Saturday, April 21, 2012

Bogor days - series 11 *Jakarta Lagi*

mesti bosan kan, asyik la Jakarta. tapi nak buat macam mana, Jakarta tu dah macam kampung kitorang dah dekat Indonesia ni. dekat sana lah kitorang nak rasa makanan Malaysia, nak jumpa orang Malaysia, nak singgah rumah orang tu, orang ni. thanks to kakak-kakak yang sabar layan kitorang yang gelabah ni...



ini minggu lepas punya cerita sebenarnya. tapi minggu lepas aku sangat malas nak post apa-apa entry sebab body terlampau exhausted. mana taknya, lepas berapa hari tak tidur untuk exam, right after last exam, terus gerak pergi Jakarta. dah sampai Jakarta, terus malam, ingat nak tidur la senyenyak-nyenyaknya untuk aktiviti esoknya, tapi nyamuk menyerang pulak. memang tak lena langsung tidur malam tu.


esoknya, pagi-pagi terus gerak pergi Tanah Abang buat kedua kalinya. jangan terkejut la dengar kitorang pergi situ sampai dua kali, semua perempuan kot. tak kan puas nak shopping sekali je. lagi pon barang yang kitorang beli tu bukan kitorang punya je. memang dilema betul duduk over the sea ni. nak beli souveneir untuk semua orang, habis la duit, aku nak shopping untuk diri aku gak, tak beli karang, ada yang nak main kecik-kecik hati pulak. ini pun tengah fikir macam mana nak angkut semua barang-barang tu balik Malaysia nanti. nak sumbat semua dalam satu luggage confirm tak muat langsung dah.

satu pesan aku dekat sesiapa yang nak bershopping dekat Tanah Abang, list dulu nak beli apa, then cek internet. barang yang nak dibeli tu ada dekat tingkat berapa, kalau tak pengsan nak naik satu-satu sampai tingkat 13.

gambar waktu dekat Tanah abang memang sentiasa tak sempat nak ambik sebab nafsu shopping yang bergelora membuat aku lupa ada kamera dalam beg aku.

kami naik kereta api untuk ke Jakarta. gambar itu gelap bukan kerana blackout tapi flash kamera aku yang beria menggelapkan gambar tu.




dan seperti biasa, lepas berpenat lelah menggila dekat Brother's Land, aktiviti seterusnya ialah makan!

destinasi kali ini ialah sebuah restoran Thailand.

maafla, aku memang suka masuk gambar. so, kebanyakan gambar yang aku akan post akan ada muka aku. tataplah puas-puas kalau tak rasa geli tengok muka aku. hahahaha

aku sangat sukakan daging. jadi yang aku pilih of course la daging ...


dekat sini tak pakai style all you can eat. tapi kena pilih pastu terus bayar. ambik banyak bayar banyak. ambik sikit bayar sikit. macam tak puas sebab tak boleh ikut suka hati tapi kenyang jugak la tak ambik ikut nafsu pon. tu pon dah tak larat nak bangun, bayangkan kalau all you can eat...

puas hati aku dapat telan daging ni panas-panas. uhuhuhu!!!

duduk lima orang je, tapi pinggan mangkuk atas meja tu macam 10 orang makan...

maaf lagi sekali, gambar sedikit menggelabah

erk.... alhamdulillah...

ini disimpan untuk suapan terakhir...

niat aku nak snap nama restoran tu je, tapi tak sangka pulak dorang sempat nak pose depan tu

malam tu, dengan penuh rasa kepenatan, semua orang terbongkang kekenyangan lagi. tapi kebongkangan yang dianggap indah itu, tidak menjadi kenyataan. nyamuk datang menyerang lagi. berperanglah kami semua dengan nyamuk-nyamuk urban di Jakarta. 

the next day, pagi-pagi lagi kitorang dah gerak pergi Monas... Monas atau Monumen Nasional ni, aku ingatkan tempat tugu pahlawan Indonesia je. rupa-rupanya, tempat ni tmpat warga Jakarta berkumpul pada hari minggu. penuh hoi. aku rasa satu Indonesia ada dekat situ, bukan satu Jakarta je...





