Tuesday, July 27, 2010
innocent kah aku?
kembali pada tajuk asal. innocent kah aku. aku pon tidak tahu. mana tak nye, setiap kali aku buat salah, even remeh je, mesti aku kene. orang yang biasa buat, tak pulak kene. contoh, ade sekali tu, dekat maktab la. aku sakit perut sangat sebelum pergi prep. nak lepas hajat la maknanya. tapi waktu tu critical time dah. namun member aku yang jugak sakit perut berkata "tak pe, bukan selalu. tak kan LDP nak tangkap jugak kot. sebelum ni tak de pon..." sekali, keluar je dari toilet dan menuju ke kelas, mereka sedia dengan sebijik buku nota untuk mencatat nama aku. lepas tu, sakit macam mana pon aku on time jugak. ade lagi, first time waktu wajib aku tak pergi sembahyang subuh dekat surau, ustaz mengamuk dan kami semua merasa sembahyang maghrib atas jalan tar sehingga melekat batu2 di dahi. kan da rasa cium jalan tar. lepas tu, aku tak kira. subuh je mesti pergi. jangan sekali2 lagi cium jalan tar tu. dan banyak lagi.
peliknye, kawan2 aku yang lain selalu je buat, tapi tak pernah kena. tapi aku baru nak try je mesti kene. adik aku yang tudung labuh dan bersekolah agama tu, berapa kali dah dia fly pergi mall, balik rumah tapi tak pernah kantoi. tu yang aku respek adik aku tu. memang la aku tak boleh fly, sekolah dekat pedalaman hutan. nak fly ke mana, fly to the moon?
satu satu nya benda salah yang tak pernah kantoi ialah phone aku. aku tak sorok sangat pon, tapi tak de la cikgu yang perasan pun. alhamdulillah.
innocent kah aku. setiap kali buat salah jantung aku macam tak betul. tak senang duduk aku. orang lain relak je. siap bangga lagi cerita dekat orang. aku senyap je. nak kene?
innocent kah aku...
p/s: hari ni nisfu syaaban... bukak buku baru. sudah2 la tu marah nye. buat penat otak je. let's start anew. aku nak jadi manusia hebat.
Sunday, July 25, 2010
mari rehat rehat
cream puff yang aku impikan selama ini. oishii!!! very happy taste... yummy...
shopping at Pavillion. believe it? never...
G is for gee... yummy...
Today...
sambil memakai mask di muka, tangan aku laju menekan-nekan kekunci laptop ni. mencari bahan-bahan terbaru untuk di baca. tegang muka aku dengan mask ni. lantak, demi mensihatkan kembali wajah aku yang kering akibat bahan air cond di dalam kelas ni. lately, aku rase wajah sihat aku ni ade masalah la. risau aku, mengelupas sane sini, itu yang aku shopping barang2 ni semalam tu. sambil tunggu mask ni kering, tonton la ouran High School... kakkoi!!!
extreme day
dah jalan dekat TS, lintas jejantas, pegi LowYatt pulak... Cari cooling pad. sampai satu kedai ni, penuh dengan benda2 korea. kedai aksesori komputer tu. video penuh dengan lagu wonder girl nye, 4minute, SNSD jangan kate la. yang terkejut nye, tetibe keluar lagu taeyang yang baru tu. advance gila kedai ni. lenguh ooo kaki. lepas sembahyang pegi telan McD dekat Sungei Wang. makan GCB. best... then, jalan kaki pulak pegi Pavillion, gila la penuh orang, tapi satu yang aku confident nak cerita, kebanyakan orang melayu dekat situ, sama ade pegang plastic yang ade tulis sale, atau saje nak jalan2 je macam aku. bayangkan, pegi Pavi sebab nak beli cream puff je. nasib baik sedap dan membahagiakan. petang tu baru gerak balik.
