Tuesday, September 13, 2011

Memoirs of tudung bawal

assalamualaikum...

ini bukan entry advertorial.

dulu masa zaman aku sekolah, berebut-rebut orang beli tudung bawal. tambah yang duduk asrama macam aku ni. lepas tu ada pulak fesyen yang batu lip lap yang dah boleh tengok dari jauh tu. ada jenis batu manjalara la, batu lipan la. macam-macam la. lepas tu pulak lagi tudung bawal ni boleh digayakan, boleh silang, boleh lepas, boleh lilit. kira masa tu memang dah tak cool la sape yang pakai tudung corak-corak yang cotton tu. tambah yang ikat kat tengah lepas tu buat reben. 

tapi satu aktiviti wajib yang girls suka buat bila pakai tudung ni, tiup keatas  sebab nak betulkan tudung tu. asalkan tersenget sikit, tiup, macam terlari sikit tiup. lepas tu, asal jumpa cermin, tengok tudung ok ke tak. kadang-kadang kalau pakai tudung yang lembik dengan susah nak bentuk tu, memang penat la asyik nak betul je. 
bila tudung tak betul, sure lost confident especially kalau dalam kelas, nak buat presentation pulak. alamak!!!  bila keadaan ini terjadi, mulalah orang ramai ambik inisiatif sendiri nak bagi tudung tu stay dengan selawa mungkin. so, the best way to maintain the tudung is like, letak lilin, or spray iron starch, or pakai plastik letak kat tudung macam masa dekat sekolah rendah dulu, and so much more...
dulu kemain bayar ratus-ratus sebab nak tudung yang kilat-kilat. tapi sekarang dah murah sebab dah ada fesyen lain.

*
*
*
*
*

beberapa tahun kemudian,

fesyen selendang kembali jadi perhatian lepas zaman orang letak selendang dekat bahu dah berlalu....

fesyen ni memang cantik, ada yang ada coklat M&M dekat selendang tu, ada yang corak pelangi, ada yang lembut, keras, lubang-lubang dan banyak lagilah.

tapi yang penatnye fesyen ni kadang-kadang panas, kadang-kadang menyusahkan, lilit sana, lilit sini,kadang-kadang tak jadi, macam -macam lah kadang-kadangnye.

tapi buat insan yang rajin, memang mereka rela, demi bergayalah katakan. 

aku? dah lama surrender. kalau rajin je aku pakai. tak pun time aku rasa macam nak melawa. time lain agak malas aku nak pakai. ye la, karang nak sembahyang lagi, nak lilit-lilit. serius buang masa.

 
model hasil tangkapan uncle google

di samping itu,

disamping meningkatnya kemasyhuran selendang, dan menurunnya populariti tudung bawal, terdapat satu lagi pesaing yang juga meningkat naik.

ya! tudung awning!

walaupun nama tudung ni diambil dari nama bumbung, tak pe lah. 
tudung awning juga didatangkan dengan pelbagai corak, warna, dan jenama sesuai mengikut usia. kalau mak cik-mak cik, mungkin suka tudung yang ada banyak batu batan berkilat melekat diatasnya, kalau muda-mudi, mungkin sukakan tudung yang simple dan comel.

tudung ni banyak gelarannya, ada kawan aku panggil tudung ni tudung malas. no way man! tudung ni still kena iron kena cuci, cuma pemakaiannya lebih senang dan lebih menjadi. 

kalau pakai tudung ni, tak payah nak tiup-tiup betulkan dah. tak bergeraknya awning tudung ni. just kena make sure rambut tak keluar dengan tak senget je. cukup.

so sekarang, aku nak cerita, tudung ni paling senang aku nak pakai dan aku memang pakai tudung ni je pergi kelas atau mana-mana. senang. kalau nak sembahyang bukak, lepas sembahyang, sarung dan blah. 

walau bagamanapun, tak semua orang lawa bila pakai tudung ni. macam aku, serius tak lawa sangat. lawa sikit je. kehkeh.... kalau pakai tudung ni  memang habis terkeluar seluruh pipi yang aku sorokkan selama ini.

tapi aku tak peduli. biar tak lawa asal tak rimas. ye, aku memang noob. aku dah malas nak runsing-runsing tudung tak jadi lepas tu tak de mood sepanjang hari.


yang aku nak cakap sebenarnya, lantak la nak pakai tudung bawal ke awning ke saji k, suka hati lah. fesyen tu memang boleh, tapi jangan berlebihan dan sila tutup aurat sebaik mungkin. sekian.

2 analisis anda:

Danish. said...

tetap setiah dgn shawl ! senang pakai kekeke

hananishikido said...

kalau rajin x pe, kalau mls mmg la x sanggup nak belit2 tu...

klik jika anda berminat

Related Posts with Thumbnails