semalam
bapak sedare aku datang hantar 3 ekor ayam kampung. fuh besar giler... ayam tu dihantar lepas disembelih tanpa diproses. maknenye... kami la yang kene proses. mak aih...
tepat jam 12 tengah malam, bermula proses mencabut bulu ayam selepas direndam dalam air panas buatan aku. oleh sebab terendam lame, bulu ayam tu sampai tobek dibuat dek aku dengan adik2 aku. besar pulak tu ayam tu. nasib la semua adik beradik aku bergabung tenaga mencabut bulu ayam walaupun tobek. tengok la, serius burok ayam tu. kalau la mase hidup ayam ti tau dia akan jadi macam tu, mesti dia lari siap2 dari ditangkap oleh bapak sedara aku.
ini lepas siap dimasak rendang oleh mak aku dan telah habis ditelan isinye oleh aku. gile besar ayam ni. tengokla... peha je dah 15 cm... bukan ilusi ni... betul. bayangkan, tulang tu lagi panjang dari cawan nesvita tu...
oh, lupa nak cerita, tadi aku cuci peti ais dan peti ais itu menjadi cantik dan aku bangga. astaghfirullah...
ok, gambar kabur itu bukan aku. itu adik aku. point sebenar, nak pakai selendang macam yang adik aku pakai tu... bila aku pakai selendang bersama skarf tu, amatla burok sekali kerana kepala aku atau muka aku yang bulat tak bersegi ni... jeles... nak pakai macam adik aku tu... macam mane orang yang berkepala besar lagi dari kepala aku boleh pakai macam tu... nak jugak...
0 analisis anda:
Post a Comment