ramai kan? tua muda miskin kaya, semua ada. kalau wakil rakyat nak berkempen. inilah masanya...




pak polisi pon ada jaga tau.

ni la yang bagusnya Jakarta. Bogor pon ada buat macam ni jugak rasanya. tak sure pulak. aku jarang pergi kota time hari minggu. 

kat sini, setiap hari minggu jalan-jalan akan ditutup untuk beri peluang dekat orang ramai guna jalan tu untuk aktiviti yang menyihatkan macam joging ke, berbasikal ke, suka hati lah. asalkan sihat.





macam waktu ni, aku perhati ramai main layang-layang. satu family akan main layang-layang dekat sebelah tugu peringatan tu. sihat la tu kan.






sebelum mulakan aktiviti, haruslah tangkap gambar dulu





Monas, here we come!



aktiviti pertama, bernasik lemak di Monas.

 tulah yang aku suka akak-akak ni, faham betul kitorang yang macam monster ni. mesti nak masak apa-apa untuk kitorang kalau kitorang datang. dahla bagi tumpang rumah, bagi makan lagi. oh, jasamu akan dikenang sampai bebila...

macam biasa, bergambar lagi. oh ye, waktu ni kitorang diberi task untuk aktiviti seterusnya.

bawak bersabar je la ye, tengok je la gambar-gambar gelabah ni...

aku nak juga menggelabah sensorang...

dan lepas tu, akak-akak tu bagi tazkirah sikit dekat kitorang... seriously, kitorang bersyukur sangat jumpa dengan kakak-kakak ni, setiap kali datang Jakarta, kitorang akan buat solat jemaah, tazkirah sikit, pagi-pagi baca al-maathurat ramai-ramai. kalau dekat sini dah bilik sorang satu memang jangan harap la nak solat jemaah nya. nak dengar tazkirah kat sini, tak tau nak dengar dekat mana. kalau dengar pon, bukan faham sangat. kang tidur je yang lebihnya.


next, makan lagi. hahaha. aku rasa semua manusia yang asal Malaysia memang monster la. sikit-sikit makan. sikit-sikit makan. kalau entri dalam blog tu, mesti ada je cerita pasal makan.

rindu sangat dah nak makan domino's pizza. order order...


seterusnya aktiviti terakhir sebelum berangkat balik ke Bogor, Wisuda atau graduation day akak-akak kitorang ni... tapi ni la tujuan sebenar kitorang ke Jakarta. aktiviti lain-lain tu just aktiviti tempelan je. tapi yang lain tu la yang kitorang beria sekali.

orang nak pergi tengok akak-akak tu wisuda, yang ni nak cari calon suami. tu pasal muka gembira semacam je. tak pe tak pe. tu semua bakal doktor. cerah masa depan.

tahniah!!!
nak jugak...



thanks to semua akak-akak dalam gambar kat atas ni, macam-macam memori indah terlekat dalam otak kitorang yang tak berapa betul ni...


habis salam-salam semua, terus gerak balik Bogor hari tu jugak. esoknya dah la aku ada kelas, full, piket atau tugas dekat kandang sehari suntuk. dari 5.30 pagi aku dah kene ada dekat kandang. siang, petang, malam pon ada jugak. malam hujan lebat gila pulak. hasilnya, suhu badan aku berjaya ditingkatkan. demamlah aku dua hari...


tadi pulak, dengan keadaan aku yang belum sihat betul-betul ni, pagi-pagi lagi dah gerak pergi kolam renang dekat hotel dekat dengan IPB ni. berenang la puas-puas sampai petang. sampai naik kecut semua tangan kaki, baru reti nak naik. tapi gembira... ingat ada ke dekat Malaysia, hotel nak bagi orang mandi dekat swimming pool dia, tak yah pakai swimming suit, murah, lepas tu makan pon best. 


sementara ada dekat sini, memang kitorang try apa je yang ada. tak try kang rugi. peluang-peluang macam ni memang sungguh rare dekat Malaysia negaraku tercinta. gambar tak boleh nak letak sebab perangai semua jadi tak senonoh lepas dapat masuk dalam air. dekat fesbuk ada kot gambar dalam kolam. tapi semua dah ditapis untuk mengelakkan gambar macam majalah mangga tersebar ke khalayak ramai. haha, bajet artis...

