Friday, December 31, 2010

wishlist

pic courtesy from google


ok, everybody have their own wish menjelang masuknya 2011 ni. ye dak? yang ni aku punya, yang korang punya macam mana?
  • untuk tidak lagi selekeh seperti tahun2 sebelum ni. 
    • sungguh tidak best kan azam aku ni? biarkan... selekeh di atas bukan bermaksud aku punya appearance macam orang yang suka merayau-rayau di tepi jalan tu. selekeh aku bermaksud, lepas ni, pandai-pandai la pakai baju matching sikit dengan tudung ke kasut ke seluar ke... ini tak, kalau tudung hitam je yang dah iron, tudung tu je la yang aku tibai nak ke kedai ke ape ke. tambah dekat rumah. lagi la...
  • menjadi lebih bergaya dan style sikit dari biasa
    • lagi satu azam tidak best tetapi best kepada aku. lepas beberapa tahun aku jadi stalker, aku mendapati rupanya ramai insan kat malaysia ni yang daring nak bergaya. aku bukan la nak bergaya macam mereka tu, tapi, style sikit la... boring aku asyik ulang style same je. tukar sikit. boleh kan?
  • beli boot impian
    • ini adalah azam yang membazir. ok, boleh hold dulu sementara aku miskin ni. tapi bila aku tengah kaya nanti, sila jangan terlampau terkejut tengok aku ok.
  • beli jacket impian
    • ini juga azam yang agak membazir sebab aku dah survey, jacket sehelai, yang cantik, not less than rm30! hoho... namun, untuk melaksanakan azam no 1 dan 2, endure sikit ek.
  • tidak menonton pada weekdays
    • ini mesti, untuk mendapat pointer cgpa yang baik lantas mendapat scholarship, meh la kurangkan menonton dan belajar bersungguh-sungguh.
  • baca nota lepas kuliah
    • ini juga perlu, hanani ni, kalau sekali kuliah habis, apa yang dalam kepala otak dia ni pon akan habis jugak. justeru, bacalah nota lepas kuliah...
  • senyum
    • aku tak tau sekarang, tapi dulu, masa sekolah dulu, orang selalu takut dekat aku sebab mereka kata muka aku muka sombong. adakah sebab aku tak senyum. baiklah, aku akan sedekahkan senyuman paling manis dekat korang lepas masuk new year nanti.
  • tambah aktiviti sunat di tengah malam
    • insyaAllah... lately ni, atau lepas masuk UPM, aku dah jarang buat aktiviti sunat di tengah malam sebab lupa diri tengok movie sampai 2 3 pagi. ingatkan aku kalau aku terlupa.
  • tidak perlu kurangkan makan
    • sepatutnya ini terjadi. penat je aku tahan makan. berat aku same je. so, aku ambik keputusan, nak makan apa je yang aku nak tanpa risau berat badan aku. penyelesaiannya, ada di bawah
  • exercise
    • mesti... bila aku kata aku nak makan suka hati aku, mesti ada something yang kena kontrol aku. skipping hanani! at least 100!
  • kurus! keding...
    • tak perlulah sampai keding, tapi asalkan berat aku turun sudah. cuti semester hari tu, berapa kilo berat aku naik. ni semua gara-gara mak masak sedap...
  • kumpul baju cantik2
    • aku memang suka bab-bab membazir ni. mak aku suka marah kalau aku beli baju lagi. tapi aku mane boleh tahan. aku tengok baju je aku rase nak beli. susahnya...
  • cipta sejarah baru, 4 flat please...
    • banyak pengorbanan aku kena buat ni... sila beri semangat kepada aku.
  • tidak menghabiskan duit untuk makan
    • memang aku kata boleh makan apa sahaja yang aku nak tapi, sila berpada-pada ok!
  • kurangkan perasaan lapar sentiase
    • aku yang tak pernah kenyang, sila selalu kenyang
  • kembali menjadi anak dare yang amat rajin sekali
    • aku makin malas ke? entah. tapi lepas adik aku dah besar ni macam seronok pulak jadi mandur. rase macam supervisor yang ade banyak power tapi masih takut kepada penguasa yang lagi power iaitu mak aku.
  • bangun tidur seperti mase form three and before
    • dulu aku bangun awal... tak macam sekarang ni. betul, dulu aku gila disiplin la... sebab, dulu tak de laptop... tak boleh tengok tv sampai tengah malam sebab bapak marah. sabar2...
  • kembali menjadi student cemerlang ( aku pernah cemerlang ke? pernah kot...)
    • suatu masa dahulu, aku selalu gembira dengan result exam aku. kini tidak lagi. elok-elok dah banyak subjek markah elok, mesti ade black hole satu. isy, tak best betul.
  • isi blog ni dengan perkara berfaedah
    • aku ni kan suka merapu, taip je ape yang aku rasa tak larat nak cerita dekat kengkawan aku dan selalu menaip tanpa sedarkan diri. lepas ni, semoga blog ni padat dengan isi yang berhikmah lebih dari biasa.
  • tak malas nak pergi jogging
    • tapi memang aku malas pon, untuk pergi jogging aku kena tukar seluar dan baju yang sesuai, malas nak pakai tudung, malas nak keluar bilik, malas nak basuh baju banyak-banyak kalau dah peluh. so, better stick to jump rope je la...
  • tak copy and paste lab report org lain lagi
    • ini kerja aku dari sekolah menengah lagi. tapi sem 3 asasi dulu ada improvement sebab orang pulak yang tiru lab report aku. ini buka sebab aku hebat atau yang sewaktu dengannya,  tapi sebab aku cepat nak reka ayat sendiri dengan  aku dah cari siap-siap ayat tu dalam reference book. tak pe kan, yang penting aku buat sendiri.
cukup sampai disitu, banyak je azam aku sebenarnye, tapi hujung bulan 12 nanti cek banyak mana je yang settle. ok, sebelom masok 2011 ni jom habiskan zaman jahiliyyah aku dengan baik ek. kejap lagi kena transform jadi manusia cemerlang dah. jom habiskan Hotaru no hikari 2 sebelum 2011 masuk!!! ikimashou!

Monday, December 27, 2010

Happy bornday everybody!!!

wehuu!!! happy nineteen to me!


tak malu wish dekat diri sendiri. ye la... aku wish dekat orang lain pulak...
Happy 22nd years of your life dear Ok Taecyeon!
have a blast!

Ok Taecyeon

lagi-lagi,
Happy birthday, Salman Khan. walau ko tak tau kita punya birthday same, tapi aku dah tau semenjak aku darjah 6 lagi tau tak? berbanggalah sebab birthday kita sama tarikh. ahaks!



nanti... ramai lagi... tapi sebab korang buka artis, aku bubuh nama je la dekat sini.

happy bornday to...

