Sunday, November 21, 2010

Semoga mamat tak sebut dah perkataan tu...

ok, aku amat pantang jika ade orang yang suka mencarut. even aku pernah addicted kepadanya satu mase dahulu...
addicted?

jangan buat andaian sendiri... meh aku cerite sikit.

suatu mase dahulu ketika aku masih menetap di puchong selangor, aku masih seorang kanak2 yang suci murni dan hanya menerima ape yang orang ajar dekat aku.
dekat sane, aku tak ramai kawan perempuan... so aku ikut je la mane2 budak2 lelaki yang nak kawan dengan aku. tu pasal sekarang pon perangai aku macam jantan sikit. tapi aku masih soft ok...

seterusnya, bila je aku dengar member2 jantan aku mencarut2 macam sial, vavi, dan sebagainye, aku rase sungguh cool dan mencubanya... teruk kan aku... sampai kadang2 aku cakap dekat mak aku. dosakan?
aku tak buat dah...
benda ni aku terbawak2 sampai la aku pindah ke padang rengas perak tempat aku menetap sekarang...
once upon a time, bila mak aku rase aku dah melampau sangat, mak aku ambik beberapa ketul cili hijau yang amat sangat pedas sekali dan menonyoh ke mulut aku...
sungguh sakit, pedas dan pedih sampai bengkak mulut aku.
aku pulak menangis2 sampai pah aku suruh mak aku berenti... nampak macam kesian kat aku kan?
tapi tu lah yang merubah diri aku sampai aku benci nak sebut benda2 tu...
dan aku benci jugak kepada siapa2 yang sebut2 benda tu untuk memaki hamun orang lain. aku pantang...

dan sebelum ni, adik aku pulak buat hal macam tu...
dan aku,
ambik seketul cili yang same saiz dengan cili yang mak aku pernah tonyoh dekat aku dulu dan tonyoh dekat mulut aku.
kejam kan?
tapi tu tak mampu ubah adik aku... semoga satu hari nanti dia sedar ape yang dia sebut selama ni...

sekarang,
anak sedara aku aka cucu mak long aku buat hal macam tu jugak...
tapi dia baru empat tahun, tak kan aku nak tonyoh cili jugak kan...
anak sedare aku ni suka sangat sebut babi2 dekat sesiapa sahaja... aku rase la kan, dia tak tau pon babi tu ape. just sebut ape orang ajar dekat dia je. cilakak mane la yang ajar tu...
kesian kan budak, kalau elok yang orang ajar, elok la perangai dia. kalau tak elok benda yang orang ajar, tak elok la dia.

so, aku ambik inisiatif yang sesuai dengan umur budak empat tahun.
aku online and cari image babi yang paling hodoh dan tunjuk dekat dia...
ambik kau...
nanges2 dia tak nak tengok. tapi aku tunjuk jugak. baru la dia tau babi tu macam mane... mane taknye... selambe je dia tanye mak dia, "ibu, ibu tu babi kan?"
lepas teruk dia nanges2 sepupu aku call kakak dia or better known as mak sedare budak tu.
dan ini antara dialog nye...
"teh, ambik mamat... sob3...
mamat takut babi... sob3...
teh pon takut babi... sob3... tak nak tengok babi... sob3"

dan setelah teruk disakat oleh aku dan bapak aku dan keluarga aku... si mamat ni menangis sampai tidur... semoga mamat tak sebut dah perkataan babi tu...
insyaallah...
ni la babi yang aku tunjuk kat anak sdare aku tu...
mungkin anak sedare aku terkejut melihat hidung sang babi ni...

