Monday, May 7, 2012

Bogor Days - Series 12 *Bandung Time!*

Assalamualaikum...

agak lama jugak aku tak upload cerita baru... tapi dah memang tak de cerita menarik yang aku nak cerita kat sini. makanya, tak terupdate la blog ni. sebenarnya banyak je cerita yang aku nak cerita walau tak best pon, tapi kalau dah malas tu cakap je la. lagi pun idea tak nak muncul pulak time aku banyak masa. idea tu asyik nak keluar time dalam kelas, waktu bagi lembu makan, waktu buat assignment, waktu berenang. oh ya, aku dah reti berenang sekarang! tiap-tiap minggu training kat swimming pool. best hohoi!

ok, kembali kepada tajuk asal. semalam, aku baru lepas pulang dari trip ke Bandung yang best sekali. walaupun ada derita sikit-sikit kat trip tu, tak pe, pengalaman... Trip kali ni dianjurkan oleh International Collaboration Office IPB. kalau bukan sebab dorang, memang belum lagi la aku nak rasa jejak ke Bandung ni. dorang kata, tujuan trip ni untuk rapatkan silaturrahim antara foreigner dekat IPB ni. tercapai ke entah tujuan dia aku pon tak tau...

dulu aku paling benci buat karangan bercerita. kalau soalan karangan, mesti aku jawab soalan fakta. sebab tu aku fail sikit nak cerita balik dekat blog cerita-cerita aku. walaubagaimanapun, kehadiran gambar banyak membantu. yeah, pictures may contain thousand words I can't explain...

warning: macam biasa, entri ni banyak gambar. sila bawak bersabar dan teruskan scroll ke bawah...



trip ni bermula betul-betul waktu subuh, lepas solat subuh, terus gerak. nasib baik bas selesa. tu yang semua pakat tidur right after bas gerak. macam tak betul je kengkawan aku ni pakai spec hitam pepagi buta. tapi sebab bas tu terang sangat, betul tak betul sarung je la kalau nak tidur...





breakfast kali ni memang unforgetable breakfast I've ever had. semangat bagi McD. tengok bebudak kat atas atas tu. jumpa McD terus semua bukak mata luas-luas sedia nak mencekik.







tempat pertama yang kitorang pergi ialah Balai Inseminasi Buatan Bandung. balai ni merupakan tempat pengumpulan semen ternakan untuk dibuat stok bla bla bla.... macam yang korang boleh tengok kat atas ni, kerja aku memang tangkap gambar, ditangkap gambar, dan sebagainya. sebarang informasi yang disampaikan haram aku nak dengar. ok, dengarlah sikit apa yang tarik perhatian aku. yang selebihnya, aku pon tahu apa aku buat. sedar-sedar dah habis...

oh ya, dekat sini dah mula sejuk hohoi! tu yang aku suka. even matahari memancar waktu tengah hari rembang ni, tapi angin sejuk tu sangatlah best. terasa macam dekat Europe pula. hah sudah, berangan je la nak ke Europe... tapi cadangnya, kalau tak merasa nak buat Industrial Training kat New Zealand macam yang aku impikan, dapat buat kat sini pon jadilah... tengokla, stok-stok lembu pon dah macam Europian punya je. comei tau...



 artis kita ari ini, orang Thailand yang pandai cakap Klate...



the second place we went is Institut Teknologi Bandung. walau aku tak tau apa motif sebenar kitorang kene lawat tempat ni, tapi dorang kata untuk berkenalan dengan foreigner dari situ pulak. ok la, bagi aku dengan 15 lagi budak exchange dari UPM ni, sesi perkenalan ni sangatlah tak penting, tapi bagi student yang lain, banyaklah faedahnya. bagi kitorang yang nak balik lagi sebulan ni, memang tak peduli dah yang lain-lain tu.

oh ye, lupa nak cerita, semua foreigner yang study dekat IPB memang sangat fasih berbahasa Indonesia. dan mungkin dorang lagi hebat dari aku yang dari Malaysia ni. padahal bukan calang-calang negara asal  dorang tu. ada dari Thailand, ada dari Vietnam, Suriname, Madagascar, Kenya, America, Pakistan, Korea dan Myanmar. power kan? mengikut apa yang diexplain oleh pegawai IPB, semua foreigner yang nak belajar dekat IPB kena ambik kursus bahasa Indonesia untuk memudahkan dorang berkomunikasi, belajar dan hidup dekat sini.

kalau lah dekat UPM ada sistem macam ni, kan senang, tak de lah foreigner dekat UPM tu menyombong je. ye la, dah tak tau bahasa, campur orang pon tak nak la. kalau foreigner kat sini, memang tak de masalah nak baik sebab masing-masing boleh communicate dengan baik.

