ini kisah aku bukan kisah orang beranak.
ini kisahnya...
pada suatu hari, sang kancil dan sang kelembai berjalan bersama-sama...
hoi, apekehalnya sang kancil dengan sang kelembai nak jalan sama-sama???
oh, maafkan saya, salah cerita.
eisy blank pule, tak tau nak start ceritanya macam mana. tak pe, aku letak gambar dulu.
gambar di atas bukan menunjukkan kisah sedih aku kerana terpaksa tinggal di rumah kecil yang hanya ditutup dengan kanvas dan dikelilingi oleh tanah merah.
***********
oi hanani, seriusla!
ya ya aku serius. ini projek keusahawanan aku la... projek ternak ayam kampung. bakal billionaire tau I ni. gambar kat atas tu reban ayam. first time tau aku jumpa reban ayam dari simen. selalu jumpa pakai papan je. kelas kau jah.
tapi reban tu bukanlah kitorang yang bina. dah siap ada dah. tinggal nak kemas dengan siapkan peralatan untuk kediaman ayam-ayam tercinta je.
ni semua barang-barang untuk ayam-ayam yang bakal membesar dengan sihat dan kuat dan boleh dijual untuk mendapatkan keuntungan berlipat-lipat-lipat-lipat kali ganda. ouh!!! kaya!
gambar aku tak de dalam ni sebab aku photographer. lagipon orang kata, selalunya orang yang tak masuk gambar lagi banyak buat kerja. hewhewhew... tipu je...
rakan-rakan aku yang dalam gambar kat atas ni tengah kumpulkan habuk kayu untuk buat alas untuk anaklah ayam, ya a auw nanti...
di samping menyiapkan reban ayam, laman dekat depan reban ni juga perlulah diambil kira kalau tak nak penuh dengan lalang je nanti. nampak tu, tanah merah dengan rumput pon kitorang siram tau. tak lawa jugak laman ni nanti tak tau la nak kata apa. *baca loghat kedah na...*
and finally, malam semalam, anak ayam ya a auw pon sampai dengan jayanya!
ni gambar pagi tadi, dengan penuh semangat dengan hanya berbekalkan cucian muka waktu ambik wudhu subuh tadi, kitorang pon menuju ke reban untuk tukar air dan makanan dengan kemas sikit-sikit sambil melihat anaklah ayam ya a auw dengan gembira....
comelnye, kawaii!!! oh so cute!!!!
banyak betul muka diorang ni kan. muka aku tak de pon. hukhukhuk...
comelkan??? iye. sangat comel.
tapi masa kecik-kecik ni comel la. pegang sana pegang sini, ciumlah peluklah. dah besar nanti tengokla macam mana, ada la yang lari lintang pukang tak pon tendang-tendang je ayam-ayam tu. *terasa*
makanya, aku mintak mahap la awal-awal kalau ekspresi wajah aku dekat anak-anak ayam ni bertukar dari semasa ke semasa. masa kecik bolehla dimanjakan, dah besar, jangan harap. *gaya kakak yang garang*
malam tadi sampai seratus ekor je. tapi sepatutnya 300 ekor. so minggu depan sampailah dari 200. tapi mungkin aku tak boleh datang sebab nak balik kampung.
kepada anak-anak ayam yang bakal datang, nantikan kakak di pintu reban ye.
yang dekat atas ni pulak proses masukkan ayam dekat tempat tinggal dorang. benda ni dipanggil brooding.
lampu-lampu tu untuk bagi anak-anak ayam ni haba supaya dorang tak sejuk. ye la mak tak de, kitoranglah family dorang sekarang. jaga anak ayam ni elok-elok kalau nak ayam-ayam ni membesar dengan sihat ye.
maksud tersirat: jaga anak-anak ayam ni kalau nak dapat untung banyak. hehehe. i see $$$
penat sungguh ye malam tadi. semoga keringat aku dan rakan-rakan terbayar dengan $$$. huahuahua. tak de la, aku tak de fikir pasal duit je. seronok wei buat semua benda ni. even aku bukan orang bandar. family aku tak pernah bela ayam. ni first time aku nak buat semua ni. excited tau.
kepada orang yang pernah gelakkan aku sebab ambik bidang ni, gelakla. korang tak rasa seronok yang aku rasa. usaha yang real macam ni lagi best dari belajar teori. aku tak kisah penat, asalkan aku puas hati. eh, jadi emosional pulak.
chill wei!!! jaga ayam best! sape gelak kat aku meh aku bawak tolong jaga sama-sama. mesti korang berenti gelakkan aku. kita gelak sama-sama pulak. hahaha!
0 analisis anda:
Post a Comment