tak nak letak apa-apa gambar pasal Rasuk sebab nanti takut nak bukak blog sendiri.
sinopsis cari sendiri.
ni komen aku:
- filem ni so-so je la...
- aku takut tengok pak cik sidek tu so aku kata cerita ni takut sangat, tapi cerita ni tak seram langsung ok.
- perempuan mengandung jangan tengok movie ni di panggung wayang kerana dikhuatiri terberanak dekat situ. bukan sebab takut sangat tapi sebab volume terkejut-terkejut tu kuat sangat.
- mungkin aku je atau volume panggung wayang yang aku tengok tu kuat sangat, tapi suara uh, ah, hoh dan suara-suara nafas dengan keluh kesah tu kuat sangat. sampai suara nafas pon macam tengah tiup angin.
- iqram dinzly baca doa sedap
- fauziah nawi baca ayat Quran pon sedap.
- aku rasa macam nak tembak doktor dalam filem ni. serius kurang ajar. boleh dia gelak masa orang tengah mati? last kali bom bom kebabom dia mati. padan muka.
- ustaz yang dijemput untuk ubatkan Melati macam tak payah datang je. macam tak reti ape. aku tengok macam arman je yang ubatkan melati sebenarnye...
- note: melati-fauziah gous (ye ke aku eja ni?) arman- iqram dinzly
- efek masa melati kene rasuk macam wow! tapi spirit yang keluar dari badan melati macam tak real gila. entah, aku tak pernah tengok yang betul tapi aku dengar orang cerita tak de la sampai macam tu. spirit dari jepun kot, tak tau la kot yang dari sana macam tu bentuknye. ye la mesti pengarah dah kaji kan?
- yang lain aku tak ingat sebab aku pandang lain masa pak cik sidek yang ada ketumbuhan tu ada. sebab: seriously, aku memang takut dengan beliau. mintak maaf ye pak cik.
oh ye, waktu aku tengok tadi dalam pukul 1.10pm. maknanya waktu solat jumaat. aku ingat tengok waktu tu tak de la lelaki melayu dalam panggung tu. sekali masuk-masuk, dekat baris yang aku duduk tu, ada seorang lelaki melayu dan pasangannya tengah tidur dekat bangku first. agak-agak la wei, ko nak tidur balik rumah la. dah la seat first aku nak masuk kene pusing ikut jauh. ikutkan hati nak je aku sergah dorang tu. lepas tu, pandang belakang, ada beberapa lelaki melayu tengah duduk bersama pasangan masing-masing. habis movie, ada beberapa pak cik MELAYU ISLAM keluar dari belakang aku. apa mereka buat waktu tu? menyorok? tak pergi solat jumaat?
aku ingat tengok movie waktu macam tu tak payahla aku berhimpit dengan lelaki dalam tu, tapi rupanya ada jugak... dekat Redbox pon macam tu jugak. selalu aku nampak pak cik or lelaki melayu keluar masuk tempat tu waktu sembahyang jumaat. eh? macam mana aku boleh nampak?
ehehe...
ok yang ni tak de kene mengena dengan filem Rasuk |
entahla... itu antara dorang dengan Allah. aku tengok dengan benci la yang mampu, nak cakap, ditengking aku depan orang ramai kang tak pasal je.
kami peminat Mr Bean, jadi kami excited. haha sorry camera low quality |
ok, review yang lain pulak.
Expressoup.
mmm... |
yummy!!! |
ni add on, kawan aku punya, tak rasa sebab dah tak larat nak rasa-rasa dah |
macam biasa, excited bertemu makanan |
ni add on jugak, aku punya. not bad tapi tak puas sangat la makan. |
membazir je... tak larat sangat dah nak habiskan. |
teman melantak ketika kesunyian |
perasaan excited bertambah sebab berjaya beli kasut raya (awal gila beli) dengan less 50 % menjadikan harga kasut tu RM34 dari harga asal RM 69. hahahaha!!!!
2 analisis anda:
x aci... kelua jalan2... hoho
bese r keluar dan berjalan... x kan keluar merangkak kot. haha...
Post a Comment