Wednesday, January 12, 2011

takoyaki? ape tu? nak beli dekat mane? sedap ke? halal ke? okonomiyaki tu ape pulak?

soalan-soalan tu merupakan soalan yang lazim aku dengar tatkala aku beli takoyaki lepas balik shopping dari mana-mana. mula-mula, roommate aku pelik sebab aku asyik sebut pasal takoyaki, lepas aku beli dan sumbat seketul dua dalam mulut mereka, ok senyap. semua dah faham apa itu takoyaki. then, bila aku pesan dekat kawan aku suruh belikan takoyaki, mereka pulak yang pelik. aku terpaksa jelaskandengan menyumbat seketul dua lagi dekat mulut mereka pulak. lepas tu, bila keluar dengan family aku dekat mid valley hari tu, family aku pulak pelik bila aku kata nak beli takoyaki. sebagai penjelasan, beberapa bungkus takoyaki terpaksa dibeli lantaran family aku adalah family yang besar gedabak jumlahnya namun bukan saiznya.
kepada edean budak kelas aku, aku tak mampu nak sumbat ko takoyaki, ko bace entry ni dan pegi beli sendiri ok?
ok, question, apa tu takoyaki?
takoyaki yang sedang dimasak.
 sila sabar ketika menunggu takoyaki dimasak ek...
pic courtesy of google
menurut uncle wikipedia,
Takoyaki (たこ焼き or 蛸焼?) (literally fried or grilled octopus) is a popular Japanese dumpling made of batter, diced or whole baby octopustempura scraps (tenkasu), pickled ginger, and green onion, topped with okonomiyaki sauce, ponzumayonnaise, green laver (aonori), and katsuobushi (fish shavings)
 faham?
tak faham sudah, tak reti english, sila translate di google translate. 
dalam bahasa melayu pendeknye, takoyaki ni ialah resepi dari jepun iaitu octopus dumpling yang dicampur dengan bahan yang dah list kat atas tu, berbentuk bulat-bulat, dan sedap dimakan panas-panas. eisy... buat entri ni pon air liur aku macam nak meleleh dah ni.
tapi, orang Malaysia macam aku ni banyak sikit songehnye. macam aku, aku tak berkenan sikit dekat octopus, tak tau kenapa, tapi tekak aku memang tak boleh terima octopus. rase macam makan getah pemadam. oh, sorry rakan2 yang makan octopus, ini pendapat saya seorang sahaja. so, dekat malaysia, ada inti lain yang ditawarkan selain dari octopus... contoh, cheese sausage ( feveret aku ni...), prawn, unagi (belut) and mr. crab.

nak beli dekat mane?
good question. ok, yang aku tau, yang aku tahu tau! ade yang aku tak tahu, cari sendiri.
dekat The Mines, tingkat bawah sekali ade stall takoyaki Dana Dani. dekat sini dapat 4 bijik takoyaki comel dan enak dimakan. aku pelanggan setia stall ni. huihuihui...
Mid Valley Megamall, ade stall Takotao. yang ni dapat 3 bijik takoyaki yang sedikit besr dari yang dekat mines tadi. sedikit besar je.
Jusco Taman Maluri, yang ni tak sure nama stallnye. yang ni boleh survey sendiri ok.
Sunway Piramid. yang ni dapat 6 bijik. tapi harga mahal sikit dari yang lain2. 
yang lain aku tak pernah try.

sedap ke?
mak!!!!!!!!!! memang sungguh enak sekali wei!!! aku yang sedih boleh bertukar gembira kalau dapat takoyaki. tapi tu aku la... tapi berdasarkan survey yang aku dah buat dekat orang yang berjaya aku sumbat, rata-rata mengatakan takoyaki adalah amat enak sekali. hohohoi. aku teringin!

halal ke?
tempat-tempat yang aku dah list tadi semuanya halal! confirm! tempat lain, sila survey dulu owner stall tu sapa ok. takut karang tak halal aku pulak yang dosa sebab promote benda tak halal.

