for this last two weeks, there's so much things happened to us here. started with , Ecah and Fiza admitted in hospital for high fever, a until the cases with my lecturer.
orang ingat kitorang bahagia gila dekat sini. tapi sebenarnya...
tak tahu la nak explain macam mana kisah-kisah tu. pictures may help me explain everything. so tengok je la...
yang ni first nightmare aku dekat sini. lepas ni serius aku tak nak bertanggungjawab dekat haiwan kecik macam ni lagi dah.
tau tak kenapa aku ambik kos ternakan bukan veterinar atau pertanian? sebab aku tak nak bertanggungjawab dekat benda-benda macam ni la... sekali untuk subjek genetika ternak, aku kena jaga Drosophila ni untuk seminggu.
tau tak Drosphila ni apa? ni la lalat buah yang kecik gila saiznya. aku ingat besarlah saiz dia dah kata binatang ni ada giant kromosom. sekali, mak aih... gila kecik. dah la aku kena jaga. aku tak tau la apa salahnya aku, untuk sample yang aku jaga, mak bapak Drosophila tu semua mati dan berkulat atau berjamur kata orang sini.
dah la aku jaga yang parental bukan stok. memang mati la aku. tak pasal-pasal group aku kena tukar media baru, lepas tu, budak-budak group aku macam tak harap je dah nak bagi aku sentuh Drosophila tu. wuwuwuwu... sedih oi. rasa terpinggir aku rasa. dah la budak-budak tu lagi muda dari aku. lagi la sedih. walaupun dorang mungkin tak berniat macam tu pon, aku terasa jugak... I ni sensitif tau...
tapikan, walaupun dorang ni tak reti sekalipon, semangat dorang sangatlah power. aku tak tahulah mana datangnya konfiden dorang nak main even serve pon dorang tak reti macam mana. aku bukan mengata tau, tapi aku nak kata, semangat waja dorang memang power. dekat dalam kelas, dekat luar kelas, sentiasa semangat.
nasib baik kalah, boleh aku melawat kawan aku dua orang tu dekat hospital. oh ye, entiti berwarna hitam kat atas tu adalah aku. mungkin aku dah absorb sedikit dengan semangat dorang, jadi aku pon dah nampak bersemangat dekat situ. yang paling aku tak boleh terima, dorang sanggup main pakai kain, nak je aku jerit dekat dorang suruh pakai the right attire untuk bersukan. tapi aku dekat tempat orang, sabar je la...
dorang menang dan aku antara penyokong utama. hahaha
nak tengok lagi bukti dorang ni semangat??? scroll ke bawah...
ni masa dorang ada pertandingan aerobik. aku pon tak faham kenapa aerobik kene baring-baring macam ni, tapi layankan je la dah dorang beria suruh orang Malaysia ni datang sokong.
ni kumpulan lain, baju beria tapi kalah. huhuhu
sorry la gambar tak clear sebab aku tengah tahan gelak tengok dorang. serius semangat. siap ada movement gelek-gelek lagi. budak kelas aku kat UPM ada nak buat macam ni? dalam mimpi pon tak mungkin aku rasa... aku pon tak teringin apatah lagi orang lain.
tapi sebab semangat dorang yang berlatih beria-ria lepas tu memang synchronize gila semua movement, they deserved to get number one, and they got it! nasib baik menang, kalau tak aku tak nak cakap dah dengan lelaki-lelaki yang syok sangat bergelek depan aku hari tu.
dua hari lepas aku pergi sokong bola pulak, kalah... mungkin semangat tak cukup sebab baru balik dari lab dengan kandang kot...
aku rasa gambar-gambar yang belah-belah atas ni lebih kepada proses memperkenalkan kawan-kawan aku dekat sini. tengok budak yang muka separuh ni pegang apa. ular woi. gila geli... tapi nak tunjuk jugak semangat nya budak kelas aku, tengok budak lagi sorang tu, terkeluar semua gigi gelak beria.
kalau korang perhati betul-betul, ada Nabil Raja Lawak dekat situ...
ini budak paling semangat dalam kelas. Hengky Sunando aka Awan nano. tengok rambut la... nasib ada topi.
Nabil Raja Lawak di sebalik pagar besi
yang ini pulak keadaan masa kelas praktikum kitorang. kandangnya dekat luar kampus, so untuk sesiapa yang tak de transport dan tak sanggup naik motor budak lelaki, terpaksalah naik angkot beramai-ramai macam ni. sadis woi. nasib baik dah drop subjek tu, kalau tak, tiap-tiap minggu aku menderita macam ni. pak cik bas, i missyu....
seterusmya, saat paling bahagia aku dekat sini. praktikum Ternak Perah aka haiwan tenusu. waktu ni kena praktis bawak lembu pusing-pusing sorang-sorang. mula-mula tengok macam seram sebab ada time-time lembu tu mengamuk sebab kena paksa. tapi Alhamdulillah, time aku, dia dengar kata. tak mengamuk dan sungguh manja. hikhikhik.