Glitter Words
[Glitterfy.com - *Glitter Words*]

Glitter Words
[Glitterfy.com - *Glitter Words*]

dan semua2 yang sambut birthday hari ni. bersyukurlah anda dan saya dapat hidup hingga ke hari ini....

nak hadiah?
ok, seratus senyuman aku hadiahkan untuk anda semua!!!

ok, cerita aku pulak, as usual, birthday aku yang ke 19 ni aku sambut dengan linangan ayor mata tepat pada pukul 12 tengah malam... tipu linangan, setitik je... terharu aku dah 19 tahun...
trimas dekat mak bapak aku kerana telah membesarkan aku sampai aku jadi betul2 besar... May Allah bless you all!

then... muchos2 gracias, arigato gozaimasu, thank you so much, jutaan terima kasih aku ucapkan dekat semua insan yang dah wish dekat aku, yang bagi hadiah dekat aku hari ni. even family aku buat bodoh je pada birthday aku ni, siap tanye lagi kenapa celcom bagi kredit percuma dekat aku, korang telah berjaya membuat aku happy! wehuu! tapi korang ni pon... wish je ke... cube wish berbentuk cek rm1000 ke, berserta permintaan no akaun aku ke, suruh aku tunggu bungkusan sampai ke... ni tangan kosong je...
hehe... tak de lah... i'm really grateful dah you all wish kat i...

ok, aku list mana yang sempat je ek,
thanks muchos2 to...
nur farehah (u're the first)
room mate (muna, syuhada, didan, ecah)
nani azwa
alia halid
intan
ayu
student2 mrsm lenggong yang wish kat aku,
student asper yang wish kat aku
wira wirawati plkn yang wish kat aku
senior UPM yang wish dekat aku
miss haseena and cikgu rozilah
saudara mara dan sahabat handai...
mak su and cu

dan anda semua! terima kasih sebab sudi wish dekat aku even korang tau birthday aku dari notification facebook je! tak de name jangan terasa.
 lagi...
ha! Celcom! terima kasih sangat2 la pihak celcom sebab sudi bagi kredit RM 30 ringgit kat aku serta free 7 hari untuk no 8pax. i love you celcom. jasamu dikenang!
mmm... ade lagi tak?
ok la, ucapan terakhir, terima kasih!!!!

Saturday, December 25, 2010

Sabah kuatkuasa undang-undang murtad tahun depan

TAWAU: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah 
(Jheains) akan menguatkuasakan undang-undang murtad di Sabah mulai tahun depan sebaik sahaja pusat pemulihan akidahnya di Kinarut siap pertengahan 2011. Pengarah Jheains, Datuk Amri A.Suratman, berkata pada masa ini jabatan itu lebih menekankan pendekatan mendidik kepada pesalah syariah dan akidah.


untuk berita lanjutan tekan sini.


aku dengar berita ni dekat Berita Terkini TV3 tadi. aku sokong amat sangat la idea ni... tapi, baru nak ade ke undang-undang ni? soalan ini cuma tanda tanya aku je.  Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, sila jangan saman saya.


ok, ini pendapat aku, 
bapak aku cakap, majoriti orang sabah memang bukan islam pada asalnya atau mereka memang penganut kristian sejati. namun, atas usaha alim ulama zaman-zaman sebelum zaman aku berdakwah, makin ramai lah penduduk negeri sabah di bawah bayu yang menganut agama islam. contoh terbaik, bekas penyanyi nasyid Raihan, Nazrey Johani.


walau bagaimana pun, makin ramai yang murtad, sebab utama, tak de sokongan berterusan dari umat islam yang lain. so, siapa salah? ok, aku tak maksudkan sesiapa dekat sini, tapi, sekali seseorang tu peluk agama islam especially penduduk kawasan yang Islam sebagai agama minoriti, mereka amat berisiko untuk menjalani kesusahan dan kepayahan untuk meneruskan hidup mereka. for example, mereka berisiko dibuang keluarga, dipinggirkan dari rakan-rakan dan sebagainya. 


justeru, kita sebagai umat islam, we really need to help them so that they tak menyesal memeluk agama suci ini dan tidak murtad lastly. apa yang perlu kita lakukan? beri mereka semangat, tempat perlindungan, dan tunjuk ajar.  tapi apa yang kita lakukan, biarkan mereka, tidak meneruskan dakwah dan mereka akan hilang semangat untuk terus memeluk agama islam. jangan salahkan mereka jika gejala murtad berleluasa disana. kita just serahkan 100% tugas untuk membantu mereka dekat agency-agency yang bertanggungjawab without menghulurkan even sedikit bantuan untuk mereka. yang kita buat, just marah, kutuk mereka yang murtad, tapi tak fikir sikit pon ape yang kita kena buat so that mereka tak terus murtad beramai- ramai. right?

ooo basikal muda!

anda semua... pernah naik basikal tak? mestile pghonah ye dak? (mood rakyat datang tak semena-mena). mesti la anda semua mempunyai skill masing2 untuk dibanggakan ketika zaman kome hidup dengan kenderaan tak de enjin tu. skill yang kire paling power mase zaman basikal  dulu aku rase willy kot. ooiii... sape boleh buat kira boleh riak semahu- mahunye la... tapi aku, tak reti... ye la, perempuan nak buat willy tak burok ropenye. so, skill terbaik aku ialah, bawak basikal lepas dua-dua tangan sambil bersembang dengan kawan2. eleh, itupon nak bangga. isy, nak buat macam mane, aku bukan ade jurulatih pro nak ajar aku. yang lelaki bolehla buat pandai belajar sendiri. perempuan, kalau salah teknik kang, maunye menangis meraung kat tengah jalan tu jugak. tapi aku dulu, dulu la... asal ade basikal, aku rase hidup aku dah cerah dah. aku boleh pergi kemana sahaja naik basikal kesayangan aku tu.
suatu masa dahulu...
pagi2, aku drive basikal, (drive?) pergi sekolah rendah, sampai je depan pintu gerbang sekolah, murid dah tak dibenarkan mengayuh basikal, lalu, satu skill telah dicipta, hahaha... skillnye ialah... jeng jeng jeng... bawak basikal satu side je. tapi kami tak kayuh tau. sebab pintu gerbang tu turun bukit, so skill tersebut tercipta... mak oi... lopek nye skill tersebut. orang kate. lantak la, ade skill tersebut pon aku dah gembira. mase mula2 aku pindah sekolah tu, aku tak pernah bawak basikal pergi sekolah. then bila aku nampak budak dekat situ ade skill cam tu, aku sungguh excited nak try jugak. mase darjah tiga, aku ambik keputusan untuk bawak basikal pergi sekolah dan... aku berjaya try skill tersebut! wehhuuu!
tapi sekarang...
tak main la basikal2 ni... motor kereta je main... tapi tu orang lain la... aku tak punya lesen kereta atau motor. nasibla aku ade kebolehan menunggang motor yang aku belajar mase darjah lima. meronggeng la aku dengan motor berkenaan... tapi kalau dah tak de lesen tu, buat la gaya orang tak de lesen... dalam kampung je lah litar aku... kalau dekat jalan raya pon, setakat nak pergi pekan je... 
ha, ade satu jalan ni, aku suka sangat lalu, tepi2 nye ade pokok2 getah lepastu daun2 nye berguguran dahan nan kerapuhan... bunga  bunga cinta, layu di pusara... ehei... ternyanyi lagu misha omar lak. 
jalan tu straight je... tapi suasana dekat situ sebijik macam scene2 dalam movie yang aku tengok. and bila aku rase macam nak jadi heroin movie pulak, aku pergi la situ. memang la macam hebat... tambah pulak daun2 gugur berterbangan bila aku press motor sekuat-kuatnye. hohoi... bangge... tapi bangga sampai disitu sahaja. keluar dari jalan tu, terus aku jadi macam tikus mondok sebab takut... jalan kecik, tak berani bawak laju2...
tapi dekat jalan ni la aku selalu race dengan orang ramai. race? macam power je ayat. mane taknye, tengah aku nak feeling heroin dalam movie, kang ade je mamat2 yang jeles tengok gadis macam aku ni bawak laju, dorang pon nak jugak lawan aku. bila dah macam tu, aku mane boleh biarkan... ini tak boleh jadi, lalu aku potong mereka balik dan, hehehe... satu kepuasan maksima bila aku dapat overtake them balik... 

