gaya aku check check kat atas tu macam nak tunjuk rajin je kan? padahal. tu la padahnya waktu hari pendaftaran masuk dulu pon nak keluar berjalan lagi. satu apa barang pon tak sempat nak kemas. kemas la satu-satu time free. tak pon korek-korek beg kalau nak pakai apa-apa. hari khamis dengan jumaat dah free gatal pergi menyopping lagi. sekarang puas sikit hati aku semua dah ada depan mata. tak payah korak-korek. habuk pon sudah tiada. oh segarnya udara.
sibuk-sibuk minggu ni, dah seminggu dah aku duduk UPM ni, menjelajah fakulti baru yang isolated lagi tak lengkap. seronok memang la seronok dapat fakulti baru, lawa, ada lif, ada kafe sendiri, dikelilingi oleh padang ragut yang cantik serta lembu-lembu yang sedang meragut. auwww. sejuk mata memandang.
namun fakulti yang tak lengkap lagi dengan perabot ni memang la isolated gila dari fakulti lain. siap dekat tepi highway lagi tu. memang tak kenal la budak fakulti lain yang dekat main campus apatah lagi nak kenal jodoh. *wink*
lepas tu kesian dekat student yang susah payah nak gerak dari fakulti baru ni nak pergi fakulti lain naik bas. tak pon nak pergi lab dekat jabatan lama. dalam 45 minit baru sampai. mana tak nya, bas kena transit, itu pon kalau terus ada untung la, kalau bas tak sampai-sampai lagi?
million thanks to kawan aku nabila sebab ajak aku dengan kengkawan naik honda city dia pergi kelas. tapi sekali-sekala kena jugak naik bas, tapi thankfully bukan time-time yang mencekik sebab aku dah susun jadual dengan power sekali. oh sukanya.
dean, pinjam gambar, aku lupa snap gambar pintu gerbang. |
ni bilik seminar yang tak muat untuk satu kelas aku. bilik-bilik lain ada yang tak cukup kerusi meja lagi so terpaksalah satu kelas aku yang 45++ tu disumbat dalam bilik seminar ni.
yang gambar atas ni, dalam Dewan kuliah. serius macam masuk cinema. dah la tempat duduk tinggi, screen besar gila, uih, tidur pon sodap. cantik, kadang-kadang rasa macam dalam aeroplane pon ada sebab ada tempat tulis boleh lipat-lipat. jakun kan? tapi sape masuk dalam dewan kuliah ni memang terkejut punya la. tengok la kat gambar tu macam mana tinggi nya dewan ni... tak nampak orang belakang kalau dah duduk.
tengok bangku dia, sakit bontot ooo duduk lama-lama |
kalau aku interview student-student lain mesti ada macam-macam jawapan untuk dibuat testimoni untuk minggu first dekat fakulti baru ni. tapi yang dekat atas ni semua testimoni aku dengan kawan-kawan aku yang satu kelas. eh bukan semua. dua tiga orang je, siapa nak melawat fakulti baru ni boleh la singgah UPM. dekat tepi highway, dekat dengan padang ragut. jangan pergi padang ragut pulak.
0 analisis anda:
Post a Comment