Assalamualaikum!
first sekali...
untuk budak yang ambik result pagi semalam, tahniah, walau apa pun result anda. elok, tak elok, jangan komplain, itu hasil usaha anda sendiri.
yang sudah tu sudah. sekarang, berdasarkan keputusan tu, mula fikir untuk masa depan korang pulak.
boleh mula isi UPU sampai lengkap, isi borang cikgu, apa-apa lah.
dan yang penting, jangan sesekali tanya orang lain apa yang perlu korang ambik. mintak nasihat tak pe, tapi jangan ambik keputusan bulat-bulat ikut apa yang orang lain cakap.
nak berjaya?
ikut kata hati. sebelum isi apa-apa borang yang korang nak isi tu, fikir dulu. minat ke? betul ke aku boleh buat kalau aku ambik bidang ni?
jangan ingat korang straight A korang mesti jadi doktor jadi engineer. jangan jugak paksa diri. *eh, da macam pantun* kalau tak minat jangan sesekali ambik. yes, ada orang kata, minat tu boleh dipupuk. tapi macam mana kalau korang ambik jugak bidang tu tapi minat tak terpupuk?
apa salahnya kalau result korang cemerlang gila tapi korang nak ambik kulinari?
boleh je kalau korang nak jadi chef yang pandai gila. ingat chef yang hebat-hebat tu result cikai-cikai ke?
lagi satu, jangan ingat nak glemer je. ambik engineering sebab bidang tu macam glemer. tak de glemernye kalau dah ambik bidang tu tapi result hancur. aku dah tengok depan mata aku sendiri, ambik engineering sebab kawan-kawan ambik bidang macam tu, tapi tak minat pon sebenarnya. ambik dekat unikl pulak tu. last-last, result hancur. balik rumah baru perasan sebenarnya minat kulinari. terus stop unikl nak ambik kulinari.
tak ke panjang jalan nak cari masa depan tu. salahnya, lepas SPM dulu tak fikir betul-betul. tapi tak pe la, dah fail pon still nak mencuba. tapi kalau dah give up betul-betul macam mana?
sebab tu aku kata, ikut kata hati. macam aku dulu. aku tak nak masuk matrik, sebab aku rasa result aku dah cukup ok untuk ambik program asasi dekat mana-mana. lagi pon aku takut kalau aku masuk matrik aku makin blur nak pilih bidang apa. lepas tu, aku isi UPU, pilih semua program asasi. tapi aku dapat Asasi Sains Pertanian, bidang terakhir dalam list borang UPU. abang aku oppose gila aku nak ambik bidang ni. tapi aku fikir, aku minat jugak bidang ni. kerja dengan lembu kambing. tu je aku fikir. dan aku betul-betul pergi. lepas setahun setengah buat asasi, aku sambung degree sains ternakan.
dan sekarang aku gembira dengan keputusan yang aku buat lepas SPM dulu. langsung tak menyesal.
so, yang penting, fikir betul-betul. jangan ikut orang lain. jangan ikut kawan. biar kawan nak ambik bidang apa pon. biar berpisah. asalkan kita tak menyesal dengan keputusan yang kita buat lepas SPM.
tak kisah la ada minat sikit pon, boleh cuba. tapi kalau tak minat langsung, jangan nak memandai cuba.
untuk korang adik-adik ni, sekarang la masa paling kritikal untuk korang tentukan masa depan korang. kalau korang tak puas hati dengan result korang and korang rasa korang boleh improve kalau diberi peluang, atau korang tak de idea langsung nak ambik apa degree nanti, go for matrikulasi.
tapi kalau korang ada idea sikit nak ambik apa degree nanti, boleh la nak cuba untuk program asasi atau diploma dekat mana-mana.
tapi kalau korang rasa macam result korang tak cukup cemerlang untuk masuk program asasi atau matrikulasi, try for diploma, atau tingkatan enam kalau betul korang mampu. kalau minat nak jadi cikgu pergi isi borang cikgu.
kalau ada yang kritik korang punya pilihan, suruh orang yang kritik tu bagitau kenapa korang tak boleh ikut bidang pilihan korang. dan kalau korang tak boleh prove pilihan korang tu pilihan yang betul, konsider balik pilihan korang.