motif cerita ini, 
nak ambik lesen... nak try kat jalan raya pulak...

ko gila hanani, hidup baru nak masuk 19 tahun, ade hati nak race dekat jalan raya... puas dah ke hidup?
kate rakan2 aku. yela2... aku nak ambik lesen supaya aku boleh menunggang di jalan raya je... basikal aku dulu pon dah hantar dekat kedai besi buruk dah... sedihnye... kalau dekat UPM pon, aku bawak jugak basikal, tapi, skill2 dulu, dah tak hebat dah... isy, bila nak asah balik bakat aku ni...

Thursday, December 23, 2010

Alhamdulillah...

i got what i really want... 
aku dapat kos animal sciences or name glemer nye, sains penternakan...
lepas ni aku akan hidop bersama haiwan2 yang sejenis dengan gambar di atas... bila aku dah dapat kos ni start la rumor berlegar2 kat telinga aku ni... ade je buat skrip sendiri kate nanti, bila aku dah kerja, ade orang akan call aku dan berkata,
orang tu: cik, boleh tolong jagakan ba*i2 saya. 
atau...
orang tu: cik, kandang bab* saya mengalami masalah, boleh cik tolong kami?
dan sebagainya...

kos ini aku pilih last minit... first aku memang dah confirm dah nak ambik agriculture sebab tu kos paling selamat untuk aku. tapi lepas aku fikir balik, aku dah pernah jadi petani... mase asasi dulu memang kena jadi petani. dua sem... dalam dua sem tu, percent tanaman aku berjaya hanya lah 10% je... itu pon hidroponik. tanam pokok terung 50 batang yang berbuah nye dua pokok je. itu pon buah besar penumbuk aku je. 
tanam kangkung pulak, alahai kontot nye kangkung aku... sampai member aku kata, tengok la tuan dia tinggi mane... cilakak. 
last nye aku fikir2, better aku ambik, animal sciences. mereka dah memang hidup. bukan aku kena berusaha untuk mereka hidup. aku just kena make sure, haiwan2 tersebut terus hidup. 

and now, i got it. doakan aku supaya tak malas nak belajar ok!
welcome my real university life!!!!!!!!!

Tuesday, December 21, 2010

journey today...

perjalanan hari ini...

  • setelah sekian lame aku jadi budak asrama, budak kolej, budak plkn dan sebagainya, akhirnya, hari ini, di rumah ini, aku bangun sembahyang subuh dan terus mandi! ya Allah anak dare... dah berape zaman kau tak mandi subuh kat rumah? lame jugak la... selama ni, paling awal pon aku mandi, 7.45am. itupon kalau emergency. hari ni emergency jugak sebab mak aku ajak aku teman pah aku pegi ipoh buat medical check up. tahniah dekat aku macam mana pon. 
  • pagi2 lagi dah gerak ke hospital ipoh. nasib la bapak sedare aku jadi MA dekat situ. pah aku ni untung. pegi hospital ipoh ade anak MA, pegi hospital taiping ade cucu doktor, pegi kl ade lagi sorang cucu MA (abang aku), pegi sabah, wuwuwu... jauhnye... ade lagi sorang cucu MA, boleh bukak hospital dah  family aku ni. ok, sampai je hospital, bapak sedare aku dah tunggu dengan kerusi roda atau pah aku panggil kereta dia.
  • mase dekat hospital, gila bapak boring... mak sedare aku lagi sorang sampai pulak dengan mak aku... dan timbul wajah keinsafan sebab ikut mak aku. tapi segera aku usir perasaan tu, ewah. ye la, mase pah aku masok hospital dulu aku exam, tak boleh jage. sekarang turn aku pulak. menyusul sebagai assistant pah aku. mase tunggu pah aku check, pejam dah mate aku... kantoi bila bapak sedare aku panggil. hehe... ngantok lagi rupanya...
  • lepas habis medical check up, pergi celcom center... cek, no lame boleh pakai lagi ke tak... tak boleh dah... sedihnye... dah berape tahun no tu berkhidmat dekat aku... 
  • part paling excited. mak aku singgah dekat ipoh Parade. suruh aku belikan buku rujukan untuk adik aku. gedik betul adik aku. aku ajak tak nak. dah aku sorang je kene naik. tak pe... lepas aku beli buku dan seketul novel english untuk aku. aku tak terus turun. hahaha... rancangan jahat aku menyusul... ape kate... aku jalan2 kejap dekat Parade ni. jom... memang paradise! aku jumpa boot yang cantik gila nak mati!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! aku jumpa blazer dengan cardigan impian aku!!!!!!!!!!! tapi duit tak de... ok, redha dan sabar. cepatla kaya wahai hanani...lepas mak aku call aku ratus2 kali, ok tipu aku perasan duit sepuluh ringgit yang bapak sedare aku bagi hilang. mengamuk la aku kat bawah lepas jumpa mak aku. then aku naik lagi sekali nak cek kot ade. tapi pencarian tersebut sia2 belaka. dah tukar pulak rancangan pencarian aku bila aku sempat try satu boot yang ade bulu2 dekat boot tu. owh! sungguh bergaya.
  • on the way balik, mak aku tengok aku masam je, mak aku bagi sepuluh ringgit mak aku... hehe... tapi aku cover, tak senyum... dan seterusnya, aku senyum sampai balik...
sekarang aku dekat rumah. dapat berita cikgu aku nak transfer MRSM Kepala Batas. he miss Mr. Majid maybe. hehe... lagi satu, bila aku nak tau aku dapat kos ape ni? dah banyak kali cakap minggu ni. tak jugak keluarnya... penat tunggu...

