Tuesday, December 18, 2012
hai wanita
Assalamualaikum.
entri hari ni khusus untuk wanita.
yang tak wanita juga bisa baca.
lepas tu boleh berpesan-pesan pada yang tak membaca.
hai wanita,
kau rasa bahagia ada teman lelaki temankan kau?
24 jam sedari subuh, tengah hari, petang malam, sampai ke tidur.
telefon, SMS, Skype, what's app, facebook.
semuanya medium perhubungan kau.
mesti kau seronokkan malam kau tak sunyi macam malam aku.
aku selalu bincang dengan kawan aku.
couple yang pegang-pegang, peluk-peluk ni memang tak tahu itu dosakah?
atau sengaja buat-buat tak tahu?
tak kan tak tahu, tak pergi sekolah agamakah?
mak bapak couple yang bahagia ni,
anda tak risaukah anak dara anda bersendiri dengan lelaki yang belum tentu jadi suami?
kalau-kalau pulang tidak suci lagi?
mesti wanita bangga ada mak bapak yang cool macam ni.
boleh bawak balik teman lelaki lagi sekali.
hai wanita,
kau pulang ke rumah,
bangga cerita,
malam tadi kau dan teman lelaki tertidur dalam kereta.
gara-gara berbincang hal masa depan.
kau lupakah?
apa yang kau buat itu menghampiri zina.
aku dan kawan-kawan aku masih single.
masih jomblo bukan kerana tak laku.
tapi kami tak nak sia-siakan perasaan kami dekat orang yang belum tentu jadi suami.
janji lelaki, bukan tak bagi percaya.
sedangkan janji wanita pun belum tentu boleh percaya.
hai wanita,
sudah-sudahlah.
buat teh cair pun kau tak reti,
apatah lagi nak menyapu pasir selambak dalam rumah.
ada hati nak kahwin.
belajarlah dulu apa yang patut.
jangan malukan diri kau lepas kahwin nanti.
facebook ada, instagram ada.
bukan untuk kau tunjuk kisah cinta kau dengan teman lelaki.
kau ingat orang suka nak tengok?
kau peluk, sandar pada teman lelaki.
loya tekak tahu.
bukan dengki, bukan jealous.
tapi risau, apa nak jadi dengan wanita zaman kini.
mudah sangat serah diri.
memang belum tahap serah body,
tapi bolehlah nak kata menghampiri.
hai wanita.
jangan kau bangga ada teman lelaki.
selagi dia belum sah jadi suami.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 analisis anda:
great osem havoc sajak/puisi/syair kemende ape saje namenye yg ko taip kat post neh...wakakaka
ko ingat ko je boleh berpuisi..
Post a Comment