Monday, April 16, 2012

Lima Beradik Sanding Serentak. wahau! tahniah sumua!!!

itulah kata sinar harian... nak baca, klik sini
kata aku, jealous!!!! 5 orang yang kawin tu sepupu-sepupu aku...
dari tahun lepas aku bercerita pasal macam mana lah kalau dorang ni sanding serentak nanti. sekali, time nak kendurinya, aku ada dekat sini. sedih...
dah la grand gila. siap ada adat istiadat semua. masuk semua paper lagi. ohoho... apa-apa pon, sekalung tahniah dari aku, adik sedaramu...

yang ni dekat Metro, dah warga emas rupanya paklang dengan maklang aku ni...



sampai masuk surat khabar Cina yang tak tahan tu...


yang ni dari berita harian


ni gambar dari Sinar Harian


ni kakak sedara aku yang paling sulung dalam big family aku.

tu je lah gambar yang sempat aku jumpa. yang lain dorang tak upload dekat fesbuk lagi. sebuk nak upload printscreen dorang dekat surat khabar je. maklumla glemer... 
kalau aku ada, boleh gak aku snap banyak-banyak. tapi apakan daya, sang perantau yang jauh di seberang ni tak dapat hadirkan diri. tak merasa aku nak makan nasik minyak dekat salah satu majlis perkahwinan paling bersejarah dekat Malaysia. hahaha.




ni la pengantin-pengantin kat atas tu masa zaman comels dorang. kawen dah pon semua.



Tuesday, April 10, 2012

Bogor days - series 10 *EBIT*

iklan kejap. hari tu akak-akak tu datang bawak kimbab ni... sedap oi!

ok, balik ke tajuk asal. nampak perkataan ebit dekat atas tu? scroll ke bawah untuk mengenali ebit dengan lebih dekat...



banyak betol dah binatang dalam bilik aku sekarang. dalam kotak yang tepi almari tu ada dua botol keluarga drosophila.


arnab sekor tu la namanya ebit. aku tak tau la gila macam mana aku boleh terbeli rabbit tu... tak niat langsung. pergi pasar nak jalan-jalan je. sekali nampak orang jual rabbit. aku ni pulak dah la memang dah berzaman dah teringin nak bela sekor. sekali pegang-pegang, kawan aku ajak beli. memang la tak plan. dah la tak tau apa-apa pasal cara nak bela rabbit ni. dekat sini pulak pet shop punya la jauh. memang la kesian dekat rabbit ni dapat tuan macam aku. semoga dipanjangkan umur ye ebit...

nama ebit tu aku tak tau siapa yang bagi. masa kawan-kawan aku main, tiba-tiba je nama dia jadi ebit. dari perkataan rabbit.

mula-mula beli hari tu dia dok diam je dalam sangkar. tapi lepas berapa hari, start la dia gigit-gigit pintu mintak keluar. lepas tu kalau aku datang dia buat-buat comel suruh aku bukak pintu. hei mengada....


buat masa ni aku bagi dia carrot dengan hasil tanaman kawan aku macam sawi. nak cari makanan arnab memang kena pegi petshop la jawabnya... 

aku risau jugak bela arnab sekor ni sebenarnya. dah la kecik lagi. kang sebab aku salah bagi makan kang dia mati pulak. dah la asyik kena kurung sebab dia suka kencing merata. tu yang aku malas nak lepas tu. penat aku nak cuci. kalau aku rajin, aku bawak keluar kat taman depan asrama aku ni. memang syok la dia. semua jenis rumput dengan pokok dia nak rasa. tapi dah jalan dekat luar, memang tak de la aku nak lepas dia dalam kotak kuning macam dalam gambar kat atas tu.

