Thursday, August 26, 2010

cuti yang banyak sekali

esok aku dah start cuti. sampai selasa. jumaat aku cuti lagi. means, minggu depan aku ade kelas dua hari je. rabu dan khamis. ni semua gara2 lecturer2 yang baik hati nak cancelkan kelas untuk kami semua. thank you... jasamu dikenang.

lame jugak aku tak update, mmm... ha, hari jumaat hari tu, aku berjaya berbuka dekat luar dengan kawan aku... gembira. ye la, tiap2 hari aku makan dekat kolej je sebab nak makan free, even kene bayar pon dekat Mid tu, its okay. aku boleh jumpa kawan aku and esok nya, family aku datang berjumpa aku dekat rumah mak sedare aku. happy week. habis exam, jumpa kawan, jumpa family, berbuka kat luar, jalan2 dengan family aku, pegi tengok abang aku. shopping sket2, and makan masakan mak aku. the best!

semalam, aku berbuka dekat masjid sebab Tuanku Canselor atau pun Sultan Selangor datang. yeay! free lagi. alhamdulillah. rezeki murah. ok then, bermula lah aktiviti aku yang membusykan sampai penat aku nak turun naik tangga semalam. oh no! aku ikhlas buat kerja, cuma penat sket je. tak penah aku serajin ni sampai jadi ajk untuk macam2 aktiviti. dateline dekat2 pulak tu. pening aku. tak pe la. cobaan... dapat pahala kalau sabar. hari ni, tak de cerita. normal. no unusual.

hoho. MV yang ditunggu2 keluar jugak akhirnya....

gembira tak GD punya rambut sekarang...daesung punya rambut pulak dah macam onew dalam lucifer.

live version

Friday, August 20, 2010

ikhlas

keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu hitam di malam yang kelam.
pernah dengar tak quote ni?
tak kisah la pernah ke tak.
memang kita tak boleh nak pandai2 kata orang tak ikhlas. mane la tau kan nampak macam tak ikhlas tapi dia sebenarnya sangat2 ikhlas.


tapi kan, start la tapi aku ni.
tapi, kalau dah muka kedut seribu, mulut asyik nak mengomel tak puas hati, tak ke kita dah boleh detect orang tu ade perasaan yang bagaimana kan? tak kan la orang yang muka dah nampak kerut2 dekat dahi, sumpah seranah masa buat kerja tu, kita nak kata ikhlas. sedikit sebanyak, ade jugak kan perasaan tak ikhlas ni.


macam mana aku boleh terpikir nak cakap pasal benda ni. jap... ha! sebab aku pon kadang2 tak ikhlas. hehehe... tapi tak yah la cerita pasal aku. asyik pasal aku je. pasal orang lain pulak. terkenang zaman aku still study dekat MRSM dulu, ce... macam aku ni dah tua sangat je. ye la... 5 tahun aku dekat sane, memang memorial sungguh la maktab aku tu. ni ha, nak cerita pasal mak cik dobi yang dah basuhkan kain aku dan rakan2 dari form 1 sampai form 5. identiti sebenar dirahsiakan. kisah ni cuma sebagai testimoni sahaja ek. kisah nye begini... dalam seminggu, ko boleh hantar satu baldi baju sebanyak 12 helai tak termasuk baju yang berada di dalam. then, setiap pagi2 tersebut, aku hantarla sebaldi baju seperti yang telah ditetapkan. namun begitu, everytime aku hantar, aku akan dengar mak cik mak cik ni bercakap, " ape ni hantar banyak, bukan nak basuh sendiri, hantar stokin, cadar selimut. bla bla bla..." lebih kurang macam tu la. dan seterusnya diikuti dengan bunyi bam! bunyi ape tu? bunyi hempasan baldi dari dalam bilik dobi tu. sampai aku panggil mak cik tu rapper sebab setiap kali aku datang macam tu, cakap dah macam rap. siap ade bunyi hentakan baldi sebagai background music. roommate aku sampai pecah baldi dibuatnye... mase nak ambik dobi pon macam tu jugak. mak cik tu serius boleh ganti TOP, GD rap dalam big bang. mak cik, biasalah student kalau hantar lebih, terhantar stokin ke ape ke. redha je... so, ikhlas kah itu. kalau tak ikhlas, sia2 je mak cik berbakti dekat kami bertahun2. tapi tak tau la pulak kot mak cik tu ikhlas sungguh kot kan. mane la nak tau...


