alhamdulillah, semalam aku dapat highest mark for presentation untuk kesekian kalinya. being the only presenter who got 100 for yesterday presentation really make me proud of myself. ye la, siapa lagi nak bangga dengan diri aku kalau bukan aku ye dak?
aku bukan nak riak ke apa, tapi setiap kali aku mewakili group aku untuk buat presentation, aku tak pernah nak kecewakan groupmate aku. walaupun kadang-kadang aku tak rela nak present, tapi kalau dah terpilih tu, apa lah salahnya kalau aku buat yang terbaik kan?
macam semalam, aku tak rasa groupmate aku harap sangat dekat aku untuk buat presentation semalam. ingat senang nak present bahasa Indonesia? tapi sebab dorang nak sangat tengok macam mana aku present, dorang suruh jugak aku. dan aku, dah orang nak sangat tengok, aku tunjuk la. hasilnya, sangat tak mengecewakan. sekalung tahniah untuk diri aku. *forever alone*
seronok-seronok aku bangga diri ni, tak pernah la pulak aku nak mengajak orang jadi cemerlang sama-sama dengan aku. nak jadi cemerlang seperti aku? meh sini aku cerita. ayat-ayat dekat bawah ini akan jadi skema sedikit ya.
# perkara paling penting bila nak present ialah slide for our presentation. tak kisahlah nak pakai flash ke, powerpoint ke, word ke, yang penting, pastikan slide anda menarik untuk dibaca. jangan penuhkan slide dengan ayat-ayat yang panjang macam karangan. please don't.
# kalau boleh, sediakan graphic yang boleh memudahkan audience untuk faham apa yang anda cuba sampaikan. tak kisahlah nak letakkan graph ke, chart flow ke, table ke. buat sesimple yang mungkin. dan menarik.
# satu lagi, saya merayu buat semua presentor di seluruh dunia, sila jangan COPY & PASTE sebijik-sebijik apa yang anda jumpa di internet. itu adalah perangai yang sangat jelik sekali. kalau nak buat pun, please edit, dan ubah struktur ayat yang anda copy tu.
# gunakan warna yang sesuai untuk presentation anda. dan please make sure tulisan tu boleh dilihat ketika anda present nanti. contohnya, gunakan warna tulisan yang terang untuk background yang gelap seperti hitam and vice versa.
# Font yang sesuai haruslah digunakan untuk menunjukkan taraf anda sebagai seorang pelajar universiti, eksekutif, dan sebagainya. kalau dah taraf pelajar universiti tu serasa saya tak perlulah nak guna font macam Joker atau yang sejenis dengan tulisan macam tu. oh ya, size tulisan juga penting untuk memudahkan audience membaca slide anda.
# kalau terasa diri tu dah besar gajah, tak payah la nak pakai background gambar-gambar yang serabut mata. pakai yang satu warna dah cukup elok dah. tak perlulah kartun-kartun atau animasi yang bergerak dalam slide tu. dah masuk universiti, fikir logik, tak ke pening audience nak tengok slide yang berterabur macam tu?
# selain itu, penampilan anda juga penting untuk menarik hati audience. khususnya untuk pelajar universiti, sila jangan pakai selipar dan t-shirt tak berkolar semasa presentation anda. aku sangat anti dengan student yang macam tu. yang lelaki kalau boleh, pakai kemeja untuk menunjukkan kewibawaan anda semasa presentation dan untuk perempuan bolehlah nak pakai baju kurung atau kemeja atau blouse yang formal untuk prsentation anda.
kalau dekat sini, present kene pakai baju batik Indonesia |
# use a louder voice to make sure people hear your voice in case you don't have a microphone. but for me, it is more appealing if you use your own voice if you presenting in a smaller room. I mean, no microphone.
# don't bring load of notes when you are going to present. before presentation, write your notes in small pieces of paper in case you forgot what you want to say. silalah jangan bawak satu document penuh untuk dibaca masa presentation anda.
# jangan baca seketul-seketul apa yang ditulis dekat slide kerana audience anda tidak buta huruf. mereka juga pandai membaca. olah ayat mengikut pemahaman anda.
# gunakan bahasa yang formal. dan jangan terlalu banyak mengeluarkan perkataan yang menunjukkan anda ragu dengan point anda seperti errrr, mmmm, aaaaa dan sebagainya.
# jangan gelabah.
# kalau dah nampak ada yang tidur semasa presentation anda, itu bermakna anda adalah membosankan. untuk selamatkan diri anda, kuatkan suara agar mereka terbangun dan cuba berjenaka untuk menarik perhatian audience. but still moderate joke. jangan over.
# Last but not least, CONFIDENT. kalau tiada confident, tiada maknalah anda dah ready macam mana pon untuk presentation tu. buat yang sebelum ni menjalani kehidupan sebagai seorang presentor yang membosankan, silalah berubah. walaupun anda masih pelajar universiti, kalau tak mula dari sekarang bila lagi? macam mana anda nak appeal orang lain bila dah bekerja nanti kalau audience yang merupakan kawan-kawan anda sendiri pon anda tak boleh nak appeal?
terima kasih kerana dah berjaya membaca tips-tips aku ni sampai habis. kalau ada apa-apa yang kurang lagi, aku akan tambah dari semasa ke semasa. dah baca, apply lah. dan kalau boleh, sila sebarkan apa yang aku dah sampaikan ni sebab mengikut apa yang aku dah perhatikan selama ni, bukan sikit student yang ada masalah untuk presentation. ramai... mungkin masa masuk universitilah first time dorang kene present, tu yang banyak sangat masalah tu.
kalau aku, terima kasih sangat-sangat untuk cikgu-cikgu dekat MRSM dulu sebab bagi aku buat presentation tiap-tiap minggu. jadi aku dah tak kekok sangat untuk bagi presentation masa masuk universiti.
buat bakal majikan, silalah pilih saya sebagai pekerja anda jika anda mahu presentor cemerlang macam saya. hehehe. sekian terima kasih.
2 analisis anda:
ONTHONGLAAA!! cek tak penah pun dapat 100 dpt apa2 ohok2 ~,~
sebab cek dapat yg cek nak ajak orang lain dapat jugak tu...
x best la cek dapat sorang2 je...
Post a Comment