Monday, February 25, 2013

perihal bersyukur dan mengenang budi.


ni status aku kat facebook tadi.


selalu aku dengar, "orang bagi dia ambik, tapi dok mengumpat mengata orang yang bagi tu. tak reti bersyukur betui". aduhai cliche sungguh ayat itu.
i know what are you guys referring to... cuba sebut je, kerajaan bagi br1m, sk1ma, bb1m bla bla bla tu ambik, tapi dok mengumpat mengata bn, umno bla bla bla.... kan senang.
think logically, duit siapa yang kerajaan dok bagi tu sebenarnya? ada kerajaan spesifikkan ke penerima semua voucher, skim semua tu?

dah orang nak bagi, ambik je la. semua yang ambik tu just nak ambik balik hak dia. salah ke? tak de pulak kerajaan cakap hanya pengundi current government je boleh ambik. kalau ada, nampak sangat tak ikhlasnya.

lepas tu siapa kata orang yang ambik tu tak bersyukur? syukur je. tapi dah kalau kerajaan sekarang ada berlaku zalim dekat dorang, suka hati dorang la nak mengumpat mengata ke apa ke? yang korang gelabah nak marah dia kenapa?

“Allah tidak menyukai ucapan buruk (yang diucapkan) dengan terus terang kecuali oleh orang yang dianiaya. Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (QS. An-Nisa’ : 148).

dorang rasa dianiaya, lantak dorang la nak mengata tak nak bagi orang lain kena sekali. tu pon salah??? pelik...

aku tak maksudkan sesiapa, tapi bosan la wei. cari modal lain kalau nak bercakap boleh?

dah kerajaan nak bagi, untuk semua rakyat dia yang layak, ambiklah. undi suka hatilah nak bagi dekat siapa pon. nak jadi firaun ke bagi duit sebab nak balasan... jangan nak ulang ayat cliche satu malaysia tu, aku dah bosan tahu, bosan.

.

I never meant to effend anyone with those words. maybe cause it sounds harsh because there was one or two people seems to be offended with my status.

I don't know bout them, but for me, this is all reality. most of us are already tired with people saying that we should be thankful with those things given by our dear government and we can't even say anything if we want to get all those things given. 

sometimes, when i read people status saying that kind of thing, I was like, what the hell? of course we are thankful. but are we supposed to be thankful to the government? hell no!! I'm no pro government nor opposition because I don't even vote for anybody yet. but the one you should be thankful for is Allah. bear that in mind. the government is just doing their duty. FYI, the money came from the taxpayer not solely from the government money. and we could still vote for anybody as we wish. 


I don't care all the vote things. the only thing that is really annoying is when they keep repeating the same things again and again. aren't they bored doing that???


but then why we can't criticize something if it is clearly wrong just because we want to receive those voucher, rebate etc etc.... aren't we democratic country???


lame sangat ok. siapa yang dok post status cenggitu dekat facebook, twitter, blog jadah semua.




25 analisis anda:

Anonymous said...

k'jaan bagi. bersyukur! :) lepas dah perbelanjaan stationery!

hananishikido said...

belikan aku sharpie kaler2 sepaket wei!!!

Aizat said...

hak kita, kita ambil.

hak bersuara, hak memilih, kita pelihara.

jangan kita cepat goyah dan mudah 'dibeli' dengan sumbangan 'ikhlas'
lps tu mengharap kita balas budi pulak kann? sangat la ikhlas!
hehehe

hananishikido said...

yeah! betul tu aizat! betul!

Anonymous said...

