*amaran: ini kisah semasa sedar dalam ketapi tadi.*
Kejadah entah aku nak letak amaran tu. Lantak lah.
Awkward gila naik train tadi hoi hoi. Aku dapat kerusi tengah-tengah pastu ada meja lepas tu dekat side aku, aku sorang je duduk. Lagi satu side ada dua couple duduk face to face sambil bercinta.
Awkward gila bagi seorang loner macam aku. Tsk.
Sebenarnya couple-couple ni pon awkward sesama sendiri. Ye la, duduk mengadap cenggitu. Dah la tak kenal. Tapi dorang masing-masing ada laki. Apa dorang peduli. Syok la dalam ketapi boleh main sandar-sandar. Aku ni sandar la dekat dinding tak pun atas meja yang bergoncang dari ketapi gerak sampai la tiba.
Dah la abam couple yang depan aku ni hemsem. Ei, tak beragak betol nak menengok laki orang. Tapi ye la dah dia depan aku tak kan tak pandang kot.
Tapi tadi nak tambah lagi awkward bila sorang uncle cina duduk depan aku sebab nak baca surat khabar. Dah la mulut dia tak reti diam nak ajak sembang. Meja aku nak letak kepala pulak dia conquer dengan paper dia. Tapi sebab ke-awkward-an aku dengan couple-couple tadi aku dah tak de mood nak layan sesape. Nak tidur je aku pikir.
Lastnya aku sarung kepala aku dengan cardigan lepas tu buat-buat tidur. Hehem. Aku dengar abam hemsem tu terpaksa layan uncle tu bersembang ah lantak korang aku tak peduli.
Dah lepas berapa stesen baru ada orang dok depan dengan sebelah aku. Tapi aku dah lelap gila tak sedar waktu tu. Terus hilang awkward.
Sekarang dah ada dekat rumah. Mengantuk dan aku nak tidur. Genait...