Wednesday, September 26, 2012

edisi makan: the musafir

Assalamualaikum...

dah lama sunggoh aku tak post apa-apa. Busy memanjang la katakan. sebenarnya busy tu 40% je, malas tu yang ya nya. tapi tak jugak tapi entah la. bila aku dah rajin online pakai phone, memang campak ke tepi je la laptop usang aku ni. oh sedih, nak laptop baru...

biasalah, bila aku ada idea apa-apa, beberapa minggu lepas tu baru sibuk nak post. memang basilah cerita aku ni sebenarnya tapi aku tak peduli. aku nak jugak post mengikut suka hati aku. 

this is 3 weeks ago punya story ya tuan-tuan dan puan-puan. normally kalau family aku hantar aku balik UPM kitorang (baca: aku) suka pergi jalan-jalan after pendaftaran dekat kolej pepagi tu. tapi memandangkan semester ni aku duduk luar, tak payah sibuk nak daftar kolej lagi dah. so, my family and I just stayed in my kampung in Felda Sg Behrang before sending me to my house. lepas gerak ke KL, terus ambik my big brother dekat office beliau and keluar makan-makan at the nearest restaurant. 

masa ambik abang aku tu, beliau sibuk cerita pasal nasik arab yang beliau makan dekat rumah-rumah terbuka yang beliau hadiri sepanjang bulan syawal hari tu. so we listened to the story dengan penuh kesabaran yang tinggi sebab menu rumah terbuka tu sangat mengagumkan. haha

so, kalau dah cerita, tak kan nak biar je air liur his family ni meleleh begitu sahaja, jadi beliau pon bawalah family beliau ni ke Ampwalk untuk makan makanan Arab yang enak sekali.



 this is the restaurant. sesuailah buat para musafir macam we all yang datang jauh dari Perak ni.


sebenarnya teringin nak makan dekat Flora Cafe ni, tapi memandangkan datang dengan family, macam tak sesueilah nak makan dekat sini. nak mengajak boipreng, boipreng pula tiada. jadi future hasbeng, take note. I nak makan dekat sini lepas kita kawen nanti. ihik ihik...


setia menunggu order sampai dengan perasaan berdebor-debor takut nanti tak sedap rugi bayar mahal.


aku rasa lah kan, since menu dia memang adalah makanan arab, so mostly menu dia akan based tu meat macam beef and lamb. so peminat setia kambengs macam aku ni. datang ke restoran ni bagaikan rahmat yang mencurah-curah ke dalam jiwa gitu. terima kasih abang yang sudi belanja walaupun harga nya ya Rabbi mahal nak mamp. aku nak datang sendiri memang mintak maaf la bebanyak.


ni menu paling sedap dekat kedai ni. aku tak tau nama tapi nak cerita sedapnya, kuah dia pon terasa manis kambing tu. fuuuhhh! marvelous! yang gambar first tu aku punya, second bapak aku. semua hidangannya seriously menggiurkan wei... heh, ape ke jenis bahasa aku ni.



mujurlah ya amat nya, makanan dia serius sedap. memang rakus lah aku makan even dah kenyang makan nasik sebelum tu sebab rasa kambengs dia sangat terang lagi bersuluh. sedap tak tipu. pinggan dia pulak besor-besor baq hang. adik aku yang tak de la suka sangat dengan lamb pon sama rakus dengan aku.

justeru itu kepada peminat-peminat kambing di seluruh dunia, silalah datang kedai ni sebab memang sedap pon makanan dia. mahal-mahal pon tak menyesal nak bayar. aku sebagai peminat nombor satu hidangan berasaskan daging kambing sesungguhnya mengiktiraf restoran ni sebagai antara restoran terbaik yang aku pernah pergi. sekian, terima kasih.

0 analisis anda:

klik jika anda berminat

Related Posts with Thumbnails