Tuesday, June 28, 2011

orang sangat senang vs orang senang

orang lain dah lama start cuti dah. tapi aku baru nak start. ni semua gara-gara short sem yang terpaksa diambil untuk ambik subjek sem depan. well, its okay, ada hikmah aku kena stay kat sini sampai dua bulan. walaupun sedikit menderita, tak pe... experience tu penting.

ok, selalu korang cuti sem buat apa?
kerja? ambik lesen? belajar memasak? belajar menjahit? lepak? tidur?

seriously, macam apa yang aku dengan roommate aku bincang tadi, kitorang teringin nak jadi orang yang sangat senang means kaya. ye la, siapa tak teringin kan? kebanyakan kita bukan la orang susah, senang la jugak, tapi tak la sesenang orang yang sangat senang sampai apa dia nak senang je nak dapat. *apa aku merepek ni...*

disebabkan aku dengan member-member aku ni tak suka sangat nak mengumpat, so kitorang pon berbincang la sambil berangan-berangan... bukan angan-angan kosong tapi impian...

seronokkan kalau kita sangat senang, cuti sem je boleh belajar main piano or apa-apa alat muzik yang lain, pergi kelas menjahit yang ada class, pergi kelas memasak yang ada class, melancong pergi negara-negara lain dan macam-macam lagi lah aktiviti yang anak orang kaya selalu buat. tapi ini tak termasuk anak orang kaya yang malas nak buat apa-apa menghabiskan duit mak bapak je.

kita pon boleh buat semua tu, tapi modalnya kena usaha lebih sikit. pergi kelas muzik ke what so ever tu, nak mintak kat mak bapak kadang-kadang segan sebab asyik mintak je, nak pergi kelas menjahit kalau nak ikut modal aku mampu, kelas jahit baju kurung la, tapi aku nak yang power sikit, tak nak baju kurung je, so, modal still kena lebih, pergi melancong? nak pergi langkawi dengan kengkawan pon tak lepas-lepas lagi.
and yang lagi penting, kadang-kadang tak sempat pon nak buat semua tu sebab kena kerja untuk modal belajar sem depan. aku tak kerja, tapi tolong je la mak aku kat rumah. ye la maid tak de... memang ada PTPTPU PTPTN, tapi kadang-kadang mana cukup. dapat pulak kat orang yang suka makan merata-rata macam aku ni, kan ke duit banyak dekat makan je. tapi aku punya cukupla.

untuk yang mampu buat semua yang kitorang impikan tu, syukurlah... kitorang hanya mampu berangan sambil jadikan benda tu impian. thanks to your mom and dad. kitorang thanks jugak tapi mungkin bukan rezeki kitorang untuk buat semua tu dengan senang hati. kena usaha lebih baru dapat. and pahala pon lebih la sebab berusaha. oh, syukur ya Allah...


dah habis baca repekan aku tu, meh tengok pulak video ni, serius cool. ouh!!! i'm not kpop lover, but i love them, i love their music. seriously cool!!!

2 analisis anda:

Anonymous said...

memang aku suka dengar cerita cerita korang...hehe :D terutamanya cerita shuhada. :P

hananishikido said...

ko dgn syuhada geng la... ske cter pasal kawen... kawen la korang dua....

klik jika anda berminat

Related Posts with Thumbnails