akak rasa, eceh akak~~~ ye la, ni kan first batch yang semua studentnya akan lagi muda dari aku termasuklah yang dari diploma. akak la kan... muahahaha
ok ok, tak nak lah berakak-akak, rasa tua pula aku yang muda remaja ni.
sebenarnya, tajuk aku ni kalau include sekali untuk bacelor sains pertanian dengan akuakultur pon boleh. cumanya nak lebih spesifik, sebagai student animal science macam aku ni, of course lah aku bagi tips ikut pengalaman aku.
buat sesiapa yang bakal/dah berjaya dapat tawaran IPTA lepas cek UPU, tahniah aku ucapkan. yang mana tak dapat tu, buatlah rayuan. usaha lebih sikit. insyaAllah berjaya.
yang penting ni, untuk bakal-bakal students animal science ni. untuk pengetahuan adik-adik yang tak tahu ni, bacelor animal science ni bukan veterinar ya. dan fakulti pon bukan fakulti veteriner walaupun suatu masa dahulu bacelor ni memang dalam fakulti veterinar. but no more, sekarang dekat fakulti pertanian.
aku cerita ni bukan sebab nak kata benda ni susah ke, complicated ke tak...
cumanya, aku tahu, ada setengah yang apply course ni tapi blur sebenarnya tak tahu course ni macam mana lepas tu ingat sama macam veterinar.
sedialah nak jenguk small creatures ni setiap pagi dan petang.
tak pe tak pe. anyway, tahniah lagi sekali pada yang bakal/dah dapat tawaran course ni sebabnya, course ni antara course yang paling lama ada dekat UPM sejak ditubuhkan.
kalau dah lama tu maknanya paham-paham lah. lecturer mostly memang berpengalaman gila dan semuanya serius hebat dalam bidang masing-masing. serius, cuba korang google nama sorang lecturer dari jabatan sains haiwan. mesti korang akan rasa lecturer kat sini power gila. and since bacelor ni antara pioneer dalam bidang sains haiwan dekat Malaysia ni, so janganlah sia-siakan peluang yang ada.
ok, semua info-info dekat atas ni kalau google banyak je. yang susah nak cari ni ha apebende yang korang kena get ready sebelum ambik course ni.
first sekali. buat semua fashionista sekalian yang dapat bacelor ni, harap-harap dapat moderate kan lah bergaya tu. bukan tak boleh. boleh. waktu first year time korang tengah habiskan subjek universiti tu bolehlah nak make up tebal dengan tudung 3-4 layer pon.
tapinya, penatlah akak-akak ni nak tunggu adik-adik ni duduk depan cermin lepas solat dekat surau belit-belit tudung sampai dua-tiga jam. kitorang ni tak de lah nak marah adik-adik pakai cantik-cantik, tapi cantik-cantik korang tu tak kemananya... yang penting, sopan. tu je. kalau masuk second third semester tu, cantik-cantik korang karang kene pegang karkas kambing lagi, nak belek-belek organ lagi, karang dah masuk fourth semester, nak jolok rectum lembu lagi. sem lima karang nak perah susu lembu lagi, nak sembelih-sembelih lagi.
memang ada labcoat dengan coverall cumanya kalau dah namanya petani tu, bersederhanalah ye adik-adik. penat akak-akak tengok korang berusaha sangat nak lawa. relaks relaks... luar fakulti nak pakai tudung 8 lapis pon tak pe lah. nak pakai make up macam pengantin pon suka hatilah.
second, discipline tu please lah bina lebih sikit dalam diri korang tu. sedih aku tengok student ada setengah yang suka datang lambat, ada yang tak datang langsung. hormatlah sikit dengan lecturer pagi-pagi dah datang tapi kelas kosong lagi. lecturer dah la ada yang dah veteran tu ingat dorang tak penat ke nak jalan jauh dari jabatan ke bilik kuliah. please... be considerate. kalau memang jenis tak boleh bangun pagi tu cubalah jugak. kalau tak boleh nak datang lambat jugak, berenti je lah belajar. kalau belajar pon tak boleh bangun awal macam mana nanti time kerja. buat busuk nama UPM je nanti.
third, kalau dah nama bacelor sains haiwan tu, get ready lah nak peluk cium haiwan-haiwan domestik kat Malaysia ni. janganlah karang time praktikal suruh pegang kambing dah lari keliling ladang... tapi aku rasa yang ni tak de masalah kot. time isi borang tu mesti dah fikir dah kan yang ni...
