Saturday, February 25, 2012

Bogor days - series 3

setelah seminggu aku dekat sini, rupanya masih ramai lagi yang terasa sebab aku tak bagitau aku fly hari sabtu hari tu... 
ada jugak yang terasa sebab aku tak bagitau langsung yang aku nak ke sini...
ye aku bersalah...

kalau korang nak tau, aku nak sangat bagitau betapa excitednya aku lepas dapat peluang ikut mobility program ni dekat semua orang. but still, macam yang aku bagitau sebelum ni, banyak sebab yang membuatkan aku hesitate nak bagitau orang ramai pasal ni. tapi kalau aku announce beria karang, kata aku nak berlagak pulak. pergi indonesia je...
lagi pon aku nak pergi 4 bulan je, exchange program. bukan sambung terus dekat sini...

walau bagaimanapun, aku sedar. aku tetap bersalah. aku ada online sekejap before fly hari tu. tapi just untuk cek email je... tak teringat langsung nak bukak facebook lepas tu post apa-apa yang patut. kawan-kawan, sedara-mara lain memang semua aku lupa nak contact. harapkan mak bapak aku la nak bagitau pon. aku tak tau kemana fikiran aku waktu tu sampai lupa macam tu. serabut sangat kot...

Will you listen to my story?
It'll just be a minute
How can I explain?

What ever happened here
Never meant to hurt you
How could I cause you so much pain?

When I say I'm sorry
Will you believe me?
Listen to my story
Say you wont leave me
When I say I'm sorry
Can you forgive me?
When I say I'll always be there
Will you believe
Will you believe me?     
                                                      Sorry, by Daughtry


justeru itu, harap-harap dimaafin sama aku yang bersalah ini. aku bersalah kerna bisa lupa pada kalian semua. 
hambek kau, keluar bahasa indo aku...

actually, kali ni post aku bukanlah pasal kata-kata maaf macam dekat atas tu... sebelum ni pon aku dah mintak maaf dah, dekat facebook pon dah... walaupun tak cukup dengan cara tu je, maafkan lah jugak aku ni ye teman-teman...

kali ni aku nak cerita pasal makan. semenjak aku sampai sini, soalan paling selalu aku terima dari rakyat Malaysia ialah pasal makanan. *amboi, kau menteri ke*

makanan dekat sini sebenarnya tak de lah pelik mana. ada je dekat Malaysia... cuma version dekat sini ikutlah resepi tersendiri dia...

makanan ruji aku kat sini still sama macam dekat Malaysia, nasik, lauk, sayur dan tambahan dekat sini, yang wajib ada, sambal, tempe, dengan keropok. memang makanan hawa nafsu sungguh. tempe pulak, lagi enak dan lazat dari yang ada dekat Malaysia. ye lah, tempat original dia...




cumanya, aku kan tak berminat sangat dengan sup-sup yang jernih ni. aku sendiri tak tahu kenapa, tapi makanan yang tak berwarna memang mematikan selera aku. so, order aku memang selalu lain lain dari orang lain kalau bab-bab yang tu. orang mintak soto ayam bening (jernih), aku mintak yang ada santan. baru kene dengan tekak aku.
11 orang anak dara bertemankan Pak ajen sama Ehsan... wajah mereka nggak bisa dilihat. ini kerana kepala kami besar-besar belaka...

mula-mula je sang teruna tu teman, lepas tu pandai-pandai la...

kalau bakso, lagi la aku tak berminat, sup dengan mi, kalau dekat rumah ni, memang aku tak kan sentuh langsung makanan yang macam tu. tapi kalau dah duduk jauh dari negara orang tu, redha je la..

tapi redha-redha aku pon, digestive system aku tetap tak boleh terima makanan yang aku paksa diri aku untuk terima. akibatnya, melepaklah aku dalam toilet tadi sampai berejam sebab digestive system tak nak berfungsi dengan cemerlang...

 lain tak muka aku? aku rasalah kan, semenjak aku datang sini, muka aku dah jadi macam pelik je kalau dalam gambar, semua pelik-pelik...

aku tak sure la makanan yang mana satu yang jadi sebab aku melepak dalam toilet lama-lama tu. tapi kedai ni menjadi suspek utama la... kedai ni comel je, tapi nak datang ke sini kemain la jauhnye, dah penat jalan kaki, balik terpaksa naik angkut. angkut tu macam bas, tapi kat sini van je, sebab tu je yang muat nak lalu jalan kat sini.
tengoklah menu-menu tu, kalau tak tau apa isi bakso tu tak ke seram nak order. nasib baik kakak senior ni rajin nak cerita sebab dia dah selalu datang sini...

mereka yang sabar menunggu order sampai...

ini mie baso rudal. amende tah rudal tu aku pon tak tau. tapi meatball dia memang gedabak gila... aku makan separuh je sebab anak tekak aku tak mampu lagi untuk menerima meatball yang sebesar penumbuk tu...
ni la jugak, bahan bukti utama yang paling disyaki yang buatkan aku menggelabah dekat tengah jalan sebab digestive system buat hal...


yang ni pulak jus Apel dengan Jus Melon. aku memang tak boleh adapt lagi dengan rasa-rasa jus dia. setakat ni yang aku dah rasa, jus Apel, Melon, Jeruk(limau), sirsak(durian belanda), jus Stress( strawberry dengan tomato kot). hasil keputusan aku, aku memang tak boleh terima jus dekat sini. lepas ni sila order air mineral je.

baru seminggu aku duduk sini, rasa macam nak try semua jenis makanan. asal ada orang meja sebelah yang order pelik sikit, mula lah tertanya tu apa. lepas tu teringin nak order jugak.

kebanyakan orag kat sini kejap je dah boleh recognize yang kitorang ni orang malaysia sebab banyak sangat tanya bila nak beli tu. konon-konon bila order nak pakai bahasa indonesia, tapi bila dah banyak sangat tanya, mulalah keluar segala bahasa dari Malaysia.

apa-apa pon, yang paling aku suka kat sini, makanan dia pedas, memang puas lah makan even kadang-kadang berbotol air mineral aku minum. tapi kawan aku yang tak suka makan pedas, nasiblah...

0 analisis anda:

klik jika anda berminat

Related Posts with Thumbnails