seriusly, aku rindu nak mencurahkan idea aku tulis artikel bermacam jenis macam dulu, tapi semenjak aku datang sini, aku mula aktif twitter. sebelum ni terbiar je twitter tu. sebabnya, sini nak online pakai phone sangatlah mudah sekali, so ada apa-apa idea memang aku lepas kat situ je la. nak tulis balik kat blog dah malas.
ok, back to the main point. aku duduk sini semua orang ingat aku kaya. yes, maybe mulanya aku kaya. duit jutaan rupiah berlonggok dalam bank. tapi ingat aku tak kena keluar duit ke? banyak hoi! nama pon duduk oversea. mestilah duit paling banyak nak pakai even negara ni barang dia murah-murah. ada sebabnya la kerajaan Malaysia bagi duit sebanyak tu.
semua orang ingat lagi, aku datang sini senang lenang tak de masalah. hehei, kitorang datang sini beramai-ramai dengan risiko tau. tak cakap je. risiko macam kena buang kolej, course outline berterabur, dan macam-macam lagilah. risiko result belajar kat sini lagilah aku tak tau nak kata apa. walaupun aku ambik empat subjek je dekat sini, belajar dalam bahasa yang aku tak pernah guna memang sangat susah.
tapi itu semua bukan sebab aku cakap pasal duit ni, aku sebenarnya tengah risau ni, dengan semua orang nak mengikis duit bebudak Malaysia ni, mampu ke lagi tah aku nak beli Samsung Galaxy Note ni. aku dah berangan lama, tapi bila cek akaun bank, macam dia tak bagi beli je. balik ni dah la kena settle pasal rumah lagi. semua tu duit tu. tapi takkan aku nak biar impian aku terkubur macam tu je. nak mintak sponsor bapak aku memang tak la, itu impian aku, so aku nak pakai hasil usaha aku sendirilah kan. so macam mana ni?
sila doakan aku dapat beli jugak SGN ni...
p/s: minggu ni minggu last kelas. huhu! gumbiranya rasa di hati!!!
0 analisis anda:
Post a Comment