Tuesday, April 10, 2012

Bogor days - series 10 *EBIT*

iklan kejap. hari tu akak-akak tu datang bawak kimbab ni... sedap oi!

ok, balik ke tajuk asal. nampak perkataan ebit dekat atas tu? scroll ke bawah untuk mengenali ebit dengan lebih dekat...



banyak betol dah binatang dalam bilik aku sekarang. dalam kotak yang tepi almari tu ada dua botol keluarga drosophila.


arnab sekor tu la namanya ebit. aku tak tau la gila macam mana aku boleh terbeli rabbit tu... tak niat langsung. pergi pasar nak jalan-jalan je. sekali nampak orang jual rabbit. aku ni pulak dah la memang dah berzaman dah teringin nak bela sekor. sekali pegang-pegang, kawan aku ajak beli. memang la tak plan. dah la tak tau apa-apa pasal cara nak bela rabbit ni. dekat sini pulak pet shop punya la jauh. memang la kesian dekat rabbit ni dapat tuan macam aku. semoga dipanjangkan umur ye ebit...

nama ebit tu aku tak tau siapa yang bagi. masa kawan-kawan aku main, tiba-tiba je nama dia jadi ebit. dari perkataan rabbit.

mula-mula beli hari tu dia dok diam je dalam sangkar. tapi lepas berapa hari, start la dia gigit-gigit pintu mintak keluar. lepas tu kalau aku datang dia buat-buat comel suruh aku bukak pintu. hei mengada....


buat masa ni aku bagi dia carrot dengan hasil tanaman kawan aku macam sawi. nak cari makanan arnab memang kena pegi petshop la jawabnya... 

aku risau jugak bela arnab sekor ni sebenarnya. dah la kecik lagi. kang sebab aku salah bagi makan kang dia mati pulak. dah la asyik kena kurung sebab dia suka kencing merata. tu yang aku malas nak lepas tu. penat aku nak cuci. kalau aku rajin, aku bawak keluar kat taman depan asrama aku ni. memang syok la dia. semua jenis rumput dengan pokok dia nak rasa. tapi dah jalan dekat luar, memang tak de la aku nak lepas dia dalam kotak kuning macam dalam gambar kat atas tu.

tapi tu lah, aku risau dia sakit je sebab makanan yang aku bagi tu sebenarnya belum sesuai lagi dengan umur dia. aku la salah, gatal nak beli jugak dah tau dia kecik lagi. mentang-mentangla murah, sekarang dah blur nak buat apa. 

nasib baik tak berbau, kalau tak hari tu jugak aku hantar balik dekat orang yang aku beli hari tu. 

hujung minggu ni pulak insyaallah aku nak pergi Jakarta, mana aku nak letak si Ebit ni entah. takkan nak angkot sekali kot. blur blur blur...

3 analisis anda:

Wan Ahmad Izudean said...

camana nak bawak balik malaysia nanti? hehe

yongfarehah said...

ala ome ome nye ebit!! jelesss. haha. camne nak bawak balik msia nnt? O.O

hananishikido said...

bad news: ebit tak dapat diselamatkan. so, tak dapat bawak balik mesia pon. T____________T

klik jika anda berminat

Related Posts with Thumbnails