tapi kalau korang seriously hebat sampai dapat straight A's lepas tu nak try JPA atau Mara, fikir betul-betul, mesti ke nak ambik medic atau egineering. korang boleh try bidang lain. boleh je kalau nak jadi cikgu. jangan risau. peluang sentiasa terbuka untuk korang.
konklusinya, pilih satu bidang yang boleh buatkan korang tak menyesal langsung beberapa tahun lepas korang mula ambik bidang tu.
all the best untuk korang, dan selamat datang ke dunia separa realiti...
Thursday, March 22, 2012
Tuesday, March 20, 2012
Bogor days - series 7 *biri-biri is domba*
Assalamualaikum...
post kali ni tak de gambar. aku malas nak ambik. belum ada benda menarik lagi untuk aku snap minggu ni. cumanya, aku nak cerita pasal pe el budak-budak kat sini. kan sebelum ni aku pernah kata nak cerita pasal budaya dorang kat sini. tapi sebelum tu, aku nak emphasize kan bahawa aku tak de sebarang niat nak mengata orang sini apatah lagi memecah belahkan hubungan antara dua negara ni. hoho! ayat nak power je.
aku banyak tau mengalami culture shock kat sini. ingat budak kampung masuk bandar je ke boleh culture shock? kitorang pon kena sekali tau...
mana tak nya, shock yang first sekali aku rasa kat sini, ialah, rakyat dekat sini memang tak de batasan kalau nak pegang-pegang. mungkin ada yang biasa pegang-pegang lelaki perempuan yang bukan muhrim, tapi aku tak biasa. bukan aku berlagak baik. tapi bukan budaya kita kan? Islam pon tak bagi.
tapi dekat sini, kalau jumpa lecturer yang pangkat bapak, jumpa staff yang pangkat abang, semua pakat nak salam. serba salah kitorang. tak kan nak biar tak bersambut. malu la dia. tapi tak kan nak salam jugak kot. last-lastnye, semua pakat jadi orang siam buat style sawadikap tak pon buat-buat nak salam tapi tak kena tangan. mungkin bagi dorang itu tanda hormat, tapi bagi kitorang...
yang tu dah settle. sekali budak kelas-kelas aku pon macam tu jugak. kalau antara dorang, syok sungguh main high five, salam, pegang-pegang. aku tengok je la yang mampu. dorang ni nampak macam jaga jugak agama, tapi yang tu, aku tak tau. padahal mazhab sama je.
ni aku bukan mengata tau. cuma menzahirkan kepelikan aku je. kadang-kadang ada je sorang datang, tetiba nak high five dengan kitorang, nak salam pon ade, main pegang-pegang pon ada. reaksi kitorang, mengelak dengan sepenuh hati. hahaha
Ya Allah, ampunkan dosaku kalau aku ada terpegang dorang. semua tu tak sengaja. wuwuwuwu.. oh bakal suami, bukan aku yang nak pegang-pegang tu...
dah la tu pasal pegang-pegang.
sekarang pasal perkataan-perkataan kat sini pulak.
mula-mula aku datang sini lagi, aku dah konfius macam-macam perkataan. macam tajuk kat atas tu, lembu dorang panggil sapi, kambing biri-biri dorang panggil domba. susu soya dorang panggil susu kedelai. aku ingat dorang minum susu keldai. lecturer dipanggil ibu/bapak dosen. pelik dah aku. tapi lama-lama, biasa dah nak sebut benda-benda tu.
walau bagaimanapun, tiap-tiap hari, ada je lagi perkataan baru aku belajar. Tapi yang paling kitorang susah nak belajar sekali, ABC dorang. pelik oi. cara sebut A macam kita bunyikan huruf vokal a, B jadi be as in berak, C jadi ce as in ceri, D jadi de macam huruf tadi, E macam huruf vokal e, F sama, G jadi ge, H jadi ha, I macam huruf vokal, J sama, K jadi ka, LMNO sama, P jadi pe macam yang tadi, Q aku tak tau, tak pernah sebut lagi, R jadi er as in erwin, S sama, T jadi te macam tadi, U macam vokal u, V tak tau, W jadi we, X jadi ech, Y jadi yi, Z jadi zi. rasanyalah....
