Saturday, April 21, 2012

Bogor days - series 11 *Jakarta Lagi*

mesti bosan kan, asyik la Jakarta. tapi nak buat macam mana, Jakarta tu dah macam kampung kitorang dah dekat Indonesia ni. dekat sana lah kitorang nak rasa makanan Malaysia, nak jumpa orang Malaysia, nak singgah rumah orang tu, orang ni. thanks to kakak-kakak yang sabar layan kitorang yang gelabah ni...



ini minggu lepas punya cerita sebenarnya. tapi minggu lepas aku sangat malas nak post apa-apa entry sebab body terlampau exhausted. mana taknya, lepas berapa hari tak tidur untuk exam, right after last exam, terus gerak pergi Jakarta. dah sampai Jakarta, terus malam, ingat nak tidur la senyenyak-nyenyaknya untuk aktiviti esoknya, tapi nyamuk menyerang pulak. memang tak lena langsung tidur malam tu.


esoknya, pagi-pagi terus gerak pergi Tanah Abang buat kedua kalinya. jangan terkejut la dengar kitorang pergi situ sampai dua kali, semua perempuan kot. tak kan puas nak shopping sekali je. lagi pon barang yang kitorang beli tu bukan kitorang punya je. memang dilema betul duduk over the sea ni. nak beli souveneir untuk semua orang, habis la duit, aku nak shopping untuk diri aku gak, tak beli karang, ada yang nak main kecik-kecik hati pulak. ini pun tengah fikir macam mana nak angkut semua barang-barang tu balik Malaysia nanti. nak sumbat semua dalam satu luggage confirm tak muat langsung dah.

satu pesan aku dekat sesiapa yang nak bershopping dekat Tanah Abang, list dulu nak beli apa, then cek internet. barang yang nak dibeli tu ada dekat tingkat berapa, kalau tak pengsan nak naik satu-satu sampai tingkat 13.

gambar waktu dekat Tanah abang memang sentiasa tak sempat nak ambik sebab nafsu shopping yang bergelora membuat aku lupa ada kamera dalam beg aku.

kami naik kereta api untuk ke Jakarta. gambar itu gelap bukan kerana blackout tapi flash kamera aku yang beria menggelapkan gambar tu.




dan seperti biasa, lepas berpenat lelah menggila dekat Brother's Land, aktiviti seterusnya ialah makan!

destinasi kali ini ialah sebuah restoran Thailand.

maafla, aku memang suka masuk gambar. so, kebanyakan gambar yang aku akan post akan ada muka aku. tataplah puas-puas kalau tak rasa geli tengok muka aku. hahahaha

aku sangat sukakan daging. jadi yang aku pilih of course la daging ...


dekat sini tak pakai style all you can eat. tapi kena pilih pastu terus bayar. ambik banyak bayar banyak. ambik sikit bayar sikit. macam tak puas sebab tak boleh ikut suka hati tapi kenyang jugak la tak ambik ikut nafsu pon. tu pon dah tak larat nak bangun, bayangkan kalau all you can eat...

puas hati aku dapat telan daging ni panas-panas. uhuhuhu!!!

duduk lima orang je, tapi pinggan mangkuk atas meja tu macam 10 orang makan...

maaf lagi sekali, gambar sedikit menggelabah

erk.... alhamdulillah...

ini disimpan untuk suapan terakhir...

niat aku nak snap nama restoran tu je, tapi tak sangka pulak dorang sempat nak pose depan tu

malam tu, dengan penuh rasa kepenatan, semua orang terbongkang kekenyangan lagi. tapi kebongkangan yang dianggap indah itu, tidak menjadi kenyataan. nyamuk datang menyerang lagi. berperanglah kami semua dengan nyamuk-nyamuk urban di Jakarta. 

the next day, pagi-pagi lagi kitorang dah gerak pergi Monas... Monas atau Monumen Nasional ni, aku ingatkan tempat tugu pahlawan Indonesia je. rupa-rupanya, tempat ni tmpat warga Jakarta berkumpul pada hari minggu. penuh hoi. aku rasa satu Indonesia ada dekat situ, bukan satu Jakarta je...





ramai kan? tua muda miskin kaya, semua ada. kalau wakil rakyat nak berkempen. inilah masanya...




