Tuesday, June 21, 2011

apa masalahnya dengan tudung labuh?

macam biasa bila aku tak de kelas, aku akan habiskan masa dengan duduk depan laptop dan bukak facebook dan baca status kawan-kawan aku supaya aku tak terlepas mana-mana isu semasa. 
secara tiba-tiba aku terbaca satu komen kawan aku terhadap orang yang bertudung labuh. ni bukan first time, dah banyak kali aku dengar aku baca komen negatif orang ramai dekat wanita yang pakai tudung labuh ni.

soalannya sekarang, apa masalahnya dengan tudung labuh? dari apa yang aku baca tadi, ade semacam perasaan benci pengkomen tu dekat orang tudung labuh. aku tak menuduh, tapi cara ayat tu disusun lebih kurang macam tu la...

ada orang kata, orang tudung labuh ni bukan baik sangat pon. pakai je tudung labuh tapi perangai, "aku tak tau nak kata apa. "

ooohhh... macam tu pulak. 

at least la kan, orang tu bertudung labuh, dia tutup semua yang patut dia tutup. ok la tu. kita tak boleh ingat semua orang tudung labuh kene perfect. baik gila zuhud duduk dalam rumah pakai telekung je. dorang tu manusia biasa jugak, macam kita, tak lepas dari buat salah. jangan la pulak kita ingat yang salah tu semua orang buat. itu diskriminasi namanya. positif la... dah cukup bagus dia nak pakai tudung labuh, kalau dia free hair? 

family aku terdiri daripada orang yang bertudung labuh, so aku tau realiti sebenarnya even aku tak pakai tudung labuh. yes, i will become one of them someday. insyaallah. adik aku, tudung labuh, sekepala je dengan aku. mak aku tudung labuh, ok je. join je komuniti mak cik- mak cik yang lain.

bila orang kata orang tudung labuh ni tak suka campur orang lain, really? aku tengok biasa je. dorang yang tak nak campur ke korang yang tak nak campur? ye la, kang kalau baik kang dorang ajak pergi sembahyang jemaah dekat surau, kita malas. dorang ajak pergi dengar ceramah dekat luar, kita nak pergi hang out dengan kengkawan dekat mid valley. see?? siapa yang tak nak campur sekarang.




 even kita pakai tudung jugak, aku sure, keadaannya tak sama dengan orang yang pakai tudung labuh. bila kita pakai tudung biasa, kita tak kisah sangat degan appearance kita. ada sesetengah orang insyaallah orang tu bukan aku, pakai tudung, tapi baju ya Rabbi sendat gila... nampak habis bukit-bukau gunung-ganang segala. dah la perut berlipat lipat. geli aku tengok. lepastu pakai legging yang beli kat pasar malam pastu nampak warna kulit serta parut-parut sekali, kadang-kadang ade jugak aku tengok, pakai tudung tapi sleeveless. subhanallah...

aku bukan berlagak alim, tapi ni yang aku tegok, kita tau salah tapi nak buat jugak. sebab? nak bergaya. puas hati orang nampak S-line tu. sebab tu aku sangat respek dengan orang yang bertudung labuh. dia akan jaga pakaian dia, supaya sesuai dengan tudung dia. so kurang dah dosa dekat situ.

yang kita sebok-sebok nak judge dorang tu jahat, nama je tudung labuh tapi buat jugak dosa. fikir dulu sebelum cakap apa-apa pon. bukan semua macam tu. kalau ada yang terasa karang, free-free kita dapat dosa. lagi satu, semua tu bukan alasan untuk kita tak nak langsung pakai tudung labuh. kalau kita tengok apa-apa yang negatif pasal orang yang pakai tudung labuh ni, berazam la, bila aku pakai nanti, aku tak nak buat macam ni. aku nak jadi lagi bagus dari dorang.

kan elok tu. niat je dah dapat pahala tau.

2 analisis anda:

hana said...

ermm..
mmg betol tu..
dont judge a book by its cover..
mne yg buruk kite tgur bukn nk mengata mcm tu..
=D

hananishikido said...

yeah! that right... positif positif...

klik jika anda berminat

Related Posts with Thumbnails