semangat pulak aku jadi macam cikgu tadika...
tak rasa lawak ke kalau kita sebut huruf yang memang lain gila dengan apa yang kita belajar selama ni, tapi tak baik la nak gelak kan. dah la kita dekat negara dia. bayangkan nak sebut subjek PKTT, dekat sini sebutnya jadi pekatete. TLKT, jadi telkate. lawakkan? ye la, tak biasa dengan lidah kita. memang dia jadi lawak.
bayangkan la, nak belajar kromosom ni, XY XX, mula-mula aku pelik, amende dorang ni sebut, ech yi? ech ech? dah lama lepas tu baru dapat tangkap. memang blur habis la dalam kelas. kalau lecturer tanya soalan, kena jawab ramai-ramai, mulut aku je bergerak. tapi apa aku sebut aku pon tak tau. tapi tadi aku rasa macam dah hebat. seronok oi, jawab soalan sama-sama dengan dorang. haha. konfiden semakin meningkat. tapi konfiden je la. betoi ke tak lain kira.
dah la dah cukup pelik dengar dorang cakap, bila kitorang cakap dengan kitorang je, dorang jadi excited. pastu nak samakan dengan upin ipin. tau la satu-satunya sumber bahasa melayu dorang kat sini tu la cerita upin ipin tu. pastu semangat nak tiru cara kita cakap. contoh, macam siape, mengape, bile, cam ni, cam tu, cemane, tapi bila dapat dorang sebut, semua perkataan dorang nak tukar. paling tak boleh diterima, nama kawan aku, Munirah pon dorang nak tukar jadi munire. susahnya, tiba-tiba jadi susehnye. suka-suka hati je dorang nak tukar.
tapi tak pe la, at least, dorang ade jugak nak cakap dengan kitorang. buatnya dorang tak nak layan langsung. lagi sedih.
lagi satu, dorang dekat sini memang suka singkatkan perkataan. kalau boleh, semua perkataan panjang-panjang tu dorang nak singkatkan. genetika ternak, jadi genter. assistant praktikum, jadi asprak. tinjauan pustaka, jadi tinpus, kesejahteraan ternak jadi kesnak, dan macam-macam lagi. kitorang dah la memang blur, baca pulak benda singkat-singkat ni, makin slow la otak...
so, untuk tak nak bagi blur, kitorang biasakan jugak sebut benda-benda tu sambil berusaha buat otak fikir cepat sikit untuk proses perkataan-perkataan baru either ikut ayat and tafsir sendiri atau cuit orang sebelah dan terus tanya.
malu bertanya sesat jalan dong. so buang malu yang tak perlu tu, dan tambah pengetahuan yang ada. kalau tak tanya, sampai bila la aku sesat sebab fikir benda lain.
aku bukan dah hebat sangat cakap sini, tapi lepas practice tiap-tiap hari, ok la dah sekarang. rahsianya, tanya! bak kata dorang, jangan sukan-sukan. maksudnya, jangan segan-segan. hoho!

labels
Mobility program
Thursday, March 15, 2012
Bogor days - series 6 'weeks of stories'
assalamualaikum...
ni lagi satu, gara-gara tulis perkataan bola tampar dalam borang yang kitorang kene isi dekat Rektorat (baca: administrator office), tak pasal-pasal aku kena paksa main bola tampar untuk tournament Dekan Cup yang tengah berlangsung dua minggu ni. kalau dia nak suruh aku main lepas tu semua orang memang boleh main tak pe, ini semua mengharapkan aku gaya macam aku ni star gila main bola tampar. nak sambut bola takut, rules tak tau, lepas tu main suka-suka hati, tiba-tiba dorang cakap, match nye hujung minggu. tak ke gila. berlatih dua kali je.
tapikan, walaupun dorang ni tak reti sekalipon, semangat dorang sangatlah power. aku tak tahulah mana datangnya konfiden dorang nak main even serve pon dorang tak reti macam mana. aku bukan mengata tau, tapi aku nak kata, semangat waja dorang memang power. dekat dalam kelas, dekat luar kelas, sentiasa semangat.