second example, bila aku lalu depan mak cik cleaner endon yang tengah cuci toilet, aku terdengar satu bisikan, " ei... tak habis2". mak cik, tak kan la sebab tak nak bagi toilet kotor, orang kene tahan kencing kot. bukan sorang dua yang pakai toilet tu, beratus ratus. memang la toilet tu akan kotor balik. cuci je la. kalau tak sanggup nak cuci selalu, jangan kerja jadi cleaner toilet. ikhlas sikit buat kerja tu boleh? i mean, jangan la merungut macam tu depan kami si pengguna toilet. buat nye semua orang kat toilet tu dengar, tak ke mak cik tak de kerja nanti sebab semua orang tahan kencing tak nak bagi mak cik susah payah cuci.
eleh, mengata orang. kita student pon sama... cuba kalau lecturer bagi homework lebih sikit kita redha je. dengan seikhlas hati terima je. aku pon macam tu. selalunye begitu. dapat homework lebih sikit, mula lah mulut tu, terkumat kamit marah lecturer. sabo2...


memang susah nak ikhlas ni. tapi even hati dah tak boleh nak ikhlas sangat dah, jangan tunjuk sangat muka tak puas hati kita tu. kalau kita tunjuk tu yang lagi bertambah2 kerut2 tu. senyum je, biar orang berbaik sangka dengan kita. so, lame2 akan ikhlas lah hati kita yang lara ni. psychology je semua tu...
contoh keadaan aku kat sini sekarang, aku kalau tak de pape hal, aku pergi la berbuka puasa kat surau. dapat la berjimat sikit. sebelumtu, tolong la ape2 yang patut. yang bagus nye, siapa tolong, boleh dapat merit. tapi jangan la tolong2 siap nak berbuka kat surau tu, sebab nak dapat merit. mentang2 la sistem merit kolej dah strict sikit, baru lah sebok nak cari merit. ikhlas sikit. niat nak tolong tu supaya beban ajk2 tu ringan sikit. tak de la kelam kabut sangat. pasal merit tu, just think its like an advantage for you after helping them. right? baru la pahala puasa berganda2 di bulan Ramadhan ni. banyak advantages kalau kita ikhlas, kalau tak percaya, try la. baru korang tau. tak kan aku nak bagi tau jugak kot.


so, selamat mengikhlaskan diri dalam ape jua aspek kehidupan dan ke akhiratan. insyaallah korang akan gembira.

Saturday, August 14, 2010

kisah berbuka puasa dan transformer

semalam.
aku gembira. aku terkejut, aku terkedu.
kenapa?
menu berbuka aku semalam ialah spagetti buatan sendiri!!!
gembira tak?
bila berbuka dengan spagetti dengan daging kisar sepeket sebab tak de peti ais dan sebungkus spagetti sebab dah malas nak simpan dan bajet sebanyak RM20++, yummy! siapa tak gembira?
nak bubuh gambar tapi mengenangkan wifi yang tak seberapa ni, terpaksa aku lupakan.
lepas tarawih pulak, telan sandwich dekat surau berkeping2, memang gembira. kenyang... alhamdulillah.

terkedu? terkejut? transformer. sini aku cerita.
malam lepas aku tarawih, aku pegi basuh kain dekat blok lain pakai mesin. makluman, aku memang tak suka basuh kain pakai tangan. aku rela habiskan syiling rm2.50 dari cuci pakai tangan aku sendiri. beberapa puluh minit lepas aku hantar kain dekat mesin tu, aku kembali untuk ambik kain tu. tapi, malangnye, kain tu tak habis proses lagi. tak sempat kering. aku tengok macam mesin tu di pause kan. lalu aku tekan2 la ape2 yang patut dekat mesin tu...
tak lama lepas tu, roommate aku datang juga untuk cuci kain baju mereka. sekali, mesin tu macam nak bertukar menjadi transformer!
mesin tersebut melompat2 dan berjalan ke depan dan ke belakang sehingga kami semua lari menyelamatkan diri. namun, sebab aku takut mesin tu meletup dan merosakkan kain baju aku dalam mesin tu, aku tekad dan tutup suis mesin tu... phew... mesin pon berhenti menjadi transformer dan baju aku selamat. alhamdulillah. then, aku pon balik dengan kain baju yang tak sempat kering tu dan jemur dekat tingkat atas... roommate aku yang nak basuh kain jugak tadi pulak, tukar lokasi dan ke mesin di blok lain untuk basuh baju mereka.
nasib roommate aku datang. bayangkan kalau aku sorang je mase tu, mesti dah nanges2 da sebab takut. walaupun mereka tak membantu pon sebab dorang dah lari dulu, tak pe la... at least dorang ade dekat situ...
begitu lah kisah saya hari ni...

Friday, August 13, 2010

masalah bahasa

Lagi dengan tajuk bahasa. Aku tak faham la Malaysia ni…
Oh, lupa, ini bukan tanda protes ke apa ek. Cuma meluahkan perasaan je. Jangan masukkan saya ke dalam ISA.
Kenapa kita tak pakai bahasa kita sendiri untuk belajar?