tapi rekod la aku ni, tak penah aku jalan2, pegi dari shopping complex ke shopping complex. hanya orang yang ade stamina yang power je boleh buat. buat mak cik dan pak cik serta nenek dan atuk, jangan tiru aksi ini. berbahaya. sampai 4 shopping compex kitorang travel. barang jangan kate la. penuh tangan. bankrup la aku lepas ni...
balik, bertukar2 transport kitorang naik. monorel, lrt, komuter. penat wo beli tiket. nak beratur malas tu. lepas tu malam ade perjumpaan residen kolej 13, rasmi cardigan baru aku...
jap2, siapa yang suka kene paksa? masalah la manusia ni. orang dah semangat dah nak join sebab nak enjoy. sekali, benda yang tak wajib diwajibkan tak ke sakit hati. tawar dah hati nak ikut sekali. sekolah asrama ke ni? kenapa? kalau tak pegi, kene buang? macam tu pulak? eiii, tak pasal2 je satu kolej dah angin. serius tak faham. sayang sangat kaat orang yang tak sampai setahun jagung, orang yang dah bertahun2 jagung ni nak kene halau pulak. habis madu sepah dibuang. aku memang pantang orang arah2 ni, sukati aku la nak buat ape pon... kalau sekolah dulu, tak pe la kalau semuanya mandatori. tapi ni Universiti... ntah la, tak faham aku. dari berkobar-kobar semangat aku, siap gam kasut lagi, terus pudar macam tu je. sabar2.
syok juga sembang dengan senior. tapi format diorang lain la dengan kitorang. kalau kitorang, semua di beri peluang bercakap dan meluahkan perasaan, tapi kalau diorang, sorang je yang pok pek cakap. yang kitorang ni dah macam tenok tv. but its okay. one way to improve our relationship dengan senior.
banyak yang tak puas hati ni, cool down pakai cooling pad boleh???
then,
Friday, July 23, 2010
Ragam driver bas
Hari ni hari jumaat. Memang la kan.
Aku nak cerita pasal ragam pemandu bas dekat upm ni. Jangan lepas aku post entry ni persatuan pemandu bas saman aku pulak. Nak cerita je. Nak terasa tu sendiri punye pasal.
Sepanjang aku belajar kat sini, macam2 ragam aku tengok. Lawak ade, geram ade, tak kisah pon ade. Sukati la. Tapi kan, hari ni, geram jugak la sket. Sket je… hari hari jumaat. Ulang lagi. Student ramai habis kelas pukul 12. Crowded sket la bus stop-bus stop upm ni. Sebabnye, perkhidmatan bus hari jumaat sampai pukul 12.30 je untuk tengah hari. Uncle dengan auntie driver nak break untuk sembahyang jumaat. Ok fine. Tapi, kalau dah student ramai dekat bus stop tu jangan la nak marah-marah. Bukan salah kitorang bus stop tu crowded. Dah jadual kate kelas sampai pukul 12, tak kan la nak balik pukul 11.30 sebab nak dapat bas. Logikla sket. Pastu bilik or dewan kuliah pulak jauh dari bus stop. Lambat la sket jadinye. Nak jumpa lecturer kejap, nak singgah flat ikan kejap… salah ke. Sepatutnye, bukan kitorang yang kene ikut jadual bas tu, bas tu yang kene ikut jadual kitorang. Lepas tu, start la kene berhimpit2 macam ikan sardine dalam bas tu. Ikan sardin pon ade space lagi dalam tin. Kesian dekat student yang ramai2 tu. Dah la panas tengah hari rembang lagi, panas dengan bas, penat jalan jauh2. Bas kat upm ni bukan nye ade satu je. Banyak. Tapi apesal sampai ade orang yang tak sempat langsung nak naik bas. Time2 kemuncak macam tu, bertindak secara efisien la sket. Jangan ikut angin satu badan je. Nasib budak upm penuh dengan kesabaran. Kalau tak…
Pastu, beberapa hari lepas, lepas habis lecture aku terus la balik. Naik la bas yang dipandu oleh auntie ni. Beliau sorang sahaja pemandu bas wanita untuk route yang selalu aku lalu. Jangan marah ye mak cik. Memang la semua manusia ade masalah especially family problem termasuk la mak cik ni. Tapi kan… jangan la cakap telefon mase tengah drive bas. Bahaya mak cik. Dalam bas tu ade puluh2 orang. Kalau eksiden macam mane. Nak tambah masalah family mak cik ke. Dah la cakap kuat2, tak pakai earphone pulak tu. Habis satu bas tau pasal kisah mak cik dengan anak mak cik dan suami mak cik. Jangan bukak aib sendiri depan orang ramai mak cik. Tak baik. Dah la marah2 mase cakap telefon tu, buat nye marah sangat sampai terlebih pusing stereng, tak ke cari pasal namenye tu…
lagi satu pasal bas komuter. kalau aku tak nak naik tu lalu je depan mate. tapi kalau nak naik, 2 jam tunggu pon belum ade. hei... kaji la sket waktu kemuncak pelajar upm ni..........
