dah nak habis cuti baru nak ambik pulak tu. ni semua sebab short sem yang tak bagi faedah kat aku tu. kat aku je, orang lain dapat faedah tu sebab result dorang elok. result aku? jangan ditanya. rasa macam nak pinjam mesen mase doraemon balik pergi time before exam.
lastnye, tak sempat ambik test JPJ sebelum balik cuti ni. tak merasa aku nak round-round dalam UPM bawak kereta sendiri.
oh, yang tu masih belum cruel lagi. aku dah redha semenjak awal tahun dulu lagi. tak pe lah. mungkin ada hikmahnya semua ini jadi begitu.
paling cruel sekali bila latihan 10 jam untuk bawak kereta tu start.
aku ni dah la lambat belajar, bengap pulak tu. beria instructor aku mengata orang yang slow masa belajar masa mula-mula ajar aku dulu. lastnya, semua tu kena kat aku balik. serius bengap aku ni. bawak jauh-jauh punya la terrer, siap boleh speeding lagi, tapi masuk je litar, habis hancur bakat memandu aku.
aku pon tak tau la apa masalah aku. mula-mula problem dekat bukit. lepas tu ok la. dah reti control dah clutch. tapi bila masuk je tang 3 penjuru dengan parking, enjin asyik mati je. sampai hilang mood aku nak bawak. punya la aku hati-hati control clutch tu, mati jugak... Ya Allah... aku serius rase macam nak turun kereta dah. kaki aku tak sampai ke? ke aku lengai sangat tak ingat nak tekan clutch tu?
i hate you |
masa ni la aku harap sangat yang kereta Viva yang aku bawak tu auto. semua problem aku ni takkan jadi kalau aku drive kereta auto. sekarang aku faham kenapa kawan-kawan aku dah tak bawak manual lepas dapat lesen.
tapikan tapikan, mungkin sebab dia dah bosan enjin asyik mati je, bila instructor aku turun then biar aku drive sorang-sorang dekat litar tu, boleh je!!! serius tak mati enjin. aku gembira sangat sampai instructor lain semua perasan muka gembira aku. tapi... bila instructor aku naik je balik kereta tu, terus enjin mati. apesal???
aku nervous ke? kenapa?
bukan aku tak ingat kena tekan clutch tu. aku tak tau ape problem aku. dah la lagi sebulan baru test JPJ. maunye aku lupa nanti. adooiii...
segan tau kereta asyik stop dekat tempat yang sama setiap kali try. tiga penjuru ok dah tapi parking pulak problem. adakah aku dah ditakdirkan untuk pakai driver satu hari nanti?
wahai rakan-rakan, sila la doakan kejayaan aku untuk dapatkan lesen impian aku untuk sekali test je. tak sempatnya aku nak ulang banyak-banyak kali...
doakan aku ye. aku aminkan...
segan tau kereta asyik stop dekat tempat yang sama setiap kali try. tiga penjuru ok dah tapi parking pulak problem. adakah aku dah ditakdirkan untuk pakai driver satu hari nanti?
wahai rakan-rakan, sila la doakan kejayaan aku untuk dapatkan lesen impian aku untuk sekali test je. tak sempatnya aku nak ulang banyak-banyak kali...
doakan aku ye. aku aminkan...
1 analisis anda:
sy byk kali wat test masa nak ambik lesen....;d
Post a Comment