ini takoyaki yang enak sekali
pic courtesy of google



next question,
okonomiyaki tu apa pulak??? okonomiyaki atau Japanese pizza menurut uncle wikipedia adalah,

Okonomiyaki (お好み焼き?) is a Japanese savoury pancake containing a variety of ingredients. The name is derived from the word okonomi, meaning "what you like" or "what you want", and yaki meaning "grilled" or "cooked" (cf. yakitori and yakisoba). Okonomiyaki is mainly associated with Kansai or Hiroshimaareas of Japan, but is widely available throughout the country. Toppings and batters tend to vary according to region.
faham? aku tak reti nak explain macam mana tapi macam tu lah. 

okonomiyaki ni pulak enak dimakan beramai-ramai bagi yang tak sanggup nak beli 4 ketul takoyaki untuk dikongsi 6, boleh beli okonomiyaki. lagi worth. tapi kalau yang ada sedikit perasaan selfish, belilah takoyaki dan kongsi bersama rakan anda. jangan makan sorang-sorang kalau ada rakan disebelah. okonomiyaki berdasarkan pemerhatian aku ada banyak bentuk dan jangan pelik kalau yang korang beli tu lain dari gambar yang korang search dekat internet ok. tapi okonomiyaki ni aku kenal pasti ade dekat The Mines je. tempat lain tak sure.
ini pulak okonomiyaki. clear? boleh beza dengan takoyaki dah sekarang?
pic courtesy of google
dean!!! ko buat aku teringin nak makan takoyaki!!! ko la punye pasal ni... beli kat aku sebungkus boleh???

12 analisis anda:

Anonymous said...

first skali,thanks for the brief info...hehe
aku curious je tengok kau citer pasal benda2 tu kat blog..hehe
pepe pun...aku nak trylah nanti...
errr.skrng tengah pokai..
nak? bagi duit..leh belikan tuk aku skali...

yong farehah said...

kuang haja!! aku akan dapatkan jugak tako sebelom balik cuti raya cina ni. omaigod!! sangat rindu nak makan... wuwuwuwu

hananishikido said...

dean: ni entry spesel tok ko. ko la blanje aku...
farehah: jom kite dapatkan bersama2. nak wei!!!

Unknown said...

hahah..murah hati ke pemalas nak terangkan ni?orang tanya je terus sumbat kan je dalam mulut masing2 yang tanya tokayaki tu..kadang2 tengok kartun jepun ada jug adorang sebut tokayaki ni..sotong rupanya..macam kat cerita GTO pun ada juga dalam babak last cikgu tu jadi penjual tokayaki..dari great teacher onizuka jadi great tokayaki onizuka..haha

hananishikido said...

sebab cerita2 jepun tu la yang ramai sgt tanya pasal takoyaki ni... x larat nak explain byk2 kali... sumbat je la...

Dewi Batrishya said...

Adoi! CDapnye~
BLiur aku bace post ko neh...

hananishikido said...

terliur pegila beli... :)

maya said...

rasa dia samalah yea....bezanyer bentuk nyer....curious nak tahu...

hananishikido said...

yup... tapi dlm okonomiyakidia tmbh2 sket something2. tp jgn mkn byk sgt la. muak.

Takoyaki Mamy Aimi said...

Skrg dh xsusah nk cari bhn2 utk masak takoyaki sendiri.try google mamyaimi ataupun g terus website www.mamyaimi.com.my.
whatsapp terus owner pun bole kt 013-6012797 :)

Takoyaki Mamy Aimi said...

Skrg dh xsusah nk cari bhn2 utk masak takoyaki sendiri.try google mamyaimi ataupun g terus website www.mamyaimi.com.my.
whatsapp terus owner pun bole kt 013-6012797 :)

Anonymous said...

Nak tanya yang peniaga pasar mlm @ peniaga masak sendiri kat stall tepi jalan tu,kira halal ke mcm mana ek?dia masak sendiri,cuma bhn2 tu xtau statusnya..gerai2 mcm ni mana la ada tanda halal��..selalu lalu jeling je..teringin �� tapi ragu2

klik jika anda berminat

Related Posts with Thumbnails