******

 Seterusnya acara bebas yang dinanti-nanti dari pagi. gambar memang tak sempat snap sebab hujan lebat gila lepas tu sebuk nak berjalan. gelabah semua. jadi memori tinggal dalam otak je.

yang pasti, kitorang cuma pergi Jalan Dago dengan Cihampelas je. Pasar baru tak pergi dan nafsu shopping aku berjaya dibendung. sebab dekat tempat yang kitorang pergi tu banyak Factory Outlet je dan aku memang tak berminat nak bershopping kat tempat macam tu jadi jimat banyakla trip aku kali ni...

next terus balik tempat penginapan yang tak de heater dan air gila sejuk macam ais. patut la bayar murah, memang kene tanggung la derita-derita macam tu. tidur memang sarung sweater pastu kepit-kepit sebab sejuk gila nak mati... gambar tak ambik sebab tak nak korang simpati dengan tempat penginapan kitorang yang kesian ni.




nak mandi pagi paling seksa. dengan perasaan redha, simbah je lah badan dengan air yang macam baru keluar dari peti ais tu. ketar jangan kata la. nasib baik pemandangan dari bilik aku cantik. tengok gambar yang second kat atas tu, cantikkan? breakfast was okay. tapi teh jasmin yang bau lipas tu memang aku tak boleh terima sejak dari hari pertama aku jejak kaki dekat Indonesia ni..





G403


stage yang pak cik ni boleh turun naik hohoi!

ni bahagian bawah stage tu

   this is the first place we went for that morning. dekat sini, penerangan tentang cara penggunanan teropong ni diberi oleh pak cik macam dalam gambar kat atas tu. aku tak ingat apa nama teropong tu, tapi ia digunakan untuk meneropong bintang yang bla bla bla... macam biasa, aku dengar tapi aku tak ingat satu apa pon yang pak cik tu cakap. maaflah pak cik, memory yang tak masuk silibus tu memang aku ingat untuk short term je. lepas tu lupa semua. tu pasal bengong sampai sekarang. tapi sebenarnya apa yang aku dengar tu sangatlah menarik cuma kalau dia bagi try sendiri teropong tu mesti lagi menarik. tapi takkan lah dia nak bagi orang sewel macam aku ni try benda tu kan. dah la mahal, kang rosak tak pasal je.


next, perjalanan diteruskan ke Pusat Koperasi Sapi Perah Bandung. gambar tak de sebab aku mengantuk dengan bosan gila waktu ni.

dan seterusnya, tempat yang juga dinanti-nanti dan merupakan tempat impian yang aku sangat teringin nak pergi iaitu Tangkuban Perahu. finally, another wish come true. yang boleh aku simpulkan, tempat ni sangat cantik. sangat bersyukur sebab dapat tengok ciptaan Allah yang sangat cantik ni... meh la kita tengok gambar ye...

Subahanallah... gambar yang aku selalu tengok dekat internet akhirnya ada depan mata








Delegasi dari Malaysia




alhamdulillah, my trip was perfect when I reach there. Tangkuban Parahu ni ada cerita dia sendiri, nak tahu sila google. tempat ni bas tak boleh lalu, jadi kene naik van macam yang dekat gambar atas ni. kalau korang perasan, 3 orang lelaki dewasa yang dari Thailand sangat artis haritu. berebut-rebut bebudak ni nak tangkap gambar dengan dia. almaklumlah, stok muka macam ustaz ni memang la menarik perhatian orang Malaysia yang gatal nak berlaki macam bebudak ni. dorang 3 orang pulak layan je kegelabahan bebudak ni termasuklah aku. lagi 3 orang lelaki dalam gambar ni pulak, juga sewel sedikit-sedikit macam kitorang. layan je la. tapi sebab dorang semua la pon trip ni jadi best...

perjalanan balik memang yang paling horror sekali. kengkononnya lalu jalan lama sebab nak cepat. tapi aku sebagai penumpang memang tak dapat terima decision pemandu bas tu untuk lalu jalan yang berbukit bukau dan selekoh sana sini dari lalu highway. dahlah bau hangit brek peningkan aku, jalan pusing-pusing pulak. memanglah loya tekak aku ni. aku pulak secara semulajadi memang suka muntah-muntah kalau lalu jalan lama. tapi sebab sangat impossible aku nak suruh bas berhenti semata sebab aku nak muntah, aku tahan jela. nak tidur, jalan berlubang-lubang pulak. bawak je la bersabar. isi perut memang betul-betul dekat hujung tekak je. dengan exhausted gilanya, sakit perutnya, peningnya, bateri handphone habisnya. kesian abang-abang dekat depan aku kena dengar aku membebel dekat belakang. nasiblah, tapi seriously, jalan balik tu memang macam jalan nak turun dari Genting ikut jalan lama. bezanya, dia lalu kampung, genting lalu hutan. sampai IPB, kene jalan kaki dari tempat bas park balik asrama. then, pengsan.

Sekian sahaja kisah saya di Bogor ke Bandung dan akhirnya pulang ke Bogor semula.

0 analisis anda:

klik jika anda berminat

Related Posts with Thumbnails