Friday, March 2, 2012

Bogor days - series 4 'Sapi itu Lembu'

kelas praktikum (baca: praktikal) adalah kelas yang menjadi favourite aku dekat sini. sebabnya, aku tak payah nak duduk secara pasif sambil mendengar kuliah yang terpaksa aku tafsir bahasanya secara aktif. 

masa praktikum, tak faham, terus tanya. tak reti terus mintak tolong. dan semua orang tak ragu-ragu nak tolong. malahan excited nak tolong. perasaan ini, I like! biasalah, orang tak famous macam aku ni, baru nak merasa unending fame dekat sini. dah balik Malaysia nanti, tak merasa dah...


students dekat sini memang semangat nak belajar. bila disuruh cuba, semua berebut-rebut. 

tiga orang anak dara ini juga dah terabsorb dengan semangat mereka.

kan aku kata aku dah terabsorb. ini buktinya...

cangkul yang macam tongkat sakti. macam power, tapi berat ya amat...

pemandangan yang rare di Malaysia. dah dorang semangat sangat nak buat, aku biar je la. jadi supervisor pon best juga...

ini lagi satu contoh semangat. sampai bumbung pon dorang nak panjat.

sapi (lembu) yang baru sampai...

first time aku tengok proses nak bawak sapi masuk ke kandang...

ini lagi satu praktikum, kene amik suhu dengan humidity pukul 6 pagi sampai 6 petang every one hour. aku punya turn, pukul 6 pagi, dengan 5 petang. dah la dalam hutan, penuh dengan nyamuk, hujan pulak. sabar je la...

aku tak tahu kenapa, asal aku bergambar dengan lembu je, aku jadi excited macam tu... by the way, style tak boot aku? baju kolej 13 tetap menjadi idaman kalbu walaupun sudah terbang jauh dari kolej. jadinya, jangan buang saya ya wahai kolej 13, ruginya anda untuk membuang orang yang semangat macam saya...

lihatlah betapa penyayangnya aku dengan haiwan ternakan... dah la lembu ni sebok nak jilat seluar aku, tapi demi kamera aku biarkan juga...

tak yah tengok lama-lama... aku tahu aku macam annoying dok melentik sebelah lembu ni...

ini lembu bukan zirafah

basic of animal husbandry, ikat lembu untuk dibawa berjalan-jalan. 

kesimpulannya hari ni, praktikal dekat sini memang best. tambahan mahasiswa asing menurut kartu pelajar atau pelajar Malaysia menurut teman-teman dan dosen (pensyarah) macam kitorang bertiga ni dapat perhatian lebih sebab otak masih lagi blur dengan perkataan pelik yang semakin bertambah setiap hari. ingat senang lecturer nak ingat nama aku dalam satu hari? kat Malaysia mimpi je la nak orang ingat macam tu. so, aku nak enjoy sementara hall of fame ni masih berada bawah kaki aku. hahaha!

Thursday, March 1, 2012

tip memudahkan kehidupan: CimbClicks

Assalamualaikum...
semenjak aku hidup dekat negara orang ni, oh tak, semenjak aku duduk dekat kolej lagi,  kepentingan Cimbclicks mula dirasai dalam hidup aku.

aku tak tahu orang lain, tapi aku sangat malas nak salin baju, pakai tudung lengkap semua untuk keluar semata-mata nak pergi transfer duit dekat ATM atau nak pergi topup atau sebab nak cek PTPTN dah masuk ke belum. hehehe...

justeru, disinilah kegunaan Cimbclick terserlah! hanya perlukan internet access and you can use it for free without  having any difficulties!

ada sebabnya kenapa bila kita pergi ke bank dan staff dekat situ tak habis-habis nak suruh kita register cimbclick. dia nak mudahkan kita, tapi kenapa kita tak mahu mudahkan diri sendiri? sanggup menyusahkan diri pergi keluar semata-mata sebab nak buat benda yang boleh disettlekan dekat rumah je.

kepentingan Cimbclicks semakin bertambah-tambah bila aku mula hidup dekat negara orang macam sekarang. untuk pergi ATM cimb, aku perlu jalan jauh, so, aku gunakan atm tu memang betul-betul untuk cash kan duit je. lain-lain, cimbclick.

senang kata, bersedialah untuk sebarang kemungkinan yang menyusahkan. bukan senang nak cari bank Cimb dekat Indonesia atau mana-mana negara lain. bayangkan kalau aku tak de cimbclick, untuk selesaikan perkara-perkara remeh je, aku kena salin baju, pakai tudung apa semua. oh, seriously trouble. tambah aku ni perempuan, bukan boleh senang-senang nak keluar pakai baju tidur dengan seluar pendek. kurang-kurang kene sarung sweater atau cardigan.

so nasihat aku dekat semua orang especially pengguna CIMB, bank lain aku tak sure, ada kot service macam ni. kalau ada cara yang lebih mudah untuk anda berurusan pasal perkara yang tak melibatkan cash, gunakanlah. one of the best way, Cimbclicks. memang tak kan rugi. selamat pon selamat. jangan risau, page ni memang secure sebab setiap kali nak masuk memang kita kena log in, and page ni akan log out dengan sendiri kalau kita tak pakai. lepas tu page ni pakai sistem TAC number yang insyaallah secure...

untuk yang dah pernah register tapi tak pernah log in, boleh cuba link ni, CIMBCLICKS. dah bukak, boleh tengok services yang page ni offer. cubalah, tak rugi... kalau tak cuba yang rugi.

p/s: aku bukan promoter. juga bukan duta cimb. cuma nak mudahkan korang je. tapi nak soh aku jadi duta pon boleh. hikhikhik...

klik jika anda berminat

Related Posts with Thumbnails