for this last two weeks, there's so much things happened to us here. started with , Ecah and Fiza admitted in hospital for high fever, a until the cases with my lecturer.
orang ingat kitorang bahagia gila dekat sini. tapi sebenarnya...
tak tahu la nak explain macam mana kisah-kisah tu. pictures may help me explain everything. so tengok je la...
yang ni first nightmare aku dekat sini. lepas ni serius aku tak nak bertanggungjawab dekat haiwan kecik macam ni lagi dah.
tau tak kenapa aku ambik kos ternakan bukan veterinar atau pertanian? sebab aku tak nak bertanggungjawab dekat benda-benda macam ni la... sekali untuk subjek genetika ternak, aku kena jaga Drosophila ni untuk seminggu.
tau tak Drosphila ni apa? ni la lalat buah yang kecik gila saiznya. aku ingat besarlah saiz dia dah kata binatang ni ada giant kromosom. sekali, mak aih... gila kecik. dah la aku kena jaga. aku tak tau la apa salahnya aku, untuk sample yang aku jaga, mak bapak Drosophila tu semua mati dan berkulat atau berjamur kata orang sini.
dah la aku jaga yang parental bukan stok. memang mati la aku. tak pasal-pasal group aku kena tukar media baru, lepas tu, budak-budak group aku macam tak harap je dah nak bagi aku sentuh Drosophila tu. wuwuwuwu... sedih oi. rasa terpinggir aku rasa. dah la budak-budak tu lagi muda dari aku. lagi la sedih. walaupun dorang mungkin tak berniat macam tu pon, aku terasa jugak... I ni sensitif tau...
tapikan, walaupun dorang ni tak reti sekalipon, semangat dorang sangatlah power. aku tak tahulah mana datangnya konfiden dorang nak main even serve pon dorang tak reti macam mana. aku bukan mengata tau, tapi aku nak kata, semangat waja dorang memang power. dekat dalam kelas, dekat luar kelas, sentiasa semangat.
nasib baik kalah, boleh aku melawat kawan aku dua orang tu dekat hospital. oh ye, entiti berwarna hitam kat atas tu adalah aku. mungkin aku dah absorb sedikit dengan semangat dorang, jadi aku pon dah nampak bersemangat dekat situ. yang paling aku tak boleh terima, dorang sanggup main pakai kain, nak je aku jerit dekat dorang suruh pakai the right attire untuk bersukan. tapi aku dekat tempat orang, sabar je la...
dorang menang dan aku antara penyokong utama. hahaha
nak tengok lagi bukti dorang ni semangat??? scroll ke bawah...
ni masa dorang ada pertandingan aerobik. aku pon tak faham kenapa aerobik kene baring-baring macam ni, tapi layankan je la dah dorang beria suruh orang Malaysia ni datang sokong.
ni kumpulan lain, baju beria tapi kalah. huhuhu
sorry la gambar tak clear sebab aku tengah tahan gelak tengok dorang. serius semangat. siap ada movement gelek-gelek lagi. budak kelas aku kat UPM ada nak buat macam ni? dalam mimpi pon tak mungkin aku rasa... aku pon tak teringin apatah lagi orang lain.
tapi sebab semangat dorang yang berlatih beria-ria lepas tu memang synchronize gila semua movement, they deserved to get number one, and they got it! nasib baik menang, kalau tak aku tak nak cakap dah dengan lelaki-lelaki yang syok sangat bergelek depan aku hari tu.
dua hari lepas aku pergi sokong bola pulak, kalah... mungkin semangat tak cukup sebab baru balik dari lab dengan kandang kot...
aku rasa gambar-gambar yang belah-belah atas ni lebih kepada proses memperkenalkan kawan-kawan aku dekat sini. tengok budak yang muka separuh ni pegang apa. ular woi. gila geli... tapi nak tunjuk jugak semangat nya budak kelas aku, tengok budak lagi sorang tu, terkeluar semua gigi gelak beria.
kalau korang perhati betul-betul, ada Nabil Raja Lawak dekat situ...
ini budak paling semangat dalam kelas. Hengky Sunando aka Awan nano. tengok rambut la... nasib ada topi.