Monday, December 20, 2010

booty woman

secara tiba2, aku teringin sangat nak pakai boot. aku pernah je pakai. mase dekat PLKN dulu... macam best pulak pakai boot. nampak smart dan kemas. semalam aku Google la boot2 yang cantik, memang cantik. selalu aku jalan2 dekat shopping complex, memang sure la aku try boot2 yang kedai tu tayang. lepas tu pekerja dekat kedai u tengok aku slack sebab syok sangat try2 kasut tapi tak nak beli. sape tak nak beli wei... kalau aku ade gold kredit card memang aku dah borong dah satu kedai tu...


tapikan, nak pakai boot, bukan boleh dengan sembarangan pakaian. dulu aku pakai boot dengan uniform celoreng tu boleh la. sekarang, aku dah la tak pernah try skinny. takut. nak pakai legging? nak mati?
pastu, tak kan la aku nak pakai dengan baju kurung. sia2 la boot yang sampai lutut tu aku pakai. tapi aku teringin sangat nak pakai. style la... 
pic courtesy from Google
lagi satu masalah. harga... aku dah survey. boot seketul macam dekat atas tu bukan ade yang 40-50 ringgit. ratus je banyak. nak yang murah ade, boot phua chu kang. tapi kalau aku nak bawak pergi ladang bolehla... nak bawak pergi jalan memang impossible... tapi cantikkan boot yang ade bulu2 tu kan?

Sunday, December 19, 2010

mereka cantik...

mak aku kate, orang cantik ni, kita yang perempuan ni pon suka nak tengok...
aku pulak, suka tengok perempuan cantik. namun aku bukan gay ok! ye la, nak tengok lelaki tak boleh selalu.  perempuan pon jadi la... 
mereka yang ade dibawah ni, bagi aku sangat cantik. dan aku sangat suka melihat mereka. once again, I'm not gay!

ok, ini desktop background aku. cantik tak beliau. nampak innocent je.
name: Victoria (fx)
asal: china tapi jadi artis dekat korea

salah sorang artis malaysia yang sangat cantik.
name: fazura
patutnye aku crop gambar ni tapi malas. diambil dari family outing. tak de make-up pon cantikkan?
tengah pegang b**i pon cantik
name: lee hyori
asal: korea

cantik tak? aku suka tengok semua drama lakonan dia sebab dia sangat cantik.
name: karina okata
asal: japan

yang ni sape tak kenal tak tau. bini marc anthony ni memang la cantik. baju2 yang dia pakai pon menambahkan kecantikan dia.
name: jennifer lopez. (sape tak kenal?)
asal: new york

ramai je lagi manusia cantik kat dunia ni... kalau aku bubuh mungkin penuh page aku ni dengan gambar mereka...
one more time, aku bukan gay! aku suka melihat mereka sebagai satu ciptaan Allah yang begitu indah. acece...
yela... aku tak secantik mereka. tapi aku cantik ke?
hanya tuhan yang tahu...

Friday, December 17, 2010

tajuk satu: handsome? heechul... tajuk 2: bengang boleh?

sungguh gatal entry ini. ok, aku memang gatal. tapi itu bukan point aku.
tadi, aku menonton Music Bank Special Stage. oh!!!!!!!!!!!!!! heechul nim sudah potong rambut. he looks so manly!!!!!!! boleh tak aku suke heenim balik? can I? Can la...
lepas aku kecewa dengan style rambut TOP, aku mencari2 sape yang ade rambut lawa... dan ini dia! Kim Heechul!


wawawa . gelie btol teok ikan at ataz nie enn . huwm . smbunx cite yg kedua . mse kyla nga dduk lpak2 teok baby . paz uhh adek kaka ipar kyla ajak kyla e fishing at swah padie . kyla unn join lahh . munx best . air laju . koz bru lpaz ujan enn . sjuk + nyaman jewp . dduk pnye dduk . tnggu pny tnggu . last2 kyla dpad ikan . ikan haruan . heche . best aww . kyla smpai na tjatoh mcox parit gara2 na tarik ikan bwk naek ataz . huhh . akhirnye . bjaye jgak . besho ikannye ~ best sanad . nme jeww uma dkat nan swah enn . tpie munx jaranx btol na e mncing . ta minad sanad , tpie skali skala tuu . lyan lha jgak enn~ heche . oke lahh . smbunx cite esox . kyla ade keje nie . papaix~ thanks sbab sudie usha blog kyla~


ok, ayat2 diatas bukan aku yang tulis. maaf kerana copy tak mintak kebenaran. memang page tu tak bagi copy pon. pinjam la... nak buat sasaran kemarahan aku jap. ok, adik aku secara tak sengaja telah follow budak ni pakai account aku. dan secara sengaja aku bukak page budak ni dan merasa amat meluat sekali. nak muntah boleh?
first, kenapa aku marah: tengokla... the way she's writing... pernah pegi sekolah belajar bahasa melayu ke tak? ok, fine kalau nak tukar sikit2. normal la, nak bagi readers seronok baca. tapi kalau dah macam baby bercakap, tak boleh dimaafkan.what the hell jarang jadi jaranx? kalau aku kerja untuk Dewan Bahasa dan Pustaka, aku tangkap dah budak macam ni dan seangkatan dengannye. aku pernah tulis dalam entry aku dulu, aku memang tak suka baca word2 macam tu.
second, why? this girl, realy makes me feel annoyed with her. betol ke ape aku tulis ni? lantakkan. tak malu ke mengaku adik aku tu husband dia secara rasminya dalam blog dia? nak mengaku boyfriend, its ok la. ramai orang buat macam ni. aku tak buat. tapi when she said my brother married with her, sorry. tak boleh diterima.
serius, aku tak suka budak ni. mak aku pon tak suka. yeay! mak aku berpihak dengan aku. adik aku tu lantakla dia nak kata ape pon sebab dia lelaki. tak effect ape pon. tapi perempuan? tak malu ke wei... lantak la kau. kalau da syok sangat dengan adik aku tu, repair diri dulu, kalau tak, mati kecewa la kau sebab mak aku bercadang nak serang kau!!! hahaha!!! gelak versi syahaiton...


aku dah tak follow budak ni dah sebab terlalu #$%^&*. isy... tak tau nak cakap ape... sorry ye dik...

Thursday, December 16, 2010

Resepi hari ini

 Tajuk aku kat atas tu macam kate blog aku ni blog resepi pulak. tak pe la.. resepi hari ini ialah, japanese gyoza atau meat dumpling atau bahasa kampungnye, samosa orang jepun. actually, aku dah berzaman dah teringin makan gyoza ni. tp mostly, kedai yang masak benda ni kedai cina yang tak sure halal haram nye. maybe luar tulis halal tapi dalam masak pork. waktu aku cek resepi ni dekat internet pon, resepi asal nye pork. lantas aku ambik keputusan nak pakai resepi sendiri...
daging yang telah aku masak secara hentam.
bahan2:
  • bawang yang dihiris
  • halia ditumbuk
  • daging cincang 
  • ubi kentang dipotong halus
  • black pepper 
  • kicap
  • garam

lepas siap, bungkus dalam kulit popia. selalu orang jepun ade name kulit dia sendiri, tapi aku pakai kulit popia yang dikerat empat je. sedap jugak... nak bagi lekat kulit popia tu, sapu telur sket...
last, goreng dalam minyak yang amat sikit sekali. kalau banyak sangat minyak, nanti jadi macam samosa. tak best dah... jangan garing sangat ok.


hari ni memang penuh halangan la perjalanan hidup aku. dah la sakit tengkok... dah macam robot dah aku. tak boleh toleh arah lain. masak pon kene pandang depan je. ingat nak masak spagetti hari ni tapi terpaksa tangguh sebab tengkok aku ni. namun aku bangga sebab masak resepi aku sendiri.
nak rase? cuba masak sendiri. senang dan sedap. nak sedap lagi cicahla dengan sos... tapi kalau dekat jepun cicah dengan kicap. aku orang malaysia cicah sos.