tapi tu lah, aku risau dia sakit je sebab makanan yang aku bagi tu sebenarnya belum sesuai lagi dengan umur dia. aku la salah, gatal nak beli jugak dah tau dia kecik lagi. mentang-mentangla murah, sekarang dah blur nak buat apa. 

nasib baik tak berbau, kalau tak hari tu jugak aku hantar balik dekat orang yang aku beli hari tu. 

hujung minggu ni pulak insyaallah aku nak pergi Jakarta, mana aku nak letak si Ebit ni entah. takkan nak angkot sekali kot. blur blur blur...

Tuesday, April 3, 2012

Bogor days - series 9 *Makan makan dan makan*

dulu kan dulu kan, aku selalu teringin nak buat post macam dalam blog students yang study dekat overseas yang aku selalu baca. bila aku baca je, dalam hati tak habis-habis kata, bestnya, bestnya.... siapa tak teringin, hidup dekat negara orang, try macam-macam benda, feeling feeling adventure gitu...

akhirnya hari ni, here I am! walaupun aku hanya student exchange dan oversea aku hanya over the sea je, jadi la kan. bukan sikit pengalaman aku dekat sini. banyak oi. Insyaallah, dalam empat bulan ni, aku tak kan sia-siakan setiap pengalaman yang aku dapat.

tapi semua yang dekat atas tu bukan point penting aku. sebagai melengkapkan proses menjadi student over the sea, mesti ada post pasal makan-makan kan? aku dah post dah kot sebelum ni, tapi tak de la glemer sangat. yang ni glemer sikit mungkin. tapi perasaan membazir tu mungkin hadir sikit dalam perasaan nak glemer tu kan...


gambar-gambar yang dekat bawah ni sesi makan-makan aku yang first sekali dengan budak kelas aku. sejurus lepas aku sampai dari jakarta, ok, tak de lah sejurus sangat. petang tu dorang mesej, nak pegi tak, dorang jemput. adoi, aku dah la penat gila baru sampai dari jakarta terus kene pergi kandang pulak bertemu lembu tercinta, malam nak BBQ pulak. tapi kalau tak pergi kang kata orang Malaysia ni berlagak pule tak nak campur kan, pergi je la...

 nasib baik dorang nak jemput. ok la, tapi naik motor meredah jammed yang menggila, loggar lutut aku. memang horror wei jalan dekat sini...



dah macam campfire ada jugak malam tu. syok betoi dorang nyanyi. tapi aku malu jadi aku tak nyanyi sekali. hikhikhik....

tukang masak tak bertauliah dari kelas aku...

aku pon tak sure ni sate ke ayam bakar. sate kot...

aku VVIP jadi aku tak tolong masak.

tradisional kan dorang. makan lapik daun pisang je. kau ade???



mungkin dorang nampak lahap sebab dorang tak makan lagi. tapi aku makan sebatang je sebab aku dah melantak siap-siap sebelum tu. dorang la, lambat sangat bagitau. tak pasal-pasal je aku datang dengan keadaan yang kenyang gila nak mati. tengok benda sedap pon aku tak lalu dah....


boleh detect tak muka aku dekat celah-celah dorang? hitam oi! tulah hasil perjalanan aku dekat Jakarta, sedut cahaya matahari....


