Thursday, March 1, 2012

tip memudahkan kehidupan: CimbClicks

Assalamualaikum...
semenjak aku hidup dekat negara orang ni, oh tak, semenjak aku duduk dekat kolej lagi,  kepentingan Cimbclicks mula dirasai dalam hidup aku.

aku tak tahu orang lain, tapi aku sangat malas nak salin baju, pakai tudung lengkap semua untuk keluar semata-mata nak pergi transfer duit dekat ATM atau nak pergi topup atau sebab nak cek PTPTN dah masuk ke belum. hehehe...

justeru, disinilah kegunaan Cimbclick terserlah! hanya perlukan internet access and you can use it for free without  having any difficulties!

ada sebabnya kenapa bila kita pergi ke bank dan staff dekat situ tak habis-habis nak suruh kita register cimbclick. dia nak mudahkan kita, tapi kenapa kita tak mahu mudahkan diri sendiri? sanggup menyusahkan diri pergi keluar semata-mata sebab nak buat benda yang boleh disettlekan dekat rumah je.

kepentingan Cimbclicks semakin bertambah-tambah bila aku mula hidup dekat negara orang macam sekarang. untuk pergi ATM cimb, aku perlu jalan jauh, so, aku gunakan atm tu memang betul-betul untuk cash kan duit je. lain-lain, cimbclick.

senang kata, bersedialah untuk sebarang kemungkinan yang menyusahkan. bukan senang nak cari bank Cimb dekat Indonesia atau mana-mana negara lain. bayangkan kalau aku tak de cimbclick, untuk selesaikan perkara-perkara remeh je, aku kena salin baju, pakai tudung apa semua. oh, seriously trouble. tambah aku ni perempuan, bukan boleh senang-senang nak keluar pakai baju tidur dengan seluar pendek. kurang-kurang kene sarung sweater atau cardigan.

so nasihat aku dekat semua orang especially pengguna CIMB, bank lain aku tak sure, ada kot service macam ni. kalau ada cara yang lebih mudah untuk anda berurusan pasal perkara yang tak melibatkan cash, gunakanlah. one of the best way, Cimbclicks. memang tak kan rugi. selamat pon selamat. jangan risau, page ni memang secure sebab setiap kali nak masuk memang kita kena log in, and page ni akan log out dengan sendiri kalau kita tak pakai. lepas tu page ni pakai sistem TAC number yang insyaallah secure...

untuk yang dah pernah register tapi tak pernah log in, boleh cuba link ni, CIMBCLICKS. dah bukak, boleh tengok services yang page ni offer. cubalah, tak rugi... kalau tak cuba yang rugi.

p/s: aku bukan promoter. juga bukan duta cimb. cuma nak mudahkan korang je. tapi nak soh aku jadi duta pon boleh. hikhikhik...

2 analisis anda:

Anonymous said...

Hai,nk tnye ttg cimbcliks..sy nk ke trkey..bkeje di sne,so adkah bnde nie bleh dgunakn tuk hntar duit pd fmly or byr ptptn di mlysia..tq.

hananishikido said...

of course boleh. just kena make sure nombor yang awak pakai untuk tac number kena on lah. sebab every transaction awak akan perlukan tac number yg dia akan meseg setiap kali transaction.

klik jika anda berminat

Related Posts with Thumbnails