Wednesday, December 15, 2010

100 TRUTH...:)

member aku tagged aku dalam fb... tapi malas nak buat dekat fb so aku post dlm blog ni....

sape aku nak tag ek, ok, farehah, hanis amanina, dan semua2 yang duduk dalam friend list blog aku ni. sila2... 
Rules: Once you've been tagged, you are supposed to write a note with 100 Truths about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. Tagged means "I'm interested in knowing what are your 100 truths"

1. Last beverage: teh susu pekat buatan sepupu aku
2. Last phone call: bapak aku
3. Last text message: my aunt
4. Last song you listened to: izanaizuki_newS
5. Last time you cried:yesterday?
Have you ever:
6. Dated someone twice: once pon tak penah, macam mane nak twice
7. Been cheated on: ntah
8. Kissed someone & regretted it: i never regretted when i kissed someone
9. Lost someone special: special... tak ingat la...
10. Been depressed: sure... everytime i woke myself from my sleep
11. Been drunk and thrown up: me drunk? never...

List 3 favorite colors:
12. white
13. any colour combine with white
14. pastel colour

This year have you:
15. Made a new friend: sure
16. Fallen out of love: not sure... no maybe yes maybe no... XD love tu ape? XDXD hanani penipu
17. Laughed until you cried: mase dekat kolej banyak kali la...
18. Met someone who changed you: aku change orang ade la. orang change aku? susah sikit la...
19. Found out who your true friends were: yes... baru ku sedar...
20. Found out someone was talking about you: well, kalau ade mulut macam aku, normal la nak dikata orang...
21. Kissed anyone on your friend's list: kat fb? tak la... aku kissed kanak2 comel je...
22. How many people on your friends list do you know in real life: aku approve orang yang aku kenal je...
23. How many kids do you want: sukati...
24. Do you have any pets: 3 new born kittens and do know how much cats...
25. Do you want to change your name:nope! i love my name. hanani, i love you!
26. What did you do for your last birthday: balik upm, pegi makan western food and isap botol sos. gila!
27. What time did you wake up today: 7.50am. holiday on holiday...
28. What were you doing at midnight last night: watch Otomen episode 1 and 2
30. Last time you saw your Mother: before my mother go to surau
31. What is one thing you wish you could change about your life: money!!! hahaha!!! gelak jahat
32. What are you listening to right now: suara sanak saudara dari dapur
33. Have you ever talked to a person named Tom: yes, mase dekat MRSM dulu
34. Who's getting on your nerves right now: somebody... its X...
35. Most visited webpage: blog? fb? 
36. Whats your real name? Nur Hanani Bt Abd Latif
37. Nickname: nanie, kakak, hanani, hana, yang paling aku menyampah sket, anak rusa nani. ei, aku anak latif ok!
38. Relationship Status: what can i say... single and always available
39. Zodiac sign: capricorn
40. Male or female: Female
41. Primary School: SK Puchong perdana, SK Tun Dr Ismail
42. Middle School: MRSM Lenggong
43. High school/college: ASPer, UPM
44. Hair color: black
45. Long or short: standard
46. Height: tak tinggi... maknanye... '___'
47. Do you have a crush on someone: bukan someone. everyone... yang paling aku crush sekarang, josh duhamel laki fergie, dengan hiroki narimiya yankee kun yang cool...
48: What do you like about yourself: my mouth! bila aku cakap ape je yang aku nak cakap tanpa perlu mengumpat dekat belakang.
49. Piercings: no la...
50. Tattoos: no and never
51. Righty or Lefty? righty
52. First surgery: ntah bile ntah
53. First piercing: never la i cakap
54. First best friend: best friend?
55. First sport you joined: bicycle. sport la tu kan?
56. First vacation: mase aku baru lahir dulu. mane la aku ingat
57. ?????????????
58. First pair of trainers: what trainers?

Right now:
59. Eating: mak tak bagi makan depan lapTOP
60. Drinking: minum pon mak tak bagi
61. I'm about to: continue watching Otomen
62. Listening to: X voice
63. Waiting for: mak from surau

Your Future:
64. Want kids: how could i say no...
65. Get married: mak... nak kawen...
66. Career: career la... penat aku blajo nak mati, nak suruh aku berenti. no way man!

Which is better in the opposite sex?
67. Lips or eyes: both
68. Hugs or kisses: can i say both? *wink*
69. Shorter or taller: Taller la. mari selamatkan keturunan aku yang memendek ni...
70. Older or younger: older...
71. Romantic or spontaneous: sukatila...
72. Nice stomach or nice arms: nice stomach and nice hand. gila tamak haloba aku ni...
73. Sensitive or confident: sukati... janji aku tak menyampah...
74. Hook-up or relationship: relationship la... nak mati maen hook-up dengan aku?

Have you ever:
76. Kissed a stranger: baby cute. dimana saje akan ku kissed mereka
77. Drank hard liquor: no la... muslim can't drink that
78. Lost glasses/contacts: tak pakai la
80. Broken someone's heart: i think ever la... smile...
82. Been arrested: by ustaz for not going to surau
83. Turned someone down: always. tau je la mulut aku ni macam mane
84. Cried when someone died: mestila...

Do you believe in:
86. Yourself: yeah sure! 
87. Miracles: insyaAllah...
88. Love at first sight: tak penah rase... tapi percaya je la...
89. Heaven: absolutely
90. Santa Claus: never. i'm proud to be a muslim
91. Kiss on the first date: kalau aku date lepas kawen, pe salahnye... hehehe...

Answer truthfully:
94. Had more than 1 girlfriend/boyfriend at a time? tak penah ade pon...
95. Did you sing today?sure... no day in my days without my singing
96. Ever cheated on somebody: nak selamatkan diri. normal...
97. If you could go back in time, how far would you go: my MRSM life... mase SPM...
98. The moment you would choose to relive: ntah la...
99. Are you afraid of falling in love? i think so... thats why aku reject sume orang sampai tak de boypren sampai sekarang. poyo gler ko hanani
100. Are you afraid of posting this as 100 truths: pesal nak takot plak?

wedding story, cameron story and home story...

wedding?
bukan aku yang kawen ok. how to say ek, orang yang kawen tu anak kepada sepupu bapak aku. maknenye, dua pupu aku. ye ke? ye kot...
majlis yang aku pegi ni agak grand la jugak.... kaya beb...
majlis 3 hari 3 malam. lauk, pergh... sedap... tp tak mampu nak makan semua sebab kontena aku dah tak muat. namun, yang uniknye majlis ni, pengantin ade dua. ok tak unik lagi. yang lagi unik, salah satu pengantin ni, pasangan pekak dan bisu. so everything pakai bahasa isyarat je la. both bride and groom, dua2 kene pakai bahasa isyarat. pengantin tu ade la communicate dengan aku, tapi aku balas secara ringkas je la. mane la aku reti nak pakai bahasa isyarat. tapi yang macam syoknye, penuh jugakla kenduri tu dengan kenalan2 pasangan pengantin yang jugak memiliki keistimewaan yang same dengan mereka...
kawasan pengantin yang tu macam senyap je sebab semua pakai bahasa isyarat. kawasan pengantin yang normal, baru ade orang cakap2...
balik kenduri, straight terus pegi cameron...

