Thursday, November 17, 2011

my little Chicken little

assalamualaikum...

dah lama sungguh aku tak bercerita pasal perkembangan ayam-ayam aku ek. biasalah, usahawan busy macam aku ni memang tak sempat nak update-update ni. *busy la sangat*

semenjak aku bela ayam ni, sense of responsibility aku sangat la meningkat naik dengan jayanya. banyak dah aku korban, korban cuti, korban  tenaga, korban masa, korban tidur, eh, korban cinta. ops... ini tipu. tiada percintaan berlaku antara aku dengan ayam mahupon orang disekelilingnya.

contoh korban tenaga dengan korban cuti
*nampak tak boot aku, wink*

aku bukan nak mengungkit tau. saja nak bercerita. bukan tak pernah orang tanya, buat ape je masa korang bela ayam selain bagi makan minum?
ni aku nak jawab ni, kitorang kemas reban, tanam itu ini, cuci-cuci, jadi penggali kubur, dan macam-macam lagi. ingat senang nak bela ayam? jangan tau nak gelak je bila aku bagitau aku ada bela ayam. susah tau...

ni pulak contoh korban tidur. baru lepas baik sikit dari demam aku dah kena main kejar-kejar dengan ayam. sepatutya i kena rest tau. muka tak dapat dipaparkan sebab i memang pemalu. hik hik.

ni ayam yang terpaksa aku kejar. kesian dorang tak cukup makan

macam tu lah korban-korban yang aku dengan kawan-kawan lain dah buat. eleh korban konon.
so, bila dah banyak berkorban macam ni, aku sangat berharap supaya ayam-ayam aku ni boleh membesar dengan sihat dan kuat. macam iklan milo pule. kalau boleh nak je aku bagi milo kat ayam ni tau.

tapi bila ada masalah macam ayam tak cukup makan sebab makanan ayam tak sampai sebab supplier tak dapat bayaran sebab orang yang sepatutnya bayar tapi tak bayar, tak membesar lah ayam-ayam tu. tak pasti nak salahkan pihak yang mana satu. ada korupsi berlaku kah? mangsanya, ayam jugak.

tak kisah la untung rugi bila nak jual nanti, tapi ayam-ayam ni sangat kesian sampai kaki aku pon dorang nak patuk sebab lapar, disamping rasa nak flying kick ayam sebab sukati serbu kaki aku. tapi dimaafkan la wahai ayam. aku tau korang lapar.
bukti kebuluran. kesian.
pic courtesy of Teng, my coursemate.

walau banyak cabaran yang kitorang hadapi masa sekarang, ni la yang jadi pengalaman kitorang bila dah grad nanti. bolehlah dengan bangganya aku cerita pasal ayam masa interview nanti. tak pon kalau ada sesape nak jadi usahawan ayam, boleh lah pakai pengalaman berharga ni. tapi seriously, kalau nak ayam-ayam anda hidup bahagia sehingga masanya untuk mereka disembelih, elakkan korupsi. berdosa.

sekian, salam perantauan, dari aku dan ayam.

1 analisis anda:

Wan Ahmad Izudean said...

aku pun xsempat nk update pasal ayam..haha

tapi part yang kejar ayam tu memang stress kot... T_T

klik jika anda berminat

Related Posts with Thumbnails