Monday, August 15, 2011

IBU MERTUAKU



nota ibu jari kaki: 
Entry ini bukan untuk menceritakan sinopsis filem ibu mertuaku. Saje nak letak gambar je. lagi satu, entry ini tiada kena mengena dengan sesiapa sahaja sama ada masih hidup atau telah mati. penulis tidak bertanggungjawab kepada ibu mertua anda, aku, ops, aku tak kawen lagi, atau sesiapa sahaja jika mereka terasa.


semenjak aku jadi muda remaja ni, aku suka sangatlah perhati mak cik-mak cik, kakak-kakak, tak pon siapa je la yang ada mak mertua ni. ye la, nanti aku pon nak ada jugak kan. heeee... gatai na. ye la mak mertua ni kan insan paling berkuasa di alam semesta. 

hasil pemerhatian aku, ewah, pemerhatian konon, mak mertua ni ada banyak jenis. 

ada mak mertua yang cool. yang ni lantakla menantu nak buat apa pon, dia tak peduli, asalkan, anak dia, dia dan menantunya bahagia.

ada jugak mak mertua yang suka tak puas hati dengan menantu, yang ni aku takut. asal menantu tambah seketul gelang emas dekat tangan dia, dah tak puas hati dah. asal menantu dia baik sikit je, dia kata menantu nak tunjuk baik. asal menantu marah cucu dia sikit, dia kata menantu, nak marah dekat dia sebenarnya. konon lepas marah dekat cucu la... kalau menantu pakai lebih dari anak dia pon kadang-kadang dah tak puas hati dah.

ada lagi, jenis yang mak mertua suka mengadu domba. ni pon bahaya. sebab yang ni boleh mencacatkan ikatan silaturrahim antara menantu-menantu dalam keluarga. tambah yang perempuan. mak mertua yang ni, akan cerita dekat menantu ni cerita lain, pergi dekat menantu lagi satu pulak, cerita lain. lama-lama, menantu-menantu ni salah faham. lepas tu bermasam muka. dan mak mertua pon puas hati.

ada jugak, jenis yang asalkan dia dapat lebih dari menantu dia, then its ok. selagi tak lebih, siap la menantu tu.
ada lagi mak mertua yang suka arah-arahkan anak dia. setiap masa. suruh balik kampung tiap-tiap minggu la, balik puasa rumah mak mertua, raya pon mak mertua lagi, cuti sekolah pon mak mertua lagi. sampai la menantu ni rasa left out. dia nak jugak jumpa mak bapak dia kan. tapi nak bantah, itu mak mertua. suami wajib ikut kata mak dia. isteri pulak wajib ikut kata suami dia. thats why aku kata ibu mertua insan paling berkuasa di alam semesta. last-last, tak de jalan lain, suami isteri tu bercerai, sebab isteri tak tahan dengan suami yang asyik ikut kata mak, mak mertua yang suka arah ikut suka hati.

and the list goes on and on...



walau bagaimanapun, bukan la semua mak mertua ni busuk hati, garang, asyik tak puas hati, tak best ape semua. macam aku cakap tadi, ada je yang cool. asalkan kita penuhi expectation mak mertua tu ok la kan. aku memang belum kawen, tapi aku tau la jenis-jenis mak mertua yang cool dengan tak cool ni... 

menantu pon, kalau dah nak anak mak mertua tu buat laki untuk selamanya, pandai-pandai la jaga hati mak mertua tu. kalau dorang buat hal sabar je la... 

mak mertua pon, kalau lepas anak kawen nak kawal lagi hidup macam anak tu belum kawen, sila jangan bagi anak tu kawen. senang kan.

doa untuk cari suami yang baik ada kan. doa untuk dapat mertua yang cool dan baik hati ada tak? seram jugak dapat mak mertua macam dalam movie selalu tu. 

0 analisis anda:

klik jika anda berminat

Related Posts with Thumbnails