ok, cameron story
nak letak actually... tapi ape masalah blogger ke laptop aku, tak boleh nak upload gambar...
tak boleh nak cerite panjang2...

home story?
ok, ini hanyalah luahan perasaan semata2. tak nak bace sudah... cuba anda bayangkan, ketika anda sedang enak2 makan, seorang X meletakkan pinggan2 kotor dan kain burok di sebelah anda. apekah reaksi anda?
reaksi aku, mula2 aku fikir, ape motif X letak pinggan mangkuk tu dengan kain burok dekat situ? ok, i got it. nak suruh aku sambung keje dia la tu. no way man! aku tak suka sambung keje orang lain ok.
then aku tunggu mak aku dengan X leka menyembang, lalu perlahan2 aku menyelit di celahan mereka sambil mengangkut pinggan mangkuk aku sorang dan blah ke dapur.
bila mak aku sedar aku dah hilang, lantas beliau menjerit memanggil aku untuk menyambung kerja X. namun, semuanya sudah terlambat. aku ade dekat dalam toilet ketika itu. lastnye, anak X yang cuci pinggan mangkuk tu. aku just assist dia je. aku tak buat bukan kerana aku malas ok. tapi... ok, aku memang faham sangat dengan motif X dan memang payah sket untuk aku follow sebab? hanya tuhan saje yang tahu...


yang ni pulak, aku bangga!!!

Thursday, December 9, 2010

adekah aku ditakdirkan untuk bodo maths di UPM?

isk.. isk...
sungguh sedih sekali...
result dah keluar dan seperti biasa, gara2 go eh gara2 maths, result aku macam bodo sedikit. tak de la sampai teruk sangat. tapi apesal average sangat? tiga2 sem aku jadi student asasi dekat UPM ni, result aku lebih kurang je. dan untuk second and third sem, perosak result aku ialah, maths!!!
kalkulus dengan statistik. hanani... kenapekah nasib kau begini...
dah la sem depan ade subjek kalkulus... mati la aku... ya Allah... tolonglah bagi aku semangat untuk cemerlang dalam subjek berhantu ni...
subjek lain? ok sangat!!! dan aku sangat bangga bila aku dapat A- untuk subjek BIOLOGI! wow! eh, alhamdulillah... aku syukur dengan result aku tapi biase la manusia... siyes aku sangat tak puas hati dengan math... 44/100??? siyes aku bodo maths...
cikgu... dulu saye pandai maths kan? tu la... masok UPM konfiden sangat... ye ke? tak la...
bantula aku... aku tak nak bodo maths untuk selamanya...

Sunday, December 5, 2010

ayam gajah dan tudung adik aku

semalam
bapak sedare aku datang hantar 3 ekor ayam kampung. fuh besar giler... ayam tu dihantar lepas disembelih tanpa diproses. maknenye... kami la yang kene proses. mak aih...
tepat jam 12 tengah malam, bermula proses mencabut bulu ayam selepas direndam dalam air panas buatan aku. oleh sebab terendam lame, bulu ayam tu sampai tobek dibuat dek aku dengan adik2 aku. besar pulak tu ayam tu. nasib la semua adik beradik aku bergabung tenaga mencabut bulu ayam walaupun tobek. tengok la, serius burok ayam tu. kalau la mase hidup ayam ti tau dia akan jadi macam tu, mesti dia lari siap2 dari ditangkap oleh bapak sedara aku.
ini lepas siap dimasak rendang oleh mak aku dan telah habis ditelan isinye oleh aku. gile besar ayam ni. tengokla... peha je dah 15 cm... bukan ilusi ni... betul. bayangkan, tulang tu lagi panjang dari cawan nesvita tu...

oh, lupa nak cerita, tadi aku cuci peti ais dan peti ais itu menjadi cantik dan aku bangga. astaghfirullah...
ok, gambar kabur itu bukan aku. itu adik aku. point sebenar, nak pakai selendang macam yang adik aku pakai tu... bila aku pakai selendang bersama skarf tu, amatla burok sekali kerana kepala aku atau muka aku yang bulat tak bersegi ni... jeles... nak pakai macam adik aku tu... macam mane orang yang berkepala besar lagi dari kepala aku boleh pakai macam tu... nak jugak...

Friday, December 3, 2010

opah aku

tak tau nak tulis eh taip ape sebab tak de aktiviti yang berlaku sekarang atau tadi.
lame dah aku tak meronggeng dekat blog ni... tak berkesempatan... kalau online dekat tengah2 rumah ni memang segan sedikit nak menaip. karang ade orang usha, sure aku dah malas nak menaip...
aktiviti paling busy aku sekarang ialah nak habiskan download playful kiss. malas actually nak download drama ni tambah aku dah tengok anime nye versi. tapi macam tak puas hati pulak. nak jugak..
ok, straight to the point.
opah aku...
mase aku tengah busy prepare untuk final exam, aku dapat berita opah aku jatuh longkang and got quite serious injury dekat lutut...
tapi aku tak boleh balik. so sekarang, i'm already here and kene berkhidmat untuk pah aku. well, grandchild mithali...
tapi yang aku tak puas hati nye, aku dengan adik beradik aku je ke cucu pah aku???
kemane cucu yang lain? bukan aku tak rela jaga pah aku. its okay tapi cucu yang lain mane? mase opah sihat, sibuk korang mengendeng, bila pah sakit, dua tiga kerat je balik. itu pon, datang tengok, sembang-sembang kejap, then balik. WTH? kadang2, kesian aku tengok mak aku, nak pegi mane2 pon susah hati nak tinggal pah aku. time2 cuti ni nasib aku dengan adik-adik ade. tapi family aku pon nak pegi jalan2 jugak sementare semua family tengah ade ni. adik beradik mak aku yang lain? ok, yang lain aku faham sebab keje, yang tak keje? tapi elok pon yang tak keje tu tak balik, kalau tak asyik pot pet je dekat kitorang...
ade je salah nye. kalau dia tak de, tak de masalah pon rumah aku, risau sangat pinggan tak basuh malam2, settle je aku rase. mula2 mak aku marah aku menjawab, tapi lame2 mak aku pon rimas dan surrender. mane tak nye, asyik nak cari salah aku dengan adik2 aku je. tak boleh tengok kami ni duduk. time pah aku sakit ni lagi la, lambat tarik kerusi roda pah aku dah kene. sabar tak boleh? pah aku pon relax je dia yang kecoh.
ok, udah le tu. tak baik mengumpat. aku suka cerita benda private kan? tak boleh nak buat ape. aku tiade tempat mengadu, cerita kat mak aku lebih2 karang itu kakak dia.
lagi pasal pah aku,
kalau mase abang aku patah kaki dulu, 3 bulan baru abang aku boleh start jalan. pah aku? tak sampai sebulan dah sebok nak jalan. serius hebat. tapi bapak sedare aku cakap abang aku injured dekat ligament sebab tu macam teruk. ek? ooo...
ok, terus menjadi nurse yang ikhlas hati dan perasaan. good bye...