Hi sajer blogwalking. Aktif jugak awak berpolitik ek ?
Kalu bercerita bab politik msti tak pernah habis..udahla, dh bosan tgk org buat post2 tntg politik. Takde faedah langsung.....politik kotor

Anonymous said...

apa maksud awak , awak dianiaya ? apa yang awak dianiaya ? bosan saya baca ,tak habis2 perihal dianiaya je awak sebut. tp awak ada rumah kan. sekolah adik2 abg kakak awak semua ok kan ? bg tahu dalam segi apa yg awak dianiaya. saya bukan penyokong mana2 pihak, tapi saya pelik tgk student mcm awak dh sakan berpolitik padahal fokus awak skrg , belajar. sedih saya tgk. awak kata awak bukan pro goverment not pembangkang. tp nampak jelas dh awak lebih menuju kepada satu pihak yg lg satu. igt la fokus awak skrg, belajar. amik je duit tu, belajar. wallahualam.

hananishikido said...

kepada anon yang pertama; saya tak aktif berpolitik. cuma isu politik ni kan isu semasa. so saya just ambik tahu je apa yg patut. dan, politik tak kotor dear. orang yang mengotorkan politik.

anon yang kedua, saya tak pernah kata saya yang dianiaya. dan saya cuma sebut sekali je nun dlm status fesbuk nun. sedikit pon saya tak kata yang saya lah orang yg dianiaya. yang saya kata, orang yg dianiaya ada hak nak mengkritik atau membetulkan perkara tersebut. lagi satu encik anon atau mungkin awak bukan anon kepada saya sebenarnya, kalau dari sekarang anak muda tak praktis libatkan diri dalam dunia politik, siapa yang nak pimpin negara ni suatu hari nanti.. tak selamanya pemimpin yang ada sekarang akan hidup dekat dunia ni. jadi, sambil saya belajar, saya ambil tahu isu politik. dan, saya tak pernah nak kritik pihak parti yang mana satu pon. fokus saya dlm post ni, ialah saya naik bosan baca status orang yang cakap pasal perkara sama berulang kali. tak terniat dalam hati saya nak menuju ke pihak mana pun. saya cuma memperkatakan tentang sesetengah orang yang cetek akal justeru mengulang perkara yang sama dalam setiap status mereka. and of course segala yang diberi saya ambil dan saya gunakan utk pelajaran saya dan masa depan negara ni. semoga encik anon faham niat post saya kali ini dan janganlah gelabah memperkatakan sesuatu yg tidak pernah saya katakan hanya kerana saya seorang pelajar...

jahbogor said...

cik penguin tgk la dh kotor dh post awak kali ni.biarkan je la penguin oi.nampak jelas sangat di situ.jgn melenting n keep calm.setakat guna nama cik anon baik xyah.:)

hananishikido said...

tu la jah. nak gelak je aku baca komen deme ni. aku kata lain deme kate lain. dah dalam kepala tu asyik pikir negatif je tu yg jadi cenggitu.

Aizat said...

"pelajar perlu fokus belajar je! jangan campur adukkan politik dalam dunia pelajar." inilah ungkapan majoriti masyarakat.

pemerintah yang tua2 skrg dah mati nanti sapa nak ganti??


siapa lagi kalau bukan golongan prihatin, mahasiswa?

mungkin anon mengharapkan golongan penagih dadah dan mat rempit kot :)

hananishikido said...

aku pon rasa anon tu mengharapkan mereka yg tak belajar ni jadi apparentice... ye la, kita kan kena fokus belajar jew...

tak tau la pulak kalau2 anon terlampau setia dekat pemimpin sekarang sampai ingat dorang ni takkan mati. ampun anon, korang memang ridiculous...

Aizat said...

it's okay nani.
as a student we will continue our responsibility to study and strive for what best for Islam and our country.

If we try to fix all the stupid people we come across on the internet, we will probably end up becoming one hehe

puan anon said...

"kalau dari sekarang anak muda tak praktis libatkan diri dalam dunia politik, siapa yang nak pimpin negara ni suatu hari nanti.."

Sy cabar awk bertanding MPP. Baruu kita tahu kan tahap kepimpinan awak. Nampak gaya satu hari awk mungkin jadi pemimpin. Saya yakin akan ramai vote awak. Dari gaya kelantangan bersuara awak, memang hebat dan mengagumkan...suara2 mahasiswa yang lain juga terbela. Saya turut yakin awak akan jadi ikon kebanggaan mahasisiwa/i di seluruh malaysia.ilmu politik awak pun nampaknya mengagumkan, so tak mustahil awak bakal menjadi pemimpin negara yang serba boleh.so why not kan bertanding MPP akn dtg, mana tahu dapat asah bakat kepimpinan ?

