Saturday, December 25, 2010

Sabah kuatkuasa undang-undang murtad tahun depan

TAWAU: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah 
(Jheains) akan menguatkuasakan undang-undang murtad di Sabah mulai tahun depan sebaik sahaja pusat pemulihan akidahnya di Kinarut siap pertengahan 2011. Pengarah Jheains, Datuk Amri A.Suratman, berkata pada masa ini jabatan itu lebih menekankan pendekatan mendidik kepada pesalah syariah dan akidah.


untuk berita lanjutan tekan sini.


aku dengar berita ni dekat Berita Terkini TV3 tadi. aku sokong amat sangat la idea ni... tapi, baru nak ade ke undang-undang ni? soalan ini cuma tanda tanya aku je.  Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, sila jangan saman saya.


ok, ini pendapat aku, 
bapak aku cakap, majoriti orang sabah memang bukan islam pada asalnya atau mereka memang penganut kristian sejati. namun, atas usaha alim ulama zaman-zaman sebelum zaman aku berdakwah, makin ramai lah penduduk negeri sabah di bawah bayu yang menganut agama islam. contoh terbaik, bekas penyanyi nasyid Raihan, Nazrey Johani.


walau bagaimana pun, makin ramai yang murtad, sebab utama, tak de sokongan berterusan dari umat islam yang lain. so, siapa salah? ok, aku tak maksudkan sesiapa dekat sini, tapi, sekali seseorang tu peluk agama islam especially penduduk kawasan yang Islam sebagai agama minoriti, mereka amat berisiko untuk menjalani kesusahan dan kepayahan untuk meneruskan hidup mereka. for example, mereka berisiko dibuang keluarga, dipinggirkan dari rakan-rakan dan sebagainya. 


justeru, kita sebagai umat islam, we really need to help them so that they tak menyesal memeluk agama suci ini dan tidak murtad lastly. apa yang perlu kita lakukan? beri mereka semangat, tempat perlindungan, dan tunjuk ajar.  tapi apa yang kita lakukan, biarkan mereka, tidak meneruskan dakwah dan mereka akan hilang semangat untuk terus memeluk agama islam. jangan salahkan mereka jika gejala murtad berleluasa disana. kita just serahkan 100% tugas untuk membantu mereka dekat agency-agency yang bertanggungjawab without menghulurkan even sedikit bantuan untuk mereka. yang kita buat, just marah, kutuk mereka yang murtad, tapi tak fikir sikit pon ape yang kita kena buat so that mereka tak terus murtad beramai- ramai. right?

0 analisis anda:

klik jika anda berminat

Related Posts with Thumbnails