It’s okay if it is sciences or maths. Ye la, nak sedap bila sebut term2 tu, English la sesuai. Tapi untuk subjek lain yang kita kene baca dan faham, wajarkah kita guna bahasa penjajah tu untuk belajar?
Benda ni berpusing2 dalam otak aku sejak aku exam agriculture pasal entrepreneur tadi. Aku rasa soalan tu tak susah pun. Tapi bila soalan terlalu general and kita sendiri tak faham apa yang kita baca, apa2 pun boleh jadi susah. Betul tak?


Mana tak nye, bahasa yang ade dalam lecture note tu tinggi sangat sampai otak jadi bengap sebab tak ingat apa yang kita baca. Lepas tu bising la kata kita ni asyik menghafal, tapi tak faham ape yang kita baca. Salah siapa?
Aku rasa kalau lecture note bahasa melayu dan boleh jawab bahasa melayu, no problem la… ini, nak hentam pun tak de idea.


Ok, kenapa student sekarang tak seagresif student zaman dulu?
Sebab, masalah bahasa. Aku pun student, aku tau. Lecturer aku sendiri cakap. Bukan sebab kita bodoh atau bengap kita jadi macam ni. Tapi sebab kita jadi takut nak interact dengan lecturer dalam English. Bila lecturer tanya atau tak faham ke, senyap je. So kelas akan jadi pasif dan student akan mengantuk dan akan ade lah student yang hilang kepalanya kerana tunduk 180 darjah. Memang kita tak de la sebodoh mana sampai tak reti langsung nak speaking, tapi confident tu yang tak de. Cuba kalau subjek tu dalam bahasa melayu, berlumba- lumba orang nak interact dengan cikgu atau lecturer. Ye ke? Agak la… lagi pun, bila kita belajar dalam bahasa yang bukan mother tongue kita, otak kita akan buat dua kerja dalam satu masa. Kesian otak kita. Sebab tu kadang2 kita jadi macam slow sangat bila nak faham something. Nak translate lagi, nak faham lagi. Ingat senang ke. Lain la kalau rakyat Malaysia ni speaking kat rumah. Then its ok. Tapi kalau dah nak faham pun berjam2, memang lastnya separuh je la mata terbukak. Mengantuk…


Kalau kita tengok dekat overseas, orang tak sebok pon nak belajar dalam bahasa lain. Relaks je. Hebat je. Maju je Negara tu. Malaysia? Yes, bagus belajar banyak bahasa, tapi kenapa sampai lupakan bahasa sendiri. Sekarang, aku dah masuk U, sebok nak belajar English. Dengan grammar nye bagai, sampai aku lupa pasal tatabahasa. Otak aku pon dah lama berkarat sebab tak guna bahasa sendiri. Dalam kelas, subjek semua dalam English, jadi la orang putih celup yang kulit warna coklat. Aku tak de la sakit hati sangat pasal bahasa ni. Tapi bila aku tak boleh nak faham ape yang aku belajar sebab masalah bahasa, pedih jugak jantung aku ni. Orang lain pun bising benda yang sama macam aku, so bukan aku sorang yang ade masalah ni. Jepun, pakai bahasa sendiri je, tapi teknologi Negara tu? MasyaAllah… Germany, relaks je pakai bahasa sendiri, tapi kemajuan sains diorang. Power…


Lagi satu aku tak puas hati, kalau kita nak pegi belajar dekat overseas, sebok kita belajar bahasa Negara tu. Tapi aku tengok foreigner dekat U ni, nak tanya kitorang semua dalam English. Mereka tak pergi kursus bahasa melayu ke? Tak kan tak reti langsung cakap kot? Sabo2…

Wednesday, August 11, 2010

SELAMAT BERPUASA

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak...
semoga bulan ini kita akan dilimpahi dengan keberkatan dan rahmat dari Ilahi...

semoga kita tak menjadi pengganti syaitan yang dah diikat dan dibelenggu tu...
tarawih jangan tinggal...

semangat aku ye. ha lagi satu, jangan buat2 lupa yang anda sedang berpuasa. Allah sentiasa melihat apa yang anda lakukan. sila jangan mati katak di bulan puasa.

p/s: lucifer no more

Monday, August 9, 2010

kempen berbahasa...