Nabil Raja Lawak di sebalik pagar besi
yang ini pulak keadaan masa kelas praktikum kitorang. kandangnya dekat luar kampus, so untuk sesiapa yang tak de transport dan tak sanggup naik motor budak lelaki, terpaksalah naik angkot beramai-ramai macam ni. sadis woi. nasib baik dah drop subjek tu, kalau tak, tiap-tiap minggu aku menderita macam ni. pak cik bas, i missyu....
seterusmya, saat paling bahagia aku dekat sini. praktikum Ternak Perah aka haiwan tenusu. waktu ni kena praktis bawak lembu pusing-pusing sorang-sorang. mula-mula tengok macam seram sebab ada time-time lembu tu mengamuk sebab kena paksa. tapi Alhamdulillah, time aku, dia dengar kata. tak mengamuk dan sungguh manja. hikhikhik.
iklan: ni anak kerbau yang kitorang akan jaga sepanjang sem ni. wahau tak???
satu-satunya kelas yang paling tak stress dalam seminggu. praktikal bersama lembu kesayangan.
ok, yang ni berita tak baik pulak. macam yang aku cakap dekat atas, dua orang kawan aku masuk hospital sebab demam berdarah sejak jumaat minggu lepas. risau wei, masuk private hospital pulak tu. nasib bil boleh claim. dekat atas tu adalah makanan hospital yang akhirnya aku yang habiskan sebab kawan aku tak lalu. maklumlah, aku memang tak suka tengok makanan tak habis...
kitorang ni bukan datang melawat je, siap bentang toto pasti tidur-tidur lagi. memang la hepi je semua muka..
kesian kawan aku ni, hari esoknya waktu kitorang datang ni, semua ada kelas, so tak de sape nak temankan dorang. duduk hospital ni bosan wei, nak online pon tak boleh. line tak de. memang la budak ni sedih sampai berselubung macam ni sebab kitorang nak balik...
berapa botol air dah masuk aku pon tak tahu. tapi still tak boleh discharge lagi...
yang ni second time kitorang datang, datang bertiga je wei. kebetulan pulak kelas cancel hari ni. naik angkot pulak tu. nasib baik perjalanan kitorang nak ke hospital tu smooth je. tak menakotkan macam sebelum ni...
kek khas untuk orang sakit. berduri-duri kata kawan aku sorang ni.
duo patients. nasib baik admitted berdua. kalau sorang-sorang tak tau la apa nasib dorang ni.
kitorang pelik jugak kenapa dorang tak keluar-keluar, padahal demam dah kebah dah. tanya nurse, dorang kata thrombocyte tak naik-naik lagi. tapi air melambak dah masuknya. takkan tak naik-naik. banyaklah persoalan negatif kitorang bila dorang tak keluar-keluar lagi. risau jadi benda lain je. tapi kitorang tak mampu nak buat apa-apa. doa je la. dekat Malaysia tak pernah nak masuk hospital, tetiba dekat sini masuk sampai seminggu. saja nak bagi pengalaman pelik sikit.
banyak sangatlah benda jadi dua minggu ni. satu lagi pasal dua subjek kuliah aku dekat sini kena drop sebab tak setara dengan subjek dekat UPM. memang mati la aku start sem depan.
next!
pasal lecturer aku kat sini pulak. beliau ni cakap nye teramatlah laju. kalau dia cakap bahasa Inggeris mungkin aku boleh tangkap sikit-sikit kalau aku tak fokus pon. ni dia cakap bahas indonesia and aku kena fokus gila bila dia start cakap. tengah-tengah aku fokus, boleh budak-budak keliling aku lupa nak bagi attendance dekat aku. dah habis lab, cadangnya aku nak sign la, sekali lecturer tu dah bising-bising kata yang tak sign tu malas lepas tu dipangkahnya semua kotak-kotak kosong yang budak kelas aku tak sign termasuk nama aku!!!
