hari ni memang ekstrem. pagi2 pukul 8.30 dah keluar pegi tunggu bas. roommate aku pon ade yang tak bangun lagi. gila, tak penah aku keluar dari rumah seawal tu. lepas tu dalam pukul 9, gerak la naik bas komuter pegi stesen komuter. cadang nye nak pegi Time Square. sampai2, kedai pon tak bukak lagi. so, sebab tak breakfast lagi, kitorang pegi la naik foodcourt TS tu. ha, sebelum tu, ingat nak makan kat bawah je. ye la, ade kedai kan kat situ, buat ape naik kan. then, pegi la satu restoran ni. dah bukak dah kedainye, tapi bila kitorang cek2 menu kat situ, boleh pulak mak cik tu tanye, cari ape dik? nak kene maki ke mak cik ni. dah pegi tempat macam tu tak kan nak cari aksesori komputer kot. cakap la elok2, bagitau, kedai tu tak start jual lagi. ni buat muka pelik pulak orang datang kedai dia. sambung balik, lepas tu, sampai foodcourt, round dulu nak cari pape yang best, lauk semua panas2 lagi, tapi tak nak nasik. last nye, singgah la satu stall ni, jual makanan2 asia barat ni. nampak macam sedap, tapi sekali saiznye, secomek tek je. tau ape? kecik gila nak mati. harga punya la standard nye. lepas tu, member aku ni mintak la mayonis dekat mak cik tu, sekali mak cik tu cakap, dalam bahasa indonesia, "mayonis tak pake dengan potato..." kitorang yang anak jati malaysia ni mane la nak paham kan, tanya la balik, pastu member aku tak kisah la kalau mayonis tu kene bayar. tapi mak cik tu ulang jugak lagi dialog tu. ape bende nye, dah customer mintak, bagi je la. saje nak tambah dosa orang mencarut kat di pagi2. dah makan, turun la dari tingkat 10 tu nak cari barang-barang yang dah list. tapi sebab kedai banyak tak bukak lagi, jalan la lagi. elok je kedai bukak, terus merata2 cari barang, memang sakan la shopping hari ni. pastu, tadi, pegi la satu kedai jual barang2 bodycare ni, ade make up dekat situ, pastu member aku sorang ni suruh aku pejam mate, rupanya dia nak make up kan aku. segan aku kene pakai eye shadow metallic kat situ tadi. nasib lawa...
dah jalan dekat TS, lintas jejantas, pegi LowYatt pulak... Cari cooling pad. sampai satu kedai ni, penuh dengan benda2 korea. kedai aksesori komputer tu. video penuh dengan lagu wonder girl nye, 4minute, SNSD jangan kate la. yang terkejut nye, tetibe keluar lagu taeyang yang baru tu. advance gila kedai ni. lenguh ooo kaki. lepas sembahyang pegi telan McD dekat Sungei Wang. makan GCB. best... then, jalan kaki pulak pegi Pavillion, gila la penuh orang, tapi satu yang aku confident nak cerita, kebanyakan orang melayu dekat situ, sama ade pegang plastic yang ade tulis sale, atau saje nak jalan2 je macam aku. bayangkan, pegi Pavi sebab nak beli cream puff je. nasib baik sedap dan membahagiakan. petang tu baru gerak balik.
tapi rekod la aku ni, tak penah aku jalan2, pegi dari shopping complex ke shopping complex. hanya orang yang ade stamina yang power je boleh buat. buat mak cik dan pak cik serta nenek dan atuk, jangan tiru aksi ini. berbahaya. sampai 4 shopping compex kitorang travel. barang jangan kate la. penuh tangan. bankrup la aku lepas ni...
balik, bertukar2 transport kitorang naik. monorel, lrt, komuter. penat wo beli tiket. nak beratur malas tu. lepas tu malam ade perjumpaan residen kolej 13, rasmi cardigan baru aku...
jap2, siapa yang suka kene paksa? masalah la manusia ni. orang dah semangat dah nak join sebab nak enjoy. sekali, benda yang tak wajib diwajibkan tak ke sakit hati. tawar dah hati nak ikut sekali. sekolah asrama ke ni? kenapa? kalau tak pegi, kene buang? macam tu pulak? eiii, tak pasal2 je satu kolej dah angin. serius tak faham. sayang sangat kaat orang yang tak sampai setahun jagung, orang yang dah bertahun2 jagung ni nak kene halau pulak. habis madu sepah dibuang. aku memang pantang orang arah2 ni, sukati aku la nak buat ape pon... kalau sekolah dulu, tak pe la kalau semuanya mandatori. tapi ni Universiti... ntah la, tak faham aku. dari berkobar-kobar semangat aku, siap gam kasut lagi, terus pudar macam tu je. sabar2.
syok juga sembang dengan senior. tapi format diorang lain la dengan kitorang. kalau kitorang, semua di beri peluang bercakap dan meluahkan perasaan, tapi kalau diorang, sorang je yang pok pek cakap. yang kitorang ni dah macam tenok tv. but its okay. one way to improve our relationship dengan senior.
banyak yang tak puas hati ni, cool down pakai cooling pad boleh???
then,
0 analisis anda:
Post a Comment