*********
ha! aku beli kamera baru!!! tak de la power sangat pon, tapi memandangkan kamera pink aku ditinggalkan di Malaysia, aku terpaksa beli kamera baru kat sini. hoho, terpaksa la sangat kan... tapi sebenarnya aku jealous tengok kawan-kawan aku sorang-sorang beli Samsung Galaxy dekat sini. aku nak jugak. aku nak Note oi. tapi kan, aku tak nak ambik risiko beli dekat sini even harga dia lagi murah. sebab warranty dia tak boleh pakai la pulak dekat Malaysia. dah sampai Malaysia nanti, kalau rosak tu memang semua ditanggung penuh oleh diri sendiri. tak nak la macam tu kan. so aku beli Kamera jenama Samsung ST30 pon jadi la...



macam ni la bentuknya kamera aku. kecik je, sedap la nak pegang, harga pon affordable. dalam Rp 679000 macam tu. kalau convert dalam RM 203 cam tu. kalau dekat Malaysia aku rasa harga dia stil RM 300 ++ lagi kot...


yang aku suka camera ni, dia ada Beauty Shot feature! nampak muka aku macam blushing-blushing gitu. kalau ada jeragat ke apa ke, tak payah kita susah nak edit sendiri, dia dah tolong padam siap-siap. memahami betoi kamera ni.

yang ni masa tengah tunggu kawan aku beli handphone baru. dengan penuh perasaan jealous, aku duduk je jauh-jauh tak nak join dorang beli-beli. 

bila rasa dorang macam lama sangat beli handphone baru, aku yang jealous ini pon blah la dulu pergi makan sebab perasaan jealous telah membuatkan aku dengan kengkawan yang tak beli handphone terasa lapar...

makan di Steak21!!!

muka bahagia dapat makan dulu dari orang yang beli handphone...

walaupun sedang mendengki, gagahkan jugak senyum depan kamera baru. hehe

nomnomnom... sedap oi... tempat ni agak standard jugak la harga dia. tapi kalau dah lapar tu tak peduli dah...

yang tadi tu semua perjalanan untuk hari Sabtu. dah beli-beli barang semua. makan, baru balik. tapi kitorang yang jealous ni balik dulu sebab dah tak larat. esoknya nak keluar lagi...


setelah berbulan-bulan kumpul pengalaman naik angkot, muka semua semakin redha berhimpit sesama sendiri...

ya, kami memang beriman...

agenda hari ini ialah sesi bertemu kakak-kakak Malaysia pula. hari tu kitorang pergi Jakarta, hari ni dorang pulak datang sini. tengoklah Bogor kotaku...

sebelum itu, jangan lupa membeli yogurt J.Co yang sangat enak ni dulu...

Agenda utama hari ni sebenarnya ialah makan-makan. amboi, tak puas-puas makan ye.

sementara menunggu makanan sampai, apa kata kita melantak dulu yogurt ni...
bincang nak order apa bincang....



dan makan pon sampai. hadirin sekalian, telan dulu air liur anda...

ni nasik gorang kambing aku. tapi kecewa sebab kambing dia tak rasa kambing sangat. wuwuwu





asap makanan muna menutupi seluruh muka Mizah. mahap la...

muka excited orang yang kelaparan


dan akhirnya, semua makanan telah berjaya ditelan tanpa meninggalkan sebarang sisa. tahniah semua...






kenyang oi makan sini. harga pon berbaloi gila nak mati... untuk 16 orang, total kene bayar dalam RM210 ++ macam tu je. ada can nak datang lagi lepas ni.

dah kenyang, singgah kedai depan pulak. nasib baik aku tak berminat sangat makanan macam ni. kalau tak aku pon dah ikut borong jugak kot.


duduk dekat sini memang macam-macam makanan dah aku rasa. orang kata Bogor ni memang syurga makanan, so aim aku nak rasa semua, tapi menurut kapasiti digestive organ aku, tak boleh la nak telan sekali semua kan. 

dah nama syurga makanan, memang tiap-tiap hari kitorang food hunting. asal jumpa, nak try. paling lazim yang aku try, nasik ayam bakar, sate kambing, pisang keju, pisang coklat, murtabak telur, dan macam-macam lagi. tapi sebelum beli kena buat inspection dulu, karang tak pasal semua pakat cherry berry. 


klik jika anda berminat

Related Posts with Thumbnails