pada zaman globalisasi ini...
cewah.
ok ok... perasan tak, semakin maju rakyat atau penduduk dunia ni, semakin tak standard bahasa dan tulisan yang mereka guna. kan2? termasuk la aku...
puncanya, nak senang masa taip sms... ye lah.. nak cepat. bantai la singkat sesingkat2 nye la perkataan guna. tapi dah makin parah pulak aku tengok penyakit tu.
kalau singkat je tak pe, ini siap ditambah2 pulak lagi. ape jadi apew... ke jadi ker... sayang jadi cayunk... eee... geli aku. pendek ke kalau dah macam tu?

tak faham aku. orang nak bagi senang, disusahkan ade la. simple2 punya singkatan sudah... memang patut la ade orang bantah penggunaan singkatan2 macam ni...
lepas tu, penyakit ni berjangkit pulak dekat netizen2 yang asyik melekat depan laptop dengan facebook, myspace, blogger dan lain lagi. habis facebook tu, macam2 perkataan aku dah jumpa. kadang2 aku sendiri tak faham. pandai betul budak zaman sekarang cipta perkataan baru kan?
kalau ade foreigner nak belajar bahasa melayu dekat facebook, lupakan je la. sampai tua pon belum tentu dia reti lagi. dengan tak de huruf vokal nye, belakang ade tambahan huruf r, w, dengan perkataan lain yang geli geleman tu.



kalau sms, boleh consider lagi. memang penat nak tekan word panjang2 dekat button yang kecik tu laju2. nak pulak kalau mesej, sekali hantar, 2 saat lepas tu dah reply. memang la tercabut jari nak tekan. taip kalau dekat keyboard komputer atau laptop, tulis la penuh2 sikit... bukan susah. singkat sikit2 tak pe la. ni kalau semua word jadi pendek, tak kan kita nak ajar adik2 kita yang kecik2 tu mengeja bahasa short form kot... habis la generasi akan datang...
oleh yang demikian, jom la kita tak pakai short form sangat. kesian dekat generasi akan datang, macam mana pulak perkataan yang kita dah pendek tu jadi nanti. bayangkan, mana la tau, dorang cakap pon singkat2 je nanti.


sekarang pon dah ade dah kan...
cari publisiti = capub
gila pangkat = gipang
lambat pick up = lampi
satu hari nanti,
bertambah lah lagi perkataan macam dalam senarai di atas kalau kita tak bendung semua ni...

p/s: aku dulu suka bahasa melayu... tapi sekarang sesat ambik pertanian. so, aku hanya mampu berkempen dekat sini sebab aku pon same buat benda2 macam ni...

Thursday, August 5, 2010

kalau dia @#$%^ tak pe jugak...

ape la yang aku tulis kat tajuk tu kan?
mencarut ke ape tu. tak la...

korang biasa dengar tak, kalau seorang gadis muslim tu rambut macam kene kejutan elektrik, tak lawa sangat la... lepas tu free hair. ape korang akan cakap, " rambut macam kene electric shock, ade hati nak free hair... kalau rambut cantik tak pe jugak..."

lepas tu, tengok pulak gadis-gadis muslim comel namun chubby memakai baju yang cukup2 di badannya, ape korang akan cakap, "kalau dia kurus tak pe jugak... ini badan macam badak, ade hati nak pakai baju macam tu"

tengok pulak sang teruna, nak pegi bersukan, pakai seluar atas lutut tapi kakai beliau berbintang2 kerana pernah kena chicken pox satu masa dahulu, korang yang tak puas hati ni akan cakap, " kalau peha tu lawa tak pe jugak"...

dan sebagainya...

mesej aku yang sebenar... kenapa mesti kene rambut cantik baru boleh free hair? kenapa mesti body ade s-line baru boleh pakai baju fit? kenapa mesti kaki yang berotot dan bersih dari sebarang bintang je boleh pakai seluar atas lutut?
oh... aku tidak... aku tidak berniat untuk membacking mereka semua itu...

tak rase pelik ke... hanya orang yang ade keistimewaan macam tu je ke boleh buat macam tu?
Allah dah tetapkan hukum, aurat, tak kira yang cantik, kurus, ade muscle ketul2 ke, mesti ikut. tak ade terkecuali... kadang2 aku pon ade jugak cakap dialog2 di atas tadi tu... justeru, peringatan ni untuk diri saya dan anda semua. ok? kalau agak2 tak puas hati jugak, cakap sekali dekat yang rambut rebonding tu, yang kurus tu, yang ade muscle tu... tak de la biased sangat...

tak kisah la rambut alfro kalau pakai tudung kepala jadi besar ke, badan besar sampai susah nak cari saiz, kaki bintang berkelipan, jangan dibandingkan dengan yang lawa, cantik dan mempesonakan je untuk kita follow tuntutan tu...

hukum tu untuk semua... tak terkecuali... ok...

Monday, August 2, 2010

klik jika anda berminat

Related Posts with Thumbnails