Tuesday, November 1, 2011

dosa anda tanggung sendiri. jangan sampai orang lain perlu menanggung dosa kerana anda

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

panjang ye tajuk saya di atas itu.

baiklah,
apa khabar semua?

pada hari ini, juga sempena nak dekat raya haji ni, saya akan membincangkan tajuk yang panas lagi hot juga membara iaitu 'dosa anda tanggung sendiri. jangan sampai orang lain perlu menanggung dosa kerana anda'. entry kali ini tidak ditujukan kepada sesiapa secara spesifik ya. cuma sedikit perbincangan untuk membaiki diri kita semua. saya juga ingin sedikit pahala. ye dak...

ok. finish mode ustazah. tukar kepada mood hanani.

okai! wassup!

astaghfirullah...

salah channel. kejap-kejap.

okai... sedikit repekan untuk aku mulakan entry ni.
bukan sedikit. aku tau.

sebelum aku start dengan panjang lebar lagi. cuba perhatikan gambar ni. apa pendapat korang?

saje bubuh watermark.
 kot ade orang nak pakai gambar ni jadi rujukan. 
boleh femes sket karya aku ni.


itu adalah gambar sistem 4 lipatan. maaf, aku tak ambik seni visual masa SPM. lukisan memang fail. lipatan pon tak sama rata, ada hati nak melukis.

entry ni aku tujukan khas dekat orang yang tidak menutup aurat dengan sempurna. no offense tau. bukan spesifik. tapi kalau yang dah menutup aurat, nak baca pun tak pe. boleh-boleh. boleh jugak la bacakan untuk member-member korang yang terbabit dengan post aku ni.

ok, memang aku dah cakap tadi, entry ni tak spesifik, tapi aku nak limitkan jumlah orang yang tak tutup aurat tadi kepada orang yang tak menutup aurat dengan sempurna dan bersaiz XXL++.

dah tengok? so, apa pendapat korang?

ni pendapat aku,

kalau anda bersaiz XXL++, janganlah teringin memakai baju bersaiz S,M atau L, kerana sistem 4 lipatan anda akan terserlah dengan jayanya. anda tak malu? tapi saya malu. saya malu bila lihat orang lelaki yang bukan muhrim anda tersenyum-senyum melihatkan view anda yang sebegitu.

macam yang aku cakap dekat tajuk yang beria panjang kat atas tadi. dosa anda, tanggung sendiri. jangan bagi orang lain dapat sekali dosa sebab anda.
anda dah ada satu dosa tercatat sebab tak tutup aurat dengan betul, tapi sebab anda, orang lain juga dapat dosa melihat aurat bukan muhrim, dosa mengumpat, dan banyak lagi dosa mungkin tercipta.

lagi satu. kebanyakan legging yang terjual di pasaran adalah sesuai untuk kaki wanita yang bersaiz S,M dan L.   jika anda bersaiz XXL++, legging tersebut akan kelihatan seperti stokin nipis! sebab? benang legging yang rapat tu dah dijarakkan oleh saiz kaki anda.

memalukan... aku yang perempuan ni tengok pon malu. tak teruja langsung. pakai t-shirt saiz S yang pendek then pakai legging yang macam stokin memang tak menarik. bukan aku nak mengata, tapi kenyataan. kenyataan yang kita kena terima walau pahit untuk ditelan. ewah!

aku sebagai perempuan yang gemar menjaga hati orang lain semenjak dua menjak ni, confirm takkan tegur depan-depan. so, kalau terbaca. berubahlah. itu mungkin pilihan anda untuk terus mendapat dosa tidak menutup aurat, tapi kesian la dekat orang lain. bukan dorang sengaja nak mengata, tapi kalau dah view tu memang tak menyelesakan pandangan, memanglah sangat mengundang umpatan orang ramai.

sekian, Wabillahi Taufik Wal Hidayah. Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

2 analisis anda:

mizahjaafar said...

aku rasa mcm kenal pompuan lakaran tuh..mcm budak kelas english aku dgn didan sem lepas.

hananishikido said...

sshhh... kan aku ckp ni tak spesifik...

klik jika anda berminat

Related Posts with Thumbnails