Saturday, November 20, 2010

perasaan yang tiba2...

mengapa... kau jua yang ku rindu,
walau ku tahu payah bersatu,
hidup dengan mu...
engkau sungguh jujur dan ikhlas terhadapku...

sambung sendiri, aku pon tak ingat.

tibe2 kan? aku ni sesat sikit. secara tibe2 aku teringin nak nyanyi lagu ziana zain dengan kuat sekali. tapi memandangkan pah aku yang x sihat dok dekat je dengan aku, aku lupakan hajat aku tu dan mencari hajat lain. ok, nyanyi dalam hati.
lagu yang di atas tu aku suka sangat. lagu2 lain pon aku suka jugak. kalau mase form 5 dulu, dikala dah boring melalak lagu newS, aku dengan rumet aku, tukar feel, melalak lagu ziana zain. memandangkan nama mak aku zakiyah zain, kira macam tak pe la aku nak nyanyi lagu ziana zain tu. rumet aku pulak, ade baka2 suara ala2 ziana zain, justeru, kami dengan gembira melalak lagu tersebut.

mase form 3 pulak dok melalak dengan classmate aku. lagu ziana zain jugak. untung jugak la dapat rakan sebaya yang sejenis dengan aku, suka melalak. rumet aku eh, ex rumet aku yang sekarang ni pon, dah jadi macam aku, boring sikit melalak. nasib la sape jadi rakan sebaya aku...

ok, dah x de mood secara tibe2.
look at the picture below.


yummy kan?? kan?
ni la ice cream yang ade name big bang di atas nye. seronok pulak aku tengok. tapi tak de perisa vanila. so aku tak teruja sangat. tapi cantik la... colourful. and surely delicious. sell in japan. orang islam jangan makan sesuka hati even anda amat suka kepada big bang dan ice cream nye. ingredients amatla diragui. almaklumla... made in japan.

ok, mood yang paling tibe2, rase macam nak suruh adik aku blah dari laptop aku sebab aku nak continue watching yankee kun to megane chan. right now, aku pakai laptop mak aku...

Tuesday, November 16, 2010

saya sudah graduasi

Graduasi? bila pulak aku grad? hehe... graduasi sebagai student asasi sains pertanian atau ASPer!
exam no more!!!
!
seronok tak bia exam dah habis? syok tidak terkata.
babai asasi. no more asasi.
gud luck for degree!!!

Saturday, November 13, 2010

aku yang tak betol sangat #1

jam menunjukkan 4.32 pagi. omaigod!!!
gile ke ape aku ni? dah nak subuh tak tidor lagi... tau dek mak bapak aku ni sumpah aku mati. tu la kalau sindrom menyinggah di merate blog aku dah datang. aku ni kalau dapat membaca memang tak boleh berenti.
sememangnye tadi aku start blogwalking sebab nak hilangkan stress sebab maths. tapi bile dah start... memang dadah sungguh laptop aku ni. ade je bende aku nak buat.
hanani! macam mane nak 4 flat ni. cita2 tinggi, blajo maleh.
tadi, mase aku tengah berjalan dekat facebook, aku terbaca post yang sungguh menyayat hati aku...

kamus loghat perak
NGELER’WO = Ngelewor, Nge Ley Wo –
Terumbang ambing kekiri ke kanan [Macam ular kena palu]

BULOR =, Bulo, Bu Lo –
Lapar tak makan ATAU Ingin, Hendak [biasanya dengan pangkal negatif - Tak]

BOLEN = Bertelanjang Bulat

MERABAN TEBEN = [Reyben Teyben] –
Tak Tentu Arah, Perbuatan yang Pening

NYELAP SADOR = seseorang yg seperti dirasuk @ di luar kawalan di tahap sederhana... .

NGELE’NYOR = Mengedik atau pun ngada²/ gatal

BIOT = Degil

PEROK = jakun / tak pernah tengok benda..

MUNCOH = dah kaya banyak duit atau berharta

TOBEN = tua bangka

MERAMBU = joli sana sini
terima kasih kepada insan yang masih lagi concern dengan bahasa asal negeri kebanggaan aku ni. ade banyak lagi sebenarnye. kalau nak lagi klik sini.
siyes menyayat hati. nak balik kuale... even aku nak balik lagi 3 hari, aku tetap rindukanmu kuale. lame dah kot aku tak balik. bila first timenye aku tak balik mase study week, memang lah dikira lame sangat aku meninggalkan rumah aku tu...

satu lagi hal yang aku merasakan aku ni sangat tak betol ialah, adekah aku ni ditakdirkan menjadi seorang yang blue???