memang cari pasal. lepas tu aku explain la kenapa aku tak sign, sekali dia suruh aku pergi jumpa ketua jabatan mintak buatkan surat untuk aku, baru aku boleh sign. mak, kejam gila... dia kata nak bagi pengajaran supaya tak buat lagi. tolong la bagi pengjaran tu dekat orang lain. aku tak salah... at least aku pergi jumpa dia habis kelas tu.
tak ke pelik nak suruh ketua jabatan buatkan surat untuk aku, siap suruh sebut nama dia lagi. sambil-sambil dia suruh aku buat benda pelik tu, sempat lagi dia cakap 'kesian kamu'. dah kesian, tak payah la suruh aku buat. adoi, pening aku pikir. ketua jabatan tu bukan free sentiasa, aku pon bukan selalu ada dekat fakulti. saja nak suruh aku sakit jantung, pengsan lepas tu bangun balik baru dia puas hati agaknya. sabar lagi...
labels
Mobility program
Monday, March 5, 2012
Bogor days - series 5 (Kebun Raya Bogor)
Assalamualaikum...
apa khabar rakyat jelata? aku disini sihat-sihat sahaja, breakfast dah makan nasik dengan ayam, petang kang makan nasik goreng pulak. sudah pastinya aku sihat. nasib baik aku banyak berjalan dan turun naik tangga, kalau tak, menggemuklah kembali aku yang sedang mengurus ni. haha...
baiklah tuan puan, hari ni aku bukan nak cerita aku makan apa dekat Indonesia ni. hari tu aku dah ceritakan? dah la tu. kang orang jemu pulak, kata aku ke sini sebab nak makan.
berbalik kepada tajuk dekat atas. Sabtu hari tu, aku dengan sepuluh lagi geng mobility dari UPM telah berjaya mengeksplore Kebun Raya Bogor yang amatlah famous dekat sini...
walaupun tujuan kitorang pergi tu lebih kepada nak melawat Botani Square iaitu shopping mall milik IPB, kitorang dengan rela hatinya mengorbankan 10000 rupiah untuk masuk kedalam Kebun Raya ni.
rasanya, tak payahlah aku taip banyak-banyak sebab korang bukan nak baca pon. tengok je lah gambar-gambar ni. aku susun tonggang terbalik . so, pandai-pandailah susun balik ikut imaginasi korang...
aku pernah cerita tak pasal angkot? pengangkutan utama dekat Bogor ni selain Ojeg. Selain dikenali sebagai kota hujan, Bogor juga dikenali sebagai Kota angkot. ye ke? rasanya la... sebab memang dekat sini tempat angkot beroperasi yang paling aktif. angkot ni ialah sebijik van yang berfungsi macam bas, tapi kecik je lah, jumlah orang yang boleh disumbat adalah unlimited. selagi boleh sumbat, masuk je la...
masa ni baru je gerak dari IPB, muka pun ceria je lagi. tak de langsung sebarang keluhan sebab semua tengah excited nak berjalan. tapi, secara tiba-tiba, masa dekat tengah jalan, dua orang budak tiba-tiba je panjat angkot tu. kalau nak naik diam-diam tak pe, tapi yang tak bestnya, sorang main gitar, sorang lagi menyanyi sambil mintak sedekah.
even aku dah rasa sebelum ni, tapi second experience ni still scary woi. memang pemandangan ni biasa dekat sini, tapi bagi kitorang, sangat lah tak biasa... boleh bayang tak, dekat bahagian belakang angkot tu dah crowded dengan kitorang 11 orang. tiba-tiba ade dua orang budak panjat dekat tepi jalan, menyanyi-nyanyi. kalau aku sorang la masa tu, aku dah jerit-jerit dah....
bersama juru iring yang setia bawak kitorang jalan-jalan even panas dengan penat...
tengok je la gambar ni. tukar pose sikit je...
dah tak larat nak senyum. tapi bila orang nak snap gambar, nak jugak masuk...
aku tak tahu apa motif gambar ni... teruskan skroll ke bawah ye tuan puan...
ok, teruskan ke bawah...
dua orang artis bersama bodyguardnya. ^_^
lagi gambar artis popular di abad ini...
