Assalamualaikum
Lepas aku dah start tulis review novel Eksperimen Cinta tu,
seronok pulak rasanya nak tulis lagi. Ye lah, last review novel masa zaman SPM
dululah. Itu pun novel Julia yang nipis ya amat tu. Alang-alang dah baca tu apa
kata aku review je semua novel-novel yang aku dah baca. Tapi karang blog ni
memang jadi tempat review novel je lah ye. Nak tulis benda lain tak de idea.
Kali ni aku nak review pasal satu lagi novel tebal dan
berinformasi, Perempuan Lindungan Kaabah. Eceh, macam mc bagi intro pulak.
Macam yang aku dah bagitau sebelum ni, taste aku memang novel yang tebal, cinta
halal, dan sarat dengan ilmu. Ye la, even aku macam buang masa dok menelaah
novel tebal dari baca lecture notes,
sekurang-kurangnya ada ilmu yang menusuk jiwa aku ni. Tak adalah lagha sangat
jadinya.
Novel ni dah lama dah ada dalam rumah aku ni, kawan aku si Syuhadah yang punya. Tapi aku tak pernah terfikir nak baca sebab cover macam bosan. Lagi pun novel ni dah release bulan Mac dulu. Memang agak lamalah jugak. Konon sekarang dah up to date kan, novel bulan Mac pun kata dah lama. Padahal dulu masa sekolah tak peduli pun novel lama ke baru, main baca je. Novel yang kertas kuning tu pon aku baca tau. Tapi sebab malam semalam (baca: minggu lepas) aku malas nak belajar,aku capai lah novel ni. Ok, tak menyesal.
Novel ni macam dalam synopsis, pasal perkahwinan yang
terpaksa demi menyelamatkan akidah seorang muslim yang dah jauh dari landasan
Islam yang sebenar. Banyak yang aku boleh belajar dari novel ni. Bukan setakat
gatal nak bercinta je. Contohnya, heroin novel ni, Hanan, tak semestinya dia
tutup aurat sepenuhnya, jaga maruah dia, dia terlepas dari berbuat khilaf, tak.
Tapi cepat-cepat je dia istighfar, tanda dia sedar silap dia. Memang novel ni
macam dongeng je, macam mana anak orang gaji boleh jadi anak angkat orang kaya
gila nak mati macam Datin Zaleha tu. Lepas tu ramai pulak lelaki nak dekat dia,
tapi logic jugak, kalau dah dia jaga akhlak dia, penampilan dia, maruah dia,
siapa tak nak?
Lagi satu, novel ni jugak menekankan macam mana nak jaga
aurat dengan betul, ingat, kalau abang angkat ke, sepupu ke, selagi bukan
mahram kita, jangan sesedap hati sesedap rasa bukak aurat, freehair, pegang
sana-sini, sebab mereka masih sah bernikah dengan kita. Eh, aku ni memang
review stail SPM ni, siap ada pengajaran dengan nilai-nilai murni lagi.
Alhamdulillah, sekarang memang dah banyak novel macam ni, macam
dalam Eksperimen Cinta, Suamiku Ustaz, Tautan Hati, banyak elemen dakwah yang
diterapkan oleh penulis dalam novel-novel ni. Baguslah, tak de lah hobi
istimewa orang perempuan ni jadi sesuatu yang lagha. Ke orang lelaki pun ada baca
novel ni jugak?
mmm… kalau novel yang ni, aku tak kisah nak dijadikan drama
atau filem. Ye la, boleh jadi pengajaran. Lepas tu novel ni tak banyak part
sensored, yang tak sesuai dilakonkan dikhalayak ramai. Kalau ada pun boleh
potong lagi. Cumanya, janganlah rosakkan nilai murni novel ni dengan ambik
pelakon yang tak de ikatan untuk scene-scene yang boleh membawa kepada maksiat.
Entahlah, aku pun tak tau macam mana nak buat. macam sangat susah untuk buat filem yang fully islamik dekat Malaysia ni. Sebab tu aku lagi selesa baca
novel je tanpa tengok drama atau filem.
Akhir kata, cewah, recommended kalau nak cari novel yang Islamik lagi tebal. Belilah kalau ada duit lebih, kalau tak de, boleh baca separuh dekat www.penulisan2u.my. jangan jadi macam aku, sanggup tak beli makanan sebab nak beli novel hahaha. sebab aku dah gemuk. hewhewhew. ok, selamat membaca.
0 analisis anda:
Post a Comment