Assalamualaikum...
apa khabar rakyat jelata? aku disini sihat-sihat sahaja, breakfast dah makan nasik dengan ayam, petang kang makan nasik goreng pulak. sudah pastinya aku sihat. nasib baik aku banyak berjalan dan turun naik tangga, kalau tak, menggemuklah kembali aku yang sedang mengurus ni. haha...
baiklah tuan puan, hari ni aku bukan nak cerita aku makan apa dekat Indonesia ni. hari tu aku dah ceritakan? dah la tu. kang orang jemu pulak, kata aku ke sini sebab nak makan.
berbalik kepada tajuk dekat atas. Sabtu hari tu, aku dengan sepuluh lagi geng mobility dari UPM telah berjaya mengeksplore Kebun Raya Bogor yang amatlah famous dekat sini...
walaupun tujuan kitorang pergi tu lebih kepada nak melawat Botani Square iaitu shopping mall milik IPB, kitorang dengan rela hatinya mengorbankan 10000 rupiah untuk masuk kedalam Kebun Raya ni.
rasanya, tak payahlah aku taip banyak-banyak sebab korang bukan nak baca pon. tengok je lah gambar-gambar ni. aku susun tonggang terbalik . so, pandai-pandailah susun balik ikut imaginasi korang...
aku pernah cerita tak pasal angkot? pengangkutan utama dekat Bogor ni selain Ojeg. Selain dikenali sebagai kota hujan, Bogor juga dikenali sebagai Kota angkot. ye ke? rasanya la... sebab memang dekat sini tempat angkot beroperasi yang paling aktif. angkot ni ialah sebijik van yang berfungsi macam bas, tapi kecik je lah, jumlah orang yang boleh disumbat adalah unlimited. selagi boleh sumbat, masuk je la...
masa ni baru je gerak dari IPB, muka pun ceria je lagi. tak de langsung sebarang keluhan sebab semua tengah excited nak berjalan. tapi, secara tiba-tiba, masa dekat tengah jalan, dua orang budak tiba-tiba je panjat angkot tu. kalau nak naik diam-diam tak pe, tapi yang tak bestnya, sorang main gitar, sorang lagi menyanyi sambil mintak sedekah.
even aku dah rasa sebelum ni, tapi second experience ni still scary woi. memang pemandangan ni biasa dekat sini, tapi bagi kitorang, sangat lah tak biasa... boleh bayang tak, dekat bahagian belakang angkot tu dah crowded dengan kitorang 11 orang. tiba-tiba ade dua orang budak panjat dekat tepi jalan, menyanyi-nyanyi. kalau aku sorang la masa tu, aku dah jerit-jerit dah....
bersama juru iring yang setia bawak kitorang jalan-jalan even panas dengan penat...
tengok je la gambar ni. tukar pose sikit je...
dah tak larat nak senyum. tapi bila orang nak snap gambar, nak jugak masuk...
aku tak tahu apa motif gambar ni... teruskan skroll ke bawah ye tuan puan...
ok, teruskan ke bawah...
dua orang artis bersama bodyguardnya. ^_^
lagi gambar artis popular di abad ini...
wajah gembira yang terpaksa... sebab ada kamera
gambar ni bukan di crop atau apa saja, tapi memang motif jurukamera nak tangkap gambar yang dekat belakang tu, cuma manusia-manusia dibawah ini begitu eager hendak masuk ke dalam setiap gambar yang di snap oleh fotographer...
masa ni dah tak larat dah sebenarnya, tapi juruiring kitorang tu semangat nak bawak pergi taman anggerik (orkid), tak kan nak kata tak nak kot, so ikut je la...
ini sambungan gambar yang tadi...
waktu: selepas makan
motif: tiada
motif: tiada
lagi gambar artis bersama peminatnya pula. hahaha
ingat nak buat gambar promosi untuk tempat ni, tapi peminat interfere pulak, terus gambar di reject...
tiga dara pingitan
itulah angkot yang aku cakap tadi. kecik je kan?
muka tak sanggup nak kemana-mana dah...
ini pun gambar masa pergi, masa balik, masing-masing exhausted gila nak mati. lepas tu kene berimpit, dengan sorang nak terkeluar, lepas tu jalan jammed, lepas tu macam seram. tiba-tiba masa tu teringat betapa indahnya kehidupan kat Malaysia. ada komuter, walaupun komuter selalu delay, tak de la ada sape-sape nak terkeluar dari komuter tu. lepas tu rasa insaf sebab selalu mengata pak cik bas yang suka membebel tu. balik UPM nanti, rasa macam nak cakap dekat pak cik tu, 'membebel la setiap masa pak cik, kami tak kisah. asalkan jangan biar kitorang menderita macam dalam angkot...
kawan aku siap cakap lagi, 'balik nanti, aku nak salam semua orang malaysia'.
tengok, tak sia-sia UPM hantar kitorang kat sini, semangat nasionalisme meluncur tinggi sebab bersyukur tinggal dekat Malaysia...
tengok, jammed atau macet kata orang sini. berapa lane kereta aku pon tak tahu. motor main redah je tak kira celah angkot ke lori ke. serius seram...
sedikit koleksi gambar geli-geli seorang artis...
lagi gambar geli-geli...
ni la gambar yang cuba di snap oleh fotographer tadi. menurut guide kitorang, sini merupakan tempat mandi dan istirehat Presiden. jauh betul nak mandi ye? tapikan, cantik tempat ni... petang-petang ada rusa banyak sangat makan-makan dekat laman rumah presiden tu...
lagi gambar geli-geli artis popular berita hairan
bersama pengasas Kebun Raya Bogor
mount salak
menurut encik wiki, mount salak ni sebuah gunung berapi, tapi dah tak aktif rasanya. aku pon tak sure. kalau masih aktif, semoga dia tidak meletus masa aku ada dekat sini...
our faithful tourist guide.
lepas jalan dekat kebun raya, kitorang nak pergi Botani Square pulak. tapi lelaki yang lain semua ada hal, and balik. tinggal la dia dengan beberapa orang lagi pengiring yang perempuan. syok-syok sembang, tiba-tiba dia bagitau dia lahir tahun 1992. shew. kitorang memang konfom tua bila datang sini. mostly budak kelas aku lahir tahun 1992, hari tu pulak kitorang diiring oleh budak-budak yang muda lagi dari kitorang. terasa sangat tua...
siapa nak ke Jakarta boleh la ikut laluan sungai ni.
Botani square tu betul-betul sebelah dengan graduate school ni. hal ini menyebabkan aku tertanya-tanya, kenapa la kelas aku bukan dekat sini...
tap menurut rakan-rakan aku, bersyukurlah kita tak dapat dekat sini, kalau tak, berapa juta rupiah duit habis sehari agaknya...
gambar dekat Botani Square tak sempat di snap sebab kitorang macam dapat semangat baru bila masuk shopping mall. rasa macam tak penat langsung sebelum tu. haha. dasar perempuan.
yang kesian tu la teruna sorang tu, sabar je dia ikut kitorang yang suka berjalan tak tentu hala ni.
terima kasih ya, teman-teman, kerna bawa kami jalan-jalan di sana!
0 analisis anda:
Post a Comment