wajah gembira yang terpaksa... sebab ada kamera
gambar ni bukan di crop atau apa saja, tapi memang motif jurukamera nak tangkap gambar yang dekat belakang tu, cuma manusia-manusia dibawah ini begitu eager hendak masuk ke dalam setiap gambar yang di snap oleh fotographer...
masa ni dah tak larat dah sebenarnya, tapi juruiring kitorang tu semangat nak bawak pergi taman anggerik (orkid), tak kan nak kata tak nak kot, so ikut je la...
ini sambungan gambar yang tadi...
waktu: selepas makan
motif: tiada
motif: tiada
lagi gambar artis bersama peminatnya pula. hahaha
ingat nak buat gambar promosi untuk tempat ni, tapi peminat interfere pulak, terus gambar di reject...
tiga dara pingitan
itulah angkot yang aku cakap tadi. kecik je kan?
muka tak sanggup nak kemana-mana dah...
ini pun gambar masa pergi, masa balik, masing-masing exhausted gila nak mati. lepas tu kene berimpit, dengan sorang nak terkeluar, lepas tu jalan jammed, lepas tu macam seram. tiba-tiba masa tu teringat betapa indahnya kehidupan kat Malaysia. ada komuter, walaupun komuter selalu delay, tak de la ada sape-sape nak terkeluar dari komuter tu. lepas tu rasa insaf sebab selalu mengata pak cik bas yang suka membebel tu. balik UPM nanti, rasa macam nak cakap dekat pak cik tu, 'membebel la setiap masa pak cik, kami tak kisah. asalkan jangan biar kitorang menderita macam dalam angkot...
kawan aku siap cakap lagi, 'balik nanti, aku nak salam semua orang malaysia'.
tengok, tak sia-sia UPM hantar kitorang kat sini, semangat nasionalisme meluncur tinggi sebab bersyukur tinggal dekat Malaysia...
tengok, jammed atau macet kata orang sini. berapa lane kereta aku pon tak tahu. motor main redah je tak kira celah angkot ke lori ke. serius seram...
sedikit koleksi gambar geli-geli seorang artis...
lagi gambar geli-geli...
ni la gambar yang cuba di snap oleh fotographer tadi. menurut guide kitorang, sini merupakan tempat mandi dan istirehat Presiden. jauh betul nak mandi ye? tapikan, cantik tempat ni... petang-petang ada rusa banyak sangat makan-makan dekat laman rumah presiden tu...
lagi gambar geli-geli artis popular berita hairan
bersama pengasas Kebun Raya Bogor
mount salak
menurut encik wiki, mount salak ni sebuah gunung berapi, tapi dah tak aktif rasanya. aku pon tak sure. kalau masih aktif, semoga dia tidak meletus masa aku ada dekat sini...
our faithful tourist guide.
lepas jalan dekat kebun raya, kitorang nak pergi Botani Square pulak. tapi lelaki yang lain semua ada hal, and balik. tinggal la dia dengan beberapa orang lagi pengiring yang perempuan. syok-syok sembang, tiba-tiba dia bagitau dia lahir tahun 1992. shew. kitorang memang konfom tua bila datang sini. mostly budak kelas aku lahir tahun 1992, hari tu pulak kitorang diiring oleh budak-budak yang muda lagi dari kitorang. terasa sangat tua...
siapa nak ke Jakarta boleh la ikut laluan sungai ni.
Botani square tu betul-betul sebelah dengan graduate school ni. hal ini menyebabkan aku tertanya-tanya, kenapa la kelas aku bukan dekat sini...
tap menurut rakan-rakan aku, bersyukurlah kita tak dapat dekat sini, kalau tak, berapa juta rupiah duit habis sehari agaknya...
gambar dekat Botani Square tak sempat di snap sebab kitorang macam dapat semangat baru bila masuk shopping mall. rasa macam tak penat langsung sebelum tu. haha. dasar perempuan.
yang kesian tu la teruna sorang tu, sabar je dia ikut kitorang yang suka berjalan tak tentu hala ni.
terima kasih ya, teman-teman, kerna bawa kami jalan-jalan di sana!
Subscribe to:
Posts (Atom)