Sunday, June 24, 2012

thanks for all...

And I want to thank you for giving me
The best day of my life
Ohh, just to be with you is having
The best day of my life
                                       -dido-

Saturday, June 9, 2012

Curhat di malam hari...

Assalamualaikum...

rakyat negara yang aku tengah menetap ni memang suka sangat meng-short form-kan setiap perkataan yang macam panjang walaupun aku rasa tak de la panjang mana pon. tapi sebagai pendatang asing bervisa dekat sini, terima je la dengan redha semua short form yang telah dicipta  untuk memudahkan rakyat dia menyebutnya.

contoh short form yang paling aku rasa tak logik sekali tu ha dekat tajuk tu. Curhat. short form bagi curahan hati.

yang aku tengah nak bincang ni, aku nak tanya ni, manusia ni expect orang jadi apa dengan dia sebenarnya?

masa zaman mulut puaka aku dulu, orang komen, aku baik tapi puaka. what the fish???

kalau dah puaka baik apanya lagi? I terasa tau.


salahnya aku dulu, hidup terlalu berterus-terang. tak puas hati cakap, bengang cakap, tak suka cakap. well, memang kadang-kadang orang geram dengan aku. tapi at least, masalah dapat diselesaikan dengan cepat tanpa dosa di kemudian hari.

tapi semenjak aku masuk degree ni, aku cadang nak jadi baiklah sikit. jadi low profile, malas nak peduli dekat orang lain, orang buat apa pon buat lah. tapi lama-lama, dia jadi tak syok. kalau sakit hati tapi simpan, rasa nak terkeluar jantung tau.

aku tak de problem apa-apa sebenarnya, tapi ada sorang member aku ni, dia pon sama lah macam aku. cuba bersabar selagi dapat bertahan. tapi, sakitnya hati tu, Tuhan je yang tahu. kesian tau. ye lah, kadang-kadang orang yang kita sakit hati ni tak jauh mana pon. kadang-kadang dekat sangat dengan kita.

orang yang macam ni, nak terus-terang dengan dia, kawan, nak biarkan, makin melampau, nak tahan, makin sakit hati. tu lah perempuan, complicated sunggoh. tu pasal lagi seronok kawan dengan lelaki. kengkawan aku yang perempuan pulak, semua jenis cool macam aku. eh?

tak tak, tu bukan point aku. point aku, adakah semua mangsa-mangsa menahan perasaan macam member aku ni, kena jadi macam diri aku yang dulu?

terus-terang, cakap dekat orang yang dorang sakit hati ni, "hoi, ko tau tak perangai sebenarnya macam shitto tau tak????"

aku tau, tak elok cakap terlampau keras dengan orang. kita orang melayu ni memang dah dididik untuk cakap berlapik. tapi masalahnya, sesetengah orang Melayu ni, tak makan saman. orang cakap elok-elok, dia kata kita nak buat pasal dengan dia.

so, cadangan aku, alang-alang dah buat pasal, biar berpasal-pasal terus. biar dia tahu apa yang dia dah buat selama ni. puas hati.

tapi tu cadangan aku sebelum aku insaf dulu. sekarang, aku sudah tidak punya cadangan lagi. cewah!

aku tak tau nak tolong kawan aku yang tengah sakit hati dengan perangai orang yang macam shitto ni macam mana. hal ini demikian kerana, pendekatan yang aku selalu pakai dulu, macam ganas sangat pulak. tapi macam tu lah aku dulu. tu yang sampai berjaya sandang title puaka tu. tahniah la buat diri aku. *bergenang air mata*

so cemane ni? macam ni lah,
 buat insan-insan di seluruh dunia, berhentilah buat perangai annoying kalau rasa diri tu masih lagi memerlukan sahabat yang sanggup bersama susah dan senang...

klik jika anda berminat

Related Posts with Thumbnails