Dah la. Kalau uncle, auntie, abang2 terbaca post ni, saya mintak maaf la. Sekadar meluahkan perasaan je. Kalau boleh, fahami lah kami semua ini…
tangan saya sudah gatal...
tangan aku dah gatal2 dah lame sangat tak meluahkan hati, perut dan jantung dalam blog ni. aku nak cerita macam2... tapi keadaan tak mengizinkan and now, aku dah lupa ape yang aku nak taip sangat tu. ha... aku ade cerite, aku dah beli hard disk baru... gile tak??? terpaksa wei... laptop aku punya internal hard disk dah penuh, external pon penuh. mane lagi aku nak tumpahkan file2 aku tu kalau bukan ke external yang baru. kan2??? aku beli minggu lepas. kalau mak aku tau ni, mati aku. mau tak dibaginye belanja sampai aku habis degree nanti.
ape lagi nak cter ek...
mmm... aku ade azam baru. untuk sem ni. aku kan kalau dapat laptop, aku boleh hadap sampai 24jam sehari. bahaya... so, untuk meningkatkan prestasi aku dalam pelajaran, aku set, siang je untuk entertainment. ye la... penat kot lecture kat kelas... balik nak rehatkan minda jap. kalau tak dilayan laptop ni kang aku tidur. malam boleh on tapi untuk music, untuk study. ok tak cam ni. ke nak upgrade lagi... x yah la... aku bukan kuat semangat. drastik sangat kang x de nye aku nak ikut. kagum aku tengok rakan sebaya aku kat sini yang sanggup tinggal laptop kat rumah. kalau aku, nanges2 aku nanti rindu kat laptop yang bagaikan boyfriend aku ni. doakan semangat aku ni berkekalan.
lagi...
minggu lepas aku dah keluar kan? dah tengok wayang, dah karaoke, dah shopping, dah jalan2, takoyaki dah telan... tapi sume tu dekat The Mines je. biasalah tu kan, banyak pulak fulus aku nak g jalan merata rata. pastu, minggu ni, roommate aku ajak pegi TS, LowYatt dan sebagainya untuk beli barang. aku memang ade something yang aku nak beli kat situ, tapi masalahnye, aku dah keluar minggu lepas nak keluar lagi ke minggu ni? mak aku kate ok tapi aku pulak serba salah. kalau keluar kang aku bukan reti berjimat. segala benda aku beli kang. habis la duit aku. jimat we... kalau tak kebulur aku nanti. cam ne ni... nak pegi ke tak...
setakat ni, cukup la tu menaip nye. memang la kelas start pukul 10. jangan berlagak sangat hanani. tak bangun esok mati aku. ade info terbaru and uspot ok macam sekarang ni nanti aku post lagi ek...