Senah said...

great idea puan anon ;D

sistem di IPT/IPTA yg menjalankan pilihan raya dalam memilih pemimpin dalam kalangan pelajar sangat mendidik kita. Sesiapa sahaja boleh jadi pemimpin yg serba boleh. puan anon pun boleh, kerana hakikatnya semua orang ialah pemimpin :)

asalkan kita memimpin diri, keluarga dan mesyarakat, bercontohkan ketokohan pemimpin kita, Rasulullah. Baginda bukan shj memimpin kerajaan madinah, malah sekecil kecil institusi keluarga. subhanallah.

semoga golongan muda mudi sekarang boleh menjadi pemimpin yg hebat di masa hadapan, insya Allah :)

hananishikido said...

Puan anon: insyaallah kalau diberi kesempatan saya akan cuba utk terima cabaran puan. Terima kasih atas kepercayaan tersebut...

Senah. Saya juga amat bersetuju dgn pendapat awak. Semoga malaysia dipenuhi pemimpin berwibawa suatu hari nanti...

Anonymous said...

"I'm no pro government nor opposition"

are you sure what are you talking about? apa yg sy nampak kat sini, terang-terangan anda pro pembangkang. kalau berada di tengah2, tak perlu melatah dgn smua ayat cliche tersebut. jangan mengutuk secara berlebihan kerana sy pasti adik2/kakak2/abg2 anda masih bersekolah atau disara kerajaan. kalau tak mau terasa dgn ayat2 cliche tersebut, silalah keluar dari kepompong saraan kerajaan. kerana org seperti ini ibarat ckp tak serupa bikin.

Senah said...

anonymous dik non,

akak rasa, kita biarlah budak2 ni nak berspekulasi dan berpendapat. remaja memang berdarah panas dan memberontak. mereka ni bersuara bersebab. budak2 skrg dah tak bodoh dik non.

kita sebagai orang dewasa (kalau anonymous ni orang dewasa lah) kena bijak. kenapa mereka melenting? mesti ada yg tidak kena. Jadi kita selidik dan cari mana punca. dah jumpa kita baiki.

jangan lah kita usir mereka, jangan berada dibawah saraan kerajaan. biarlah kerajaan jalankan tanggungjawab tanpa diskriminasi.

ataupun cik anon ni geng sharifah zohra nak usir2 orang keluar negara kalau tak suka kerajaan?

hananishikido said...

yeay! thanks kak senah!
kalau sumorang berfikiran seperti kak senah pasti indah dunia ini...

cik anon; seriously saya bukanlah pro mana2 pihak orang tengah sekalipon. sebabnya saya mengundi pon tak pernah lagi. seperti yg kak senah katakan, apa lah salahnya saya utarakan pendapat saya. bukankah negara ini negara demokrasi?
dan mengapa pula saya perlu keluar dari kepompong saraan kerajaan sedangkan ibu bapa saya bekerja keras untuk membayar cukai demi memastikan masa depan kami anak muda terjamin...

puan anon said...

Terima kasih atas komen yg penuh dgn budi bahasa kak senah. Sekarang ni jangan cakap banyak. Saya menunggu saat2 tuan empunya blog ni bakal bertanding pd MPP akan dtg. Saya menunggu sama ada beliau berani terima cabaran sebagaimana beraninya beliau lantang berkata-kata. Terlampau byk bercakap pun sampai bila tak akan habis kan kak senah. Bosan tahu, bosan ????????????? Bukan memaksa menyókong kerajaan, cuma tolong berhenti argue segala apa dilakukan kerajaan. Well selamat bertanding tau obsesi si mata duitan. Anak muda mcm awak yg bakal memimpin negara, sila persiapkan diri daripada sekarang..........

joyahahahaha said...