Sunday, November 21, 2010

Semoga mamat tak sebut dah perkataan tu...

ok, aku amat pantang jika ade orang yang suka mencarut. even aku pernah addicted kepadanya satu mase dahulu...
addicted?

jangan buat andaian sendiri... meh aku cerite sikit.

suatu mase dahulu ketika aku masih menetap di puchong selangor, aku masih seorang kanak2 yang suci murni dan hanya menerima ape yang orang ajar dekat aku.
dekat sane, aku tak ramai kawan perempuan... so aku ikut je la mane2 budak2 lelaki yang nak kawan dengan aku. tu pasal sekarang pon perangai aku macam jantan sikit. tapi aku masih soft ok...

seterusnya, bila je aku dengar member2 jantan aku mencarut2 macam sial, vavi, dan sebagainye, aku rase sungguh cool dan mencubanya... teruk kan aku... sampai kadang2 aku cakap dekat mak aku. dosakan?
aku tak buat dah...
benda ni aku terbawak2 sampai la aku pindah ke padang rengas perak tempat aku menetap sekarang...
once upon a time, bila mak aku rase aku dah melampau sangat, mak aku ambik beberapa ketul cili hijau yang amat sangat pedas sekali dan menonyoh ke mulut aku...
sungguh sakit, pedas dan pedih sampai bengkak mulut aku.
aku pulak menangis2 sampai pah aku suruh mak aku berenti... nampak macam kesian kat aku kan?
tapi tu lah yang merubah diri aku sampai aku benci nak sebut benda2 tu...
dan aku benci jugak kepada siapa2 yang sebut2 benda tu untuk memaki hamun orang lain. aku pantang...

dan sebelum ni, adik aku pulak buat hal macam tu...
dan aku,
ambik seketul cili yang same saiz dengan cili yang mak aku pernah tonyoh dekat aku dulu dan tonyoh dekat mulut aku.
kejam kan?
tapi tu tak mampu ubah adik aku... semoga satu hari nanti dia sedar ape yang dia sebut selama ni...

sekarang,
anak sedara aku aka cucu mak long aku buat hal macam tu jugak...
tapi dia baru empat tahun, tak kan aku nak tonyoh cili jugak kan...
anak sedare aku ni suka sangat sebut babi2 dekat sesiapa sahaja... aku rase la kan, dia tak tau pon babi tu ape. just sebut ape orang ajar dekat dia je. cilakak mane la yang ajar tu...
kesian kan budak, kalau elok yang orang ajar, elok la perangai dia. kalau tak elok benda yang orang ajar, tak elok la dia.

so, aku ambik inisiatif yang sesuai dengan umur budak empat tahun.
aku online and cari image babi yang paling hodoh dan tunjuk dekat dia...
ambik kau...
nanges2 dia tak nak tengok. tapi aku tunjuk jugak. baru la dia tau babi tu macam mane... mane taknye... selambe je dia tanye mak dia, "ibu, ibu tu babi kan?"
lepas teruk dia nanges2 sepupu aku call kakak dia or better known as mak sedare budak tu.
dan ini antara dialog nye...
"teh, ambik mamat... sob3...
mamat takut babi... sob3...
teh pon takut babi... sob3... tak nak tengok babi... sob3"

dan setelah teruk disakat oleh aku dan bapak aku dan keluarga aku... si mamat ni menangis sampai tidur... semoga mamat tak sebut dah perkataan babi tu...
insyaallah...
ni la babi yang aku tunjuk kat anak sdare aku tu...
mungkin anak sedare aku terkejut melihat hidung sang babi ni...

Saturday, November 20, 2010

perasaan yang tiba2...

mengapa... kau jua yang ku rindu,
walau ku tahu payah bersatu,
hidup dengan mu...
engkau sungguh jujur dan ikhlas terhadapku...

sambung sendiri, aku pon tak ingat.

tibe2 kan? aku ni sesat sikit. secara tibe2 aku teringin nak nyanyi lagu ziana zain dengan kuat sekali. tapi memandangkan pah aku yang x sihat dok dekat je dengan aku, aku lupakan hajat aku tu dan mencari hajat lain. ok, nyanyi dalam hati.
lagu yang di atas tu aku suka sangat. lagu2 lain pon aku suka jugak. kalau mase form 5 dulu, dikala dah boring melalak lagu newS, aku dengan rumet aku, tukar feel, melalak lagu ziana zain. memandangkan nama mak aku zakiyah zain, kira macam tak pe la aku nak nyanyi lagu ziana zain tu. rumet aku pulak, ade baka2 suara ala2 ziana zain, justeru, kami dengan gembira melalak lagu tersebut.

mase form 3 pulak dok melalak dengan classmate aku. lagu ziana zain jugak. untung jugak la dapat rakan sebaya yang sejenis dengan aku, suka melalak. rumet aku eh, ex rumet aku yang sekarang ni pon, dah jadi macam aku, boring sikit melalak. nasib la sape jadi rakan sebaya aku...

ok, dah x de mood secara tibe2.
look at the picture below.


yummy kan?? kan?
ni la ice cream yang ade name big bang di atas nye. seronok pulak aku tengok. tapi tak de perisa vanila. so aku tak teruja sangat. tapi cantik la... colourful. and surely delicious. sell in japan. orang islam jangan makan sesuka hati even anda amat suka kepada big bang dan ice cream nye. ingredients amatla diragui. almaklumla... made in japan.

ok, mood yang paling tibe2, rase macam nak suruh adik aku blah dari laptop aku sebab aku nak continue watching yankee kun to megane chan. right now, aku pakai laptop mak aku...

Tuesday, November 16, 2010

saya sudah graduasi

Graduasi? bila pulak aku grad? hehe... graduasi sebagai student asasi sains pertanian atau ASPer!
exam no more!!!
!
seronok tak bia exam dah habis? syok tidak terkata.
babai asasi. no more asasi.
gud luck for degree!!!

Saturday, November 13, 2010

aku yang tak betol sangat #1

jam menunjukkan 4.32 pagi. omaigod!!!
gile ke ape aku ni? dah nak subuh tak tidor lagi... tau dek mak bapak aku ni sumpah aku mati. tu la kalau sindrom menyinggah di merate blog aku dah datang. aku ni kalau dapat membaca memang tak boleh berenti.
sememangnye tadi aku start blogwalking sebab nak hilangkan stress sebab maths. tapi bile dah start... memang dadah sungguh laptop aku ni. ade je bende aku nak buat.
hanani! macam mane nak 4 flat ni. cita2 tinggi, blajo maleh.
tadi, mase aku tengah berjalan dekat facebook, aku terbaca post yang sungguh menyayat hati aku...

kamus loghat perak
NGELER’WO = Ngelewor, Nge Ley Wo –
Terumbang ambing kekiri ke kanan [Macam ular kena palu]

BULOR =, Bulo, Bu Lo –
Lapar tak makan ATAU Ingin, Hendak [biasanya dengan pangkal negatif - Tak]

BOLEN = Bertelanjang Bulat

MERABAN TEBEN = [Reyben Teyben] –
Tak Tentu Arah, Perbuatan yang Pening

NYELAP SADOR = seseorang yg seperti dirasuk @ di luar kawalan di tahap sederhana... .

