Friday, May 18, 2012

Bogor Days - Series 13 *Wedding*

Assalamualaikum dan Salam Perantauan. ewah!

minggu lepas, aku dengan kengkawan berpeluang untuk merasa pergi kenduri warga Indonesia dekat sini. bertuah kan? tapi macam dah lambat sangat baru aku nak cerita. but still, at least aku nak jugak ceritakan? tu la, malas sangat nak transfer gambar dari kamera ke laptop. padahal cucuk USB je pon.

kitorang bebudak Malaysia ni dijemput khas oleh salah seorang staff International Collaboration Office kat IPB ni. ye la, dah selalu menyebuk tanya itu ini dekat staff tu, tak kan dia tak jemput kot kan. hei hei, tu la untungnya berbaik dengan ramai orang. tak rugi...

dah la, aku tak tau nak cerita macam mana, minggu lepas punya cerita memang tak lekat sangat dalam kepala aku. nasib baik ada gambar, boleh aku explain sikit-sikit.

with Pak Hudry, staff ICO yang jemput kitorang tu.

pic courtesy from Syuhadah Rahman. 

sebelum majlis dimulakan haruslah ada persembahan sikit.

bride and groom with both side of parents.

aku suka cara diorang bagi mak bapak pengantin duduk sekali dekat pelamin. ye la, patutnya kan mak bapak tu la diraikan sekali kalau anak kawen. kalau tak de mak bapak tu, tak de la pengantin tu.

kadang-kadang aku agak kesian dengan cara kenduri dekat Malaysia, pengantin sedap-sedap bersanding, mak bapak busy layan tetamu. pada aku, biarlah mak bapak dilayan jugak macam pengantin, hal layan melayan tetamu ni, biar mak bapak sedara uruskan. 


kat sini tak de meja makan macam kita, cara nak makan berdiri je atau duduk dekat kerusi yang disediakan. tapi makanan dia memang marvellous. especially eskrem durian. sedap hoi!

sate ayam ni macam tak best sangat tapi ketupat dia sangat meruntun perasaan aku. enak dan lezat bak kata orang sini.


pak cik ni bagi ucapan apa pon aku tak tau, aku dok pikir bila nak makan je dah waktu ni.

yang ni aku rasa benda paling kreatif aku jumpa kat sini. kat kenduri ni, air sejuk dia sediakan sikit je, kalau nak lagi, ambik la air mineral yang bersusun ni. kan senang, tak yah bancuh-bancuh dah.

tidak lupa juga, gambar salam perantauan mesti ada seketul.

meh aku cerita sikit turutan acara masa majlis ni.
mula-mula pengantin sampai, sejenis tarian yang aku tak sure jawa ke apa dipersembahkan depan pengantin macam dalam gambar tadi. lepas tu, pak cik yang kat dalam gambar tadi bagi ucapan disusuli dengan doa. then, acara bersalaman dengan pengantin dan mak bapaknya, disebabkan kitorang memang tak pegang lelaki yang bukan ajnabi, semua pakat sawadikap-sawadikap je la dengan lelaki-lelaki dekat pelamin tu. lepas tu baru MAKAN!!! tu je pon niat sebenar kitorang pergi kenduri selain daripada nak tengok sendiri majlis tu. tapi kalau dah pergi kenduri, mesti la kene makan kan? tak kan nak biar je kot makanan sedap-sedap depan mata. 
kesimpulannya, hari tu kitorang memang sangat artis sebab dijemput tangkap gambar beramai-ramai dengan pengantin lepas tu baju semua lain dari yang lain lepas tu bla bla bla... perasan je tu, jangan peduli ke aku...


sekian sahaja dari saya, pelajar Malaysia yang akan pulang kembali ke Malaysia bulan 6 ni. tak sabo hohoi!





0 analisis anda:

klik jika anda berminat

Related Posts with Thumbnails