Friday, January 4, 2013

tips and tricks to shop in Indonesia.

assssalamualaikum...

kalau nak ikutkan, ramai je bloggers dah publish tips-tips nak shopping dekat Indonesia ni. contoh macam Fatin Liyana tak pun Hanis Zalikha macam dalam mad markets tu.

here we are, Jakarta.

tapi aku pon nak la jugak kan publish yang versi aku. based on pengalaman aku masa 4 bulan aku duduk sana dulu.

tips yang aku nak bagi ni only available kalau kita nak shopping dekat tempat yang tak berapa nak standard macam Tanah Abang yang dekat Jakarta atau Pasar Baru dekat Bandung tu. dekat Bogor pon banyak tempat shopping. nak detail sila rujuk entri bogor days aku sebelum ni. kalau nak apply dekat Mall macam Senayan City atau Mal Kelapa Gading ke memang tak la sebab harga dah fix. lagi pon shopping mall dekat Indonesia basically memang untuk orang kaya so suka hati la nak buat apa pon. tips ni untuk tempat yang kita boleh negotiate harga la kiranya...

ya, ini lah bangunan pujaan kami bebudak bogor yang sanggup buat apa saja demi untuk bershopping di sini.


ok first and foremost, sebelum apa-apa, rancang perjalanan anda. transport macam mana, nak pergi mana, nak beli apa. plan properly. kalau  nak kelam kabut bila dah start shopping nanti tak payah la plan apa-apa.

planning ni sangat penting sebab Indonesia bukanlah negara yang mewah macam new york city. so jangan expect keadaan yang selesa je. contoh transport, kita boleh pilih nak naik teksi ke angkot ke atau bajai. nak selesa naiklah teksi, tapi make sure jangan tertipu dengan charge yang dikenakan pemandu teksi tu. teksi dekat sana murah je. ada teksi esklusif, ada bajet teksi. pilih la. rate lain sikit je. masalahnya sekarang tempat-tempat yang jadi lokasi pelancongan dekat Indonesia macam Jakarta atau Bandung atau Bogor adalah sangat jammed atau bak kata cewek dekat sana, macet total. nak sewa driver untuk satu hari pon boleh. tapi tu lah macam aku kata. macet nya jangan kata. elok perjalanan 10 minit je boleh jadi sejam kalau dah stuck ni.

so sekarang, anda ada alternatif lain untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain macam yang aku cakap tadi, bajai atau angkot. nak naik ojeg pon boleh tapi tak digalakkan atas faktor keselamatan korang. bas pon ada tapi aku rasa kalau korang pelancong, tak payah lah naik bas. kalau duduk lama macam aku hari tu, mental dah ready tak pe la.

kalau korang kreatif, dan nak senang. tak payah susah-susah nak sewa kereta ke panggil teksi ke apa. tahan angkot, sewa angkot tu terus. senang. lepas tu mintak nak tutup pintu. tak mahal, selesa pon selesa. kalau tak ramai la. kalau dapat sewa angkot seketul memang puaslah hati, suruh je dia hantar nak kemana, and enjoy your journey. nak melalak-lalak dalam angkot tu pon boleh. kalau kalau setakat sorang dua janganla sewa angkot pulak. kalau 3 empat orang ok kot. kadang-kadang aku tengok foreigner gigih tahan teksi ramai-ramai lepas tu berhimpit. dorang tak kreatif lepas tu berlagak sikit, aku yang humble ni tahan angkot lepas tu sewa je terus. tapi tanya dulu tau dia charge berapa. kalau mahal sangat better choose taxi je la.


bajai. sekali naik dalam 5000 rupiah macam tu. 

teksi esklusif warna biru. yang biasa warna putih. (mostly). paling mahal punya teksi merc warna hitam. note that the bluebird taxi use toyota vios. 



ni angkot yang dekat Bogor. no 3 kalau nak pergi Botani square. no dua kalau nak pergi BTM. no 15 kalau nak pergi hospital. eh? ingat ya anak-anak. yang dekat Jakarta aku tak ingat. rajin-rajin la tanya.

angkot dekat Bandung. 


seronok weh naik angkot. kalau boleh bawak angkot ni masa kat Bogor, memang merata dah aku berjalan dekat Bogor tu agaknya.


rate untuk teksi bluebird. nak book boleh pakai nombor ni. 


ni kalau nak travel jauh sikit boleh la nak naik train. train dia macam komuter tu je tapi luas lagi and lagi cepat sampai kalau nak travel time prime hour.

shopaholics. terpaksa naik teksi balik sebab tak mungkin boleh naik train dengan barang macam tu.


lagi satu, siapkan mental untuk menghadapi pengamen atau rakyat dekat sana yang memang akan buat apa saja untuk cari rezeki. beg pegang elok-elok.  kalau dorang datang bagi la dalam 1000 rupiah dorang pegi lah nanti. jangan nampak sangat muka takut tu. buat relax je. dorang nak duit je, bukan apa pon. kalau dalam public transport tu jangan tekejut kalau tiba-tiba ada orang nyanyi dekat sebelah lepas tu hulur tabung duit. itu normal.

lepas tu, list kan barang apa yang nak dibeli. kaji dulu lokasi yang kita nak shopping. kalau macam Tanah Abang, tingkat 5 la heaven sebab ada banyak jubah dengan dress cantik-cantik. kalau tingkat bawah-bawah tu ada telekung, kain pasang. plan nak beli apa, nak pergi tingkat mana. sebabnya kalau tak plan memang macam Running Man la korang dalam tu. tambah kalau eskalator rosak. menangis la korang. jangan nak mengharap sangat dekat elevator. dalam satu bangunan tu ada berapa ketul je lift. tu pon senantiasa penuh.
foodcourt dekat tingkat atas dekat aras bahagian shopping blok Tanah abang tu. nak solat, boleh gerak ke masjid dekat atas sekali dan kalau untung mungkin tak penat sangat nak pergi tingkat atas, tapi kalau eskalator rosak, selamat berjaya mendaki tingkat 13 blok tu.