ok lah, fourth, dah ambik bacelor ni sedia lah jugak untuk mengelilingi UPM dalam masa satu hari. FYI, fakulti pertanian UPM berada luar dari kawasan main campus, dan ladang-ladang bagi sesi pengajaran ada dekat serata UPM ni unless makmal ladang dekat ladang 16 nanti dah siap. kadang-kadang pagi praktikal ayam dekat ladang dua dekat celah-celah main campus, petang karang ada kelas pulak dekat fakulti nun jauh disana. jangan risau, bas ada. tapi jangan merungut banyak sangatlah. you should know since you are taking this course. okay?
next, antara perkara paling penting kalau korang betul-betul nak belajar untuk bacelor sains haiwan ni. ENGLISH. aku faham, bukan semua orang boleh berbahasa Inggeris dengan lancar. aku pon mula-mula dulu tak de lah power sangat english aku. tapi berkat aku jadi student asasi dekat UPM tak de lah susah sangat aku nak converse dalam bahasa inggeris.
macam mana pon, memang semua subjek akan diajar dalam bahasa inggeris. unless lecturer baik nak ajar dalam bahasa melayu. memang ada lecturer cool nak ajar dalam bahasa melayu, tapi bukan semua. dan most of the term used untuk subjects bagi course ni memang dalam bahasa inggeris. buku rujukan dalam bahasa melayu sangat sikit kalau nak compare yang bahasa inggeris. dan kalau ada transfer student dari oversea takkan kita nak cakap melayu jugak. so, learn and don't ever hesitate to try. kalau lecturer tanya dalam bahasa inggeris, jawablah dalam bahasa inggeris. jangan mengada kata tak reti. cuba.
lepas tu, belajar cara nak buat assignment especially presentation dengan betul. jangan nak buat malu sendiri sebab present tahpape. sebab tu aku kata english penting. yang jenis tak reti converse dalam english ni masalah time presentation nanti. cari lah tips mana-mana macam mana nak present bagi nampak cemerlang sikit.
last but not least, yang aku teringat, prepare lah fizikal dan mental kalau nak ambik course ni. penat memang penat. nama pon petani, penternak. bukannya perakaunan, kesetiausahaan. kena berjemur bawah matahari tu biasalah. tak nak hitam, pakai sunblock. bukan susah. kene bangun pagi-pagi untuk praktikal tu biasalah. ada yang praktikal pukul 6.30 pagi kene pergi perah susu lembu, pagi petang kena bagi makan ayam, itu semua normal. just get ready. jangan nanti sebab tu badan semua jadi lembik sampai tidur-tidur dalam kelas pulak. sebab tu aku kata ready. tak de yang senang dalam dunia ni. ada opportunity, grab it. jangan lepaskan macam tu je. rugi.
sekian, tu je yang aku ingat setakat ni, ada idea lagi nanti aku update. memang banyak benda korang kena ready untuk ambik course ni. tapi kalau betul-betul minat, don't worry. it worth every single sweat yang korang lelehkan untuk course ni. *ewww*
ok sekarang boleh cuba berkenalan dengan haiwan-haiwan domestik berdekatan dengan anda.
8 analisis anda:
hai kak!
saya dapat AnSci UPM :)
terima kasih atas perkongsian pengalaman akak! hehe ^^
diammah. sebok je abam senior ni.
Nk tanya upm sains ternakan ni kt sarawak ke serdang?
Maksud sy yg degree punya. Sbb sy budak sains ternakan umk hihihi
nak tanya kalau dh guaduate ani.sc blh ambil course veterinar lagi di local uni atau oversea dgn sijil ani. sc
atau blh tukar course selepas beberapa sem kemudian?
Assalamualaikum ..maaf nk tny,adik saya ade amik kos ni untuk intake upu lepas matrik , tapi die nk tukar kos perubatan lepas first sem.boleh ke? Atau ade cadangan lain ?.terima kasih๐
putryteya : kos ni di serdang.
hoe garu: kos ini muktamad. tak boleh tukar dan rasa saya kalau nak tukar kena applu upu balik.
Unknown : nak apply kos lain perlu apply upu semula. atau boleh berurusan dengan akademik upm kalau betul layak.
Dkt umk mcm mna?
Post a Comment