Friday, July 23, 2010

Ragam driver bas

Hari ni hari jumaat. Memang la kan.

Aku nak cerita pasal ragam pemandu bas dekat upm ni. Jangan lepas aku post entry ni persatuan pemandu bas saman aku pulak. Nak cerita je. Nak terasa tu sendiri punye pasal.

Sepanjang aku belajar kat sini, macam2 ragam aku tengok. Lawak ade, geram ade, tak kisah pon ade. Sukati la. Tapi kan, hari ni, geram jugak la sket. Sket je… hari hari jumaat. Ulang lagi. Student ramai habis kelas pukul 12. Crowded sket la bus stop-bus stop upm ni. Sebabnye, perkhidmatan bus hari jumaat sampai pukul 12.30 je untuk tengah hari. Uncle dengan auntie driver nak break untuk sembahyang jumaat. Ok fine. Tapi, kalau dah student ramai dekat bus stop tu jangan la nak marah-marah. Bukan salah kitorang bus stop tu crowded. Dah jadual kate kelas sampai pukul 12, tak kan la nak balik pukul 11.30 sebab nak dapat bas. Logikla sket. Pastu bilik or dewan kuliah pulak jauh dari bus stop. Lambat la sket jadinye. Nak jumpa lecturer kejap, nak singgah flat ikan kejap… salah ke. Sepatutnye, bukan kitorang yang kene ikut jadual bas tu, bas tu yang kene ikut jadual kitorang. Lepas tu, start la kene berhimpit2 macam ikan sardine dalam bas tu. Ikan sardin pon ade space lagi dalam tin. Kesian dekat student yang ramai2 tu. Dah la panas tengah hari rembang lagi, panas dengan bas, penat jalan jauh2. Bas kat upm ni bukan nye ade satu je. Banyak. Tapi apesal sampai ade orang yang tak sempat langsung nak naik bas. Time2 kemuncak macam tu, bertindak secara efisien la sket. Jangan ikut angin satu badan je. Nasib budak upm penuh dengan kesabaran. Kalau tak…

Pastu, beberapa hari lepas, lepas habis lecture aku terus la balik. Naik la bas yang dipandu oleh auntie ni. Beliau sorang sahaja pemandu bas wanita untuk route yang selalu aku lalu. Jangan marah ye mak cik. Memang la semua manusia ade masalah especially family problem termasuk la mak cik ni. Tapi kan… jangan la cakap telefon mase tengah drive bas. Bahaya mak cik. Dalam bas tu ade puluh2 orang. Kalau eksiden macam mane. Nak tambah masalah family mak cik ke. Dah la cakap kuat2, tak pakai earphone pulak tu. Habis satu bas tau pasal kisah mak cik dengan anak mak cik dan suami mak cik. Jangan bukak aib sendiri depan orang ramai mak cik. Tak baik. Dah la marah2 mase cakap telefon tu, buat nye marah sangat sampai terlebih pusing stereng, tak ke cari pasal namenye tu…

lagi satu pasal bas komuter. kalau aku tak nak naik tu lalu je depan mate. tapi kalau nak naik, 2 jam tunggu pon belum ade. hei... kaji la sket waktu kemuncak pelajar upm ni..........

Dah la. Kalau uncle, auntie, abang2 terbaca post ni, saya mintak maaf la. Sekadar meluahkan perasaan je. Kalau boleh, fahami lah kami semua ini…

0 analisis anda:

klik jika anda berminat

Related Posts with Thumbnails