pak polisi pon ada jaga tau.

ni la yang bagusnya Jakarta. Bogor pon ada buat macam ni jugak rasanya. tak sure pulak. aku jarang pergi kota time hari minggu. 

kat sini, setiap hari minggu jalan-jalan akan ditutup untuk beri peluang dekat orang ramai guna jalan tu untuk aktiviti yang menyihatkan macam joging ke, berbasikal ke, suka hati lah. asalkan sihat.





macam waktu ni, aku perhati ramai main layang-layang. satu family akan main layang-layang dekat sebelah tugu peringatan tu. sihat la tu kan.






sebelum mulakan aktiviti, haruslah tangkap gambar dulu





Monas, here we come!



aktiviti pertama, bernasik lemak di Monas.

 tulah yang aku suka akak-akak ni, faham betul kitorang yang macam monster ni. mesti nak masak apa-apa untuk kitorang kalau kitorang datang. dahla bagi tumpang rumah, bagi makan lagi. oh, jasamu akan dikenang sampai bebila...

macam biasa, bergambar lagi. oh ye, waktu ni kitorang diberi task untuk aktiviti seterusnya.

bawak bersabar je la ye, tengok je la gambar-gambar gelabah ni...

aku nak juga menggelabah sensorang...

dan lepas tu, akak-akak tu bagi tazkirah sikit dekat kitorang... seriously, kitorang bersyukur sangat jumpa dengan kakak-kakak ni, setiap kali datang Jakarta, kitorang akan buat solat jemaah, tazkirah sikit, pagi-pagi baca al-maathurat ramai-ramai. kalau dekat sini dah bilik sorang satu memang jangan harap la nak solat jemaah nya. nak dengar tazkirah kat sini, tak tau nak dengar dekat mana. kalau dengar pon, bukan faham sangat. kang tidur je yang lebihnya.


next, makan lagi. hahaha. aku rasa semua manusia yang asal Malaysia memang monster la. sikit-sikit makan. sikit-sikit makan. kalau entri dalam blog tu, mesti ada je cerita pasal makan.

rindu sangat dah nak makan domino's pizza. order order...


seterusnya aktiviti terakhir sebelum berangkat balik ke Bogor, Wisuda atau graduation day akak-akak kitorang ni... tapi ni la tujuan sebenar kitorang ke Jakarta. aktiviti lain-lain tu just aktiviti tempelan je. tapi yang lain tu la yang kitorang beria sekali.

orang nak pergi tengok akak-akak tu wisuda, yang ni nak cari calon suami. tu pasal muka gembira semacam je. tak pe tak pe. tu semua bakal doktor. cerah masa depan.

tahniah!!!
nak jugak...



thanks to semua akak-akak dalam gambar kat atas ni, macam-macam memori indah terlekat dalam otak kitorang yang tak berapa betul ni...


habis salam-salam semua, terus gerak balik Bogor hari tu jugak. esoknya dah la aku ada kelas, full, piket atau tugas dekat kandang sehari suntuk. dari 5.30 pagi aku dah kene ada dekat kandang. siang, petang, malam pon ada jugak. malam hujan lebat gila pulak. hasilnya, suhu badan aku berjaya ditingkatkan. demamlah aku dua hari...


tadi pulak, dengan keadaan aku yang belum sihat betul-betul ni, pagi-pagi lagi dah gerak pergi kolam renang dekat hotel dekat dengan IPB ni. berenang la puas-puas sampai petang. sampai naik kecut semua tangan kaki, baru reti nak naik. tapi gembira... ingat ada ke dekat Malaysia, hotel nak bagi orang mandi dekat swimming pool dia, tak yah pakai swimming suit, murah, lepas tu makan pon best. 


sementara ada dekat sini, memang kitorang try apa je yang ada. tak try kang rugi. peluang-peluang macam ni memang sungguh rare dekat Malaysia negaraku tercinta. gambar tak boleh nak letak sebab perangai semua jadi tak senonoh lepas dapat masuk dalam air. dekat fesbuk ada kot gambar dalam kolam. tapi semua dah ditapis untuk mengelakkan gambar macam majalah mangga tersebar ke khalayak ramai. haha, bajet artis...

0 analisis anda:

klik jika anda berminat

Related Posts with Thumbnails