pic courtesy from google |
ok, everybody have their own wish menjelang masuknya 2011 ni. ye dak? yang ni aku punya, yang korang punya macam mana?
- untuk tidak lagi selekeh seperti tahun2 sebelum ni.
- sungguh tidak best kan azam aku ni? biarkan... selekeh di atas bukan bermaksud aku punya appearance macam orang yang suka merayau-rayau di tepi jalan tu. selekeh aku bermaksud, lepas ni, pandai-pandai la pakai baju matching sikit dengan tudung ke kasut ke seluar ke... ini tak, kalau tudung hitam je yang dah iron, tudung tu je la yang aku tibai nak ke kedai ke ape ke. tambah dekat rumah. lagi la...
- menjadi lebih bergaya dan style sikit dari biasa
- lagi satu azam tidak best tetapi best kepada aku. lepas beberapa tahun aku jadi stalker, aku mendapati rupanya ramai insan kat malaysia ni yang daring nak bergaya. aku bukan la nak bergaya macam mereka tu, tapi, style sikit la... boring aku asyik ulang style same je. tukar sikit. boleh kan?
- beli boot impian
- ini adalah azam yang membazir. ok, boleh hold dulu sementara aku miskin ni. tapi bila aku tengah kaya nanti, sila jangan terlampau terkejut tengok aku ok.
- beli jacket impian
- ini juga azam yang agak membazir sebab aku dah survey, jacket sehelai, yang cantik, not less than rm30! hoho... namun, untuk melaksanakan azam no 1 dan 2, endure sikit ek.
- tidak menonton pada weekdays
- ini mesti, untuk mendapat pointer cgpa yang baik lantas mendapat scholarship, meh la kurangkan menonton dan belajar bersungguh-sungguh.
- baca nota lepas kuliah
- ini juga perlu, hanani ni, kalau sekali kuliah habis, apa yang dalam kepala otak dia ni pon akan habis jugak. justeru, bacalah nota lepas kuliah...
- senyum
- aku tak tau sekarang, tapi dulu, masa sekolah dulu, orang selalu takut dekat aku sebab mereka kata muka aku muka sombong. adakah sebab aku tak senyum. baiklah, aku akan sedekahkan senyuman paling manis dekat korang lepas masuk new year nanti.
- tambah aktiviti sunat di tengah malam
- insyaAllah... lately ni, atau lepas masuk UPM, aku dah jarang buat aktiviti sunat di tengah malam sebab lupa diri tengok movie sampai 2 3 pagi. ingatkan aku kalau aku terlupa.
- tidak perlu kurangkan makan
- sepatutnya ini terjadi. penat je aku tahan makan. berat aku same je. so, aku ambik keputusan, nak makan apa je yang aku nak tanpa risau berat badan aku. penyelesaiannya, ada di bawah
- exercise
- mesti... bila aku kata aku nak makan suka hati aku, mesti ada something yang kena kontrol aku. skipping hanani! at least 100!
- kurus! keding...
- tak perlulah sampai keding, tapi asalkan berat aku turun sudah. cuti semester hari tu, berapa kilo berat aku naik. ni semua gara-gara mak masak sedap...
- kumpul baju cantik2
- aku memang suka bab-bab membazir ni. mak aku suka marah kalau aku beli baju lagi. tapi aku mane boleh tahan. aku tengok baju je aku rase nak beli. susahnya...
- cipta sejarah baru, 4 flat please...
- banyak pengorbanan aku kena buat ni... sila beri semangat kepada aku.
- tidak menghabiskan duit untuk makan
- memang aku kata boleh makan apa sahaja yang aku nak tapi, sila berpada-pada ok!
- kurangkan perasaan lapar sentiase
- aku yang tak pernah kenyang, sila selalu kenyang
- kembali menjadi anak dare yang amat rajin sekali
- aku makin malas ke? entah. tapi lepas adik aku dah besar ni macam seronok pulak jadi mandur. rase macam supervisor yang ade banyak power tapi masih takut kepada penguasa yang lagi power iaitu mak aku.
- bangun tidur seperti mase form three and before
- dulu aku bangun awal... tak macam sekarang ni. betul, dulu aku gila disiplin la... sebab, dulu tak de laptop... tak boleh tengok tv sampai tengah malam sebab bapak marah. sabar2...
- kembali menjadi student cemerlang ( aku pernah cemerlang ke? pernah kot...)
- suatu masa dahulu, aku selalu gembira dengan result exam aku. kini tidak lagi. elok-elok dah banyak subjek markah elok, mesti ade black hole satu. isy, tak best betul.
- isi blog ni dengan perkara berfaedah
- aku ni kan suka merapu, taip je ape yang aku rasa tak larat nak cerita dekat kengkawan aku dan selalu menaip tanpa sedarkan diri. lepas ni, semoga blog ni padat dengan isi yang berhikmah lebih dari biasa.
- tak malas nak pergi jogging
- tapi memang aku malas pon, untuk pergi jogging aku kena tukar seluar dan baju yang sesuai, malas nak pakai tudung, malas nak keluar bilik, malas nak basuh baju banyak-banyak kalau dah peluh. so, better stick to jump rope je la...
- tak copy and paste lab report org lain lagi
- ini kerja aku dari sekolah menengah lagi. tapi sem 3 asasi dulu ada improvement sebab orang pulak yang tiru lab report aku. ini buka sebab aku hebat atau yang sewaktu dengannya, tapi sebab aku cepat nak reka ayat sendiri dengan aku dah cari siap-siap ayat tu dalam reference book. tak pe kan, yang penting aku buat sendiri.
cukup sampai disitu, banyak je azam aku sebenarnye, tapi hujung bulan 12 nanti cek banyak mana je yang settle. ok, sebelom masok 2011 ni jom habiskan zaman jahiliyyah aku dengan baik ek. kejap lagi kena transform jadi manusia cemerlang dah. jom habiskan Hotaru no hikari 2 sebelum 2011 masuk!!! ikimashou!
0 analisis anda:
Post a Comment