok oi, rusa ni manja sungguh bila orang sua makanan. macam aku. eh?

yang ni aku main snap je sebab tengah sibuk buat praktikal. so aku main snap je la mane sempat.


cadangnya nak letak lagi gambar. tapi memandangkan minggu ni aku tak de kelas sebab tengah exam week, jadi esok insyaallah aku akan post lagi. dekat sini mid exam macam  final terus. dua minggu pulak tu. dan exam aku semua dekat second week. jadinya, enjoy! walaupun aku tau aku akan mati next week. doakan aku tak mati bebetul!!!!



2 analisis anda:

yongfarehah said...

bestnye shoppingggggg!! jeles i tauu. lain kali pegi beli la baju 2-3 lai ke aku kalau murah. nnt aku bayar la. kehkehkeh. persoalannya di sini, adakah kau dah kurus?? O.O aku nampak kau mcm kecik sikit dari biasa! heh he...

hananishikido said...

shopping memang best!
sila bank in kalau nak order.

kurus??? hahahaha. bila aku tengok gambar, aku pon rasa macam tu, tapi bila aku timbang, terus aku tak rasa lagi macam tu. hahaha. semoga aku kurus bebetul...

klik jika anda berminat

Related Posts with Thumbnails