Friday, July 23, 2010

tangan saya sudah gatal...

lepas bapak aku tak bayar streamyx, pastu streamyx kat rumah kene potong, kegiatan aku menaip untuk blog kesayangan aku ni dah terbantut untuk beberapa ketika. tapi elok je lepas aku masuk upm ni balik, terus je bapak aku bayar bil streamyx. siap tanye aku password lagi. sakit hati tak?
tangan aku dah gatal2 dah lame sangat tak meluahkan hati, perut dan jantung dalam blog ni. aku nak cerita macam2... tapi keadaan tak mengizinkan and now, aku dah lupa ape yang aku nak taip sangat tu. ha... aku ade cerite, aku dah beli hard disk baru... gile tak??? terpaksa wei... laptop aku punya internal hard disk dah penuh, external pon penuh. mane lagi aku nak tumpahkan file2 aku tu kalau bukan ke external yang baru. kan2??? aku beli minggu lepas. kalau mak aku tau ni, mati aku. mau tak dibaginye belanja sampai aku habis degree nanti.
ape lagi nak cter ek...
mmm... aku ade azam baru. untuk sem ni. aku kan kalau dapat laptop, aku boleh hadap sampai 24jam sehari. bahaya... so, untuk meningkatkan prestasi aku dalam pelajaran, aku set, siang je untuk entertainment. ye la... penat kot lecture kat kelas... balik nak rehatkan minda jap. kalau tak dilayan laptop ni kang aku tidur. malam boleh on tapi untuk music, untuk study. ok tak cam ni. ke nak upgrade lagi... x yah la... aku bukan kuat semangat. drastik sangat kang x de nye aku nak ikut. kagum aku tengok rakan sebaya aku kat sini yang sanggup tinggal laptop kat rumah. kalau aku, nanges2 aku nanti rindu kat laptop yang bagaikan boyfriend aku ni. doakan semangat aku ni berkekalan.

lagi...
minggu lepas aku dah keluar kan? dah tengok wayang, dah karaoke, dah shopping, dah jalan2, takoyaki dah telan... tapi sume tu dekat The Mines je. biasalah tu kan, banyak pulak fulus aku nak g jalan merata rata. pastu, minggu ni, roommate aku ajak pegi TS, LowYatt dan sebagainya untuk beli barang. aku memang ade something yang aku nak beli kat situ, tapi masalahnye, aku dah keluar minggu lepas nak keluar lagi ke minggu ni? mak aku kate ok tapi aku pulak serba salah. kalau keluar kang aku bukan reti berjimat. segala benda aku beli kang. habis la duit aku. jimat we... kalau tak kebulur aku nanti. cam ne ni... nak pegi ke tak...
setakat ni, cukup la tu menaip nye. memang la kelas start pukul 10. jangan berlagak sangat hanani. tak bangun esok mati aku. ade info terbaru and uspot ok macam sekarang ni nanti aku post lagi ek...

0 analisis anda:

klik jika anda berminat

Related Posts with Thumbnails