iklan: ni anak kerbau yang kitorang akan jaga sepanjang sem ni. wahau tak???
satu-satunya kelas yang paling tak stress dalam seminggu. praktikal bersama lembu kesayangan.
ok, yang ni berita tak baik pulak. macam yang aku cakap dekat atas, dua orang kawan aku masuk hospital sebab demam berdarah sejak jumaat minggu lepas. risau wei, masuk private hospital pulak tu. nasib bil boleh claim. dekat atas tu adalah makanan hospital yang akhirnya aku yang habiskan sebab kawan aku tak lalu. maklumlah, aku memang tak suka tengok makanan tak habis...
kitorang ni bukan datang melawat je, siap bentang toto pasti tidur-tidur lagi. memang la hepi je semua muka..
kesian kawan aku ni, hari esoknya waktu kitorang datang ni, semua ada kelas, so tak de sape nak temankan dorang. duduk hospital ni bosan wei, nak online pon tak boleh. line tak de. memang la budak ni sedih sampai berselubung macam ni sebab kitorang nak balik...
berapa botol air dah masuk aku pon tak tahu. tapi still tak boleh discharge lagi...
yang ni second time kitorang datang, datang bertiga je wei. kebetulan pulak kelas cancel hari ni. naik angkot pulak tu. nasib baik perjalanan kitorang nak ke hospital tu smooth je. tak menakotkan macam sebelum ni...
kek khas untuk orang sakit. berduri-duri kata kawan aku sorang ni.
duo patients. nasib baik admitted berdua. kalau sorang-sorang tak tau la apa nasib dorang ni.
kitorang pelik jugak kenapa dorang tak keluar-keluar, padahal demam dah kebah dah. tanya nurse, dorang kata thrombocyte tak naik-naik lagi. tapi air melambak dah masuknya. takkan tak naik-naik. banyaklah persoalan negatif kitorang bila dorang tak keluar-keluar lagi. risau jadi benda lain je. tapi kitorang tak mampu nak buat apa-apa. doa je la. dekat Malaysia tak pernah nak masuk hospital, tetiba dekat sini masuk sampai seminggu. saja nak bagi pengalaman pelik sikit.
banyak sangatlah benda jadi dua minggu ni. satu lagi pasal dua subjek kuliah aku dekat sini kena drop sebab tak setara dengan subjek dekat UPM. memang mati la aku start sem depan.
next!
pasal lecturer aku kat sini pulak. beliau ni cakap nye teramatlah laju. kalau dia cakap bahasa Inggeris mungkin aku boleh tangkap sikit-sikit kalau aku tak fokus pon. ni dia cakap bahas indonesia and aku kena fokus gila bila dia start cakap. tengah-tengah aku fokus, boleh budak-budak keliling aku lupa nak bagi attendance dekat aku. dah habis lab, cadangnya aku nak sign la, sekali lecturer tu dah bising-bising kata yang tak sign tu malas lepas tu dipangkahnya semua kotak-kotak kosong yang budak kelas aku tak sign termasuk nama aku!!!
memang cari pasal. lepas tu aku explain la kenapa aku tak sign, sekali dia suruh aku pergi jumpa ketua jabatan mintak buatkan surat untuk aku, baru aku boleh sign. mak, kejam gila... dia kata nak bagi pengajaran supaya tak buat lagi. tolong la bagi pengjaran tu dekat orang lain. aku tak salah... at least aku pergi jumpa dia habis kelas tu.
tak ke pelik nak suruh ketua jabatan buatkan surat untuk aku, siap suruh sebut nama dia lagi. sambil-sambil dia suruh aku buat benda pelik tu, sempat lagi dia cakap 'kesian kamu'. dah kesian, tak payah la suruh aku buat. adoi, pening aku pikir. ketua jabatan tu bukan free sentiasa, aku pon bukan selalu ada dekat fakulti. saja nak suruh aku sakit jantung, pengsan lepas tu bangun balik baru dia puas hati agaknya. sabar lagi...
2 analisis anda:
haha. sabar je la. ni la nama dia pengalaman, at least kau akan ada benda utk cerita ke org. lecturer kat mana2 pon banyak pe el.
tp srius wei, budak indon mmg smgt kott! dan kat uia pon mereka jogging sambil pkai skirt. mula2 aku tgk, aku mcm... WTH? tapi dah biasa dah skrg. hoho.
pape pon, aku doakan kau yg terbaik! XD
aku memang sentiasa bersabar dengan beliau. baik memang baik, tapi sekali dia nak tunjuk peel dia, huhu...
pastu budak2 tu pulak, pergi kandang lembu pon pakai kain. risau je ape2 masok celah kain dorang, nasib ade seluar kat dalam...
tenkiu ye nur farehah, teruskan mendoakan aku kat sini...
p/s: awal gle ko komen, x tido ke???
Post a Comment