Thursday, August 26, 2010

cuti yang banyak sekali

esok aku dah start cuti. sampai selasa. jumaat aku cuti lagi. means, minggu depan aku ade kelas dua hari je. rabu dan khamis. ni semua gara2 lecturer2 yang baik hati nak cancelkan kelas untuk kami semua. thank you... jasamu dikenang.

lame jugak aku tak update, mmm... ha, hari jumaat hari tu, aku berjaya berbuka dekat luar dengan kawan aku... gembira. ye la, tiap2 hari aku makan dekat kolej je sebab nak makan free, even kene bayar pon dekat Mid tu, its okay. aku boleh jumpa kawan aku and esok nya, family aku datang berjumpa aku dekat rumah mak sedare aku. happy week. habis exam, jumpa kawan, jumpa family, berbuka kat luar, jalan2 dengan family aku, pegi tengok abang aku. shopping sket2, and makan masakan mak aku. the best!

semalam, aku berbuka dekat masjid sebab Tuanku Canselor atau pun Sultan Selangor datang. yeay! free lagi. alhamdulillah. rezeki murah. ok then, bermula lah aktiviti aku yang membusykan sampai penat aku nak turun naik tangga semalam. oh no! aku ikhlas buat kerja, cuma penat sket je. tak penah aku serajin ni sampai jadi ajk untuk macam2 aktiviti. dateline dekat2 pulak tu. pening aku. tak pe la. cobaan... dapat pahala kalau sabar. hari ni, tak de cerita. normal. no unusual.

hoho. MV yang ditunggu2 keluar jugak akhirnya....

gembira tak GD punya rambut sekarang...daesung punya rambut pulak dah macam onew dalam lucifer.

live version

Friday, August 20, 2010

ikhlas

keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu hitam di malam yang kelam.
pernah dengar tak quote ni?
tak kisah la pernah ke tak.
memang kita tak boleh nak pandai2 kata orang tak ikhlas. mane la tau kan nampak macam tak ikhlas tapi dia sebenarnya sangat2 ikhlas.


tapi kan, start la tapi aku ni.
tapi, kalau dah muka kedut seribu, mulut asyik nak mengomel tak puas hati, tak ke kita dah boleh detect orang tu ade perasaan yang bagaimana kan? tak kan la orang yang muka dah nampak kerut2 dekat dahi, sumpah seranah masa buat kerja tu, kita nak kata ikhlas. sedikit sebanyak, ade jugak kan perasaan tak ikhlas ni.


macam mana aku boleh terpikir nak cakap pasal benda ni. jap... ha! sebab aku pon kadang2 tak ikhlas. hehehe... tapi tak yah la cerita pasal aku. asyik pasal aku je. pasal orang lain pulak. terkenang zaman aku still study dekat MRSM dulu, ce... macam aku ni dah tua sangat je. ye la... 5 tahun aku dekat sane, memang memorial sungguh la maktab aku tu. ni ha, nak cerita pasal mak cik dobi yang dah basuhkan kain aku dan rakan2 dari form 1 sampai form 5. identiti sebenar dirahsiakan. kisah ni cuma sebagai testimoni sahaja ek. kisah nye begini... dalam seminggu, ko boleh hantar satu baldi baju sebanyak 12 helai tak termasuk baju yang berada di dalam. then, setiap pagi2 tersebut, aku hantarla sebaldi baju seperti yang telah ditetapkan. namun begitu, everytime aku hantar, aku akan dengar mak cik mak cik ni bercakap, " ape ni hantar banyak, bukan nak basuh sendiri, hantar stokin, cadar selimut. bla bla bla..." lebih kurang macam tu la. dan seterusnya diikuti dengan bunyi bam! bunyi ape tu? bunyi hempasan baldi dari dalam bilik dobi tu. sampai aku panggil mak cik tu rapper sebab setiap kali aku datang macam tu, cakap dah macam rap. siap ade bunyi hentakan baldi sebagai background music. roommate aku sampai pecah baldi dibuatnye... mase nak ambik dobi pon macam tu jugak. mak cik tu serius boleh ganti TOP, GD rap dalam big bang. mak cik, biasalah student kalau hantar lebih, terhantar stokin ke ape ke. redha je... so, ikhlas kah itu. kalau tak ikhlas, sia2 je mak cik berbakti dekat kami bertahun2. tapi tak tau la pulak kot mak cik tu ikhlas sungguh kot kan. mane la nak tau...


second example, bila aku lalu depan mak cik cleaner endon yang tengah cuci toilet, aku terdengar satu bisikan, " ei... tak habis2". mak cik, tak kan la sebab tak nak bagi toilet kotor, orang kene tahan kencing kot. bukan sorang dua yang pakai toilet tu, beratus ratus. memang la toilet tu akan kotor balik. cuci je la. kalau tak sanggup nak cuci selalu, jangan kerja jadi cleaner toilet. ikhlas sikit buat kerja tu boleh? i mean, jangan la merungut macam tu depan kami si pengguna toilet. buat nye semua orang kat toilet tu dengar, tak ke mak cik tak de kerja nanti sebab semua orang tahan kencing tak nak bagi mak cik susah payah cuci.
eleh, mengata orang. kita student pon sama... cuba kalau lecturer bagi homework lebih sikit kita redha je. dengan seikhlas hati terima je. aku pon macam tu. selalunye begitu. dapat homework lebih sikit, mula lah mulut tu, terkumat kamit marah lecturer. sabo2...


memang susah nak ikhlas ni. tapi even hati dah tak boleh nak ikhlas sangat dah, jangan tunjuk sangat muka tak puas hati kita tu. kalau kita tunjuk tu yang lagi bertambah2 kerut2 tu. senyum je, biar orang berbaik sangka dengan kita. so, lame2 akan ikhlas lah hati kita yang lara ni. psychology je semua tu...
contoh keadaan aku kat sini sekarang, aku kalau tak de pape hal, aku pergi la berbuka puasa kat surau. dapat la berjimat sikit. sebelumtu, tolong la ape2 yang patut. yang bagus nye, siapa tolong, boleh dapat merit. tapi jangan la tolong2 siap nak berbuka kat surau tu, sebab nak dapat merit. mentang2 la sistem merit kolej dah strict sikit, baru lah sebok nak cari merit. ikhlas sikit. niat nak tolong tu supaya beban ajk2 tu ringan sikit. tak de la kelam kabut sangat. pasal merit tu, just think its like an advantage for you after helping them. right? baru la pahala puasa berganda2 di bulan Ramadhan ni. banyak advantages kalau kita ikhlas, kalau tak percaya, try la. baru korang tau. tak kan aku nak bagi tau jugak kot.


so, selamat mengikhlaskan diri dalam ape jua aspek kehidupan dan ke akhiratan. insyaallah korang akan gembira.

klik jika anda berminat

Related Posts with Thumbnails