NGELE’NYOR = Mengedik atau pun ngada²/ gatal

BIOT = Degil

PEROK = jakun / tak pernah tengok benda..

MUNCOH = dah kaya banyak duit atau berharta

TOBEN = tua bangka

MERAMBU = joli sana sini
terima kasih kepada insan yang masih lagi concern dengan bahasa asal negeri kebanggaan aku ni. ade banyak lagi sebenarnye. kalau nak lagi klik sini.
siyes menyayat hati. nak balik kuale... even aku nak balik lagi 3 hari, aku tetap rindukanmu kuale. lame dah kot aku tak balik. bila first timenye aku tak balik mase study week, memang lah dikira lame sangat aku meninggalkan rumah aku tu...

satu lagi hal yang aku merasakan aku ni sangat tak betol ialah, adekah aku ni ditakdirkan menjadi seorang yang blue???

wowowow... sila jangan membuat andaian sendiri ok. ini bukan pintaku...
tapikan, aku ni, sangat selalu kebetulan terlibat dengan perkara2 berwarne biru ni.
ingat lagi, mungkin aku ni sedikit innocent, pada usia 18 tahun, aku tertekan thumbnail movie dalam laptop kawan aku yang bertajuk American Pie. aku tak tau kot American pie tu ape. ingat itu movie pasal orang belajar buat pie ke ape ke. hoho... aku ni, kalau tak niat pon nak tengok satu2 movie aku akan drag teros ke tengah. drag2, sekali, wow!!! terus aku tekan butang close.
serius, bukan aku sengaja. begitu juga dengan movie yang lain, oleh sebab aku ni sangat suka memenuhkan hard disk aku dengan koleksi movie baru, aku aku pegi jalan2 jumpa kawan2 aku sambil mintak movie baru. namun, aku akan cek dulu, untuk mengelakkan kejadian same berlaku. ye la, aku memang kena berhati2 pon. kang adik aku yang suka ambik hard disk aku tanpa kebenaran tu cek dulu, tak ke dosa plak aku.
tapi macam biase, first time aku drag je terus berenti dekat tempat yang tak patut ditengok. banyak pulak kengkawan aku ni movie blue... tak de la... normal, movie orang putih... mesti ade part yang tak semiyak sket. tapi aku yang innocent ni tak nak la rosakkan otak aku even itu part ringan2 je. tapi kesannye, tak de lah aku ambik movie tu dari kawan aku. innocent tak aku? :-)
lagi satu, tadi, aku ambik satu english novel ni dekat kawan aku sebab dia cakap nak buang. oh, sayangnye. lalu aku yang penyayang dengan barang tak guna ni pon ambik la dan bace satu muka surat di bahagian tengah untuk sedikit preview. hasilnye, menarik, ayat nye simple, namun, eww!!! novel romance yang ade blue sket ke... baru first time bukak page tu terus jumpa part tu? WTH??? aku tanya kawan aku adekah dia tau novel tu bright blue, tapi rupenye dia pon tak bace lagi. la...

dan banyak lagi perkara yang aku rasa aku tak betol seperti sekarang, aku sanggup berjaga sampai pagi bukan untuk study tapi online. nanti aku rajen aku sambung lagi ye. bukan sambung tengok benda blue tapi sambung cerita aku...

Friday, November 12, 2010

OMEDETTOU!!!

TAHNIAH!
Kepade adik saya siti hajar yang mendapat 5A dalam UPSR...
aku tak tau pon semalam result keluar, tetibe bapak aku mesej berupa, siti hajaq dapat 5 As, tahniah kat bapak. alhamdulillah... namun, kenape pulak tahniah kat bapak aku?
lepas aku ucap tahniah kat adik aku, aku pon tanyelah balik soalan pelik tu dekat bapak aku... jawapan bapak aku,
he... he... bapak misali, bapak contoh... ape2 lah.
oh! tak malu pulak bapak aku ni... namun betol la jugak... lalu aku ucapkan tahniah kepada bapak aku kerana menurut sejarah bapak aku, semua anak perempuannya mendapa 5A dalam UPSR termasuklah aku. XD.
anyway, tahniah siti!

siti hajar ialah yang pakai tudung purple. yang tudung pink itu masih darjah dua. semoga dia juga meneruskan kejayaan kami semua dalam UPSR... amin...

Thursday, November 11, 2010

TANJOUBI OMEDETTOU!!!!!!!!!!!

Ramai ye nampaknye boypren2 saya yang menyambut befday bulan ni...
today, Happy birthday Tegoshi!!!

credit to: Jpop NewsFan

Saturday, November 6, 2010

saya mahu ini!!!!!!!!!!



tengok Nichkun yang bersweater merah!!!!


really want this!!!!!!!

daesung pon pakai jugak...

Thursday, November 4, 2010

dari UPM ke Mines


pagi2 ade sesi tangkap gambar... AsPer Batch 09/10 UPM

makan sesi pertama: okonomiyaki

karaoke: 10 lagu, at Mines

makan sesi dua: onigiri

makan sesi tiga: takoyaki

kimi no happy basude...


today: 4 November

Yesterday: 3 November

Sunday, October 31, 2010

satuberi aka strawberi


thnx syuhada yang baru pulang dari cameron highland... yummy... merase aku makan fav fruit aku ni.
huh... isy... mmm...
exam: minggu depan. yang first skali, chemistry. oh mak aku... bagaimana ini... study? sikit je baru. segala mechanism, nomenclature, reaction sume tu, tak habis lagi... ko nak kene dengan dr Asmah lagi hanani? ko x nak 4flat ke? tapi... 4flat pe jadahnye kalau result test macam tak halal...
aku ni memang tak de kesedaran diri la... nape aku tak sekental dulu? masih dapat highest dalam kelas even aku study dalam bilik tv. masih dapat A even aku berjalan2 mase prep class. ok, itu zaman sekolah. sekarang zaman universiti. universiti la sangat... asasi ok...
hari ini, exercise kimia, aku baru jawab 3 soalan. tapi aku dah kembali menuju lapTOP kecintaan aku ni...
dan tiba2, aku teringin nak bela seekor Sugar glider...
haiwan kecil ini sangat comel namun harganye sangat mahal... sekor mencecah RM280... OMG...
aku tak mampu...
perjalanan hidop aku arini sangat membohsankan namun gembira bagi aku. bangon tido semasa matahari dah terpacak atas kepala, kemudian mandi dan kemudian online dan kemudian membeli makanan dan kemudian online lagi dan kemudian online dan kemudian study sekejap dan kemudian online online dan online. omo... i'm going crazy... nak mati ke aku ni... Hanani, WAKE UP! tapi kenapa aku macam tak mampu... esok, jom pegi library, forget everything about Jjong, News or Big Bang Big Show!

klik jika anda berminat

Related Posts with Thumbnails