Assalamualaikum...
Salam Ramadhan kawan-kawan! hari ni ustazah nak bincang sedikit mengenai solat. ustazah?
dulu masa sekolah orang selalu panggil aku ustazah. tak tau la kenapa, tapi apa kata aku apply panggilan tu ke jalan yang baik, even dah lambat sikit kan masa aku nak apply tu kan.
soalan cepuk emas,
agak-agak la, berapa lama masa yang korang ambik untuk satu solat fardhu? 5 minit? 10 minit? atau cepat lagi, 2 minit?
|
oh ye, sebelum tu, dah solat??? |
ok, kembali jadi nur hanani yang sebenar.
ok la, average kalau nak kira orang sembahyang kalau empat rakaat dalam 5 hingga 10 minit termasuk doa. tapi, kalau kita perhatikan orang ramai, waktu dekat surau ke asrama ke, masa yang diambil untuk sembahyang kadang-kadang kejap je. tak doa pon. alasan, nak cepat.
tapi cukup ke masa yang dah diambil tu?
No | Rukun | Kategori |
1 | Niat | Qalbi |
2 | Berdiri Betul (sekiranya mampu) | Fi'li |
3 | Takbiratul Ihram (+niat dalam hati) | Qauli |
4 | Membaca Al-Fatihah | Qauli |
5 | Rukuk | Fi'li |
6 | I'tidal (+ Tama'ninah) | Fi'li |
7 | Sujud | Fi'li |
8 | Duduk antara dua sujud | Fi'li |
9 | Bacaan tahiyat Akhir | Qauli |
10 | Duduk tahiyat akhir | Fi'li |
11 | Selawat ke atas nabi dalam tahiyat akhir | Qauli |
12 | Lafaz salam yang pertama | Qauli |
13 | Tertib | Qalbi |
ada 13 rukun solat yang dah disusun elok-elok je nak bagi solat kita sempurna. tapi kalau solat pon express je, sempat ke kita nak buat semua rukun solat ni? nampak perkataan Tama'ninah tu? maksudnya, masa buat rukun tu, buat la dengan relax, tak tergopoh-gopoh.
kadang-kadang aku tengok, orang tu start sembahyang sama dengan aku, tapi bila aku baru habis sembahyang, orang tu dah hilang. eh, bila dia lipat telekung? dia doa ke tak?
bukan la aku nak kata aku sembahyang lama, khusyuk, lengkap dengan tama'ninah apa semua, tapi aku pelik, bacaan masa sujud, ruku' kan tiga kali, macam mana orang tu baru sujud berapa saat dah bangun?
aku try jugak, baca ayat tu laju-laju tiga kali, tapi bukan waktu sembahyang la, tak boleh... timing dia sama jugak dengan yang biasa. habis tu macam mana dengan orang yang sembahyang express tu?
lagi satu, duduk antara dua sujud. kan ke patutnya lama tu, tapi kenapa, ada sesetengah tu, baru sujud, bangun, dan terus sujud balik. nak je aku tanya, macam mana korang baca laju-laju ek???
solat tak perlu laju-laju, aku bukanlah alim ulama yang setiap kali sembahyang lama, zikir, doa, panjang-panjang. ada masa aku pon kelam kabut jugak, tapi masa yang aku kena pendekkan untuk cepat bukanlah sembahyang. Ustaz aku ajar, kalau dah kelam-kabut sangat, sembahyang macam biasa, lepas tu, sambil lipat telekung ke kain pelekat ke, bacalah ayat kursi. lepas tu nak lari ke, terjun ke, suka hati lah, asalkan dah settle kewajipan tu tanpa di expresskan.
kalau sembahyang pon express bangun duduk sujud tiba-tiba dah bagi salam, sempat ke kita nak khusyuk? baca pon kadang-kadang dah tak betul. al-fatihah yang wajib tu, betul ke tak baca entah.
aku faham, zaman sekarang kalau time super busy memang busy gila nak mati. tapi masa untuk kita dengan Allah janganlah dipendekkan kalau boleh.
solat tu kan tiang agama, kalau solat pon kita ambik mudah, express, rukun entah kemana, apa la gunanya sembahyang tu. rugi je. buat elok-elok, relax, kan ke senang. tak semput nak kelam kabut. puas hati, siap dapat pahala lagi.
pesanan ni no offense ok. untuk sesiapa sahaja termasuk aku.