assalamualaikum.
saya minta tolong sangat kat KAK SENAH supaya tolong jangan menyibuk atas apa yang saya nak utarakan ni. kesian saya tgk dekat orang2 kat atas ni, kena bidas dengan kak senah yang menyibuk ni. orang bagi komen utk blogger obsesi si mata duitan. tapi kak senah pulak sakan membidas. kipas susah mati ke kak senah.... obsesi si mata duitan, seronok saya tengok awak kalau awak ada penyokong. bila kena bidas, cepat pulak melatahnya. cepat2 la jadi MPP nak juga tengok awak punya bakat kepimpinan. adakah sama sengan apa yang diutarakan di sini, kencang macam ribut angin taufan. bila dah kena batang hidung sendiri, ada tampuk kepimpinan baru kita tengok cik adik obsesi si mata duitan ni masih kencang berkata- kata ke tak.

oh ye cik adik obsesi si mata duitan, kalau nak tahu apa contoh org yg neither pro government nor pro non government, mcm contoh yang bakal saya berikan ini. tak perlu bercakap kencang, sebab cik adik hanya memalukan diri sendiri.

maafkan aku.
malaysia sudah penuh manusia busuk hati.
aku sudah skeptikal.

baik kerajaan.
baik pembangkang.

PRU dah dekat.
diam2.
pergi mengundi.
tak usah kecah apa kau pangkah.

aku sendiri suka usik kawan2 jenis berkobar.
kalau dia sibuk berkompang kerajaan--
aku cakap aku orang pembangkang.
kalau dia sibuk berzapin pembangkang--
aku cakap aku orang kerajaan.

undi adalah rahsia.
ia adalah satu rights.
dengan ramainya manusia malaysia sibuk dengan pelbagai rights-- kenapa rights yang ini tak ada orang peduli untuk jaga?

sampai sekarang pun--
kalian cuma tuduh aku orang kerajaan.
walhal tak ada bukti.
aku sendiri ada banyak masa menegur apa tentang kerajaan sedia ada.
maka berhenti berteka-teki.

undi adalah rahsia.
yang betul tetap kena cakap betul.
yang salah tetap kena cakap salah.

kalian sibuk share sana share sini.
buat apa?
cari downline MLM kah?

memang kurang berkenan.

kita dan politik dah macam filem2 gangster hong kong.
macam young and dangerous dah.
sibuk besarkan clan.
tak suka terus takik kepala.
semua kena sama ideologi.
kalau siapa2 ada fikiran lain-- KOMFEM cuak.
intimidated. takut.

haih.
pangkah jelah.

kalau tak cukup-- kerajaan turun.

bagus juga.
boleh belajar rendah diri.
kadang2 kalau asyik menang,
kita lupa.

pembangkang naik mungkin bagus juga.
kadang2 perabot rumah kita kena alih from time to time.
mana tau, meja kopi tu lagi best kalau bubuh kat tepi pintu berbanding tempat biasa dia.
kalau tak suka, alih semula.
aku sendiri tak sabar nak tengok semua janji terkota.

banyak tu.
yang untung-- kita.

toksah gebanglah kita benci BN bagi hadiah.
toksah katalah kita ludah PAS bagi sedeqah.
toksah bisinglah kita anti PKR bagi janji teguh tak terpecah.
MEMANG rakyat KAKI MINTAK.

maka ya.
siapa pun naik--
yang untung-- kita.
sebab semua orang menang hati kita.
lantak koranglah duit / barang / material yang korang ambil tu nak buat apa.

korang tetap ambik.

kalau kerajaan masih di takhta-- nak buat macammana.
nasib merekalah.
dia yang nak.
tambahlah lagi 4 tahun merasa dineraka rakyat jelata yang tak cukup segala.

pembangkang juga jangan lupa.
empathy SENTIASA pada mereka yang kalah.
bermakna ada 4 tahun lagi untuk besarkan empayar menjadi makin gagah.

semua benda ada bagus dan bodohnya.
semua orang boleh cakap APA SAHAJA demi mendapatkan apa yang mereka mahu.
semua.
termasuk kita.

to be honest,
aku tak kisah pun siapa yang ada di paling atas tangga.
sebab to be more honest--
i am a bitter sceptic just like that.