bayangkan kalau anda bawak barang melambak macam ni lepas tu nak kena mendaki sebab nak solat atau makan. fuh. exhausted gila.

lagi satu, kalau nak pergi tempat-tempat macam ni, better bawak beg besar siap-siap untuk isi hasil belian korang dekat sana. tak de la berterabur barang nanti. memang ada pekerja dekat situ yang jual beg besar tapi mahal. better beli siap-siap dekat luar. senang. tapi aku malas bawak so aku mintak je plastik besar dekat orang yang jual kat situ. memang besar betul la plastik dia bagi.

kalau dekat Pasar Baru aku tak sure sangat lokasi dia macam mana. tapi kalau dekat Bandung dekat kawasan kedai kecik-kecik tu, boleh la nak travel pakai angkot sebab situ memang jammed gila nak mati especially area Ciampelas. ke semua tempat? entah tak ingat.

kalau area Bogor, kita ada Terminal Tas yang mana korang boleh shopping bag dari macam-macam design dengan kasut pada harga yang agak murah secara pukal. memang sepanjang jalan tu merata gudang yang jual bag lawa-lawa. ya, aku pernah menghabiskan duit tunai aku dekat sana. *sigh*

selamat teruja kalau sampai dekat kawasan ni. 

selain itu, amboi selain itu. sebelum nak travel ke negara ni, belajar la sikit-sikit bahasa Indonesia. basic pon jadi la. bukan apa, even penjual dekat sana dah kenal orang Malaysia ni macam mana, kalau kita pandai cakap bahasa dorang, boleh la nak convince dorang bagi murah sikit sebab beli banyak kan.

proses tawar menawar di Tangkuban Perahu

macam aku, dah berbulan duduk sana, dorang dah tak percaya aku orang Malaysia, siap bagitau aku orang Sumatera lagi. apa indon sangat ke wajah aku. tapi elok pon, dapat diskaun, kalau untung dapat gratis. ok itu impossible.

lagi satu, dapatkan info siap-siap pasal nak tukar-tukar duit ni. tempat nak tukar duit memang merata-rata tapi jaga-jaga takut kena tipu. so sentiasalah update rate pertukaran ringgit Malaysia dengan rupiah. basically  3000 rupiah sama dengan seringgit jadi pandai-pandai la bahagi darab duit tu. lepas tu, ATM juga merata-rata, CIMB Syariah juga banyak, tapi kalau pakai dekat ATM yang lain dari akaun bank, memang dia tolak banyak gila. don't worry, dalam blok Tanah Abang ada dua CIMB Syariah. sekali cash, jangan banyak-banyak sangat. bahaya.

oh ya, nak shopping dekat tempat macam ni, aku advise tak payah nak bergaya sangat pakai heels ke apa, yang terbaik pakai sport shoes sebab memang rasa macam tengah bersukan kalau dah sampai tu.

kemahiran tawar-menawar juga sangat penting kalau nak shopping dekat kawasan ni. macam aku cakap tadi, basic bahasa Indonesia mesti ada. kalau pandai negotiate memang korang akan dapat harga yang best sekali. tapi jangan terpengaruh sampai beli lebih dari yang tak patut pulak.

lepas tu makan. ok ni yang paling penting. dekat tempat-tempat shopping macam ni, banyak sangat jenis makanan yang korang boleh pilih. tapi, tengok dulu bersih ke tak, menu dia apa semua. kalau aku dulu, perut dah immune sampai kitorang tak peduli sangat dah asalkan sampai jangan kotor sangat dah la. cherry berry tu dah jadi perkara biasa kalau dekat sana. ye la, perut tak adapt lagi. kalau dekat shopping mall mahal tu aku tak risau sangat sebab dia tempat untuk orang kaya so memang dia jaga tempat tu. yang bahaya dekat kawasan orang sederhana tu.


last but not least, sentiasa berhati-hati. barang-barang mahal jangan tunjuk-tunjuk. bag jaga. pickpockets aka pencopet are everywhere. aku pernah hampir kena copet tapi nasib baik beg aku tak de isi. jangan expect benda power-power je kalau pergi sana. dorang bukan macam Malaysia. and mulut jaga, jangan nak mengomel mengata dorang kuat-kuat. orang usik ke apa ke, buat relaks je, kalau panik lagi syok dorang usik.

buat masa ni, ni je yang aku ingat. kalau aku teringat lagi nanti aku update la kalau rajin. akhir kata. selamat bershopping. beringat la waktu bershopping. jangan jadi macam aku muflis bila balik Malaysia. dah syok shopping jangan lupa solat dekat tingkat atas. trust me, masjid dia sangat selesa.

p/s: aku tak rajin nak update blog selalu plus tak cukup masa so I just put all the info in one entry. read slowly.trust me, it worth.

4 analisis anda:

Anonymous said...

Great info!
Tapi saye rase too much elaboration lor. Kalo diringkaskan lagi mybe readers mudah faham.nanti bulan mac saye akan ke bali. Mybe tips ni boleh diapply. Hope there is no pencopet lol

hananishikido said...

too much elaboration? yeah, sebab malas nak buat entri dengan tajuk yang sama dua tiga kali. thats why.

well, happy shopping!

Muhammad Faiz bin Othman said...

cimb niaga?
:)

hananishikido said...

cimb niaga?

klik jika anda berminat

Related Posts with Thumbnails