wowowow... sila jangan membuat andaian sendiri ok. ini bukan pintaku...
tapikan, aku ni, sangat selalu kebetulan terlibat dengan perkara2 berwarne biru ni.
ingat lagi, mungkin aku ni sedikit innocent, pada usia 18 tahun, aku tertekan thumbnail movie dalam laptop kawan aku yang bertajuk American Pie. aku tak tau kot American pie tu ape. ingat itu movie pasal orang belajar buat pie ke ape ke. hoho... aku ni, kalau tak niat pon nak tengok satu2 movie aku akan drag teros ke tengah. drag2, sekali, wow!!! terus aku tekan butang close.
serius, bukan aku sengaja. begitu juga dengan movie yang lain, oleh sebab aku ni sangat suka memenuhkan hard disk aku dengan koleksi movie baru, aku aku pegi jalan2 jumpa kawan2 aku sambil mintak movie baru. namun, aku akan cek dulu, untuk mengelakkan kejadian same berlaku. ye la, aku memang kena berhati2 pon. kang adik aku yang suka ambik hard disk aku tanpa kebenaran tu cek dulu, tak ke dosa plak aku.
tapi macam biase, first time aku drag je terus berenti dekat tempat yang tak patut ditengok. banyak pulak kengkawan aku ni movie blue... tak de la... normal, movie orang putih... mesti ade part yang tak semiyak sket. tapi aku yang innocent ni tak nak la rosakkan otak aku even itu part ringan2 je. tapi kesannye, tak de lah aku ambik movie tu dari kawan aku. innocent tak aku? :-)
lagi satu, tadi, aku ambik satu english novel ni dekat kawan aku sebab dia cakap nak buang. oh, sayangnye. lalu aku yang penyayang dengan barang tak guna ni pon ambik la dan bace satu muka surat di bahagian tengah untuk sedikit preview. hasilnye, menarik, ayat nye simple, namun, eww!!! novel romance yang ade blue sket ke... baru first time bukak page tu terus jumpa part tu? WTH??? aku tanya kawan aku adekah dia tau novel tu bright blue, tapi rupenye dia pon tak bace lagi. la...

dan banyak lagi perkara yang aku rasa aku tak betol seperti sekarang, aku sanggup berjaga sampai pagi bukan untuk study tapi online. nanti aku rajen aku sambung lagi ye. bukan sambung tengok benda blue tapi sambung cerita aku...

Friday, November 12, 2010

OMEDETTOU!!!

TAHNIAH!
Kepade adik saya siti hajar yang mendapat 5A dalam UPSR...
aku tak tau pon semalam result keluar, tetibe bapak aku mesej berupa, siti hajaq dapat 5 As, tahniah kat bapak. alhamdulillah... namun, kenape pulak tahniah kat bapak aku?
lepas aku ucap tahniah kat adik aku, aku pon tanyelah balik soalan pelik tu dekat bapak aku... jawapan bapak aku,
he... he... bapak misali, bapak contoh... ape2 lah.
oh! tak malu pulak bapak aku ni... namun betol la jugak... lalu aku ucapkan tahniah kepada bapak aku kerana menurut sejarah bapak aku, semua anak perempuannya mendapa 5A dalam UPSR termasuklah aku. XD.
anyway, tahniah siti!

siti hajar ialah yang pakai tudung purple. yang tudung pink itu masih darjah dua. semoga dia juga meneruskan kejayaan kami semua dalam UPSR... amin...

Thursday, November 11, 2010

TANJOUBI OMEDETTOU!!!!!!!!!!!

Ramai ye nampaknye boypren2 saya yang menyambut befday bulan ni...
today, Happy birthday Tegoshi!!!

credit to: Jpop NewsFan

Saturday, November 6, 2010

saya mahu ini!!!!!!!!!!



tengok Nichkun yang bersweater merah!!!!


really want this!!!!!!!

daesung pon pakai jugak...

Thursday, November 4, 2010

dari UPM ke Mines


pagi2 ade sesi tangkap gambar... AsPer Batch 09/10 UPM

makan sesi pertama: okonomiyaki

karaoke: 10 lagu, at Mines

makan sesi dua: onigiri

makan sesi tiga: takoyaki

kimi no happy basude...


today: 4 November

Yesterday: 3 November

klik jika anda berminat

Related Posts with Thumbnails