marilah kita jadi manusia yang baik2.
berhentilah menyebarkan kebencian.
siapa pun menang--
siapa pun kalah--
beriman pada qada' dan qadar.

taqdir--
taqdir juga.
usaha kena ada.

toksah kecah share itu ini.
dengan bahasa yang kasar,
dengan entah fitnah entah pengaiban--
kita jugak yang berdosa.

diam.
rilek.
pangkah.

mesti awak nak cakap, saya tak mengundi blahblahblah. tolong bg ayat lain ye. saya bosannn tahuu bosaannn ! saya nak bg contoh org yg nor pro kerajaan nor pro pembangkang, mcm ni. tengah2 ye cik adik, tengah2. kata nak jadi MPP kan nanti. kena la cepat tangkap. sekian.

Senah said...

Assalamualaikum semua,

pertama sekali, senah rasa seronok dapat bertukar2 pendapat disini walaupun ade yang berbaur kecaman dan cabaran kosong. Senah yakin, masing2 ternanti jawapan dan pandangan komentar2 disini.

Senah cuma cadangkan kita mencontohi kepimpinan Rasulullah, bukan menebalkan sifat assabiah dan menjatuhkan saudara sebangsa seagama sendiri.


Kak Senah kurang faham, apa tujuan cabar mencabar ni?
perlu sangat kah?
soal siapa bidas siapa?
sy cuma berharap kita dapat bertukar-tukar fikiran dan pendapat secara sihat. bukannya berbaur kecaman dan cabaran2 kosong.

Siapakah si joyhaha ini?
dia hendak nak menghalang si tuan blog untuk tidak bersuara dan mengutarakan pendapat? Kalau bosan yang teramat, pergi la buat perkara lain. Senang.


Perkara 19 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat sudah jelas termaktub yang siapa2 rakyat Malaysia layak bersuara tanpa gangguan.


Tuan empunya blog,
kak senah nak menegur la sedikit. kak tak kesah penulisan kamu agak beremosi dan pedas. Remaja, standard lah.
ada juga bunyinya kurang matang walaupun akar umbinya isu-isu yg cuba diutarakan matang.Jadi baiki kaedah dan intonasi bahasa ye.

Kalau penulisan kita bunyi kurang matang, orang yg datang menghinggap pun akan melontarkan kata-kata yg kurang matang juga bunyinya.

Dalam dunia perdebatan, we don't fight over the examples. Puan Anon dan joy are like trying to prove cat is better than dog/dog is better than cat.
Pointless debate.

Jadi, bukalah mata. kita berbincang secara sihat dan bijaksana :)

hananishikido said...

terima kasih kak senah atas teguran tersebut. saya akan cuba perbaiki kelemahan saya. insyaallah...

1234 said...

hangat betul perdebatan untuk isu kali ini. cik hananishikido, biasalah kalau isu politik mesti jadi hangat punya. lumrah. harap bawa bersabar ya ;)
pada saya tiada yang salah, tiada yang betul. setiap org ada pendapat nya masing2. kita hormat pendapat org dan org akan hormat pendapat kita. apa2 pun teruskan post entry2 menarik di masa hadapan ya ! ;)

1234 said...

hangat betul perdebatan untuk isu kali ini. cik hananishikido, biasalah kalau isu politik mesti jadi hangat punya. lumrah. harap bawa bersabar ya ;)
pada saya tiada yang salah, tiada yang betul. setiap org ada pendapat nya masing2. kita hormat pendapat org dan org akan hormat pendapat kita. apa2 pun teruskan post entry2 menarik di masa hadapan ya ! ;)

1234 said...

hangat betul perdebatan untuk isu kali ini. cik hananishikido, biasalah kalau isu politik mesti jadi hangat punya. lumrah. harap bawa bersabar ya ;)
pada saya tiada yang salah, tiada yang betul. setiap org ada pendapat nya masing2. kita hormat pendapat org dan org akan hormat pendapat kita. apa2 pun teruskan post entry2 menarik di masa hadapan ya ! ;)

klik jika anda berminat

Related Posts with Thumbnails